Wednesday 27 April 2016

Kuliah 16 - 30 04 2016 (A)

Kuliah 4

 بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين

وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Penyelewengan Umat Islam Dari Jalan Yang Lurus

الانحراف في الأمة الإسلامية عن الصراط المستقيم

Dari Kitab Al-3ijl
Yang Maha Tinggi Berfirman:
                            

بسم الله الرحمن الرحيم ﴿ الم * أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ * وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ * أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ أَنْ يَسْبِقُونَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ * مَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَآتٍ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ * وَمَنْ جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ﴾

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. * Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji? * Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benar beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. * Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu. * Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah, maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba; dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. * Dan sesiapa yang berjuang maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya daripada sekalian makhluk. [Surah Al-Angkabut 29:1-6.].

Penyelewengan dari jalan yang lurus tidak dapat dielakkan berlaku pada umat Islam, sama ada dalam Aqidah-aqidah (al-‘Aqa’id) atau Hukum Syari’at (Al-Ahkam wa as-Syari’ah):

﴿سُنَّةَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ َبْدِيلاً﴾                                                            
("Sunnatullah" (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu. [Surah Al-Fath 48:23], 

﴿لَتَرْكَبُنَّ طَبَقاً عَنْ طَبَقٍ﴾


Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, [Surah Al-Iinsyiqaq 84:19]

وقال رسول الله (ص): (والذي نفسي بيده لتركبن سنن من كان قبلكم حذو النعل بالنعل والقذة بالقذة، حتى لا تخطئون طريقهم ولا يخطئكم سنة بني إسرائيل)

Rasulullah (sawas) bersabda: (Demi Yang diriku ditanganNya dan Sesungguhnya kamu akan ikut cara golongan sebelum kamu contoh setapak demi setapah Dan langkah demi langkah, Sehingga mereka merasa tidak berdosa dengan cara mereka, tidak sesat seperti sunnah (cara) Bani Israil,)  [27].

Pengajaran daripada riwayat di atas

yang pertama perkara yang akan dilakukan Mahdi (as) apabila ia muncul dan bangkit adalah

1.         mengubah penyelewengan ini , mengembalikan semula umat dengan sungguh-sungguh ke jalan lurus, dan
2.         mendirikan semula Islam seperti diajarkan pada zaman Rasulullah (sawas), selepas huruf-huruf (ajaran) Aimmah disesatkan oleh As- Samiriyah.

عن أبي بصير، قال: قال الإمام الصادق (ع): (الإسلام بدأ غريباً وسيعود غريباً كما بدأ فطوبى للغرباء. فقلت: اشرح لي هذا أصلحك الله. فقال (ع): يستأنف الداعي منّا دعاء جديداً كما دعا رسول الله (ص))


Dari Abu Basir, berkata: Imam Ash-Shadiq (as): “Islam dimulai sebagai sesuatu yang asing (ghariban) dan akan kembali asing sebagaimana  mulanya diberkati (beruntung) bagi yang asing.” Aku berkata: “Jelaskan kepadaku yang diislahkan Allah, “Dia (as) berkata: “Akan dibuka kembali dakwah dari kita seruan (dakwah) baru seperti yang diseru Rasulullah (sawas).”
[28]..

Dan dari Ash-Shadiq (as), beliau berkata: “Dikerjakan - iaitu al-Qaim - apa yang dikerjakan Rasulullah (sawas), Akan dipadam apa yang datang sebelum beliau sebagaimana Rasulullah (sawas) memadamkan urusan Jahiliyah, Islam diperbaharui semula.” [29]..

وعن ابن عطاء، قال: (سألت أبا جعفر الباقر (ع) فقلت: إذا قام القائم (ع) بأي سيرة يسير في الناس؟ فقال (ع): يهدم ما قبله كما صنع رسول الله (ص)، يستأنف الإسلام جديداً)


Dan dari Ibn 'Ata' , bertanya: “Aku bertanya kepada Aba Jafar al-Baqir (as) dengan kataku, Jika al-Qaim (as) bangkit, sirah (perjalanan hidup) siapa yang diikutinya?” Dia (as) berkata: “Beliau menggantikan apa yang sebelumnya sebagaimana dikerjakan Rasulullah (sawas), Islam diperbaharui semula.” [30].


عن الباقر (ع)، قال: (إذا قام قائمنا دعا الناس إلى أمر جديد كما دعا رسول الله (ص)، وإنّ الإسلام بدأ غريباً وسيعود غريباً كما بدأ، فطوبى للغرباء). 


Dari Al-Baqir (as) , beliau berkata: (Apabila Qaim kita bangkit dia akan menyeru manusia perintah yang baru sebagaimana seruan Rasulullah (sawas), dan bahawa Islam bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang asing. [31].

Dan mungkin ada yang menyangka bahawa ia adalah penyelewengan yang jauh dari As-Sunnah, kerana mereka meninggalkan dari berpegang dengan Aali An-Nabi (keluarga Nabi) Imam dua belas (as), yang akibatnya membawa mereka kepada penyelewengan pada kedua-dua Aqidah atau Hukum-hakam, tetapi hakikat bahawa hadits-hadits dan riwayat dari Ahli Bait Nabi (Shalawatu Allah ‘alaihim) sebagai penunjuk penyelewengan masyarakat yang batil sebelum bangkitnya Imam Mahdi (as), seperti mana perselisihan dalam Aqidah atau Hukum-hukum Syariah dan di kalangan ulamak Islam, sama pada kedua-dua Sunnah dan Syiah, atau di antara para ulamak sendiri pada setiap firqah masing-masing.

Untuk itu, perlu diketahui

1.         masalah berlakunya perselisihan (khilaf) di antara para Ulamak Muslimin, walaupun secara ringkas,
2.         supaya tidak terlepas atau tidak berfungsi esok apabila kemunculan Imam Mahdi (as) akan menjadi mangsa mudah kepada salah satu imam-imam sesat As-Samiriyah, - mempengaruhi kita –
3.         kerana kejahilan kita tentang hakikat-hakikat - musuh-musuh Imam Mahdi (as) dan
4.         kita fikir kita berada di jalan yang lurus dan kita melakukannya dengan baik.

Masalah Imamah (Kepimpinan)

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ ۖ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ

Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah, [Al-Anbia 21:73] 

1.Innama anta munzir wali kulli qaumin haadin

Dikeluarkan oleh Ibn Jarir Al-Thabari di Jami’ Al-Bayan (13/142) dengan sanad:

 

»عن ابن عباس، قال: لما نزلت " إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَاد " وضع (ص) يده على صدره، فقال: أنا المنذر ولكل قوم هاد، وأومأ بيده إلى منكب علي، فقالأنت الهادي يا علي، بك يهتدي المهتدون بعدي«

 

«Dari Ibn Abbas, katanya ketika turunnya ayat 

" إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَاد "

[Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.] Rasulullah (S) meletakkan tangan di atas dadanya sambil bersabda: “Aku adalah pemberi peringatan (Al-Munzhir)”. Dan ketika membaca: “Wa li kulli qaumin hād”, beliau menunjuk ke arah Ali seraya bersabda: “Engkau adalah pemberi petunjuk (Al-Hadi) Wahai Ali,” dan dengan petunjukmu orang-orang mendapatkan petunjuk selepasku.”» 

 

2.   Qanun makrifah Al-Hujjah

a.   Ada banyak bimbingan Rasulullah

3.   Man kuntu Maulah Fa 3aliyan Maulah

4.   Wasiat Rasulullah –

a.   Wasiat yang tertangguh dr hari khamis ke Malam Isnin

b.   Firqatun najjiyah

c.   Hadits Tsqalain

d.   Hadits Manzila

e.   Hadits Bahtera selamat

f.     Bak bintang

g.   Benci Ali Nabi dan Allah

Dengan itu berikut saya akan cuba paparkan sebahagian daripadanya, secara ringkas, dan mungkin keseluruhannya, Semoga Allah melimpahkan taufiqNya.




✡✡✡✡✡

----------------
[24] – Surah Al-Angkabut 29:1-6.
[25] - Surah: A-Fath 48:23.
[26] - Surah Al-Iinsyiqaq 84:19.
[27] – Tafsir Al-‘Ayashi: Jilid 1 halaman 304, Tafsir Al-Shafi: Jilid 2 halaman 26, Bihar Al-Anwar Jilid 13 halaman 180.
[28] - Tafsir Al-‘Ayashi: Jilid 1 halaman 303, Ghaibat Al-Nu’maani: halaman 337, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 366.
[29] - Ghaibat Al-Nu’maani: halaman 236 Cukup Mudah Khilaf, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 353.
[30] - Ghaibat Al-Nu’maani: halaman 238, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 354.
[31] - Ghaibat Al-Nu’maani: halaman 336, Bihar Al-Anwar Jilid 52 halaman 366.



Tuesday 12 April 2016

Kuliah 15 - 15 04 2016 (B)

Kuliah 15 - 15 04 2016 (B)

Beriman dengan Berita Besar (Kiamat Kecil)

Imam Ahmad Al-Hassan dalam menjawab maksud ayat-ayat awal dalam Surah Al-Baqarah menjelaskan ayat:

الم ﴿١﴾ ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿٣﴾وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ ﴿٤﴾ أُولَـٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ﴿٥

Alif Laam Miim. * Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa, * (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. * dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan apa yang telah diturunkan sebelummu, dan dengan akhirat mereka yakin. * Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.. [Al-Baqarah 2:4]

Nama Allah: Adalah Kota Kesempurnaan (Madinah Al-Kamalaat) yang terbit dan ditajjalikan dari hakikat kebenaran pengenalan ZatNya Yang Maha Suci yang tidak akan mengetahuinya melainkan Dia Yang Maha Tinggi lagi Maha Suci. Seperti Al-Rahman dan Al-Rahim dan kedua-duanya bersatu dalam makna sebagai contoh mewakili pintu Kota ini, dan bayangan Kota ini dalam Alam Mumkinaat) (Alam Kemungkinan) yang terbit (bersinar) pada ZatNya dan ditajallikan pada Muhammad (S), Dia Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ﴾

Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. [Al-Qalam 68:4] [88]

kerana dia berakhlak dengan akhlak Allah, jika tidak, tidak perlulah untuk disifatkan sebegitu agung melainkan jika ia mewujudkan dan kelihatan dengan akhlak (yang dikehendaki) Allah yang Maha Suci, dan dia adalah Muhammad (sawas) Kota Ilmu.

Ada pun pintu Kotanya adalah Ali (as) dan Ia bercampur dengan daging dalam daging dan darah di dalam darah Fatimah (as) sendiri, dan begitulah dengan Ali (as) tajalli Al-Rehman, dan Fatimah (as) tajalli Al-Rahim, kedua-duanya bersatu sebagai kesatuan Seperti Al-Rahman dan Al-Rahim dan sepakat kedua-duanya sebagai tidak terpisahnya Al-Rahman dan Al-Rahim.

﴿أ ل م﴾ Alif Lam Mim: (Amirul Mukminin (as) berkata: Aku: ح  (Ha) Al-Hawwamim, Aku: sebahagian dari Alif Lam Mim Aku: terjemahan ص (Shad)... Aku: ن والقلم (Nun dan Kalam) [89]. Huruf-huruf ini adalah nama-nama Ahl al-Bayt (as), dan (م - Mim) adalah Mohammed, dan (ل - Lam) Ali, dan (أ - Alif) Fatimah dan dikira bilangan huruf dan jumlahnya empat belas pada bilangan mereka (as). Mengulangi Al-Mim (17) kali, dan Lam (13) kali, dan Alif (13) kali.

Ini adalah sifat-sifat orang-orang yang beriman, iaitu: (beriman kepada apa yang diturunkan sebelummu) mengesahkan bahawa orang-orang yang bertakwa yang disediakan bagi mereka oleh Muhammad (S) sebagai ilmu dan panduan - mereka orang-orang yang berkelayakan dengan beriman dengannya - bukan sahaja yang beriman dengan nubuwah sebelumnya dari agama Hanif, Yahudi dan Kristian ini, yang menyifatkan mereka, kerana mereka beriman kepada apa yang diturunkan kepada Al-Rasul; kerana untuk menghurai mengenai hal-hal mereka kerana mereka menyaksikan Al-Kitab itu untuk memberi petunjuk kepada mereka, maka mereka mula memahami Islam dan Iman dari Al-Rasul, mereka mendapat petunjuk dari Tuhan dan ditambahkan dengan pimpinan Muhammad (S).

Ia telah membenarkan ayat-ayat awal, Jika tidak ayat-ayat hidup seperti Al-Quran, yang merangkumi semua zaman sehingga bangkitnya Al-Saah

Dari Abdul Rahim Al-Qashir berkata : Pada suatu hari aku berada di sisi Abi Ja'far (as), dia berkata: Wahai Abdul Rahim, aku berkata: Ya Tuan, beliau berkata, Allah berfirman

﴿إنما أنت منذر ولكل قوم هاد﴾

 [Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.]

Ketika Rasulullah (S) bersabda: Aku adalah pemberi peringatan dan Ali pemberi petunjuk (Al-Hadi), dari itu siapakah pemberi petunjuk hari ini? Beliau berkata: Lama aku membisu dan kemudian aku angkat kepalaku, lalu aku berkata, Semoga aku menjadi tebusan tuan, pada kamu para pewaris seorang demi seorang sehingga berakhir dari tuan, Semoga aku menjadi tebusan tuan - tuan adalah pemberi petunjuk (Al-Hadi), beliau berkata: Benar kamu wahai Abdul Rahim, bahawa Al-Quran hidup tidak mati, dan ayat-ayatnya hidup tidak mati, kalau ayat apabila diturunkan pada sesuatu kaum yang mati dan ayat yang mati maka matilah Al-Quran ) Bihar Al-Anwar: Jilid 35 halaman 403.


Maka pada zaman ini, sebagai contoh, beriman kepada Al-Mahdi (as) dengan Isa, Ilyas dan Al-Khidhir adalah Iman dengan apa yang telah diturunkan kepada Al-Rasul, dan apa yang telah diturunkan sebelumnya, kerana Al-Mahdi (as) bersama dengan apa yang diturunkan kepada Al-Rasul. Isa, Ilyas dan Al-Khidhir bersama dengan apa yang diturunkan sebelumnya. Maka mereka (as) adalah Al-Ghaib (diangkat dan masih hidup) di dalam ayat sebelumnya (الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ) dan apa yang telah diturunkan di dalam ayat ini.

Pada akhir zaman iaitu zaman ini sebelum

1.   Al-Mahdi (as) dengan dibantu oleh
2.   Isa (as),
3.   Ilyas (as) dan
4.   Al-Khidhir (as)

Mereka yang ghaib ini akan zuhur (diturunkan semula). Permulaan zaman kezuhuran mestilah ada

v muqarrab (Yang karib) dengan lmam Mahdi (as)
v yang pertama beriman dengan lmam Mahdi (as)
v yang membawa wasiat Al-Rasul (lantikan Allah)
v yang mempunyai 3 nama (Ahmad, Abdullah (hamba Allah dan Al-Mahdi)
v yang namanya serupa dengan namaku
v yang nama bapanya serupa dengan nama bapaku
v yang keluar dari arah timur
v yang membawa panji-panji kebenaran
v yang mempunyai ilmu dan hikmah
v yang menyeru (berdakwah) kepada Hakimiyah Allah (Bai3atu Lillah)

Dialah Ahmad Al-Hassan Al-Yamani (as) washi dan utusan lmam Mahdi (as), Al-Qaim Aali Muhammad, Hujjah Allah dan Khalifah Allah Al-Mahdi yang dijanjikan di akhir zaman.

Al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Sahihah menjelaskan terdapat hadits yang berbunyi:

لا تقوم الساعة حتى تملأ الأرض ظلماً وجوراً وعدواناً، ثم يخرج رجل من عترتي أو من أهل بيتييملؤها قسطاً وعدلاً، كما ملئت ظلماً وعدواناً

"Tidak akan terjadi Al-Saah (hari akhirat)  sehingga bumi dipenuhi kezaliman, ketidakadilan dan permusuhan, kamudian akan keluar seorang lelaki dari 'itrahku atau Ahlulbaitku, yang akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan setelah dipenuhi kezaliman dan permusuhan." (Hadits riwayat Ahmad, juz 3, hal 36; Ibnu Hibban, hal 1880; Al-Hakim, juz 4, hal 557; Abu Na'im dalam kitab Al-Hilyah, juz 3, hal 101) .

Sebelum berlakunya Al-Saah (hari akhirat, hari kiamat) ia adalah Akhir Zaman atau Kiamat Kecil sebelum Kiamat Besarberlaku.




Terlalu banyak khabar (riwayat) di kalangan Sunni dan Syiah menjelaskan kerja-kerja tersebut. Termasuklah perkhabaran segala kerja-kerja dakwah, peperangan …… peristiwa dan keadaan-keadaan yang berlaku di akhir zaman itu.


Pengikut dan Musuhnya.


Di dalam perkhabaran tersebut tunggak utama ada berbagai nama yang ditujukan kepada yang pertama beriman dengan lmam Mahdi (as):

1.   Al-Yamani, Al-Hashimi (gelaran keluarga Muhammad (S)), Al-Manshur, Mahdi Pertama dan…. dan…
2.   Sahabat lmam Mahdi (as): terkenal dengan 313 (termasuk Al-Yamani) – Ansar utama – panglima-panglima tenteranya.- termasuk 50 perempuan - yang pertama adalah dari Basrah (Ahmad) dan yang akhir adalah Al-Abdal dari Syam
3.   Ansar 10 000 yang berbai3ah dengan Al-Yamani
4.   Al Khurasani yang dipimpin oleh Syuaib bin Soleh menyerahkan panji-panjinya kepada Al-Yamani

Ansarnya terdiri dari Muslim Syiah, Sunni, orang-orang Kristian, atheis dan manusia lain yang berbai3ah dengannya3 Selain itu ada musuh-musuh umum yang menolak dakwahnya dan musuh-musuh khusus yang memerangi. Mereka ternasuklah
              
1.   Umat manusia yang tidak ambil peduli
2.   Umat Islam Syiah (terutamanya)
3.   Umat Islam Sunni
4.   Al-Nashibi
5.   Al-Sufyani dan bala tenteranya
6.   Al-Dajjal yang dibunuh Isa
7.   Dajjal Besar (Al-Dajjal Al-Akbar)


Tanda lain


قَالُوا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِنَّ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ مُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ فَهَلْ نَجْعَلُ لَكَ خَرْجًا عَلَىٰ أَن تَجْعَلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ سَدًّا ﴿٩٤

Mereka berkata: "Hai Zhulkarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?" [Al-Kahf 18:94] 

Zhulkarnain pernah diminta untuk membina tembok besi dipateri (dikimpal) dengan tembaga  dan ia telah dilakukan oleh Zhulkarnain. Rasulullah pernah terjaga dari tidur bermimpikan tembok besi hampir siapditebuk oleh Ya'juj dan Ma'juj.

﴿حَتَّىٰ إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلُونَ *  وَاقْتَرَبَ الْوَعْدُ الْحَقُّ فَإِذَا هِيَ شَاخِصَةٌ أَبْصَارُ الَّذِينَ كَفَرُوا يَا وَيْلَنَا قَدْ كُنَّا فِي غَفْلَةٍ مِّنْ هَـٰذَا بَلْ كُنَّا ظَالِمِينَ﴾

Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. * Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar, maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir. (Mereka berkata): "Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim".[Al-Anbiak 21:97] 


Soalan ini pernah ditanyamelalui internet.

 Apa yang dimaksudkan dengan Yakjuj dan Makjuj yang akan keluar di akhir zaman menurut riwayat?

Jawapan Imam Ahmad Al-Hassan:

Insya-Allah, anda akan dapat maklumat terperincinya di dalam kitab yang akan diterbitkan.


Kuliah 15 - 01 04 2016 (A)

Kuliah 15 - 16 04 2016 (A)

Pengislahan Imam Al-Hasan a.s, dan
Wilayah Perjanjian Bagi Imam Ar-Ridha a.s.



Dan akhirnya, adalah perlu kita lalui dua peristiwa penting dalam kehidupan Aushiak Penutup Para Nabi sawas, dua belas Imam a.s, untuk mereka yang berkaitan dengan penyelidikan ini:

Yang pertama: ia adalah pendamaian Imam Al-Hasan a.s. dengan Taghut Mu’awiah Ibn Hind (l.a.).

Dan ia adalah satu perdamaian yang perlu, selepas negara diambil alih oleh orang-orang munafik yang diketuai oleh Mu’awiah yang mula berkembang dan mengambil alih bumi Islam itu, dan selepas umat Islam menjatuhkan Imam Al-Hasan a.s. Ia juga adalah seperti perdamaian Nabi sawas dengan Musyrik di Al-Hudaibiyah [Perjajian Al-Hudaibiyah].

Dan Imam Al-Hasan yang mengisytiharkan bahawa perdamaiannya

·      untuk pengekalan Syiah,
·      kerana mereka adalah ahli al-Haq (penganut kebenaran) dan dengan kekalnya mereka kekallah kebenaran.
·      Dan jika kita melihat dengan mata hati, kita akan dapati bahawa perdamaian Imam Al-Hasan a.s. berlaku

o   untuk persediaan kebangkitan (revolusi) Imam Al-Hussein as,
o   persediaan untuk kebangkitan Imam Al-Mahdi a.s.

Jadi apabila Imam Al-Hasan a.s. terpaksa meletakkan pedang,

·      dia memulakan peperangan baru dengan Mu’awiah, kali ini, perang media (perang dingin) bertujuan untuk menyediakan umat untuk revolusi Al-Hussein a.s, dan sekurang-kurangnya umat bersedia untuk menerima revolusi ini dan bersimpati dengannya,
·      lebih-lebih lagi, untuk berinteraksi dengannya walaupun selepas ia berlaku, dan sesiapa yang memperhatikan keadaan umat pada masa Imam Al-Hasan a.s, dia tentu akan tahu bahawa ini adalah matlamat besar yang diharapkan daripada sebuah umat, yang mempunyai anak-anak
·      yang berpaling menjatuhkan pemimpin ma'sum mereka a.s, sehingga mereka datang dan melihat kejahatan suatu sebagai yang makruf (kebaikan), dan
·      hampir tidak akan kekal Tashayu'** (mendukung)
·      samada pada nama atau tulisan tanpa pergerakan media Imam Al-Hasan a.s. Jadi perdamaian Imam Al-Hasan a.s. bukan satu perdamaian dengan istilah tertentu, tetapi ia adalah satu gencatan senjata yang Imam Al-Hasan a.s. terpaksa lakukan, supaya saudaranya Al-Hussein a.s. - yang seperti dirinya sendiri (Al-Hasan a.s.) - berjaya dengan revolusi ini , yang bergema dan masih menggegarkan dunia hingga ke hari ini.

1.   Jadi seperti Amir al-Mukminin a.s. yang telah melihat masa depan dan pada daulah لا إله إلاّ الله  antarabangsa, juga
2.   Imam Al-Hasan a.s., dan
3.   semua maksumin a.s.

telah melihat hari apabila agama akan ditinggikan ke atas semua agama, jadi
perarakan manusia merupakan satu perarakan kesepaduan, walaupun ia terdedah kepada beberapa rintangan, kerana
hasilnya adalah kebaikan kebanyakan manusia di bumi pada zaman kemunculan Imam Al-Mahdi a.s.

Dan para Imam a.s. telah melakukan semua yang boleh

1.   untuk memimpin umat ini menyampaikan Risalah Ketuhanan kepada semua orang di bumi,
2.   pada satu hari dari hari-hariNya kepada penduduk dunia seluruhnya,
3.   maka mereka a.s lebih suka mencari keredhaan Allah dan kepentingan manusia mengatasi diri mereka sendiri, dan
4.   menanggung sebagian besar bahaya pada diri dan jasmani demi tujuan besar ini,
5.   yang merupakan iman penghuni bumi dengan لا إله إلاّ الله محمد رسول الله.


Kedua: Wilayah Perjanjian Bagi Imam Ar-Ridha a.s.

pada Imam Kelapan (Imam Al-Redha Ali bin Musa)]

Dan yang kedua ialah terhadap Wilayah perjanjian yang diterima Imam Ar-Ridha a.s. selepas Al-Ma'mun Al-Abbasi memaksanya,

·      dan ia adalah contoh nazir dan Wazir Yusuf a.s. kepada raja Mesir secara paksa. walaupun ia mempunyai beberapa faedah untuk rakyat,
·      maka ia adalah godaan dan ujian bagi orang yang beriman seperti Allah Yang Maha Suci menguji Bani Israel ketika Dia menjadikan Musa a.s. membesar dan hidup di istana Taghut Firaun (l.a.), jadi ini adalah seperti:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ * وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

{Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? * Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.} [Al-Ankabut (29): 2 dan 3].

Dan akhirnya, Al-Ma'mun Al-Abbasi meracun Imam Ar-Ridha a.s, selepas Al-Ma'mun dapati dirinya tidak berupaya untuk melemahkan usaha Imam Ar-Ridha a.s., walaupun dia berada di istananya dan di bawah pemerintahan beliau.

Dan seperti itu, kehidupan Imam-imam a.s. aushiak Nabi Penutup sawas, gambaran kehidupan para Nabi sebelumnya di bumi ini.

Mereka Menghadapi

1.   Mereka adalah di antara taghut (penzalim), Penguasa yang kejam yang menumpahkan darah suci Imam-imam a.s.,dan sesiapa yang mengikutinya atau bergantung kepadanya
2.   daripada para ulama jahat tidak beramal, dan suatu umat yang mengecewakan mereka dan memilih untuk menyembah Anak Lembu dan mengikuti Samiri,
3.   kecuali beberapa orang yang memuliakan janji Allah,

dan apabila tiba masa Penutup Aushiak a.s., Baqiah Allah di muka bumi-Nya, Muhammad Ibn Hasan Al-Mahdi a.s. Allah ingin dia jauh (ghaib) dari pandangan mata manusia dan taghut-taghut, untuk melindunginya dengan perlindungan Qur'an dan Syariah sehingga Dia membenarkannya bangkit dan menunjukkan kebenaran apabila umat bersedia untuk menyokong beliau, dan telah diriwayatkan dari beliau a.s.: (atas sebab apa berlakunys keghaiban, Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَسْأَلوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ

{Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu.} [Al-Maidah (5) 5:101].

Dan cukup tanda yang umum, dan salam kepada cahaya Allah di bumi-Nya dan BaqiahNya di kalangan hamba-hambaNya yang bapanya a.s. menamakannya sebagai salah satu yang tertindas (dizalimi), dan dia benar-benar kena tindas (mazlum) walaupun dari Syiah beliau yang hampir tidak menyebutnya semasa keghaiban dan mengalami penderitaan yang memilukan.

والسلام على المؤمنين والمؤمنات ورحمة الله وبركاته.

 
بسم الله الرحمن الرحيم
﴿ وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللَّهُ لَهُ نُوراً فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ﴾

 (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. [An-Nur ( 24): 40]

والحمد لله رب العالمين




------------
[**] Syi’ah = Pengikut atau Pendukung, Tashayu'(التشيع) = yang mengikut atau mendukung
[2]. Kamal Ad-Din: Halaman 485 ; Al-Ghayba dari At-Tusi: Halaman 292 ; Al-Ihtijaj: Jilid 2, Halaman 284 ; Bihar Al-Anwar: Jilid 52, Halaman 92.