Hakimiyah Allah: Hak Lantikan
Kepimpinan Milik Allah atau Manusia?
Dipetik
dari tulisan Imam Ahmad a.s: Ketuanan Allah, Bukan Ketuanan Manusia, dengan
beberapa penambahan dari penulis sebagai contoh.
Dari
awal hingga ke akhir, Al Quran secara penuh megiktiraf ketuanan Allah, dan
menolak ketuanan manusia. Kami tidak berminat dengan persepsi sonsang
sesetengah orang yang menafsir ayat Allah sesuka hati mereka, dan begitu juga
mereka yang mempertahankan orang-orang dan aqidah tertentu, sedangkan korupnya
orang yang dipertahankan itu, dan batilnya aqidah tersebut, walaupun korupsinya
jelas, dan tidak memerlukan usaha kuat untuk melihatnya.
Mari
kita telusuri ayat yang mendokong ketuanan Allah di muka bumi.
Pertama
Allah Memberi Pemerintahan
﴿قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي
الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ
وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ
شَيْءٍإِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ﴾
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa
pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa
yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari
sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang
Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.
Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Aali Imran 3:26]
Ayat
ini dengan jelas menunjukkan bahawa kepimpinan itu milik Allah, dan Dia berhak
melantik sesiapa yang dikehendakiNya sebagai khalifah di muka bumi. Allah swt
berfirman:
﴿وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ
إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ﴾
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah
di bumi” (Al Baqarah 2:30)
Jadi,
bukanlah menjadi hak mana-mana manusia, dari ayat ini, untuk melantik raja,
presiden atau perdana menteri melainkan dirinya adalah lantikan Allah swt.
Kepimpinan
ini diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendaki, namun tidak
semestinya seorang pemimpin lantikan Allah itu dapat memerintah, kerana
berkemungkinan beliau ditolak dari jawatan tersebut oleh manusia, seperti yang
kerap kali berlaku di dalam sejarah manusia. Ibrahim a.s tidak memerintah,
namun ia dipegang oleh Namrud l.a. Musa a.s tidak memerintah, namun ia dipegang
oleh Firaun l.a, Hussain a.s tidak memerintah, namun Yazid l.a yang memerintah,
maka Allah swt berfirman:
﴿أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ
عَلَىٰ مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ ۖ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ
إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُم مُّلْكًا عَظِيمًا﴾
Atau patutkah mereka dengki kepada manusia disebabkan
nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya?
Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab dan
hikmat, dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. (Al-Nisa’ 4:54)
Walaupun keluarga Ibrahim a.s diberikan kepimpinan dan ketuanan Ilahiyah, malangnya mereka ditindas dan dizalimi, ditolak dari kepimpinan dan dirampas hak mereka oleh para penguasa zalim. Jadi tugas manusia adalah menguatkan dan menaikkan manusia pilihan Allah swt di posisi kepimpinan, kerana jika mereka menolaknya, maka kemurkaan Allah swt akan terjadi, dan bencana akan menimpa mereka.
Al
Sadiq a.s bersabda: “Pernahkah kamu mendengar firman Allah: {..yang kamu tidak
dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya..(27:60)} Dia berfirman
menyatakan bukanlah menjadi hak kamu untuk memilih siapa Imam kamu,
menggelarkan mereka sebagai (pemimpin) yang benar atas kehendak dan keingingan
kamu.” Kemudian Imam Sadiq a.s bersabda: “Akan ada tiga kumpulan yang mana
Allah tidak akan bercakap dan memandang mereka di Hari Kebangkitan, juga tidak
akan menyucikan mereka, iaitu mereka yang menanam pohon yang tidak ditanam
Allah swt, yakni, sesiapa yang melantik Imam yang tidak dilantik Allah, atau
tidak mengimani Imam lantikan Allah.” (Tahaq al Uqul, hal 325)
Kedua:
Ketuanan Allah Dari Sejarah Awal
Kisah
Talut:
﴿أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلَإِ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ مِن بَعْدِ
مُوسَىٰ إِذْ قَالُوا لِنَبِيٍّ لَّهُمُ ابْعَثْ لَنَا مَلِكًا نُّقَاتِلْ فِي
سَبِيلِ اللَّه﴾
Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang
(kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika
mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: “Lantiklah seorang raja untuk kami,
supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah” (Al
Baqarah 2:246)
Sekumpulan
mukmin dari Bani Israel mempercayai ketuanan Allah swt, maka mereka tidak
mendahului Allah swt dalam melantik, tetapi menyerah dan memohon kepada Allah,
agar melantik seorang Raja bagi mereka, dan ini adalah bukti paling besar,
bahawa semua agama Samawi mengiktiraf hak lantikan pemimpin berada di tangan
Allah, bukanlah di tangan manusia melalui syura, pilihan raya dan sebagainya
Ketiga:
Allah Yang Melantik Khalifah Di Muka Bumi
﴿وَإِذْ
قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً﴾
Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi” (Al Baqarah 2:30)
Khalifah
Allah sudah semestinya merupakan pemerintah di muka bumi, dan khalifah pertama
Allah di muka bumi adalah Adam a.s. Dan di setiap zaman, ada khalifah Allah
yang yang dilantik, seperti firman Allah swt
﴿إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ﴾
Sesungguhnya kamu hanyalah
seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi
petunjuk. (Ar
Ra’d 13:7)
Dan
di zaman ini, khalifah Allah adalah Imam Mahdi a.s. Jadi manusia perlulah
menguatkan pemerintahan beliau, kerana sesungguhnya beliau merupakah lantikan
Allah swt, dan beliau seharusnya tidak ditentang oleh pilihanraya dan
demokrasi.
Keempat:
Berhukum Dengan Hukum Allah
Allah
swt berfirman:
﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ
اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ﴾
﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ﴾
﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾
﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ﴾
﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾
dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang
kafir. (Al-Maidah 5:44),
kemudian, dan sesiapa yang tidak menghukum dengan
apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Maidah
5:45).
Allah swt meneruskan, dan sesiapa yang tidak
menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah
orang-orang yang fasik. (Al-Maidah 5:47)
Sudah
semestinya, khalifah Allah swt akan berhadapan dengan permasalahan yang baru,
tanpa mengira waktu, dan sudah semestinya, beliau diberikan pandangan dan
inspirasi istimewa, kurniaan Allah swt, yang mana dengannya, Dia akan
membuatkan ketuanannya diketahui dalam peristiwa-peristiwa yang akan terjadi.
Malahan bagaimana mungkin seseorang selain dari khalifah lantikan Allah
berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt?
Kisah
Musa a.s dan kaumnya
﴿وَاخْتَارَ مُوسَىٰ قَوْمَهُ سَبْعِينَ
رَجُلًا لِّمِيقَاتِنَا ۖ فَلَمَّا أَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ قَالَ
رَبِّ لَوْ شِئْتَ أَهْلَكْتَهُم مِّن قَبْلُ وَإِيَّايَ ۖأَتُهْلِكُنَا
بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ مِنَّا ۖ إِنْ هِيَ إِلَّا فِتْنَتُكَ
تُضِلُّ بِهَا مَن تَشَاءُ وَتَهْدِي مَن تَشَاءُ ۖ أَنتَ وَلِيُّنَا
فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۖ وَأَنتَ خَيْرُ الْغَافِرِينَ﴾
Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari
kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah kami
tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan
berkata: “Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka
bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami
disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami?
(Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau
sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa
yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami
dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi
ampun.(7:155)
Lihatlah
sendiri bagaimana Musa a.s, seorang Nabi yang ma’sum, yang memilih 70 lelaki
terbaik dari Bani Israel. Kesemua mereka kufur dan memberontak terhadap beliau
dan perintah Allah. Oleh itu, jika seorang Nabi Ma’sum seperti Musa, yang
memilih 70 orang lelaki untuk misi ketuhanan, dan akhirnya di dapati tiada dari
kalangan mereka yang layak untuk misi ini, maka bagaimana dapat manusia biasa
memilih pemimpin dan raja? Malah mereka mungkin memilih makhluk Allah yang
paling jahat tanpa diketahui.
Ini
sudah menjadi bukti yang mencukupi bagi mereka yang mencari apa yang benar dan
mahukan lebih lagi. Sungguh Quran yang berada di tangannya menyeru mereka yang
tidak memberi perhatian:
﴿وَعَدَ
اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ
وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم
مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي
لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَن
كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾
Dan Allah telah berjanji
kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang
saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi,
sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh
Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan
Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan
menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan
sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji)
itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. [Al-Nur 24:55]
﴿وَلَقَدْ
كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا
عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ * إِنَّ فِي هَـٰذَا لَبَلَاغًا
لِّقَوْمٍ عَابِدِينَ* وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ * قُلْ إِنَّمَا
يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَهَلْ
أَنتُم مُّسْلِمُونَ * فَإِن تَوَلَّوْا فَقُلْ آذَنتُكُمْ عَلَىٰ سَوَاءٍ ۖ وَإِنْ
أَدْرِي أَقَرِيبٌ أَم بَعِيدٌ مَّا تُوعَدُونَ * إِنَّهُ يَعْلَمُ الْجَهْرَ مِنَ الْقَوْلِ وَيَعْلَمُ مَا
تَكْتُمُونَ* وَإِنْ أَدْرِي لَعَلَّهُ فِتْنَةٌ لَّكُمْ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ
حِينٍ * قَالَ رَبِّ احْكُم بِالْحَقِّ ۗ وَرَبُّنَا
الرَّحْمَـٰنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَىٰ مَا تَصِفُونَ﴾
Dan sungguh telah Kami tulis
didalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Lauh Mahfuzh, bahwasanya bumi ini
dipusakai hamba-hamba-Ku yang saleh. * Sesungguhnya di dalam (surat) ini,
benar-benar menjadi peringatan bagi kaum yang menyembah (Allah). * Dan tiadalah
Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. * Katakanlah:
"Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku adalah: "Bahwasanya Tuhanmu
adalah Tuhan Yang Esa. maka hendaklah kamu berserah diri (kepada-Nya)". * Jika
mereka berpaling, maka katakanlah: "Aku telah menyampaikan kepada kamu
sekalian (ajaran) yang sama (antara kita) dan aku tidak mengetahui apakah yang
diancamkan kepadamu itu sudah dekat atau masih jauh?" * Sesungguhnya Dia
mengetahui perkataan (yang kamu ucapkan) dengan terang-terangan dan Dia
mengetahui apa yang kamu rahasiakan. * Dan aku tiada mengetahui, boleh jadi hal
itu cobaan bagi kamu dan kesenangan sampai kepada suatu waktu. * (Muhammad)
berkata: "Ya Tuhanku, hukumlah dengan sebenar. Dan Tuhan kami ialah Tuhan
Yang Maha Pemurah lagi Yang dimohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu sifatkan".
[Al-Anbiak 21:105-112]
Beberapa
perkara tambahan yang lain:
Kelima:
Pilihan Di Tangan Allah
﴿اللَّهُ يَصْطَفِي مِنَ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا وَمِنَ النَّاسِ﴾
“Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari
manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al Haj 22:75)
Tanpa
perlu menerangkan dengan lebih lanjut, ayat ini secara eksplisit menyatakan
bahawa pilihan berada di tangan Allah swt, bukan manusia.
Keenam:
Perlantikan Ibrahim a.s sebagai Imam, Daud a.s Sebagai Khalifah
Allah
swt berfirman:
﴿وَإِذِ ٱبۡتَلَىٰٓ إِبۡرَٰهِۧمَ رَبُّهُۥ بِكَلِمَٰتٖ فَأَتَمَّهُنَّۖ
قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامٗاۖ﴾
Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh
Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun
menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu
menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. (Al Baqarah: 124)
Di
tempat lain, Allah swt melantik Daud sebagai khalifahnya
﴿يَٰدَاوُۥدُ إِنَّا جَعَلۡنَٰكَ خَلِيفَةٗ فِي ٱلۡأَرۡضِ﴾
“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu
khalifah di bumi..” (Sad: 26)
Contoh-contoh
ini menjelaskan lagi bahawa kepimpinan dan kekhalifahan adalah hak Allah swt.
InsyaAllah, di bab berikutnya, kita akan membahaskan, adakah masih ada
perlantikan khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.a, setelah artikel
ini membuktikan hak melantik adalah di tangan Allah swt.
Ketuanan Allah Bhg. 2: Adakah Masih Ada Perlantikan Khalifah Allah
Selepas Muhammad(s)?
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم
تسليما كثيراً
Di dalam artikel yang lepas, kami telah mengemukakan bukti bahawa hak
perlantikan khalifah Allah swt di muka bumi adalah semata-mata milik Allah swt,
dari awal penciptaan manusia sehinggalah hari kiamat. Tiada sama sekali hak ini
pernah berada di tangan manusia untuk menentukan siapakah pemimpin mereka,
samada sistem monarki, syura, demokrasi atau apa sahaja.
Jika kita berkeyakinan bahawa Allah swt yang berhak ke atas lantikan
khalifahNya di muka bumi, maka isu ini akan membawa kita kepada beberapa
persoalan yang berat.
Adakah masih ada lantikan dari Allah swt selepas Nabi Muhammad (S)?
Jika ada, siapakah yang dilantik itu?
Bukankah Muhammad (S) itu adalah Rasul yang terakhir? Mengapa masih ada?
Pertama sekali, jangan kita terkeliru antara tugas Nabi, Rasul dan seorang
Imam(pemimpin). Masing-masing mereka mempunyai tugasan yang berbeza, namun
mereka semua adalah khalifah Allah, yakni wakilNya di muka bumi. Namun
ketiga-tiga ini mempunyai tugas yang sama dalam satu isu, menjadi panduan
kepada umat manusia, agar tidak tersesat dari jalan kebenaran.
Yang kedua, kami ingin tekankan bahawa, selain dari ketiadaan bukti
bahawa Allah memberi kuasa kepada manusia bagi melantik pemimpin mereka,
langsung tiada bukti dari Quran bahawa perlantikan khalifah Allah terhenti
selepas Muhammad (S).
Rasional perlantikan khalifah adalah sebagai panduan kepada umat
manusia, maka atas dasar rasional juga, Allah swt tidak akan membiarkan
ciptaannya terbiar di muka bumi tanpa wakilNya di muka bumi. Benar, Muhammad (S)
adalah Rasul terakhir, baginda ditugaskan untuk membawa syariat terakhir bagi
umat manusia. Namun sejarah membuktikan bahawa selepas pengutusan Rasul setiap
zaman, umat mereka akan melakukan kesesatan, terbukti dari sejarah setiap para
Nabi dan Rasul yang diutus kepada Bani Israel, sejarah agama Yahudi dan
Nasrani, malah Islam sendiri. Maka Allah swt, atas dasar rasional akan sentiasa
memastikan adanya “hadi”, guide, penunjuk bagi umat manusia untuk menerangkan
dan menegakkan syariat UTUSAN ALLAH sebelumnya. Agar manusia dapat merujuki
mereka dalam segala hal, tidak kiralah samada yang dilantik itu, adalah Nabi,
Rasul atau Imam.
Bagi menjawab semua persoalan ini, kami bawakan ayat-ayat Quran sebagai
bukti adanya perlantikan khalifah Allah selepas Rasulullah (S), dan bukti
bahawa Allah swt tidak akan meninggalkan umat manusia tanpa seorang pemberi
petunjuk yang dilantiknya.
﴿إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرٌ ۖ وَلِكُلِّ قَوْمٍ
هَادٍ﴾
“Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi
peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk”(13:7)
Ayat di atas menunjukkan Muhammad (S) hanyalah pemberi peringatan,dan
bagi setiap kaum, umat, zaman dan tempat, akan ada “hadi”nya, yakni orang yang
memberi petunjuk.
Pihak lawan akan berdalih: “Orang yang memberi petunjuk ini tidak
semestinya lantikan Allah swt, mereka boleh sahaja manusia biasa dari kalangan
ulama yang memberi petunjuk pada setiap zaman.”
Bantahan Pertama
Ini adalah satu penghujahan manusia tersepit, yang bersandarkan tekaan
dan sangkaan, malah jika mereka menujukan ayat ini kepada para ulama,
hakikatnya, para ulama lah yang menyebabkan perpecahan kepada setiap umat,
sehingga terdapat perbezaan yang besar dalam setiap hal fiqh, amalan, aqidah
dan hukum serta lain-lain. Sedangkan Allah swt berfirman apa sahaja yang datang
daripadanya tidak akan ada percanggahan.
﴿أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ
كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا﴾
Kalaulah Al-Quran itu bukan dari sisi Allah,
nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.(4:82)
Bantahan Kedua
Malah, di dalam Al Quran sarat dengan kecaman kepada Bani Israel yang
menjadi sesat kerana ketaatan mereka kepada para ulama mereka. Maka, masakan
Allah swt mahukan perkara yang sama terjadi kepada umat ini?
﴿وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا
سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠﴾
Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar
kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.(33:67)
﴿اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ
أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا
لِيَعْبُدُوا إِلَٰهًا وَاحِدًا ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ سُبْحَانَهُ عَمَّا
يُشْرِكُونَ﴾
Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli
ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka
mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan
melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.(Al-Taubah
9:31)
Jelas dari ayat di atas, Allah swt secara fizikalnya tidak boleh
mendidik manusia, kerana Maha Suci Allah dari berjisim atau bertempat. Maka
logikanya hanyalah, Allah swt akan mendidik manusia melalui manifestasi
DIA di alam penciptaan, yakni manusia-manusia utusannya, para khalifah
lantikanNya di muka bumi.
Jadi menamakan ulama sebagai pemberi petunjuk untuk setiap zaman dan
setiap kaum adalah jelas meleset dari segi realti dan fakta sejarah. Sudah
berapa banyak darah ditumpahkan kerana ketaatan manusia kepada mereka.
Tafsir bagi dalil di atas: Hadis Pertama
Sudah tentu, satu lagi jalan bagi kita mengetahui tafsir ayat di atas
adalah dengan menilai kata-kata manusia yang diutuskan kepada kita, Muhammad
Rasulullah (S), agar kita tidak tersesat.
حدثنا عبد الله حدثني عثمان بن أبي شيبة ثنا
مطلب بن زياد عن السدي عن عبد خير عن علي في قوله { إنما أنت منذر ولكل قوم هاد }
قال رسول الله صلى الله عليه و سلم المنذر والهاد رجل من بنى هاشم
Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah yang
berkata telah menceritakan kepadaku Utsman bin Abi Syaibah yang berkata telah
menceritakan kepada kami Muthallib bin Ziyaad dari As Suddi dari Abdu Khair
dari Ali tentang firman Allah SWT [Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi
peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk].
[Imam Ali] berkata “Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] sang
pemberi peringatan dan sang pemberi petunjuk adalah laki-laki dari bani Hasyim”
[Musnad Ahmad 1/126 no 1041, ini adalah Ziyadah Abdullah bin Ahmad]
Hadis ini juga disebutkan Ath Thabrani dalam Mu’jam Al Awsath 2/94 no
1361 dan Ad Dhiya’ Al Maqdisi dalam Al Mukhtarah 2/286 no 668 [dan Al Maqdisi
menyatakan sanadnya hasan] semuanya dengan jalan sanad dari Muthallib bin
Ziyaad dari As Suddiy dari Abdu Khair dari Ali. Hadis ini sanadnya hasan. Para
perawinya tsiqat dan hasanul hadits, Muthallib bin Ziyaad seorang yang shaduq
hasanul hadits dan As Suddiy adalah Ismail bin ‘Abdurrahman As Suddiy seorang
imam dalam tafsir dan shaduq hasanul hadis.
‘Abdullah bin Ahmad bin Hanbal telah dikenal
sebagai perawi yang tsiqat. Al Khatib menyatakan ia tsiqat tsabit. Nasai
menyatakan ia tsiqat. Daruquthni juga menyatakan ia tsiqat [At Tahdzib juz 5 no
246]. Ibnu Hajar menyatakan ia seorang imam yang tsiqat [At Taqrib 1/477]
Utsman bin Abi Syaibah adalah Utsman bin Muhammad
bin Ibrahim Al Absiy termasuk perawi Bukhari dan Muslim. Ahmad bin Hanbal telah
memujinya. Ibnu Ma’in menyatakan ia tsiqat. Abu Hatim menyatakan ia shaduq.
Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats Tsiqat [At Tahdzib juz 7 no 299]. Ibnu
Hajar menyatakan ia tsiqat hafizh [At Taqrib 1/664]
·
Muthallib bin Ziyaad adalah perawi yang shaduq
hasanul hadits. Telah meriwayatkan darinya Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Ma’in
dimana keduanya sepakat menyatakan Muthallib tsiqat. Abu Hatim berkata “ditulis
hadisnya tetapi tidak bisa dijadikan hujjah”. Abu Dawud berkata “shalih”. Isa
bin Syadzan dan Ibnu Sa’ad mendhaifkannya. Ibnu Hibban memasukkannya dalam Ats
Tsiqat begitu pula Ibnu Syahin memasukkannya dalam Ats Tsiqat. Al Ijli
menyatakan ia tsiqat. Ibnu Ady berkata “ ia memiliki hadis hasan dan gharib
tetapi aku tidak melihat riwayat mungkar, menurutku tidak ada masalah padanya”.
Utsman bin Abi Syaibah menyatakan ia tsiqat. [At Tahdzib juz 10 no 333]. Adz
Dzahabi memasukkannya dalam Man Tukullima Fiihi Wa Huwa Muwatstaq no 328. Ibnu
Hajar menyatakan dalam At Taqrib bahwa ia shaduq tetapi pernah melakukan
kesalahan dan dikoreksi dalam Tahrir At Taqrib kalau Muthallib bin Ziyaad
seorang yang shaduq hasanul hadits [Tahrir At Taqrib no 6709]
As Suddiy adalah Ismail bin ‘Abdurrahman bin Abi
Karimah As Suddiy termasuk perawi Muslim dan Ashabus Sunan. Ia telah
ditsiqatkan oleh Syu’bah, Sufyan Ats Tsawri, Zaidah dan Yahya bin Sa’id Al
Qaththan [Sunan Tirmidzi 5/636 no 3721]. Ahmad bin Hanbal menyatakan ia tsiqat.
Ibnu Ma’in mendhaifkannya. Abu Zur’ah berkata “layyin”. Abu Hatim berkata
“ditulis hadisnya tetapi tidak bisa dijadikan hujjah”. Nasa’i berkata “shalih”
terkadang berkata “tidak ada masalah padanya”. Ibnu Adiy menyatakan ia seorang
yang hadisnya lurus shaduq dan tidak ada masalah padanya. Ibnu Hibban
memasukkannya dalam Ats Tsiqat. Al Ijli menyatakan ia tsiqat dan alim dalam
tafsir. Al Uqailiy menyatakan ia dhaif dan Ath Thabari berkata “tidak bisa
dijadikan hujjah” [At Tahdzib juz 1 no 572]. Ibnu Hajar dalam At Taqrib
menyatakan ia shaduq terkadang salah dan tertuduh tasyayyu’ kemudian dikoreksi
dalam Tahrir At Taqrib kalau ia seorang yang shaduq hasanul hadis dan imam
dalam tafsir [Tahrir Taqrib At Tahdzib no 463]
Abdu Khair bin Yazid termasuk orang yang menemui
masa jahiliah bahkan ada yang menganggapnya shahabat Nabi. Ibnu Ma’in
menyatakan ia tsiqat. Al Ijli juga menyatakan ia tsiqat dan Ibnu Hibban
memasukkannya dalam Ats Tsiqat [At Tahdzib juz 6 no 260]. Ibnu Hajar menyatakan
ia tsiqat dan tidak benar kalau ia sahabat [At Taqrib 1/558]
Tafsir bagi dalil di atas: Pendapat Tafsir Ibnu Hatim
حدثنا
علي بن الحسين ثنا عثمان بن أبي شيبة ثنا المطلب بن زياد عن السدي عن عبد خير عن
علي لكل قوم هاد قال الهاد رجل من بني هاشم قال ابن الجنيد هوعلي بن أبي طالب رضي
الله عنه.
Telah menceritakan kepada kami Aliy bin Husain yang
berkata telah menceritakan kepada kami Utsman bin Abi Syaibah yang berkata
telah menceritakan kepada kami Al Muthallib bin Ziyaad dari As Suddiy dari Abdu
Khair dari Ali tentang “bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk”. [Ali]
berkata “orang yang memberi petunjuk adalah laki-laki dari bani Hasyim”. Ibnu
Junaid berkata “ia adalah Ali bin Abi Thalib radiallahu’anhu” [Tafsir Ibnu Abi
Hatim 7/2225 no 12152].
Ali bin Husain bin Junaid Ar Raziy adalah seorang
yang shaduq tsiqat [Al Jarh Wat Ta’dil 6/179 no 981] dan ia menyatakan kalau
laki-laki bani hasyim yang dimaksud adalah Imam Ali sendiri. Tentu sebagai
perawi yang meriwayatkan hadis ini maka penafsirannya layak untuk diperhatikan
dan ini sesuai dengan keutamaan yang disandang oleh Imam Ali [alaihis salam].
Dari Tafsir Lain
Selain itu, beberapa tafsir yang lain merekodkan bahawa Rasulullah (S)
bersabda apabila di tanya tentang hadis ini:
“Aku adalah pemberi amaran dan Ali adalah pemberi petunjuk”. Lalu
baginda beralih kepada Ali dan bersabda: “Wahai Ali, manusia akan mendapat
petunjuk melalui mu.”
Tafsir Durr al-Manthur oleh as Suyuti Vol 4 halaman 45; Tafsir al Kabir,
oleh Fakhruddin Razi dalam tafsirannya pada ayat ini; Tafsir Ruh al Ma’ani,
Allamah Alusi, serta kitab Mustadrak, oleh al Hakim, Vol 3 hadith 129 & 130
Kita abaikan terlebih dahulu penetapan Ali a.s sebagai pemberi petunjuk
selepas baginda, dan kita tumpukan terlebih dahulu pada hakikat akan wujudnya
manusia-manusia yang ditugaskan untuk menunjuki manusia, dan mereka semua
adalah Bani Hashem. Disebabkan mereka ditetapkan oleh Rasul (S), maka penetapan
mereka adalah dari Allah swt.
Secara tidak lansung, ini ada kaitan dengan hadis berikut:
Di keluarkan dari Bukhari, Ahmad dan Baihaqi, dari Jabir bin Samurah, berkata,
“Akan wujud 12 orang amir”. Jabir berkata: Setelah itu baginda(sawa) mengatakan
sesuatu yang tidak dapat aku mendengarnya. Lantas bapaku
berkata bahawa baginda bersabda: “Semuanya dari Quraish.”
Bani Hashem adalah dari Quraish. Dan hadis berikut:
و
يقرئنا القرآن , فقال له رجل : يا أبا عبد الرحمن هل سألتم رسول الله (صلى الله
عليه وآله وسلم ) كم يملك هذه الأمة من خليفة ؟ فقال عبد الله بن مسعود : ما سألني
عنها أحد منذ قدمت العراق قبلك , ثم قال : نعم , ولقد سألنا رسو ل الله فقال : ”
إثنا عشر كعد ة نقباء بني إسرئيل “
“…Dari Masruq yang berkata; saat kami duduk
disebelah Ibnu Mas’ud yang ketika itu dia membacakan Al Qur’an kepada kami,
maka berkatalah seseorang kepadanya: “Wahai Abdurrahman! Adakah kamu pernah
tanya kepada Rosulullah saw tentang berapa orang yang menjadi khalifah umat
ini? Maka Abdulah ibnu Mas’ud menjawab: “Semasa kedatanganku ke-Iraq tiada
siapapun yang bertanya tentang persoalan ini sebelumu, kemudian dia berkata;
Ya, sesungguhnya kami telah bertanya kepada Rasulullah dan dia saw bersabda;
“(Bahwa jumlah khalifah umat ini) adalah Dua Belas orang sepertimana
bilangan pemimpin Bani Israel” Musnad Ahmad bin Hanbal jilid 2 m/s 55
hadits 3781, Milal Wa Nihal Ja’far Subhani jilid 6 m/s 60
Maka setakat ini, apa yang dapat kita fahami adalah Allah swt telah
menetapkan pemberi petunjuk selepas kewafatan Nabi (S) dan mereka adalah dari
kalangan Bani Hashem. Merekalah yang disebutkan Allah swt:
﴿وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا
إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ ۖ وَكَانُوا
لَنَا عَابِدِينَ﴾
Kami
telah menjadikan mereka itu sebagai imam-imam (pemimpin-pemimpin) yang memberi
petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka
mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya
kepada Kamilah mereka selalu menyembah, (Al-Anbiak 21:73)
﴿وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا
صَبَرُوا ۖوَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ﴾
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka imam-imam (pemimpin-pemimpin)
yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah
mereka meyakini ayat-ayat Kami. (Al-Sajadah 32:24)
Kesimpulan
Berdasarkan pendalilan yang diberikan di atas, dapatlah disimpulkan
bahawa:
Untuk setiap zaman ada khalifah lantikan Allah yang menunjuk manusia
Selepas Rasulullah (S), mereka adalah dari kalangan Bani Hashem
Namun siapakah mereka? Adakah selari dengan logik akal, Nabi (S)
menyebut akan ada 12 Imam selepasnya, namun tidak menamakan mereka? Tidak
wujudkan perasaan ingin tahu di kalangan para sahabat untuk bertanya kepada
baginda siapa mereka? Adalah sangat tidak logik jika Nabi (S) tidak menyebut nama
secara jelas untuk umat baginda mengikuti mereka. InsyaAllah dalam bahagian
seterusnya, kita akan merungkai satu per satu siapa kah mereka, dan nama-nama
mereka.
Dalil-dalil ini haruslah ditanggapi dalam konteks menyeluruh, bukan
secara individu, samalah seperti kita menyelesaikan “jigsaw puzzle”, yang mana
kita harus susun kepingan-kepingan ini secara menyeluruh, barulah nampak
gambarannya, bukan membuat andaian dan sangkalan berdasarkan hanya sekeping
dari kepingan-kepingan ini.
Umum mengetahui bahawa penulisan wasiat adalah sangat
ditekankan oleh Allah swt sehingga disebut sebagai wajib di dalam Al Quran.
﴿كُتِبَ
عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ
لِلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلۡمُتَّقِينَ﴾
Diwajibkan atas kamu,
apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia
meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara
ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. (Al Baqarah 2:180)
Atas dasar kepentingan ini, maka sudah tentu Nabi (S)
sebagai pendahulu pengamal Sunnah dan syariat akan melaksanakan tuntutan ini.
Di saat akhir hayat baginda ketika baginda sedang tenat, baginda telah meminta
pena untuk menulis wasiat ini. Kisah ini tercatat di dalam “Peristiwa Hari
Khamis” yang diriwayatkan dalam kitab-kitab hadis:
عن ابن
عباس قال لما حضر رسول الله صلى الله عليه و سلم وفي البيت رجال فيهم عمر ابن
الخطاب فقال النبي صلى الله عليه و سلم ( هلم أكتب لكم كتابا لا تضلون بعده ) فقال
عمر إن رسول الله صلى الله عليه و سلم قد غلب عليه الوجع وعندكم القرآن حسبنا كتاب
الله فاختلف أهل البيت فاختصموا فمنهم من يقول قربوا يكتب لكم رسول الله صلى الله
عليه و سلم كتابا لن تضلوا بعده ومنهم من يقول ما قال عمر فلما أكثروا اللغو
والاختلاف عند رسول الله صلى الله عليه و سلم قال رسول الله صلى الله عليه و سلم (
قوموا ) قال عبيدالله فكان ابن عباس يقول إن الرزية كل الرزية ما حال بين رسول
الله صلى الله عليه و سلم وبين أن يكتب لهم ذلك الكتاب من اختلافهم ولغطهم
Dari Ibnu Abbas yang berkata
“Ketika ajal Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam sudah hampir tiba dan di
dalam rumah beliau ada beberapa orang diantara mereka adalah Umar bin Khattab.
Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “berikan kepadaku, aku akan
menuliskan untuk kalian wasiat, agar kalian tidak sesat
setelahnya”. Kemudian Umar berkata “sesungguhnya Rasulullah shalallahu
‘alaihi wa sallam dikuasai sakitnya dan di sisi kalian ada Al-Qur’an, cukuplah
untuk kita Kitabullah” kemudian orang-orang di dalam rumah berselisih pendapat.
Sebagian dari mereka berkata, “berikan apa yang dipinta Nabi shalallahu ‘alaihi
wa sallam Agar beliau menuliskan bagi kamu sesuatu yang menghindarkan kamu dari
kesesatan”. Sebagian lainnya mengatakan sama seperti ucapan Umar. Dan ketika
keributan dan pertengkaran makin bertambah di hadapan Nabi shalallahu ‘alaihi
wa sallam, Beliau berkata “menyingkirlah kalian” Ubaidillah berkata Ibnu Abbas
selalu berkata “musibah yang sebenar-benar musibah adalah penghalangan
antara Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan penulisan wasiat untuk
mereka disebabkan keributan dan perselisihan mereka” [Shahih Muslim
no 1637]
Berikut pula adalah riwayat dari Sahih Bukhari:
ابن عباس رضي الله عنهما يقول يوم
الخميس وما يوم الخميس، ثم بكى حتى بل دمعه الحصى، قلت يا أبا عباس ما يوم الخميس؟
قال اشتد برسول الله صلى الله عليه وسلم وجعه، فقال (ائتوني بكتف أكتب لكم كتابا
لا تضلوا بعده أبدا). فتنازعوا، ولا ينبغي عند نبي تنازع، فقالوا ما له أهجر
استفهموه؟ فقال (ذروني، فالذي أنا فيه خير مما تدعونني إليه)
Ibnu Abbas RA berkata “hari
kamis, tahukah kamu ada apa hari kamis itu?. Ibnu Abbas menangis hingga air
matanya mengalir seperti butiran kerikil. Kami berkata “hai Abul Abbas ada apa
hari kamis?. Ia menjawab “Hari itu sakit Rasulullah (S) semakin berat, kemudian
Beliau (S) bersabda “Berikan kepadaku kertas, aku akan menuliskan sesuatu
untuk kalian agar kalian tidak akan tersesat setelahnya
selama-lamanya. Kemudian mereka berselisih, padahal tidak sepantasnya
terjadi perselisihan di sisi Nabi. Mereka berkata “beliau sedang menggigau,
tanyakan kembali tentang ucapan beliau tersebut?. Namun Rasulullah (S) bersabda
“Tinggalkanlah aku. Sebab keadaanku lebih baik daripada apa yang kalian
ajak”[Shahih Bukhari no 2997]
Tanpa perlu membincangkan tentang tindakan Ibn Al
Khattab, kerana ia bukan tujuan penulisan ini, mari kita sama-sama tekankan
terhadap apa yang Rasulullah (S) tekankan, iaitu menulis sesuatu yang akan
menjaga umatnya dari kesesatan selepas kewafatan baginda.
Jadi, persoalannya:
Apakah yang ingin ditulis oleh Nabi (S)?
Apakah perkara yang akan menjauhkan umatnya dari kesesatan?
Apakah perkara yang akan menjauhkan umatnya dari kesesatan?
Banyak argumen Sunni dalam menafsirkan kejadian ini,
bagi menidakkan hujah Syiah bahawa yang ingin ditulis Nabi (S) itu Tsaqalain
atau perkara yang berkaitan dengan Imamah Ahlulbait a.s. Namun Syiah
sendiri, dari kalangan mereka yang mutakhir ini, majoriti dari mereka sendiri
tidak meyakini bahawa wasiat itu ditulis oleh Nabi (S). Ini turut menyumbang
argumen kepada Sunni bagi menguatkan hujah mereka bahawa Imamah bukanlah
perkara yang ingin ditulis oleh Nabi (S).
Namun benarkan wasiat ini kekal tidak tertulis? Para
penentang mengatakan: “Jika perkara yang ingin ditulis ini begitu penting, apa
yang menghalang Nabi (S) dari menulis wasiati ini setelah orang yang menghalang
mereka beredar?”
Jawabannya, tiada perkara yang menghalang Nabi (S),
kerana baginda telah meminta penggantinya, Imam Ali a.s untuk mencatatkan
wasiat baginda. Ianya adalah seperti berikut:
عن أبي عبد الله الحسين بن علي بن سفيان البزوفري ، عن علي بن
سنان الموصلي العدل ، عن علي بن الحسين ، عن أحمد بن محمد بن الخليل ، عن جعفر بن
أحمد المصري ، عن عمه الحسن بن علي ، عن أبيه ، عن أبي عبد الله جعفر بن محمد ، عن
أبيه الباقر ، عن أبيه ذي الثفنات سيد العابدين ، عن أبيه الحسين الزكي الشهيد ،
عن أبيه أمير المؤمنين عليه السلام قال : قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم -
في الليلة التي كانت فيها وفاته - لعلي عليه السلام : يا أبا الحسن أحضر صحيفة
ودواة . فاملا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم وصيته حتى انتهى إلى هذا الموضع
فقال :
يا علي إنه سيكون بعدي اثنا عشر
إماما ومن بعدهم إثنا عشر مهديا ، فأنت يا علي أول الاثني عشر إماما سماك الله تعالى في سمائه:
عليا المرتضى ، وأمير المؤمنين ، والصديق الاكبر ، والفاروق الاعظم ، والمأمون ،
والمهدي ، فلا تصح هذه الاسماء لاحد غيرك . يا علي أنت وصيي على أهل بيتي حيهم
وميتهم ، وعلى نسائي : فمن ثبتها لقيتني غدا ، ومن طلقتها فأنا برئ منها ، لم ترني
ولم أرها في عرصة القيامة ، وأنت خليفتي على أمتي من بعدي فإذا حضرتك الوفاة
فسلمها إلى ابني الحسن البر الوصول ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابني الحسين
الشهيد الزكي المقتول ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه سيد العابدين ذي
الثفنات علي ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه محمد الباقر ، فإذا حضرته
الوفاة فليسلمها إلى ابنه جعفر الصادق ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه موسى
الكاظم ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه علي الرضا ، فإذا حضرته الوفاة
فليسلمها إلى ابنه محمد الثقة التقي ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه علي
الناصح ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه الحسن الفاضل ، فإذا حضرته الوفاة
فليسلمها إلى ابنه محمد المستحفظ من آل محمد عليهم السلام . فذلك
اثنا عشر إماما ، ثم يكون من بعده اثنا عشر مهديا ، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها إلى ابنه أول المقربين (وفي مصادر
اول المهديين) له ثلاثة أسامي : اسم كاسمي واسم أبي وهو عبد الله وأحمد ، والاسم الثالث :
المهدي ، هو أول المؤمنين.
Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada
Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al
Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan
bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada
bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al
Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis salam telah
berkata:
bersabda Rasulullah (S) kepada Ali AS dimalam sebelum
kewafatan baginda: Wahai Abal Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan
dakwat. Maka Rasulullah (S) telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan
sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda (S) bersabda:
Wahai Ali sesungguhnya akan
ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi,
engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas orang Imam tersebut,
Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq
Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan
memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas
Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas
isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku
besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri darinya, dan dia
takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau
adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka
hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al Hassan Al Birr Al Wusul.
Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al
Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali. Dan
apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan
kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka
hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan
apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil.
Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga
Muhammad alaihissalam. Maka itulah dua belas imam, dan akan datang
selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama
(sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama
seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan
namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman
(dengan zuhur Imam Mahdi a.s).
Sheikh Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini di
dalam kitabnya Al Ghaibah ms 150 beserta himpunan riwayat bagi menguatkan bahawa
Imamah adalah untuk Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi memperkuatkan lagi
riwayat ini dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam kitab yang sama
pada ms 156. Ianya adalah himpunan riwayat yang digunapakai sebagai dalil untuk
menguatkan tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan Ahlulbayt a.s. Dia
mengatakan bahawa riwayat ini adalah sahih kerana Syiah Imamiyah meriwatkannya
secara tawatur iaitu orang yang terkemudian meriwayatkan dari orang terdahulu
tanpa terputus. Jalan pentashihannya adalah satu sepertimana terdapat di dalam
kitab-kitab Imamiyah dan juga melalui manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali
a.s
1.
Sheikh Al
Hurr Al Amili di dalam kitabnya Ithbat Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no.
376.
2.
Sheikh Al
Hurr Al Amili di dalam kitabnya Al Iqadh, ms 393.
3.
Sheikh
Hassan bin Sulaiman Al Hilli di dalam kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159.
4.
Al Allamah
Al Majlisi di dalam kitab Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 147, hadis no. 6 (secara
ringkas), dan jilid 36, ms 81, hadis no. 81 (secara terperinci tanpa rangkap
“Apablia maut menghampirinya”)
5.
Sheikh
Abdullah Al Bahrani di dalam kitabnya Al ‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no.
59.
6.
Sayyid
Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Ghayat Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis no.
59.
7.
Sayyid
Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Al insaf, ms 222.
8.
Al Faydh Al
Kashani di dalam ktabnya Nawadir Al Akhbar, ms 294.
9.
Sheikh
Mirza Al Noori di dalam kitabnya Al Najm Al Thaqib, jilid 2, ms 71.
10.
Sayyid
Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma
Ba’da Dhuhur, ms 641.
11.
Sheikh Al
Miyanji di dalam kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, ms 96.
12.
Sheikh Al
Kurani di dalam kitab Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi.
Inilah satu-satunya wasiat Nabi (S) dgn tema “menjaga
umatnya dari kesesatan”. Tiada lagi wasiat Nabi selain dari wasiat ini. Maka
atas sebab itu, para penentang harus membawakan wasiat lain dengan tema yang
sama, selepas peristiwa Hari Khamis, jika mereka menolak hadis ini.
Hadis ini juga selari dengan hadis-hadis lain yang
menunjukkan kepada Imamah Ahlulbait a.s. Dan hadis-hadis lain perlu dibaca
bersekali dengan hadis ini, kerana tidak ada hadis lain dengan tema yang sama.
Mustahil Nabi (S) tidak menulis wasiat ketika mendekati kematiannya, kerana ia
bercanggahan dengan ayat Quran yang menekankan penulisan wasiat.
Oleh itu, seseorang yang mengagungkan Nabi sebagai
contoh manusia terbaik, yang sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah, tidak
mempunyai pilihan lain melainkan menerima hadis wasiat ini.
Menarik untuk diperhatikan, umat Syiah, terutamanya
para ulama mereka, juga tidak menerima hadis wasiat ini. Mereka beralasan
bahawa Nabi (S) telah banyak kali menekankan Imamah Ahlulbait a.s sehingga
tidak perlu lagi baginda menulis wasiat selepas peristiwa hari khamis. Ini
jelas bertentangan dengan logik, dan bertentangan dengan nas dari sumber mereka
sendiri, yang menunjukkan Nabi (S) menulis wasiat ini.
وروى العلاء، عن محمد بن مسلم قال أبو جعفر (عليه
السلام): ” الوصية حق، وقد أوصى رسول لله (صلى لله عليه وآله)، فينبغي للمسلم أن يوصي
Diriwayatkan dari Muhammad
Bin Muslim yang mendengar dari Imam Abu Jaafar a.s: “Wasiat adalah satu
kewajiban, dan Rasulullah (S) juga meninggalkan wasiat, menjadi kewajiban
Muslim untuk melakukan perkara yang sama.” Man La Yadhurruhu Al Faqih,
Jilid 4.
Namun malang bagi mereka apabila mereka tetap mahu
menolak hadis Wasiat ini, walaupun tidak dapat mendatangkan ganti kepadanya,
sedangkan dalam teks mereka, ada menyebut bahawa Nabi (S) meninggalkan wasiat.
Mereka mengaku Syiah dan pengikut kepada Ahlulbait, namun mengambil pendirian
yang bertentangan dengan teks-teks para Imam Ahlulbait a.s
Ini berbeza dengan Sunni yang mempercayai tiada
penulisan wasiat selepas peristiwa hari Khamis. Dan mereka mempunyai
dalil teks untuk menyokong keyakinan ini. Bagaimana pun, dalil-dalil ini agak
bercanggahan antara satu sama lain.
حَدَّثَنَا
خَلاَّدُ بْنُ يَحْيَى، حَدَّثَنَا مَالِكٌ، حَدَّثَنَا طَلْحَةُ بْنُ مُصَرِّفٍ،
قَالَ سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى ـ رضى الله عنهما ـ هَلْ كَانَ
النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَوْصَى فَقَالَ لاَ. فَقُلْتُ كَيْفَ كُتِبَ
عَلَى النَّاسِ الْوَصِيَّةُ أَوْ أُمِرُوا بِالْوَصِيَّةِ قَالَ أَوْصَى
بِكِتَابِ اللَّهِ.
Telah bercerita kepada kami
Khollad bin Yahya telah bercerita kepada kami Malik, dia adalah putra Mighwal
telah bercerita kepada kami Thalhah bin Mushorrif berkata; Aku bertanya kepada
‘Abdullah bin Abi Aufaa radliallahu ‘anhuma: “Apakah Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam pernah berwasiat?” Dia menjawab: “Tidak”. Kemudian aku tanya
lagi: “Lalu bagaimana berwasiat itu diwajibkan kepada manusia atau mereka
diperintahkan supaya berwasiat?” Dia menjawab: “Beliau berwasiat dengan
Kitab Allah”. Sahih al-Bukhari 2740
Hadis di atas menunjukkan seorang tabiin bertanya
kepada seorang sahabat, dan mempersoalkan bagaimana Nabi (S) sendiri tidak
meninggalkan wasiat sedangkan ia diwajibkan. Namun jawaban yang diberi oleh
sahabat tersebut tidak logis dan tidak memperlihatkan kenyataan sebenar akan
mengapa Nabi (S) tidak meninggalkan wasiat. Seorang Nabi pasti akan melakukan
perkara yang disebutkan di dalam Quran.
Inilah sebabnya, telah tersebar di kalangan para
sahabat dan para tabiin, bahawa Nabi (S) telah berwasiat kepada Imam Ali a.s.
Ini direkodkan di dalam riwayat berikut:
حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ زُرَارَةَ، أَخْبَرَنَا
إِسْمَاعِيلُ، عَنِ ابْنِ عَوْنٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنِ الأَسْوَدِ، قَالَ
ذَكَرُوا عِنْدَ عَائِشَةَ أَنَّ عَلِيًّا ـ رضى الله عنهما ـ كَانَ وَصِيًّا.
فَقَالَتْ مَتَى أَوْصَى إِلَيْهِ وَقَدْ كُنْتُ مُسْنِدَتَهُ إِلَى صَدْرِي ـ
أَوْ قَالَتْ حَجْرِي ـ فَدَعَا بِالطَّسْتِ، فَلَقَدِ انْخَنَثَ فِي حَجْرِي،
فَمَا شَعَرْتُ أَنَّهُ قَدْ مَاتَ، فَمَتَى أَوْصَى إِلَيْهِ
Telah bercerita kepada kami
‘Amru bin Zurarah telah mengabarkan kepada kami Isma’il dari Ibnu ‘Aun dari
Ibrahim dari Al Aswad berkata: “Orang-orang menyebutkan di hadapan ‘Aisyah
bahwa ‘Ali radliallahu ‘anhuma menerima wasiat (kekhalifahan) “. Maka dia
bertanya: “Kapan Beliau memberi wasiat itu kepadanya padahal aku adalah orang
yang selalu menyandarkan Beliau di dadaku” (saat menjelang wafat Beliau). Atau
dia berkata: “berada dalam pangkuanku”, dimana Beliau meminta air dalam wadah
(terbuat dari tembaga) hingga Beliau jatuh dalam pangkuanku dan aku tidak sadar
kalau Beliau sudah wafat. Jadi kapan Beliau memberi wasiat
kepadanya”. Sahih al-Bukhari 2741
Walaupun Ummul Mukminin Aisyah menafikannya, namun isu
Imam Ali a.s menerima wasiat dari Nabi (S) adalah satu isu yang sememangnya
menjadi buah mulut di kalangan masyarakat di era tersebut. Dan masakan dahan
bergoyang jika tiada angin? Apatah lagi dengan berbagai hadis Nabi (S) yang
meninggikan kedudukan Ahlulbait a.s dan Imam Ali a.s dengan tema “melindungi
umat dari kesesatan.”
Apabila seorang sahabat menafikan, wujud pula sahabat
lain yang membenarkan penulisan wasiat selepas peristiwa hari Khamis.”
Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata: Hari Kamis. Apakah
hari Kamis itu?? Kemudian Ibnu Abbas menangis sehingga air matanya membasahi
kerikil, lalu dia berkata: Rasulullah (S) sakit keras pada hari Kamis, lalu
beliau bersabda: Bawalah alat tulis kepadaku, aku catatkan buat kalian suatu
catatan yang sesudah itu kalian tidak akan tersesat selamanya. Maka mereka
bertengkar dan tidaklah seyogya disisi Nabi ada pertengkaran: Mereka berkata:
Rasulullah diam. Beliau bersabda: Biarkanlah aku; sesuatu yang sedang aku
lakukan (bersiap-siap menghadapi wafat dll) adalah lebih baik daripada apa yang
kalian ajakkan kepadaku. Ketika wafat, beliau berwasiat dengan tiga hal, yaitu:
Keluarkanlah orang-orang musyrik dari jazirah Arab, berilah hadiah kepada tamu
(utusan) sepadan aku (Nabi) memberi hadiah kepada mereka. Dan aku lupa terhadap
yang ketiga.” Shahih Bukhari | No. 2911 | KITAB JIHAD DAN PERJALANAN
(PERANG)
Apakah perkara ketiga yang dilupai ini? Sudah tentu,
perkara ketiga ini adalah wasiat Nabi (S) dengan tema “melindungi umat dari
kesesatan”. Sudah tentu, perkara ketiga ini adalah berkaitan Imamah Ali a.s dan
Ahlulbait a.s, yang mana gandingannya dengan Al Quran akan melindungi umat dari
kesesatan.
InsyaAllah, sehingga ke tahap ini, kita telah
mengetahui bahawa:
*Hanya Allah swt berhak melantik khalifah, dan kuasa
ini tidak pernah di berikan di tangan manusia.
*Perlantikan khalifah tidak pernah terhenti dan
berterusan selepas pengutusan Muhammad (S), kerana Allah swt tidak akan
meninggalkan manusia tanpa penunjuk.
*Ayat Al Quran menunjukkan wajib untuk menulis wasiat,
dan amat bertentangan sama sekali jika Nabi (S) tidak menulis wasiat.
*Ibnu Abbas r.a menyatakan bahawa ketika saat
kewafatan baginda, Nabi (S) ingin menulis wasiat dengan tema “melindungi umat
dari kesesatan”. Namun niat baginda dihalang oleh ramai sahabat.
*Beberapa hadis lain menunjukkan adanya ura-ura
dikalangan masyarakat bahawa Imam Ali a.s menerima wasiat kekhalifahan dan Nabi
mewasiatkan 3 perkara yang mana perkara ketiga tidak diketahui.
*Hanya terdapat satu sahaja hadis wasiat Nabi (s) yang
selari dengan tema melindungi umatnya dari kesesatan. Dapat diketahui dari
hadis ini bahawa selepas baginda, akan ada 12 Imam dan setelahnya akan ada 12
Mahdi.
*Hadis ini tidak dapat ditolak melainkan jika diganti
dengan wasiat lain dengan tema yang serupa , yang mana tiada.
Jadi apa yang tinggal hanyalah untuk kita meneliti
hadis-hadis lain yang mempunyai sama makna dengan keinginan Nabi untuk melindungi
umatnya dari kesesatan, dan membuktikan bahawa hadis wasiat di atas mempunyai
makna yang mutawatir dari hadis-hadis lain. InsyaAllah.
Dan Allah lebih mengetahui.
No comments:
Post a Comment