Monday 23 March 2015

Marhaban

Marhaban 2

Saudara-saudara Sekelian

Berita kedatangan Imam Mahdi adalah Berita Besar. Al-Quran yang ada di tangan kita hari ini banyak menceritakan Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebagai panduan untuk kita. Berita kedatangan Nabi Besar Muhammad (S) didengar oleh Umat Nabi Musa (as) Bani Israel (orang-orang Yahudi) dan umat Nabi Isa (as) (orang-orang Keristian).

Orang-orang Yahudi dan orang-orang Keristian mengenal Nabi Besar Muhammad (S) yang akan datang di zaman mereka mencapai tahap:

﴿الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ﴾

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. [2:146] 

﴿الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمُ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ﴾

Orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepadanya, mereka mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman. [Al-An3aam 6:20] 

Mereka mengenal Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan malangnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran dan akhirnya mereka itu tidak beriman.

Malah orang-orang Keristian dan orang-orang Yahudi Bani Israel telah diingatkan

﴿وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّـهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءَهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَـٰذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ﴾

Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad.". Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata".[Al-Shaaf 61:6] 

Berita Allah bukan hanya pada nama tetapi mesti mengenalinya melalui hujjah dari Allah dan melalui Al-Kitab dan khabar yang disampaikan rasulNya

Ini adalah berita besar: Seperti Firman Allah SWT:

﴿عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ * كَلَّا سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾

Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya? * Tentang berita yang besar, * yang mereka perselisihkan tentang ini. * Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, * kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka mengetahui. [Al-Nabaa’ 78:1] 

Dan kita perhatikan apa yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dari Abi Qalabah, dari Abi Asmaa’ Al-Rahbiy, dari Tsaubaan berkata, Rasulullah: (Shalla Allahu 3alaihi wa Aalihi wa sallam) bersabda:

يقتتل عند كنزكم ثلاثة كلّهم ابن خليفة، ثمّ لا يصير إلى واحد منهم، ثمّ تطلع الرايات السود من قبل المشرق ويقتلونكم قتلاً لم يقتله قوم ـ ثمّ ذكر شيئاً لا أحفظه ـ فقال: فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبواً على الثلج فانّه خليفة اللّه المهدي

(Pertempuran yang kamu pendamkan antara tiga pihak kesemua mereka anak-anak Khalifah, maka tidak berlaku kepada seseorang dari mereka, kemudian muncul panji-panji hitam datang dari arah timur. Dan terjadi perperangan yang belum pernah berlaku pada suatu kaum dan kemudian menyebut sesuatu yang tidak aku ingat, lalu baginda bersabda: Jika kamu melihatnya maka berbai’ahlah padanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi) - Sunan Ibn Majah: 2 | 1376 No 4084. lihat juga Hadith Al-Nabawiy 20 - halaman 5 

Berita Besarnya adalah

Jika kamu melihatnya maka berbai’ahlah padanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi

Saya bersaksi bahawa:

Dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi. Terlalu banyak sumber berita ini dalam masyarakat muslim (Sunni dan Syi3i)

Saya bersaksi bahawa:

Dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi yang membenarkan Agama Islam Risalah yang dibawa datuknya Al-Rasul Muhammad (S)

Saya bersaksi bahawa:

Dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi yang membawa wasiat Al-Rasul Muhammad (S). Setiap Khalifah Allah mesti menunjukkan ia di lantik Oleh Allah

Saya bersaksi bahawa:

Dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi yang memiliki Ilmu dan Hikmah yang telah menjawab ribuan soalan yang didatangkan kepadanya dan menerbitkan banyak Kitab-kitab yang memecah persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan Ulamak yang berselisih,  (terutama Kitab Tauhid) dan Kitab Wahm Al-Ilhad yang menjawab tuduhan cendikiawan Sains yang tidak mempercayai Tuhan .... dan menunjukkan Mu’jizat kurniaan Allah.

Saya bersaksi bahawa:
              
Dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi yang menyeru manusia kembali taat kepada Khalifah Allah Sebagai tanda mengabdi kepada Allah yang tidak berbelah bahagi. – Bai3atu Lillah – Kesetiaan hanya pada Allah.

Saya bersaksi bahawa:
              
Dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi yang banyak menerangkan misteri yang tidak mampu dijawab oleh ulamak yang pasif (tidak mengamal ilmu Allah) seperti

·        Adam dan pohon terlarang
·        Adam turun ke bumi
·        Adam lupa dan azamnya tidak kuat
·        Adam membawa benih – Alastu rabbikum
·        Adam dan Hajar aswad
·        Qabil dan Habil
·        Kelalaian Ayub, Yunus dan Musa (as)
·        Siapa yang diserupakan dengan Isa (as)
·        Hakikat Tauhid Uluhiyah dan Rububiyah
·        Kesempurnaan Tauhid
·        Iblis ditangguhkan kepada Yaum Al-Maklum bukan Kiamat
·        Tauhid dan Ibadah Iblis – yang melampaui batas
·        Siapa Hujjah Allah, Aali Muhammad ..... rasanya tidak tertulis

Tiada siapa yang boleh menyelamatkan kita di hadapan Allah walau pun kita anak ulamak besar

Janganlah beriman membuta tuli. Seperti kata Imam Ahmad Al-Hassan Al-Yamani (as) Mahdi Pertama:

Seruan dakwah ini disokong oleh banyak dalil-dalil, dan saya berlindung dengan Allah dari sifat Al-Ana (keakuan), saya tidak mengatakan ikutilah saya secara membuta tuli, tetapi saya katakan bukalah mata anda dan bezakan dalil-dalil dan kenali pemilik yang haq (benar) supaya anda boleh menyelamatkan diri dari api neraka, seruan kebenaran tidak dapat berjalan seiring dengan panggilan batil seperti berlaku pada Rasulullah (S) apabila seruan Musailamah Al-Kazhzhab (pendusta) (La3nahu Allah) bersaing dengan baginda.


Kebenaran tiada duanya.

Penyusun

Aba Al-Hussaini


Ansar Al-Imam Al-Mahdi dan penindasan Kerajaan (Iraq)

Ansar Al-Imam Al-Mahdi dan penindasan Kerajaan (Iraq)
Posts oleh: waleedAhlulKa'aba

Sejarah Ansar Al-Imam Al-Mahdi dan penindasan Kerajaan terhadap gerakan (dihasut oleh ulama)

Beberapa tahun sebelum tahun 1999, Ahmad Al-Hassan menyertai Hauzah (di Najaf) Institut pengajian agama terkemuka Syiah di Iraq. Ahmad mendapati bahawa kurikulumnya bercelaru kerana al-Quran dan hadis tidak diajar sebagai mata pelajaran. Kemudian beliau tinggal di rumahnya dan mengkaji sendiri tetapi masih terus berhubung dengan beberapa pelajar.

Pada tahun 1999 risalah Ahmad Al-Hassan bermula di kalangan pelajar-pelajar Al Hauzah. Beliau kemudian memulakan cubaan pembaharuan aspek ilmiah, amaliah dan kewangan Hauzah yang telah rosak. Selepas mendapat dan ,enghasilkan sambutan yang kecil, pada tahun 2002 risalah mula tersebar kepada umum. Seruan itu berkisar mengenai Ahmad Al-Hassan adalah utusan Imam Mahdi dan tugasnya menyediakan orang untuk kemunculannya. di. Ahmad Al-Hassan melaksanakannya dengan mengajar pengikutnya tentang akidah-akidah agama, syari’at, akhlak ilahi, tafsiran Kitab Al-Quran dan hadits-hadits.

Gerakan ini bermula dengan daya ilmiah (di kalangan pelajar daripada Pusat Pengajian Agama (Hauzah)) dan telah berkembang dan menyuburkan daya ilmiah melalui kenyataan-kenyataan dan berpuluh-puluh buku yang ditulis oleh Ahmad Al-Hassan, dan juga buku-buku yang ditulis oleh ansar-ansar kanan. Kumpulan ini telah menarik pengikut dari pelbagai negara di luar Iraq termasuk negara-negara barat melalui laman-laman web dalam bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa lain dengan mengedarkan buku-buku dan ilmu (ilmu dan hikmah) Ahmad Al-Hassan. Para pengikut Ahmad Al-Hassan dipanggil Ansar Al-Imam Al-Mahdi.

Apabila kumpulan bertambah besar bilangannya, banyak serbuan dilakukan ke atas mereka pada bulan Januari 2007 termasuk memusnahkan masjid yang dipunyai oleh Ansar di Najaf dan Karbala, menutup Pejabat mereka di Najaf, dan memenjarakan ramai Ansar hanya kerana kepercayaan mereka. Kuasa-kuasa kerajaan menjalankan serbuan ini kerana saranan (hasutan) ulama Iraq supaya seruan (dakwah) Ahmad Al-Hassan diserang. Media dan wartawan dihalang daripada melaporkan peristiwa-peristiwa ini. Beberapa laporan telah muncul mengenai serbuan kerajaan yang dilakukan tanpa sebab terhadap mereka. Selepas itu apabila Pertempuran di Zarka, Najaf berlaku pada 28 Januari 2007, pegawai-pegawai kerajaan sengaja menuduh Ansar terlibat dalam pertempuran untuk mewajarkan serangan mereka sebelum ini. Walau bagaimanapun ia telah mendedahkan bahawa kumpulan yang bertempur itu adalah Jund Al-Samaa’ (Tentera Langit) sebuah kumpulan militan Syiah dan pemimpin mereka adalah Dhia Abdul Zahra Al Garawi. Kemudiannya mereka mengakui bahawa Ahmad Al-Hassan dan Ansar Al-Imam Al-Mahdi tidak mempunyai kaitan dengan adalah Jund Al-Samaa’ dan tidak terlibat dalam Pertempuran Zarqa ,Najaf.

Selain itu pada bulan Disember 2007 (Zhul Hijjah 1428H) ketika sidang Najaf berlangsung, beberapa orang wakil daripada ulama Marji3iyah menyarankan supaya seruan Ahmad Al-Hassan perlu ditentang, kata-kata ini disampaikan melalui saluran TV satelit. Beberapa hari kemudian, Pejabat kedua di Najaf telah ditutup dan ramai lagi Ansar telah ditangkap. Kemudian sebulan selepas itu pada bulan Januari 2008 (Muharram 1429H), ramai Ansar dibunuh, dipenjarakan dan masjid-masjid mereka telah dirobohkan di seluruh Iraq oleh tentera Muqtada.


Sebab di sebalik serangan kerajaan, penjara dan penyelewengan media:

Perlu diingat beberapa fakta untuk memahami reaksi rakyat Iraq yang lain terhadap kumpulan yang selalu diserbu, dibunuh, dipenjara dan dirobohkan tempat-tempat ibadat dan perhimpunan mereka.

Pertama, Ahmad mendakwa beliau adalah wakil dan utusan Imam ke-12. Jika benar, ini bermakna bahawa dia lebih berilmu dan mempunyai lebih kuasa daripada orang lain dalam pengajaran dan kepimpinan agama yang juga bermakna berakhirnya semua sistem taqlid kepada ulama, kerana semua orang akan dikehendaki mengikuti Yamani yang ma3shum. Oleh itu, ini adalah satu ancaman dilihat pada kuasa mereka ke atas berjuta-juta pengikut dan jumlah pungutan yang besar yang mereka uruskan, jadi para ulama Syiah lebih suka untuk percaya bahawa seruan (dakwah) itu adalah palsu daripada menyertai pergerakan yang baru muncul dan yang menghilangkan kedudukan dan kuasa mereka.

Kedua, semua ulama benar-benar menyedari oleh kerana Ahmad Al-Hassan memulakan dakwah beliau di Hauzah, pusat pengajian agama dan ulama Syiah. Mereka tahu bahawa ilmu Ahmad Al-Hassan amat luas dari buku-buku dan bukti-bukti dakwah beliau seperti rukya (pengelihatan - mimpi) yang dilihat oleh sebahagian orang menjadikan mereka beriman. Oleh itu kuasa pergerakan itu untuk meyakinkan manusia (yang boleh mengurangkan pengikut yang bertaqlid dengan mereka, seperti yang telah berlaku) telah mengancam mereka. Oleh kerana ini mereka telah mengeluarkan fatwa-fatwa dan kenyataan menghasut pengikut mereka dan parti-parti politik kerajaan untuk menyerang pergerakan dan para Ansar. Hasutan dan keganasan terhadap Ansar Al-Imam Al-Mahdi ini tidak dengan sembunyi-sembunyi tetapi telah banyak kali disiarkan di saluran TV satelit.

Oleh kerana kebanyakan orang dan ahli-ahli politik Iraq adalah bermazhab Syiah dan mengikuti ulama Marji3, parti-parti politik dan tentera kerajaan bertindak ke atas kehendak ulama' termasuk hasutan mereka kepada keganasan terhadap Ansar Al-Imam al-Mahdi. Kuasa-kuasa kerajaan tidak dapat mencari apa-apa sebab untuk mewajarkan serangan dan serbuan mereka, dengan itu mereka menuduh Ansar terlibat dalam peperangan menentang militan. Tentera Langit (Jund Al-Samaa’)

Ansar Al-Imam Al-Mahdi yang dipimpin oleh Ahmad Al-Hassan tidak pernah bertindak ganas dan tidak pernah bergabung dengan mana-mana kumpulan lain. Aktiviti-aktiviti mereka kebanyakannya perdebatan dengan kumpulan-kumpulan lain dan solat Jumaat. Walaupun diserang, dipenjarakan dan mempunyai pejabat-pejabat dan masjid-masjid yang dimusnahkan (pada awal tahun 2007 dan 2008) mereka tidak pernah mengangkat senjata untuk mempertahankan diri dari serangan kerajaan.

          

Posts 2 oleh: waleedAhlulKa'aba

Ansar Al-Imam Al-Mahdi dan penindasan Kerajaan
Nota: sebab saya menulis artikel ini pendek adalah untuk mengunjurkan kepada semua orang agar mengenai apa yang berlaku pada tahun-tahun awal seruan dakwah dan untuk menjelaskan maklumat yang salah mengenai Pertempuran Najaf 2007 (juga dikenali sebagai peristiwa Al Zarqa) yang masih beredar dalam media Bahasa Inggeris sumber yang tidak diketahui yang sengaja dicampur-adukkan.

Kebanyakan maklumat di atas datang dari Riwayat (sirah) Ahmad Al-Hassan (as):

Arabic asal:
Bahasa Inggeris Terjemahan:

dan Wawancara dengan wartawan bebas Ziyad Qasim Al Zubaidi:
Bahasa Melayu:
Arabic asal:


EJEKAN: Apakah ia suatu ejekan??!!



بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
الحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيرا

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Salam ke atas tuan-tuan dengan rahmat dan keberkatan Allah. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta limpahan salam kesejahteraan buat Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdiyyin.

BILA mendengar seruan Al-Syed Ahmad Al-Hasan ini tentu ada +tif dan -tifnya, ada yang begitu ghairah kerana sedang menunggu-nunggu, ada yang akan mengkaji dengan teliti, ada yang membiarkan begitu sahaja dan tak kurang pulah yang mengejek dan mencemuh seperti soalan yang ditujukan kepada Al-Syed Ahmad Al-Hasan (Al-Yamani) ini:

Soalan 51: Apabila orang membaca seruan anda mula terserlah ejekan dari wajah mereka, kerana dalil-dalil, keterangan-keterangan dan hujjah-hujjah tidak cukup untuk dakwah ini, jadi seruan anda dinisbah kepada tanda-tanda bagi timbulnya kebatilan, perbalahan, orang yang sesat dan menyesatkan, yang mendahului kemunculan Imam Al Mahdi (aj), (Seperti Al-Hassani dan Al-Yamani atau orang yang mendakwa dirinya Al-Mahdi (aj)), jadi apa yang akan membezakan anda dengan mereka walaupun dengan sesuatu yang boleh menghalang dari mempertimbangkannya.

Hussein Al-3awadiy - Iraq
11 / Jamadiy Al-Awwal / 1426 A.H

Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين
Seruan dakwah ini disokong oleh banyak dalil-dalil, dan saya berlindung dengan Allah dari sifat Al-Ana (keakuan), saya tidak mengatakan ikutilah saya secara membuta tuli, tetapi saya katakan bukalah mata anda dan bezakan dalil-dalil dan kenali pemilik yang haq (benar) supaya anda boleh menyelamatkan diri dari api neraka, seruan kebenaran tidak dapat berjalan seiring dengan panggilan batil seperti berlaku pada Rasulullah (S) apabila seruan Musailamah Al-Kazhzhab (pendusta) (La3nahu Allah) bersaing dengan baginda.

Seperti riwayat dari Mufadhdhal bin Umar, beliau berkata: Aku mendengar Aba Abdillah (as) berkata: (Kemudian dia berkata kepada ku, "Wahai Aba 'Abdillah (Mufadhdhal), berhati-hatilah untuk tidak menyebut beliau dengan nama. Demi Allah, dia akan hilang selama bertahun-tahun. Dia akan dilupakan sehingga dikatakan, Dia telah mati, terkorban, pergi ke lembah mana?. Mata orang yang beriman akan menitiskan air mata ke atas beliau dan mereka akan diserahkan seperti kapal terumbang ambing oleh gelombang laut dan tiada siapa yang akan diselamatkan kecuali Allah telah mengambil satu perjanjian dan telah tertulis iman dalam hatinya dan telah disahkan beliau dengan semangat (ruh) pertolongan daripadaNya sendiri. Dua belas panji-panji membingungkan akan dinaikkan tidak dikenali dari siapa.? beliau berkata: aku menangis, dan kemudian aku berkata: Apa yang kami lakukan? beliau berkata: dia memandang sinar matahari memikirkan sifatnya, dan berkata: Wahai Aba Abdillah (Mufadhdhal) kamu melihat matahari beliau berkata: Ya, maka beliau (as) berkata: Demi Allah urusan kami lebih jelas daripada matahari ini) [121],

Maka Imam (as) telah menjelaskan bahawa seruan kebenaran adalah lebih jelas daripada matahari, malah adalah lebih jelas dari matahari, kerana dalil-dalilnya adalah dalil-dalil daripada Nabi-nabi, Rasul-rasul dan Al-Rasul Muhammad (S) dan para Imam (as), maka mereka berpaling kepada dalil-dalil seruan ini dan bandingkan dengan dalil-dalil dari Al-Rasul Muhammad (S​​), bacalah beberapa dalil-dalil seruan di dalam Kitab Al-Nur Al-Mubin oleh Al-Ustazh Dhiya Al-Zaidiy, dan Kitab Al-Balagh Al-Mubin oleh Al-Syeikh Nadzim Al-3uqailiy, dan anda akan melihat banyak dalil-dalil, dan daripadanya ada wasiat Rasulullah (S​​) dan riwayat daripada Ahlulbayt (as) dan ilmu kebenaran, bimbingan, dan Mubahilah, sumpah, pembebasan, kasyaf dan rukya (penglihatan) pada Al-Rasul dan para Imam dan Nabi-nabi (as) yang dilihat oleh orang-orang mukmin dan mukjizat-mukjizat dan perkara-perkara ghaib.

Dan jika semua dalil-dalil ini tidak meyakinkan:

﴿فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ * يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ﴾

"Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, * yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih." [122],
    
sehingga berkata dengan orang-orang yang berkata 

﴿رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ﴾

"Ya Tuhan kami, lenyapkanlah dari kami azab itu. Sesungguhnya kami akan beriman" [123],

dan akan datang jawapan kepada kamu

﴿أَنَّى لَهُمُ الذِّكْرَى وَقَدْ جَاءَهُمْ رَسُولٌ مُبِينٌ * ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ وَقَالُوا مُعَلَّمٌ مَجْنُونٌ﴾
  
"Bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan, padahal telah datang kepada mereka seorang rasul yang memberi penjelasan, * kemudian mereka berpaling daripadanya dan berkata: "Dia adalah seorang yang menerima ajaran lagi pula seorang yang gila." [124]
Subhanallah, tidakkah anda mengambil pengajaran dari keadaan umat-umat yang dahulu? Bukankah keadaan anda hari ini sama seperti keadaan orang-orang Yahudi terhadap Nabi-nabi mereka.

Tidakkah anda mengambil pengajaran daripada kata-kata Allah dan cerita-cerita dalam al-Quran? Lihatlah keadaan anda, bukankan sama seperti keadaan para ulama Yahudi dan orang-orang yang bertaklid dengan mereka apabila mereka mengejek Nabi Zakaria (as) Yahya (as) dan Isa (as), mengapakah kamu dijauhkan dari mereka dengan Allah ke atas kamu?!

Dan jika kamu berada di antara mereka dihantar mendengar menyaksikannya, anda akan meraung dengan tangisan dan berkata, demi Allah kita lebih buruk daripada orang-orang Yahudi dan para ulama mereka, yang asyik dengan dunia dan memerangi para Nabi dan penyokong mereka yang berjalan menuju akhirat, dan beriman dengannya dan di dalam Kerajaan Langit (malakut) dan yang ghaib.

Apa yang mendorong anda mengejek saya dan orang yang beriman dalam dakwah yang benar ini? Tanya diri anda dan kembali kepada Tuhanmu, dan

﴿اقْرَأْ كِتَابَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيباً﴾

"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu".[125]

Dan sepanjang zaman menjadi bahan ejekan? Dan tidakkah anda dengar atau baca tentang Nabi-nabi dan Rasul-rasul (as) dan orang yang beriman menjadi bahan ejekan? Tetapi anda akan sentiasa melihat bahawa menghina dan memperolok-olok menjadi tabiat orang yang berdusta dan orang-orang kafir dalam dakwah para Nabi dan Rasul-rasul.

Tidak tenteram kaum kamu kepada saya Wahai penduduk Iraq, kamu telah mengikuti orang-orang besar kamu yang mengikut Amerika dan membuat perjanjian dengan mereka dan menerima demokrasi mereka, dan kamu akhirnya telah berlindung dengan penzalim itu, dan memberikan alasan untuk menolak jauh; Amir Al-Mukminin Ali (as), dan kamu berbalik ke belakang (murtad) sebagai orang-orang kafir dalam pelantikan Allah dan HakimiyahNya SWT, dan kamu telah menentang dakwah yang benar ini mengharapkan dunia yang busuk.

Kamu tidak mengikuti kekayaan dan duniawi melainkan dalam kerugian, sebagaimana orang-orang Makkah mengikuti Aba Sufyan dan memerangi datukku pesuruh Allah Muhammad (S), dan mengapa kamu membenci pada saya apabila saya menyeru kamu kepada kitab Allah dan walak kepada Waliy Allah Yang Maha Besar, Al-Imam Al Mahdi (as) supaya meninggalkan perkara yang batil dan masyarakatnya, saya tidak muncul kecuali untuk menuntut pengislahan pada umat datuk saya Rasulullah (S), dengan urusan bapa saya Imam Al Mahdi (as), seperti mana keluarnya datuk saya Al-Hussein (as), dan jika anda mengikuti Imam batil, pada awalnya dilakukan oleh datuk nenek kamu yang telah mengikuti fuqahak batil, Syubats bin Rab3iy, Syimar bin Zhi Al-Jausyan dan Syuraihan Al-Qadhi mereka menyokong Ibn Ziyad dan Yazid (Laknahumu Allah) untuk membunuh Al-Hussein bin Ali (as), dan masih ada habuk di mata dan pada tekak kekal sebagai kesedihan dan kesuraman.

وإنا لله وإنا إليه راجعون وسيعلم الذين ظلموا أي منقلب ينقلبون، ولا حول ولا قوة إلاّ بالله العلي العظيم.

Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali, kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali, dan tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
                                   
Fahamilah kata-kata yang Maha Tinggi:

﴿إِنَّهُ كَانَ فَرِيقٌ مِنْ عِبَادِي يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ * فَاتَّخَذْتُمُوهُمْ سِخْرِيّاً حَتَّى أَنْسَوْكُمْ ذِكْرِي وَكُنْتُمْ مِنْهُمْ تَضْحَكُونَ * إِنِّي جَزَيْتُهُمُ الْيَوْمَ بِمَا صَبَرُوا أَنَّهُمْ هُمُ الْفَائِزُونَ﴾

Sesungguhnya, ada segolongan dari hamba-hamba-Ku berdoa: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling Baik. * Lalu kamu menjadikan mereka buah ejekan, sehingga (kesibukan) kamu mengejek mereka, menjadikan kamu lupa mengingat Aku, dan adalah kamu selalu mentertawakan mereka, * Sesungguhnya Aku memberi balasan kepada mereka di hari ini, karena kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang menang". [126]

Dan kemudian kamu ejek dan ketawa banyak-banyak, kamu tidak tersalah anggap, sunnah datuk dan nenek kamu dan kamu akan susukannya dengan darah segar, dan mereka yang akan datang hari-hari berikutnya akan mengutuk kamu sebagaimana hari mereka dikutuk orang-orang yang menentang Muhammad (S) dan mengejek-ejeknya dan kamu akan tahu siapakah pemenang esok apabila ilmu pengetahuan kamu tidak akan memberi manfaat sedikitpun.
              
Dan saya berlindung dengan Allah dari Al-Ana (keakuan), saya akan memberitahu kamu satu cerita untuk kamu dan untuk selain daripada kamu rukya ini, mungkin kamu akan akan dapat pengajaran:

(saya melihat dalam tidur saya: Seorang Syeikh di Hawzah Najaf - dan saya kenal dia - telah berdiri berhampiran saya, dan berdekatan dengan saya terdapat sekumpulan malaikat dan mereka mempunyai rupa seperti manusia, maka mereka bertanya kepada Syeikh menyebutkan tentang saya dan menyampaikan dalil-dalil dakwah kepadanya, maka dia mendustakan dakwah tersebut, dan kemudian datang yang lebih besar, yang lebih utama seolah-olah dia telah mengawal malaikat-malaikat itu, atas rukya dan semua apa yang di dalamnya, maka malaikat berkata kepada Syeikh yang dinyatakan di atas: Dan dia juga adalah orang yang mempunyai dakwah dan ini adalah dalil-dalilnya, lalu mereka membentangkan dalil-dalil dakwah orang yang lebih besardan yang lebih utama tersebut, lalu ia berkata: dakwah orang ini adalah seperti dalil-dalil daripada seruan Ahmad Al-Hassan, maka malaikat berkata kepada Syeikh yang dinyatakan di atas: Adakah kamu kenal siapa ni?! Inilah Muhammad bin Abdullah pemilik pedang yang memutus dan anak panah yang membidik, Rasulullah (S), maka Syeikh itu berkata: Saya tidak percaya pada Muhammad dan tidak juga pada Ahmad, lalu baginda pun menunjukkan wajahnya) dan saya bersumpah dengan nama Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung yang saya melihat rukya ini dan di dalamnya ada Muhammad Rasulullah (S​​), dan saya tidak menyampaikan rukya ini sebagai dalil untuk membuktikan kebenaran dakwah ini, walaupun rukya adalah dalil-dalil, tetapi saya menceritakannya kerana saya menganggap ia satu mesej dari Allah, mungkin Allah akan memberi manfaat kepada anda dan selain daripada anda dengan makna yang telah disebutkan di dalamnya dan supaya anda dan orang-orang seperti anda belajar daripadanya dan Allah-lah sebagai penolong dan pemberi taufik.

Segala puji tertentu bagi Allah yang menjadikan kita dari orang-orang mukmin dalam Kerajaan Langit dan yang ghaib dan akhirat dan ia adalah dari yang ghaib, dan segala puji tertentu bagi Allah, dan kutukan Allah ke atas setiap yang kafir yang tidak mempercayai Kerajaan langit dan yang ghaib.


Ahmad al-Hassan
Jamadi AlAwal / 1426 A.H

Akhir Jilid I

وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على سيدنا محمد وآله وسلم تسليماً.

والحمد لله رب العالمين

_______________________
[121] - Al-Kafi: Jilid.1 halaman.336
[122] - Al-Addukhan 44:10-11
[123] - Al-Addukhan 44:12
[124] - Al-Addukhan 44:13-14
[125] - Al-Israa’ 17:14
[126] – Al-Mukminun 23: 109-111