Video Ketibaan Mahdi Bhg 4
DI AKHIR RENCANA
Tangan yang muncul dari langit ada tanda-tanda
kezuhuran Mahdi a.s.
1.
Dari
kitab-kitab-kitab Sunnah, berikut adalah beberapa riwayat yang membuktikan tanda-tanda
ini.
Dari Asma’ bintu
Umais: “Alamat untuk hari itu (merujuk kepada waktu zuhur Mahdi a.s.) Sebuah
tangan yang melintang di langit dan manusia beralih untuk meihatnya” ‘Mahdi Di
Akhir Zaman’ oleh al Din al Muttaqi halaman 69.
2.
Sebuah
riwayat dari kitab yang sama di halaman 51.
“Dan pada waktu itu”
merujuk kepada kezuhuran Mahdi a.s “Sebuah tangan akan dilihat dan muncul di
langit.”
3.
Dari riwayat
ketiga dari kitab “Ringkasan Hadis Alamat Mahdi Yang Dinanti” Tulisan Ibn Hajar
al Maki halaman 35:
Peperangan dan
perselisihan akan berterusan sehingga muncul tangan di langit dan suara
menjerit, “Imam kamu adakah Mahdi”
Dan tanda di hari itu adalah tangan yang muncul di langit dan manusia memandang ke arahnya untuk meihatnya.
Dan tanda di hari itu adalah tangan yang muncul di langit dan manusia memandang ke arahnya untuk meihatnya.
Dan juga di dalam kitab Syiah, contohnya dalam
kitab Al Ghaybah al Nu’mani, halaman 252:
1.
Dari Abdullah
Ibn Sinan yang berkata, Abu Abdullah a.s. bersabda:”Saihah (jeritan) adalah
tidak dapat dielakkan. Kedatangan Sufyani tidak dapat dielakkan dan kedatangan
Yamani tidak dapat dielakkan dan pembunuhan Nafs Zakiyyah tidak dapat dielakkan
dan tangan yang muncul di langit tidak dapat dielakkan. Dan ketakutan yang
terjadi dalam bulan Ramadan yang mengejutkan yang tertidur dan menakutKan yang
terjaga. Dan ia membangunkan gadis kecil yang pengsan.
2.
Di dalam
kitab Manaqib al Itrra” 250 Tanda-tanda, di halaman 130, wujud sebuah riwayat
dari Nabi saw:
“Celakalah ke atas
umat ku dari Syura Besar dan Syura Kecil. Jadi kami bertanya tentangnya dan
baginda menjawab: “Berkenaan Syura Besar, ia akan berlaku di tanah ku, selepas
pemergian ku demi untuk mencuri kekhalifahan dari saudara ku dan hak anak perempuan
ku. Dan Berkenaan Syura Kecil akan berlaku Ghaibat Kubra di Zawra’ (Baghdad)
demi untuk mengubah Sunnah ku dan Undang-undang ku.
Iaitu Sistem undian
dan demokrasi yang dilaksanakan selepas perang Iraq.
3.
Di dalam
kitab Malahem wal Fitan, halaman 134,
Amirul
Mukminin a.s. berkata: “Dan Pemerintahan akan pulang ke Zawra’ (Baghdad) dan
urusan ini akan kembali ke Syura (pilihanraya). Sesiapa yang menang di dalam
sesuatu (pilihanraya) akan melakukannya (memerintah). Maka selepasnya akan
muncul Sufyani, berada di muka bumi selama 9 bulan, memenuhi dengan siksaan
yang teruk. Sehinggalah kemunculan Mahdi Al Hadi yang mengambil panji dari Isa
ibn Mariam.
4.
Dan dalam
kitab Bisharatul Islam, halaman 104, ada sebuah riwayat Amirul Mukminin Ali a.s.
berkata:
“Apabila
loceng besar berbunyi” sehingga beliau berkata: “Dan panji diberikan kepada
pembesar Kurdan, orang Kurdis yang senior dari mereka akan memerintah. Maka
nantikan kemnculan orang yang bercakap dengan Musa di pergunungan.
5.
Dan juga disebutkan
di dalam kitab Bayan al Aimmah, bahagian ketiga halaman 513:
Beberapa
ulama Syariya menulis tentang alamat dan di antara mereka adalah Syeikh Mohy al
Deen dan ini adalah satu kumpulan dari mereka yang berkata:
“Dan
tentera Turk akan bergerak sehinggalah mereka sampai ke Jerusalam dengan
berjalan kaki. Dan Kurdis akan memerintah Baghdad dan kawasannya sehingga
Khurasan, kerana maruah, bukan Iraq. Dan seruan agung akan datang, dan tiada
siapa terlepas darinya, walaupun mereka yang masih lagi memerintah.
Sayyed Al Sadr (seorang
ulamak disegani di Iraq) berpidato, sebelum pembunuhannya, semoga Allah
merahmati beliau:
“Dan
sekarang, kita mempunyai banyak berita bahawa Amerika telah menubuhkan sejak
beberapa tahun, mungkin 10 tahun yang lepas, Apa yang dikenali sebagai ‘Pasukan
Serangan Khas’ dalam menantikan kezuhuran Mahdi, bukan atas yang lain! Pasukan
ini telah masuk campur dalam perang Teluk dengan tentera mereka, demi menanti
kezuhuran Mahdi, dan tanpa ragu, Amerika mempunyai maklumat yang sangat banyak
tentang Mahdi di Pentagon, apa sahaja yang mampu dicari oleh mereka ke tahap
dikatakan, satu-satunya fail yang tiada adalah gambar, dan sudah tentu, ia
tiada. dan tanpa ragu, Penganalisa Politik mereka menganggao kemunculan Imam
Mahdi sebagai satu perubahan social yang paling penting, yang dapat berlaku di
Muslim Timur. Sudah tentu, dengan tahap kesukaran semua perkara ini, adalah
hikmah Ketuhanan untuk menyembunyikan masa Kezuhuran Mahdi dan menjadikan waktu
satu misteri, dengan izin Allah.
Kata-kata beliau
adalh satu tanda, atau ramalan tentang rancanagan Amerika untuk menakluk Iraq,
beberapa tahaun sebelum ianya benar-benar terjadi. Dan beliau menyatakan dengan
jelas dalam ucapannya akan sebab sebenar mengapa Amerika terdesak untuk datang
menyerang dan menakluk Iraq beberapa tahun selepasnya. Sebabnya bukanlah untuk
memusnahkan apa sahaja senjata pemusnah atau senjata nuklear. Dan bukanlah juga
untuk menyebarkan demokrasi di Iraq atau kebebasan seperti yang diucapkan oleh
sesetengah ahli politik.
LIHAT Video Ketibaan Mahdi Bhg 4
No comments:
Post a Comment