Friday 11 June 2021

Kuliah 11: Orang Orang Yang Menyeleweng – Al-Muharrifun

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

والحمد لله رب العالمين

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ 

وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما

ربنا زدنا علما وارزقنافهما

اما بعد

Setelah membicarakan Penyelewengan (Tahrif) dalam Al-Quran

dalam Penetapan Syari’at berdalilkan (berlandaskan) ‘Akal

dalam ‘Aqaid (Akidah-akidah)

dalam Menolak Aushiak Rasulullah (S)

dalam Membelakangkan Quran dan Sunnah

Kini kita masuk pada Tajuk

Orang Orang Yang Menyeleweng – Al-Muharrifun

 - المحرّفــون

(masih dari Kitab Al-3ijl)

 

Mereka adalah

pemerintah yang pada zahirnya Islam dan

ulamak suuk yang tidak beramal dengan Islam Hakiki. 

 

Para pemerintah yang menyeru supaya memutarbelitkan Syariat tidak lain

·        adalah para penguasa - (raja). Mengikut Sistem Polotik dan Pentadbiran

·        Setiap iktikad atau hukum Syariat adalah bertentangan dengan pengekalan kerusi kerajaan. Pemerintahan mereka

Ini menurut pandangan mereka,

·        perlu dirosakkan dengan menyelewengkannya,

·        dalam apa jua bentuk,

·        sama ada ia membina hadits-hadits dan ditempelkan kepada Ar-Rasul (sawas),

·        atau memadam ayat-ayat atau surah di dalam Al-Quran, jika mungkin,

·        atau dengan mencegah meriwayatkan hadits-hadits sahih Rasulullah (sawas),

·        atau menghalang dari membaca al-Quran seperti ia diturunkan dan ditafsirkan seperti yang dikehendaki Tuhan,

·        atau dengan mengupah mereka yang dipanggil ulamak untuk memutarbelitkan Al-Quran dan mentakwilkan tafsirannya mengikut keinginan pemerintah yang zalim.

 

Dan juga kalau boleh mereka akan membangunkan undang-undang dan peraturan-peraturan

·        yang bertentangan dengan syariat Allah,

·        bahkan ia membantu untuk terus berkuasa lebih lama dan

·        untuk lebih mudah melaksanakannya,

·        terutamanya jika yang membantu mereka menjahilkan agama dalam masyarakat Islam dan

·        wujud ulamak suuk yang tidak beramal, seperti yang berlaku pada negara-negara Islam hari ini.

 

Para ulamak suuk, mereka lebih berbahaya dari pemerintah zalim; kerana

pemerintah yang tidak adil kebanyakannya

·        mengisyaratkan dari tindakan dan perbuatannya secara umum

·        dalam usaha memerangi Auliak Allah

·        untuk mengenepikannya dan memerangi syariatnya,

tetapi ulamak yang tidak beramal

·        boleh mengenakan pakaian ahli abid pertapa,

o   maka ia akan dapat misalnya, berpura-pura berjalan kaki, lemah lembut dalam ucapannya, dan

o   mungkin berkelakuan dengan menghinakan diri dan bergaul bersama pengikutnya.

o   Tetapi jika saudara menyiasat dengan lebih dekat lagi, saudara akan dapati

§  ia sombong dan rosak (agamanya),

§  mereka-reka kebaikan dan merendah diri,

§  tetapi hanya pada zahirnya.

§  Dia mengisyaratkan kepada sifat dalamannya,

§  diterbitkan dari terlalu banyak untuk melepaskan dirinya yang

§  akhirnya mendedahkan dalamannya yang Hitam,

o   Maka (Apa yang dibina dalam tulang akan keluar dalam daging/darah) [pepatah Arab - pentj].

 

Dan mereka mungkin menjadi ulamak suuk

·        berpanjangan walaupun selepas kematian mereka,

·        akan kekal mazhab dan kepercayaan mereka yang rosak dan

·        fatwa mereka yang tidak betul, dan

·        akan kekal pengikut mereka

o   kerana mereka mempunyai sifat-sifat munafik dan kerosakan yang tersembunyi di hati mereka,

o   atas sebab-sebab banyaknya penyelewengan mereka, seperti

o   menuntut kepimpinan agama, dan

o   memuaskan keinginan nafsu diri.

 

Termasuk mereka yang memperkecilkan dengan mengatakan

(saya tidak tahu),

tetapi mendakwa

·        mengetahui kitab Allah dan

·        Asbabun Nuzul - ilmu turunnya ayat dan

·        Dapat mentafsir ayat muhkam dan mutasyabihat,

·        sehinggakan mereka mempunyai fatwa setiap masalah syariah, dan

·        menyelesaikan setiap penghalang (dilema ) akidah-akidah.

·        Mungkin kerana keangkuhan membawa mereka -  tahu semua - pada setiap apa yang dibawa,

·        dengan melihat diri mereka sebagai ulamak dan yang lain-lain jahil.

·        Dan mereka lebih baik daripada semua orang dan lebih tahu dari semua orang.

 

Mereka dianggap sebagai penyeleweng

·        kerana takut pemerintah taghut penzalim,

·        kerana mereka berfatwa untuk memuaskannya (pemerintah) dan

·        untuk mengelakkan pertembungan dengannya, sebagai contoh,

o    keharusan melibatkan diri dalam barisan angkatan tentera yang matlamat terasnya adalah untuk melanggar orang Islam, dan

o   melemahkan agama Allah di muka bumi atau

o   menghapuskannya sama sekali jika boleh.

 

ia adalah di antara dakyah penyelewengan yang paling keji

·        tambahan pula rasa bimbang terhadap dunia dan harta kekayaan,

·        maka mereka akan bersikap lemah lembut (lunak) kepada taghut penzalim,

·        dan menyesatkan orang Islam dengan memutarbelitkan syariah.

 

Imam al-Shadiq (as) berkata:

·        (Kamu akan melihat ulamak kasihkan dunia dan

·        merendahkan agama,

·        kerana setiap pencinta mengelilingi apa yang dicintainya.) [130].

                                                                     

Beliau (as) berkata:

·        (Allah Taala mewahyukan kepada Daud (as),

·        jangan jadikan di antara Aku dan orang berilmu

·        yang terpesona dengan dunia kamu ini

·        lebih kamu utamakan dari jalan mencintaiKu,

·        kerana mereka termasuk jalan hamba-hambaKu yang lain,

·        sesungguhnya yang paling rendah apa yang Aku buatkan untuk mereka,

·        Aku telah mencabut dari rasa nikmatnya bermunajat kepada-Ku dari hati mereka ) [131].

 

Dan dari kata-kata Nabi Isa (as):

·        (Kamu adalah ulamak tidak baik (suuk), dan

·        kamu menerima ganjaran,

·        tetapi membuang amalan,

·        hampir-hampir Tuhan kamu menuntut untuk berbuat demikian,

·        dan kamu akan keluar dari dunia ini ke dalam kubur yang gelap dan sempit) [132].

 

Kedua-duanya adalah – di antara

1.   ulamak suuk yang tidak beramal, dan

2.   pemerintah taghut penzalim yang memerintah negara-negara Islam hari ini –

·        yang lebih berbahaya dari Kafir Harbi

·        seperti Zionis terhadap Islam;

·        Ini adalah kerana kekalnya ulamak suuk yang bermakna

o kekallah pemerintah taghut penzalim yang memerintah orang Islam,

3.   dan kekalnya pemerintah taghut penzalim ertinya

·        kekalnya Zionis yang menduduki tanah umat Islam, dan

·        kekalnya orang Amerika menguasai umat Islam untuk mengembalikan mereka kepada kecelakaan dan kemusnahan; kerana

·        pemerintah-pemerintah ini adalah hamba-hamba Amerika yang kejam,

·        sama ada secara sedar

·        atau janji-janji kekacauan yang melulu, dan

·        seperti mana Zionis lakukan di sepanjang bulan-bulan perjuangan (intifadhah) yang diberkati di bumi Palestin,

·        telah membunuh seratus orang atau lebih sedikit.

·        Pemerintah-pemerintah taghut penzalim ini mereka membunuh beratus-ratus orang sehari, malah beribu-ribu umat Islam.

·        Seperti mana Zionis membunuh umat Islam untuk menjaga tanah yang dirampasnya,

4.   selama ini pemerintah taghut penzalim dan sekutu mereka membunuh orang-orang mukmin,

·        kerana mereka gemar menumpahkan darah.

·        Mereka taghut penzalim ini dan penyokong mereka

o tenggelam dalam sifat kesyaitanan, orang-orang yang tenggelam ini tidak mengenal erti kebaikan sedikit pun

 

﴿صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لا يَرْجِعُونَ﴾

 

Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar), [Al-Baqarah 2:18]  [133].

 

Pertempuran (perjuangan) pengislahan (pembaharuan) harus bermula dengan

o   ulamak suuk yang tidak beramal, dan

o   kemudian beralih kepada pemerintah taghut penzalim yang menguasai negara-negara Islam, dan

o   kemudian diikuti dengan pemerintah taghut penzalim yang menguasai seluruh dunia,

o   tetapi sebelum semua itu

·        kita mesti bermula dengan diri kita sendiri dan

·        menyingkiran tentera-tentera syaitan.

o   Rasulullah (sawas) mulakan

·        gerakan pengislahan di Ummu Al-Qura di Mekah,

·        sebuah bandar yang mewakili pihak berkuasa agama Hanif dan

·        bandar tempat menunaikan haji bagi penganut Hanif,

·        kemudian pergi ke kampung-kampung sekitarnya di Semenanjung Arab, dan

·        kemudian ke empayar di sekitar baginda shalawatu Allah 3laihi wa 3la Aalihi.

 

Adalah tabi’ei (lumrah)

·        menghadapi semua arus kejahilan dan

·        menghadapi pemimpinnya yang sukar dan

o   perlu kepada kekuatan dari Zat Allah, akhlaq agung – Allah Fil-Haq

o   keazaman dan kesabaran dari mara bahaya.

 

Dan mungkin tidak akan cukup kuat untuk melakukannya

·        melainkan dengan sokongan ma’shum dari Allah SWT dan

·        dia adalah Imam Mahdi (as).

Tugas kita hari ini adalah

o   menyusun atur (mempersiapkan) kerajaannya (as),

o   mengislah semua jenis penyelewengan yang wujud, sebanyak mungkin,

o   atau sekurang-kurangnya mengenalkannya kepada manusia,

o   bukan untuk leka berdiri,

o   berpeluk tubuh dan

o   hanya mengatakan لا حول ولا وقوّة إلاّ بالله  - tidak ada daya dan tiada kuasa kecuali dengan Allah.

 

o   Ya, لا حول ولا وقوّة إلاّ بالله  - tidak ada daya dan tiada kuasa kecuali dengan Allah.,

o   وإنّا لله وإنا إليه راجعون - dan kita kepunyaan Allah dan kepada-Nya kita kembali,

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ 

o   tetapi Allah yang menjadikan kematian dan kehidupan, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya.

o   Dan kita telah bermohon kepada Allah untuk mempercepatkan Faraj Maulana al-Mahdi (as) yang memberkati kita dan

o   dengan kelebihannya dan sebagai kurniaNya dan

o   memulakan kemuliaanNya dengan kezuhurannya dan

o   untuk memimpin tangan-tangan kita ke jalan yang lurus, dan

o   membawa kita keluar dari kegelapan kepada cahaya, dan

o   menunjukkan kepada kita Manasik (ibadah (nusuk) – pendekatan diri) dan Hukum Syariat yang sebenarnya.

 

وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ 

Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa,

✡✡✡✡✡

 

 

-----------------------------------

[130] – 3ilal Al-Syarayi3: Jilid 2 halaman 394, Misykat Al-Anwar: halaman 245, Bihar Al-Anwar: Jilid 2 halaman 107.

[131] - 3ilal Al-Syarayi3: Jilid 2 halaman 394, Misykat Al-Anwar: halaman 245, dan diriwayatkan dalam Al-Kafi: c 01:00 46 dari Rasulullah (sawas).

[132] – Maniyah Al-Marid: halaman 141, Bihar Al-Anwar: Jilid 2 halaman 39, Sunan Al-Daramiy: Jilid 1 halaman 103, Tarikh Damsyik: Jilid 47 halaman 464.

[133] – Al-Baqarah:18.

 

No comments:

Post a Comment