Wednesday 18 November 2015

Bunuhlah Diri Kamu (Nescaya) Akan Mengenal Tuhan Mu


Sesiapa yang mengenal dirinya akan mengenal Tuhannya

D:\YAMANI 001\## Taju Besar\ Makrifat Tauhid Hakiki

Ringkasan Jawapan Imam Ahmad Al-Hassan mengenai soalan:

Sesiapa yang mengenal dirinya akan mengenal Tuhannya

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,


Petikan dari kata-kata mereka (Imam-imam (as)):

(من عرف نفسه فقد عرف ربّه)

(Sesiapa yang mengenal dirinya akan mengenal Tuhannya),

Dan juga:

(أعرفكم بنفسه أعرفكم بربّه)

(orang yang paling kenal dirinya adalah yang paling kenal Tuhannya),

yang menekankan – supaya mengenal diri, maka artikel kaedah-kaedah dalam kitab Irfan (tasauf) di arenanya tidak dapat mengurangkan dahaga dan tidak mencapai pantai keyakinan,
keinginan untuk mengenal diri tanpa sebarang kaedah-kaedah atau pemerhatian untuk menerangkan jentera (alat) mengenal diri dengan tepat sehingga memasuki Alam Malakut ...
Maka apakah jentera (alat) yang dicari untuk mengenal diri dan cara praktikal (yang boleh diamalkan) yang melibatkan kesan jelasnya pada Makrifat AL-Rabb (mengenal Tuhan)?

Jawapan:
      
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.

                    
Manusia adalah tajalli Al-Lahut (Penzahiran Ketuhanan) Yang Maha Suci dalam alam penciptaan. 
Maka fitrah manusia melayakkannya untuk menjadi Allah dalam penciptaan, iaitu,

·      Shurah Allah (imej Allah) atau
·      wajah Allah atau
·      tangan Allah.

Dari Abi Shalt Harawiy, dari Imam Redha (as), dia berkata:

((Rasulullah (S) menziarahi ku dalam masa hidupku atau selepas kematian ku, maka telah menziarahi-lah Allah Taala. Darjat Nabi (S) di dalam syurga adalah darjat-darjat tertinggi, sesiapa yang telah menziarahi baginda di Syurga dari kedudukannya. Maka ia telah menziarahi Allah TWT. Dia berkata: Aku berkata kepadanya: Wahai anak Rasulullah (S), apa yang dimaksudkan dengan Khabar yang diriwayatkannya: Ganjaran لا اله إلا الله - Tiada tuhan melainkan Allah - adalah melihat wajah Allah Taala?  Dan dia (as) berkata: Wahai Aba Shalt, sesiapa yang menyifatkan Allah Taala dengan wajah-wajah ia telah kafir, tetapi wajah Allah Taala adalah AnbiakNya dan Rasul-rasulNya dan Hujaj-hujajNya (Shalawat Allah 3alaihim), mereka adalah orang-orang yang bertawajjuh (menghadap) kepada Allah AWJ dan kepada agamaNya dan makrifahNya (mengenaliNya),

dan Allah berfirman:

﴿كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ * وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ﴾

Semua yang ada di bumi itu akan binasa. * Dan yang tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. [55],

dan Dia Allah AWJ berfirman:

﴿كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُ﴾

Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali WajahNya.)) [56] [57].


Dan manusia berusaha untuk mengenal dirinya itu melalui setiap pergerakan untuk mengenal
·      oleh suatu martabat Tuhan dan
·      kemudian berakhlak dengan akhlak Tuhan Yang Maha Suci dan
·      menzahirkan dengan sifat-sifatNya
·      sehingga Al-Insan - yang ikhlas
·      terpisah daripada Al-Ana (keakuan) –
·      kepada menjadi Allah dalam penciptaan, iaitu

o  Shurah Al-Lahut dan
o  wajah Al-Lahut (Imej Ketuhanan dan
o  Wajah Ketuhanan),

Pada peringkat dan maqam ini akan jadilah Manusia itu

1.   mengenal dirinya, dan
2.   mengenal tentang dirinya adalah mengenal Tuhannya;
3.   kerana dia adalah

a.   wajah Allah, dan Tuhan dikenal dengan yang berwajah dengan wajahNya, setiap orang pergi kepada Allah dengan ikhlas menjadi wajah Allah pada suatu martabat,
b.   mengikut usaha dan keikhlasannya, iaitu ia menjadi wajah Allah, mengikut kesesuaian dengan bawaan sifat-sifatnya seperti apa dan
c.   bagaimana samanya berbanding sifat-sifat Allah dan seterusnya
d.   menjadi Wajah Allah dalam penciptaan bukan pada martabat Keesaan (Wahidah-Tunggal),

                                              i.          Muhammad (S) wajah Allah,
                                            ii.          Ali (as) wajah Allah,
                                          iii.          Fatimah (as) wajah Allah,
                                         iv.          Al-Hassan wajah Allah,
                                           v.          Al-Hussein wajah Allah,
                                         vi.          para Imam (as) wajah Allah,
                                       vii.          Mahdi-mahdi adalah wajah Allah,
                                     viii.          Nabi-nabi dan para rasul (as) adalah wajah Allah, dan
                                         ix.          Salman Al-Farsi adalah wajah Allah

tetapi mereka semua mengikut (martabat) masing-masing.

Wajah Tuhan yang hakiki dalam penciptaan adalah Muhammad (S) dan dengan itu akan
§  mengenal Tuhannya Yang Maha Suci adalah yang sempurna dalam penciptaan, kerana dari ibarat mengenal dirinya,
§  dan tidak ada satu pun dari Penciptaan yang lebih mengenal dirinya - baginda (S), yang mencerminkan
§   
o  Shurah Al-Lahut (imej ketuhanan) dengan Shurah yang sempurna dalam penciptaan dan
o  dia adalah sempurna dalam penciptaan.

Jika kita menganggap bahawa jiwa (diri) insan adalah cermin yang menyimpan keupayaan untuk memantulkan Shurah Al-Lahut (imej ketuhanan).
Maka imej ketuhanan dalam cerminan ini akan menjadi lebih sempurna dan lebih jelas sejauh mana mengarah ke cermin ini kepada Al-Lahut. Maka yang mengarahkan dengan sepenuhnya cerminan akan memantulkan Shurah (imej) sepenuhnya Al-Lahut, dan yang kurang mengarah ke cermin keseluruhan cermin, akan terbataslah Shurah Al-Lahut yang dipantulkan dalam cermin kewujudannya mengikut kekurangannya.

Dan makrifah kepadaNya Al-Lahut dan kepada Tuhannya akan mengikut sebanyak imej (Shurah) yang ditunjukkan dalam cerminan kewujudannya, oleh itu sesiapa yang mengenal hakikat dirinya yang sama telah dikenalnya, telah memberi jaminan (bukanlah masalah perkataan-perkataan atau makna makrifat) akan mengenal Tuhannya sejauh mana ia mengenal dirinya.

Di sini diberikan satu contoh untuk anda untuk menggambarkan peringkat-peringkat makrifat ini:

Katakanlah api sedang menyala dan membakar di hadapan anda dan

§  anda melihat dengan mata anda dan merasakan bahangnya terasa di muka anda, tetapi anda tidak tahu kesannya pada anda sehinggalah
§  anda menyentuh dengan tangan anda, sebagai contoh, akan melecurkan tangan anda, ketika itu anda akan tahu bahawa api yang membakar (melecurkan), tetapi pengetahuan anda (makrifah anda) dengan hakikat api ini adalah melalui diri anda (tangan anda yang melecur terbakar), Maka makrifah anda tentang kebakaran yang dihasilkan dari yang dialami oleh tangan anda melalui

§  pertamanya dengan makrifah awal tentang api yang anda lihat dengan mata anda dan berasa panas, tetapi anda tidak kenal kesannya untuk mengenal sesuatu pada hakikatnya,
§  tetapi selepas menyentuhnya maka anda kenal sesuatu pada hakikatnya, tetapi makrifah ini cerminan diri anda sendiri iaitu mengenal melalui apa-apa yang diketahui berlaku pada tangan anda.

Sekarang untuk melengkapkan contoh dengan mengatakan: Bahawa sejauh mana terbakarnya anda dari api dapat dikenal kesannya pada anda dan mengenal hakikatnya melalui kesannya pada anda, sehingga apabila anda terbakar seluruhnya dalam api dan anda menjadi api dan makrifah anda tentang api akan menjadi makrifah anda sendiri, dan sekarang jika kita menganggap bahawa kebakaran (api) ini adalah gambaran lengkap bagi api itu ia seolah-olah adalah api putih, sebagai contoh, dan anda terbakar dan menjadi api, tetapi dalam bentuk (imej) yang lebih rendah daripada api putih dan pindah kepada api merah akan menjadikan makrifah anda pada api putih ini – yang merupakan makrifah diri anda sendiri - tanpa terbakar dan menjadi api pada tingkat yang lebih tinggi dari anda (iaitu dalam darjat antara merah dan putih).

Adapun jika permintaan anda mengenai kaedah amali (pendekatan praktikal), maka Allah meletakkan cara-cara (minhaj) mengamalkan dan diturunkan olehNya SWT dalam Al-Quran Al-Karim, dan sebagai contoh. Cubalah dan bacalah Surah Al-Israa’ (ke 17) dan renungkanlah untuk mendapatkan minhaj (pendekatan - cara-cara) ini yang telah dijelaskan Allah Subhanah (Yang Maha Suci).

Nabi Muhammad (S) baginda diutus bagi memantau dan menyempurnakan, dengan sabda:

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق

(Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak).

Jika anda mahu saya meringkaskanya untuk anda minhaj (pendekatan - cara-cara) ini dalam satu kalimah, Saya katakan kepada anda:
                
(اقتل نفسك تعرف ربك)

(bunuhlah diri kamu (nescaya) akan mengenal Tuhan mu),

Jiwa (diri) kemanusiaan adalah cahaya dan kegelapan, dan sejauh mana mengawal cahaya dan mengalahkan kegelapan di dalam diri insan bagi mengenal Tuhannya, dan kalau saya namakan untuk anda dengan panggilannya adalah Al-Nur (Cahaya): HUWA (DIA), dan Al-Dzulumah (kegelapan): AL-ANA (AKU), Maka apabila anda berkata (Aku) melawan (Dia); anda akan dapati bahawa kegelapan itu telah diperluaskan pada diri anda dan beralih dari makrifah dan lebih mendekati kepada kejahilan dan buta, dan setiap kali anda berkata (Dia) melawan (Aku) anda akan dapati bahawa cahaya yang telah mengawal halaman kewujudan anda sehingga Insan mengenal kewujudannya yang berdosa, kerana apa yang membuatkannya wujud dan berbeza adalah dicemari oleh kegelapan yang sumbernya – berasal dari - Aku (Ana) dan meminta untuk wujud dan kekal melawan Dia (Huwa) Yang Maha Suci, dan inilah yang dikatakan Ali (as): (Tuhanku telah berlaku pada diri ku untuk memandangnya, maka celakalah dia jika Engkau tidak mengampunkannya.) [58].
                                                                            
Iblis telah binasa dengan berkata (Ana):

﴿قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلاَّ تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَاْ خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ﴾

Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Aku (Ana) lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". [59]

Maka dia diberi amaran.


Ahmad Al-Hassan
Sya3ban Al-Khair 1430 H


__________________________
[55] – Al-Rahman 55:26-27.
[56] – Al-Qashash 28:88.
[57] – 3uyun Akhbar Al-Redha (as): Jilid 2 halaman 106.
[58] – Al-Munajaat Al-Syu3baniyah.
[59] – Al-A3raaf 7:12.




Makrifah (mengenal) (Huwa - DIA) Yang Maha Suci adalah ketidakupayaan untuk mengenalNya Yang Maha Suci, iaitu: bahawa hakikat makrifat bagi manusia itu tercapai apabila ia tahu dia tidak berupaya mengenaliNya SWT, dan hakikat ini dicapai apabila seseorang manusia itu menjalani jalan menuju Allah SWT sehingga sampai kepada makrifah ketidakupayaan untuk mengenalNya.

Ketidakupayaan ini pada makam hakikat (Huwa - DIA) dan Zat (Allah), maka pada makam hakikat untuk memastikan bahawa ketidakupayaan terbesar adalah tidak tahu, melainkan kewujudanNya dan sehingga kewujudan ini menghalang pencapaian dan kesedaran (mengetahui). Maka menyedari (mengetahui) (Huwa - DIA) SWT adalah terhalang, begitulah juga menyedari (mengetahui)  kesanNya [44], iaitu Zat Ketuhanan (Allah) sehingga makrifah yang wujud adalah makrifah yang tidak lengkap dan tidak sempurna; kerana ia tidak berdasarkan kepada kesan, mahu pun kesan kepada kesanNya dan tajalli kepada tajalliNya SWT.

Dan berkenaan menyedari kewujudan Zat Ketuhanan (Allah), ia adalah mungkin; kerana adalah menyedari kesan [45] mungkin sebagai kesan diri (zat) makhluk mengelilingi kewujudan dan hakikatNya; kerana ia adalah sama, tetapi ketidakupayaan adalah menjadikan kesedaran zat atau bentuk rupa kenyataan (hakikatNya) yang sempurna mutlak (Allah), atau kenyataan (hakikat) kesempurnaan mutlak rahmatNya (Al-Rahman Al-Rahim), atau hakikat kesempurnaan mutlak KudratNya, hakikat kesempurnaan mutlak QahharNya........,

Maka makrifah yang hakiki pada apa sahaja kesan adalah masih tidak lengkap dari hakikat kesempurnaan zat, maka mengenal Al-Rahmah adalah anda mengenal makrifah yang masih tidak lengkap dalam penciptaan - kerana anda berada dalam penciptaan - bukan dalam Al-Lahut (Alam Ketuhanan), tidak mewakili kenyataan sifat Al-Rahmah pada Al-Lahut, dengan itu makrifah di sini adalah ketidakupayaan untuk mengenal kesempurnaan.


Ahmad Al-Hassan

✡✡✡✡✡



Al-Israa' 17

Surah 17, Surah al-Isra’ (Berjalan Malam) atau Bani Isra’el  : 111 ayat.
Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
17-1:  Subhana (Maha Suci Dia/Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad saw) pada suatu malam dari al-Masjidi'l-Haram ke al-Masjidi'l-Aqsa, yang telah Kami (Allah) berkati sekelilingnya, agar Kami (Allah) perlihatkan kepadanya (Muhammad saw) sebahagian daripada tanda-tanda Kami (Allah). Sesungguhnya Dia (Allah) adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-Basir (Maha Melihat).
17-2:  Dan Kami (Allah) berikan kepada Musa kitab (Tawrat) dan Kami (Allah) jadikannya petunjuk bagi Bani Isra’el (dengan firman): "Janganlah kamu mengambil penolong selain Aku (Allah).”
17-3:  Anak cucu daripada orang yang Kami (Allah) bawa bersama-sama Nuh. Sesungguhnya dia (Nuh) adalah hamba (Allah) yang banyak bersyukur.
17-4:  Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar."
17-5:  Maka apabila datang ketetapan pertama daripada kedua-dua (ketetapan) itu, Kami (Allah) datangkan kepadamu hamba-hamba Kami (Allah) yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana.
17-6:  Kemudian Kami (Allah) kembalikan kepada kamu giliran atas (mengalahkan) mereka, dan Kami (Allah) membantu kamu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami (Allah) jadikan kamu kelompok yang lebih besar.
17-7:  Jika kamu berbuat baik, maka kamu berbuat baik bagi diri kamu sendiri, dan jika kamu berbuat jahat, maka itu pun untuk diri kamu sendiri juga. Maka datang pula ketetapan yang akhir (kedua), untuk menyuramkan muka-muka kamu, dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana mereka memasukinya pada kali pertama (dahulu), dan mereka membinasakan apa sahaja yang mereka kuasai.
17-8:  Mudah-mudahan Rab (Tuhan)mu akan melimpahkan rahmat kepadamu; dan sekiranya kamu kembali (kepada kederhakaan), nescaya Kami (Allah) juga kembali (mengazabkan kamu), dan Kami (Allah) jadikan Neraka Jahanam penjara bagi orang kafir.
17-9:  Sesungguhnya al-Qur’an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang Mukmin yang mengerjakan amal salih, bahawa bagi mereka (disediakan) pahala yang besar.
17-10:  Dan sesungguhnya orang yang tidak beriman kepada (kehidupan) akhirat, Kami (Allah) sediakan bagi mereka azab yang pedih.
17-11:  Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana dia berdoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia (bersifat) tergesa-gesa.
17-12:  Dan Kami (Allah) jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami (Allah) hapuskan tanda malam dan Kami (Allah) jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia daripada Rab (Tuhan)mu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala sesuatu telah Kami (Allah) terangkan dengan jelas.
17-13:  Dan tiap-tiap manusia itu Kami (Allah) gantungkan (catatan amalnya) sebagai kalung pada lehernya. Dan Kami (Allah) keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka.
17-14:  Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghisab terhadapmu. 
                                                     مَّنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ
Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya itu adalah petunjuk untuk dirinya sendiri, 

17-15:  Sesiapa yang mendapat petunjuk, maka sesungguhnya itu adalah petunjuk untuk dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu untuk dirinya sendiri (pula). Dan tidaklah memikul beban seorang pemikul akan beban orang lain, dan Kami (Allah) tidak akan mengazab sebelum Kami (Allah) mengutus seorang rasul.
17-16:  Dan jika Kami (Allah) hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami (Allah) perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kefasikan dalam negeri itu, lantaran itu patutlah berlaku terhadap mereka perkataan (ketentuan Kami/Allah), kemudian Kami (Allah) hancurkannya (negeri itu) sehancur-hancurnya.
17-17:  Dan berapa banyaknya generasi sesudah Nuh telah Kami (Allah) binasakan. Dan cukuplah Rab (Tuhan)mu terhadap dosa hamba-hamba-Nya adalah al-Khabir (Maha Mengerti) lagi al-Basir (Maha Melihat).
17-18:  Sesiapa menghendaki yang segera (kehidupan duniawi), maka Kami (Allah) segerakan baginya padanya (di dunia ini) apa yang Kami (Allah) kehendaki, bagi orang yang Kami (Allah) kehendaki. Kemudian Kami (Allah) tentukan baginya Neraka Jahanam; dia akan memasukinya (dalam keadaan) tercela dan terusir.
17-19:  Dan sesiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan bersungguh-sungguh berusaha ke arah itu, sedang dia adalah Mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya disyukuri (dibalas dengan baik).
17-20:  Kepada masing-masing golongan, baik golongan ini (yang menghendaki akhirat) mahupun golongan itu (yang menghendaki dunia), daripada pemberian Rab (Tuhan)mu. Dan pemberian Rab (Tuhan)mu tidak dapat dihalangi.
17-21:  Perhatikanlah bagaimana Kami (Allah) lebihkan sebahagian mereka atas sebahagian (yang lain). Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi darjatnya dan lebih besar keutamaannya.
17-22:  Janganlah kamu adakan ilah (tuhan) yang lain di samping Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah).
17-23:  Dan Rab (Tuhan)mu telah memerintahkan supaya kamu jangan mempertuhankan selain Dia (Allah) dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa kamu.  Jika salah seorang antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "uf" dan janganlah kamu membentak mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
17-24:  Dan hamparkanlah sayap kerendahan dirimu terhadap mereka berdua dengan kasih sayang dan ucapkanlah: "Rabbi (wahai Tuhanku)! Kasihanilah mereka berdua, sebagaimana mereka telah memeliharaku di waktu kecil".
17-25:  Rab (Tuhan)mu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia (Allah) terhadap orang-orang yang bertaubat adalah al-Ghafur (Maha Pengampun).
17-26:  Dan berikanlah kepada keluarga yang dekat akan haknya, dan (juga kepada) orang miskin dan ibnu’l-sabil (orang yang dalam perjalanan); dan janganlah kamu membazir dengan boros.
17-27:  Sesungguhnya pemboros itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Rab (Tuhan)nya.
17-28:  Dan jika kamu berpaling daripada mereka untuk memperoleh rahmat daripada Rab (Tuhan)mu yang kamu harapkan, maka katakanlah kepada mereka ucapan yang lemah lembut.
17-29:  Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu, dan janganlah (pula) kamu terlalu menghulurkannya kerana itu (membuat) kamu jadi tercela dan menyesal.
17-30:  Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat).
17-31:  Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. Kami (Allah) yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.
17-32:  Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya ia (zina) itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.
17-33:  Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan hak (alasan yang benar). Dan sesiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah dia (ahli waris itu) melampaui batas dalam membunuh.  Sesungguhnya dia adalah orang yang mendapat pertolongan.
17-34:  Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai dia dewasa, dan penuhilah janji; sesungguhnya perjanjian itu ditanya.
17-35:  Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan neraca yang benar.  Itulah yang lebih utama dan lebih baik kesudahannya.
17-36:  Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan ditanya mengenainya.
17-37:  Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.
17-38:  Semua itu kejahatannya pada sisi Rab (Tuhan)mu, lagi amat dibenci.
17-39:  Itulah sebahagian hikmah yang diwahyukan Rab (Tuhan) engkau kepada engkau. Dan janganlah kamu mengadakan ilah (tuhan) yang lain di samping Allah, yang menyebabkan kamu dilemparkan ke dalam Neraka Jahanam dalam keadaan tercela lagi dijauhkan. 
17-40:  Maka apakah Rab (Tuhan) memilihkan bagimu anak-anak laki-laki sedang Dia (Allah) sendiri mengambil malaikat sebagai anak-anak perempuan?  Sesungguhnya kamu benar-benar mengucapkan kata-kata yang besar.
17-41:  Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah ulang-ulangi dalam al-Qur'an ini, agar mereka selalu ingat, tetapi tidak menambahkan kepada mereka melainkan pelarian (daripada kebenaran).
17-42:  Katakanlah: "Jika ada ilah (tuhan-tuhan) di samping-Nya (Allah), sebagaimana yang mereka katakan, nescaya mereka (tuhan-tuhan itu) akan mencari jalan kepada yang memiliki ‘Arash".
17-43:  Subhanahu wa Ta’ala (Maha Suci dan Maha Tinggi Dia/Allah) daripada apa yang mereka katakan itu, sangat tinggi, sangat besar!
17-44:  Bertasbih (mengucapkan kesucian) kepada-Nya (kepada Allah) langit yang tujuh, dan bumi (juga), dan segala yang ada di dalamnya. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya (Allah), tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka.  Sesungguhnya Dia (Allah) adalah al-Halim (Maha Penyantun), lagi al-Ghafur (Maha Pengampun).
17-45:  Dan apabila engkau membaca al-Qur'an, nescaya Kami (Allah) adakan antara engkau dan orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat itu, suatu dinding yang tertutup.
17-46:  Dan Kami (Allah) adakan tutupan atas hati mereka, hingga mereka tidak memahaminya, dan pada telinga mereka ada penyumbat. Dan apabila engkau menyebut Rab (Tuhan)mu sahaja dalam al-Qur'an, nescaya mereka berpaling lari ke belakang (kerana benci).
17-47:  Kami (Allah) lebih mengetahui dalam keadaan bagaimana mereka mendengarkan engkau, tatkala mereka mendengarkan engkau, dan tatkala mereka berbisik-bisik, (iaitu) tatkala orang zalim itu berkata: "Tidaklah yang kamu ikuti ini, melainkan seorang laki-laki yang kena sihir".
17-48:  Lihatlah bagaimana mereka membuat perumpamaan terhadapmu; maka mereka menjadi sesat, lantas mereka tidak menemukan jalan.
17-49:  Dan mereka berkata: "Apakah bila kami telah menjadi tulang belulang dan benda-benda yang hancur, apa benar-benarkah kami akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk yang baru?"
17-50:  Katakanlah: "Jadilah kamu sekalian batu atau besi.”
17-51:  “Atau suatu makhluk daripada makhluk yang besar menurut fikiranmu (Allah tidak mampu membangkitkannya)". Maka mereka akan bertanya: "Siapa yang akan membangkitkan kami kembali?" Katakanlah: "Yang telah menciptakan kamu pada kali yang pertama". Lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepala mereka kepada engkau dan berkata, "Bilakah itu (akan terjadi)?" Katakanlah: "Mudah-mudahan ia (waktu dibangkitkan) adalah dekat."
17-52:  Pada hari Dia (Allah) memanggil kamu, lalu kamu mematuhi-Nya (Allah) sambil memuji-Nya (Allah), dan kamu menyangka bahawa kamu tidak berdiam (dalam kubur) kecuali sebentar sahaja.
17-53:  Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku (Allah), bahawa hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (perkataan yang tepat dan benar), kerana sesungguhnya syaitan itu akan mengganggu antara mereka (menimbulkan salah faham pada perkataan dan istilah). Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.
17-54:  Rab (Tuhan)mu lebih mengetahui tentang kamu. Jika Dia (Allah) menghendaki, Dia (Allah) akan memberi rahmat kepadamu, dan jika Dia (Allah) menghendaki Dia (Allah) akan mengazabmu. Dan Kami (Allah) tidaklah mengutusmu untuk menjadi penjaga mereka.
17-55:  Dan Rab (Tuhan)mu lebih mengetahui apa yang (ada) di langit dan di bumi. Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah lebihkan sebahagian nabi-nabi itu atas sebahagian (yang lain), dan Kami (Allah) berikan kepada Daud (kitab) Zabur.
17-56:  Katakanlah: "Panggillah mereka yang kamu anggap (tuhan) selain Dia (Allah) Maka mereka tidak mempunyai kekuasaan untuk menghilangkan bahaya daripada kamu dan tidak pula memindahkannya".  
أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَىٰ رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ ۚ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا
17-57:  Sekalian yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan (perantara) kepada Rab (Tuhan) mereka, siapa antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah)? Dan mereka mengharapkan rahmat-Nya (Allah), dan takutkan azab-Nya (Allah); sesungguhnya azab Rab (Tuhan)mu adalah suatu yang sangat menakutkan. 
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ﴾
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan (perantara) yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. [Al-Maidah 5:35] 


17-58:  Dan tidak ada suatu negeri pun (yang penduduknya derhaka), melainkan Kami (Allah) membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami (Allah) azabkan (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis dalam kitab.
17-59:  Dan tidak ada yang menghalangi Kami (Allah) untuk mengirimkan tanda-tanda, melainkan kerana ia (tanda-tanda itu) telah didustakan oleh orang terdahulu. Dan Kami (Allah) telah berikan kepada Samud unta betina itu (sebagai tanda) yang jelas, tetapi mereka berlaku zalim kepadanya (unta betina itu). Dan Kami (Allah) tidak memberikan tanda-tanda itu melainkan untuk menggerunkan.
17-60:  Dan (ingatlah), tatkala Kami (Allah) wahyukan kepada engkau bahawa sesungguhnya Rab (Tuhan)mu meliputi sekalian manusia. Dan Kami (Allah) tidak menjadikan penglihatan (mimpi) yang telah Kami (Allah) perlihatkan kepada engkau itu, melainkan sebagai ujian bagi manusia, dan (begitu pula) pohon kayu yang terkutuk dalam al-Qur'an. Dan Kami (Allah) mempertakut-takutkan mereka, tetapi yang demikian itu hanyalah menambahkan kederhakaan mereka.
17-61:  Dan (ingatlah), tatkala Kami (Allah) berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia (iblis) berkata: "Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau (Allah) ciptakan daripada tanah?"
17-62:  Dia (iblis) berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau (Allah) muliakan melebihi diriku?  Sesungguhnya jika Engkau (Allah) memberi kesempatan kepadaku sampai hari kiamat, nescaya aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil".
17-63:  Dia (Allah) berfirman: "Pergilah! Sesiapa antara mereka yang mengikuti kamu, maka sesungguhnya Neraka Jahanam adalah balasanmu semua, sebagai pembalasan yang penuh.
17-64:  Dan perdayakanlah sesiapa yang kamu sanggupi antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda kamu dan pasukan kamu yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka pada harta dan anak-anak, dan berikanlah janji kepada mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka.
17-65:  Sesungguhnya hamba-hamba-Ku (Allah), kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Rab (Tuhan)mu sebagai al-Wakil (Pelindung)".
17-66:  Rab (Tuhan)mu yang melayarkan kapal-kapal di lautan untukmu, agar kamu mencari sebahagian daripada kurnia-Nya (Allah). Sesungguhnya Dia (Allah) terhadapmu adalah al-Rahim (Maha Mengasihani).
17-67:  Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia (Allah),  tetapi setelah Dia (Allah) menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia adalah selalu kufur (tidak berterima kasih).
17-68:  Maka apakah kamu merasa aman, (padahal Allah berkuasa) menterbalikkan sebahagian daratan bersama kamu, atau Dia (Allah) meniupkan angin kencang ke atas kamu? Kemudian kamu tidak akan mendapat seorang pelindung pun bagi kamu.
17-69:  Atau apakah kamu merasa aman daripada dikembalikan-Nya (Allah) kamu kepadanya (laut) sekali lagi, lalu Dia (Allah) meniupkan atas kamu angin taufan dan ditenggelamkan-Nya (Allah) kamu disebabkan kekufuran kamu? Dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun dalam hal ini terhadap (seksaan) Kami (Allah).
17-70:  Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah memuliakan anak-anak Adam; Kami (Allah) angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami (Allah) beri mereka rezeki daripada yang baik-baik, dan Kami (Allah) lebihkan mereka atas kebanyakan makhluk yang telah Kami (Allah) ciptakan.
17-71:  (Ingatlah) suatu hari yang Kami (Allah) akan memanggil tiap-tiap manusia dengan imam (pemimpin) mereka. Dan sesiapa yang diberikan kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.
17-72:  Dan sesiapa yang buta di sini (dunia ini), nescaya di akhirat (nanti) dia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat jalan.
17-73:  Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan engkau daripada apa yang telah Kami (Allah) wahyukan kepada engkau, agar engkau mengada-adakan yang lain atas Kami (Allah); dan kalau demikian (engkau lakukan) tentulah mereka menjadikan engkau sahabat yang akrab.
17-74:  Dan kalau Kami (Allah) tidak tetapkan (hati) engkau, nescaya engkau hampir-hampir condong sedikit kepada mereka.
17-75:  Kalau terjadi demikian, benar-benarlah Kami (Allah) akan rasakan kepada engkau (seksaan) berlipat ganda semasa hidup (di dunia ini), dan berlipat ganda (lagi) sesudah mati. Kemudian kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun terhadap Kami (Allah).
17-76:  Dan sesungguhnya mereka hampir membuat engkau gelisah di bumi (Makkah) ini untuk mengusir engkau daripadanya; dan kalau terjadi demikian, nescaya sepeninggalan engkau mereka tidak tinggal, melainkan sebentar sahaja.
17-77:  (Demikianlah) suatu ketetapan terhadap orang yang Kami (Allah) utus sebelum engkau, daripada kalangan para rasul Kami (Allah). Dan tidak akan engkau dapati perubahan bagi ketetapan Kami (Allah) itu.
17-78:  Dirikanlah solat sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam, dan bacaan fajar (solat subuh). Sesungguhnya bacaan fajar (solat subuh) itu disaksikan.
17-79:  Dan pada sebahagian malam (bersolat) tahajudlah engkau sebagai suatu tambahan bagimu. Mudah-mudahan Rab (Tuhan) engkau mengangkat engkau ke tempat yang terpuji.
17-80:  Dan katakanlah: "Rabbi (wahai Tuhanku)! Masukkanlah daku secara masuk yang benar, dan keluarkanlah (pula) daku secara keluar yang benar, dan berikanlah kepadaku daripada sisi Engkau kekuasaan yang menolong.”
17-81:  Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu (pasti) lenyap.” 
17-82:  Dan Kami (Allah) turunkan daripada al-Qur'an sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, dan (al-Qur'an itu) tidaklah menambahkan kepada orang yang zalim selain kerugian.
17-83:  Dan apabila Kami (Allah) berikan kesenangan kepada manusia nescaya berpalinglah dia dan menjauhkan diri; dan apabila dia ditimpa kesusahan nescaya dia berputus asa.  
قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلًا

17-84:  Katakanlah: "Tiap-tiap orang beramal menurut keadaannya [kiasan, Bentuk, acuan, permohonan, jenis atau gaya Penampilan luar atau cetek sesuatu, mod; cara] masing-masing". Maka Rab (Tuhan)mu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya.
17-85:  Dan mereka bertanya kepada engkau tentang roh.  Katakanlah: "Roh itu termasuk amr (urusan) Rab (Tuhan)ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan, melainkan sedikit".
17-86:  Dan sesungguhnya jika Kami (Allah) menghendaki, nescaya Kami (Allah) lenyapkan apa yang telah Kami (Allah) wahyukan kepada engkau, dan kamu tidak akan mendapatkan seorang pembela pun tentang itu terhadap Kami (Allah).
17-87:  Kecuali kerana rahmat daripada Rab (Tuhan) engkau. Sesungguhnya kurnia-Nya (Allah) atas engkau adalah besar.
17-88:  Katakanlah: "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa al-Qur'an ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya (al-Qur’an), sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain".
17-89:  Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah mengulang-ulangkan kepada manusia dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam perumpamaan, tetapi kebanyakan manusia tidak menerima, kecuali mengkufuri(nya).
17-90:  Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak percaya kepada engkau hingga engkau memancarkan untuk kami mata air daripada bumi.”
17-91:  “Atau engkau memiliki kebun tamar dan anggur, lalu engkau alirkan sungai-sungai di celahnya (kebun itu) yang deras alirannya.”
17-92:  “Atau engkau jatuhkan langit berkeping-keping ke atas kami, sebagaimana engkau katakan, atau engkau datangkan Allah dan malaikat berhadap-hadapan (dengan kami).”
17-93:  “Atau engkau mempunyai rumah daripada emas, atau engkau naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikan engkau itu hingga engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang kami akan membacanya." Katakanlah: "Subhana Rabbi (Maha Suci Tuhanku), bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?"
17-94:  Dan tidak ada sesuatu yang menghalangi manusia untuk beriman tatkala datang petunjuk kepadanya, kecuali perkataan mereka: "Adakah Allah mengutus seorang manusia menjadi rasul?"
17-95:  Katakanlah: "Kalau seandainya ada para malaikat yang berjalan-jalan di bumi ini dengan tenteram, nescaya Kami (Allah) turunkan kepada mereka dari langit seorang malaikat sebagai rasul".
17-96:  Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan kamu sekalian. Sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat).” 
17-97:  Dan sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, dialah yang mendapat petunjuk, dan sesiapa yang Dia (Allah) sesatkan, maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penolong bagi mereka selain-Nya (Allah). Dan Kami (Allah) akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat (diheret) atas muka mereka dalam keadaan buta, bisu dan pekak. Tempat kediaman mereka adalah Neraka Jahanam. Tiap-tiap kali ia (api neraka itu) akan padam, Kami (Allah) tambahkan bagi mereka nyalanya.  
17-98:  Demikian itulah balasan bagi mereka, kerana sesungguhnya mereka kufur kepada ayat-ayat Kami (Allah), dan mereka berkata: "Apakah bila kami telah menjadi tulang belulang dan benda-benda yang hancur, kami akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk yang baru?"
17-99:  Apakah mereka tidak memperhatikan bahawasanya Allah yang menciptakan langit dan bumi, berkuasa (pula) menciptakan yang serupa dengan mereka, dan menetapkan ajal bagi mereka yang tidak ada keraguan padanya? Maka orang-orang zalim itu tidak menerimanya, kecuali kufur.
17-100: Katakanlah: "Kalau seandainya kamu menguasai khazanah rahmat Rab (Tuhan)ku, nescaya kamu menahannya (khazanah itu), kerana takut (habis) membelanjakannya. Dan adalah manusia itu sangat bakhil.”
17-101: Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah memberikan kepada Musa sembilan ayat-ayat (tanda-tanda) yang nyata, maka tanyakanlah kepada Bani Isra’el, tatkala dia (Musa) datang kepada mereka, lalu Fir’aun berkata kepadanya (Musa): "Sesungguhnya berat sangkaanku bahawa engkau, wahai Musa, seorang yang kena sihir".
17-102: Dia (Musa) berkata: "Sesungguhnya kamu telah mengetahui, bahawa tiada yang menurunkannya (sembilan ayat-ayat itu) kecuali Rab (Tuhan) bagi langit dan bumi, (sebagai bukti-bukti) yang nyata. Dan sesungguhnya berat sangkaanku bahawa kamu, wahai Fir’awn, akan binasa".
17-103: Kemudian dia (Fir’awn) hendak mengusir mereka (Musa dan pengikutnya) daripada bumi (Mesir) itu, maka Kami (Allah) tenggelamkan dia (Fir’awn), serta orang-orang yang bersama-samanya sekaliannya.
17-104: Dan Kami (Allah) berfirman sesudah itu kepada Bani Isra’el: "Tinggallah di bumi (negeri) ini, maka apabila datang janji akhirat, Kami (Allah) akan bangkitkan kamu (dalam keadaan) bercampur baur".
17-105: Dan dengan kebenaran Kami (Allah) telah turunkannya (al-Qur'an), dan dengan kebenaran ia diturunkan. Dan Kami (Allah) tidak mengutus kamu, melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan.
17-106: Dan (penurunan) al-Qur'an itu Kami (Allah) pisah-pisahkannya, agar engkau membacakannya kepada manusia dengan bertenang, dan Kami (Allah) menurunkannya beransur-ansur.
17-107: Katakanlah: "Berimanlah kamu kepadanya (al-Qur’an) atau tidak (mahu) beriman (sama sahaja bagi Allah). Sesungguhnya orang yang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila ia (al-Qur'an) dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud.”
17-108: Dan mereka berkata: "Subhana Rabbina (Maha Suci Tuhan kami)! Sesungguhnya janji Rab (Tuhan) kami pasti terlaksana".
17-109: Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.
17-110: Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah al-Rahman. Dengan (nama) yang mana sahaja kamu seru, Dia (Allah) mempunyai al-Asma-ul-Husna (nama-nama yang terbaik). Dan janganlah kamu mengeraskan suara dalam solat kamu, dan janganlah (pula) merendahkannya, dan carilah antara (kedua-dua) itu suatu jalan (pertengahan)"
17-111: Dan katakanlah: "Segala puji bagi Allah, yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya (Allah), dan tidak ada bagi-Nya (Allah) pembantu lantaran kelemahan. Dan besarkanlah Dia (Allah) dengan sebesar-besarnya. 



MARTABAT TAUHID HAKIKI

AL-ULUHIYAH - KETUHANAN

Al-Uluhiyah - Ketuhanan, dalam pengertian umum, yang merangkumi kesempurnaan di mana penciptaan bergantung atau beralih kepadaNya supaya mereka boleh mencapai kesempurnaan mereka dan untuk mengatasi kekurangan mereka. Dan ia seperti Al-Rububiyah (Kekuasaan) diibaratkan bapa sebagai ketua keluarga, dan juga merangkumi Khalifah (Pengganti) Allah di BumiNya diibaratkan Tuhan yang mentadbirkan bumi



MARTABAT TAUHID HAKIKI
(Ringkasan)
LAHUT
1 Hakikat dan Al-Kunhu yakni HUWA
2 Zat Ketuhanan atau Kota Kesempurnaan Ilahiyah yakni Allah.


JABARUT
3 Ketika Hajj
1.    Suradiq 3arsy  ul-A3dzam (Muhammad)
2.    3arsy  ul-A3dzam (Al-Quran)
3.    Al-Kursiy (Maqam Aali Muhammad)


ALAM MALAKUT
7 Apabila Kamu Kembali
3ARSY AL-3ADZIM (Tujuh Lelangit dan kebawah)

1.    Langit Ketujuh (Langit 3aqal)
2.    Langit Keenam
3.    Langit Kelima
4.    Langit Keempat
5.    Langit Ketiga
6.    Langit Kedua
7.    Langit Pertama:(Langit Dunia dan Akhirah)

ALAM MALAK
Alam Jasmani



MARTABAT TAUHID HAKIKI
(Huraian)
LAHUT

1 Hakikat dan Al-Kunhu yakni HUWA (Fi Al-Haqiqah)
2 Zat Ketuhanan atau Kota Kesempurnaan Ilahiyah yakni Allah (Fi Al-Khalq).




Apabila DIA SWT menciptakan Penciptaan. Ianya (penciptaan) menghadapi Nama-nama dan Sifat-sifat, dan ini adalah Kota Kesempurnaan Ilahiyah, atau Zat, atau Allah. Dan nama-nama ini bebas dari tajalli dan Kemunculan Hakikat bagi Penciptaan, ia bukan Hakikat, sebaliknya, ia adalah tabir (hijab) pada Hakikat. Kerana Hakikat adalah: Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung, dan nama ini hampir dengan Nama Yang Maha Agung (Al-Ism Al-A’dzam) seperti dekatnya mata hitam dan mata putih, seperti yang telah diriwayatkan dari Imam (as) di dalam Hadits.

Dan nama (Allah) ini, adalah nama yang menghimpunkan semua Sifat-sifat Kesempurnaan, oleh itu bertawajjuh (menghadap) kepadaNya adalah tawajjuh kepada semua Sifat-sifat atau Nama-nama Kesempurnaan. Dan tawajjuh ini tidak bebas dari syirik dalam martabat tertentu; kerana, Tauhid yang penuh ikhlas adalah MENAFIKAN Nama-nama dan Sifat-sifat, seperti apa yang dikatakan oleh Amirul Mukminin (as):

(“...permulaan agama adalah mengenal-Nya (makrifatuh), dan kesempurnaan mengenal-Nya adalah dengan membuat pengakuan kepada-Nya, dan kesempurnaan pengakuan kepada-Nya adalah dengan mentauhidkanNya, dan kesempurnaan Tauhid kepada-Nya adalah dengan ikhlas kepada-Nya, dan kesempurnaan ikhlas kepada-Nya adalah menafikan semua sifat-sifat daripada-Nya kepada syahadah (menyaksikan) semua sifat adalah berbeza dari yang disifatkan.") 

Jadi, nama (Allah) ini yang menghimpunkan semua Sifat-sifat Kesempurnaan, dan yang dirujukkan kepada Zat, adalah hijab yang mesti (wajib) bagi hamba berusaha untuk mengangkatnya (membukanya), dengan menampilkan Sifat-sifat Kesempurnaan Ketuhanan (Ilahiyah), dan apabila dibukakan penutup pada hamba itu agar dia boleh mengenal hakikat (Kebenaran). Dan mengenal Kebenaran sepenuhnya adalah ketidak mampuan (ketidakupayaan) untuk mencapai makrifah. Pada ganti nama (kata ganti ketiga) yang tidak hadir (ghaib) yang menerangkan hakikat (Kebenaran) atau Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung (Dia - Huwa-هو), pada Huruf Haa' - هاء  mengisbatkan (mengiyakan) Kewujudan, dan huruf Wau – واو  adalah untuk menerangkan Zat-Nya, dan juga adalah hadir Saksi Yang Ghaib SWT. (Qul Huwa_Allahu_Ahad)



JABARUT (3 Ketika Hajj)

1.    Suradiq 3arsy  ul-A3dzam (Muhammad)
2.    3arsy  ul-A3dzam (Al-Quran)
3.    Al-Kursiy (Maqam Aali Muhammad)

ALAM MALAKUT (7 Apabila Kamu Kembali)

3ARSY AL-3ADZIM (Tujuh Lelangit dan kebawah)

4.    Langit Ketujuh (Langit 3aqal)
5.    Langit Keenam
6.    Langit Kelima
7.    Langit Keempat
8.    Langit Ketiga
9.    Langit Kedua
     Langit Pertama:(Langit Dunia dan Akhirah)

Adapun pada martabat (peringkat) selain daripada Zat Ilahiyah atau Allah, bermakna pada martabat Al-Khalq (Penciptaan) dan Al-Tanzil (Penurunan), bahawa martabat Tajalli atau maqam-maqam (kedudukan) ada sepuluh, ia adalah: Suradiq Arasy Al-A3dzam (Lembayung Singgasana Teragung), dan Arasy Al-A3dzam (Singgasana Teragung), Kursiy (Takhta), Arasy Al-3adzim (Singgasana Agung), ada tujuh martabat atau maqam, ia adalah: Tujuh Lelangit (Langit-langit), turun dari yang Ketujuh ke Langit Pertama, atau Langit Dunia.




Dan penciptaan Allah yang terbaik Muhamamd (S), halaman kewujudannya meliputi, yang bermula dari Siradiq (Lembayung) Arasy Al-A’dzam ke Langit Dunia.

Oleh itu, Tajalli Marhalah (tahap) permulaan adalah: (nukhtah) Titik Pertama (Barzakh) atau Suradiq (Lembayung) Arasy Al-A’dzam.

Kemudian Tajalli Marhalah kedua, adalah bekas-bentuk “Nun” (نون ن) atau Arasy Al-A’dzam.

Kemudian Tajalli Marhalah ketiga dan itu adalah bekas-bentuk "Baa" (باء ب), atau Kursiy.

Maka Tajalli Marhalah keempat, adalah: (nukhtah) Titik Kedua dalam Penciptaan.

Dan semua Marhalah (tahap) ini ada empat ia adalah Muhammad (S), kerana dia adalah "Titik Nun" dan "Nun", dan baginda adalah "Baa’" dan "Titik Baa'", atau “Qul Huwa” (قل هو), dia ialah limpahan yang turun dari Al-Haq kepada Al-Khalq (Penciptaan). Dan dia, adalah Muhamamd (S), dalam tiga Marhalah pertama, (Siradiq, Arasy, Kursiy). Barzakh di antara Al-Haq dan Al-Khalq (Penciptaan), kerana dia beralun (mengepak), apabila As-Sa’ah (Kiamat) berlaku tiada yang kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Allah Yang Esa Lagi Perkasa ), dan apabila As-Sa’ah berlaku (Kebangkitan) dia kembali semula kepada Al-Ana (Aku) dan Keperibadian. Adapun pada martabat Arasy Al-’Adzim, ia adalah tempat tinggal dalam Penciptaan, dan dia adalah ‘Abd Allah (hamba Allah).

Perlu diambil perhatian bahawa Titik pertama adalah Al-Quran, dan ia adalah hijab di antara Muhammad (S) dan Allah [di antara keduanya adalah yang bersinar dan beralun (mengepak)], dan apabila pembukaan berlaku (Ia kelihatan seperti lubarng jarum)

Dia SWT berfirman:

﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحاً مُبِيناً﴾

{Sesungguhnya Kami telah membukakan kepadamu pembukaan yang nyata,} [Surah Al-Fath 48:1].

Hijab ini telah diangkat kerana Nabi Muhammad (S) telah memenuhinya, maka di antara Al-Quran dan Nabi Muhammad (S) menjadi satu ketika dia beralun (mengepak) di antara fana' dan tidak kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Esa Lagi Perkasa) dan di antara kembali kepada Al-Ana (Aku) dan Keperibadian kemanusiaan.







            
Maka, jika kita mengetahui apa yang telah dibentangkan, ia akan menjelaskan kita bahawa martabat Muhammad (S) adalah martabat Barzakh (pengantara) diantara Al-Haq Dan Al-Khalq (Kebenaran dan Penciptaan) itu, dan menyebabkan meraka teragak-agak iaitu ketika Nabi Ibrahim (as) dan para Malaikat melihat baginda (S) da mereka menyangka dia adalah Allah SWT, dan itu adalah kerana shurah (imej) baginda (S) adalah menyerupai (menerangkan) Zat Al-Ilahiyah dan mendzahirkan Ketuhanan Mutlak bagi Penciptaan yang mereka kenal (... dan kedatangan Engkau di Sa'ir, dan penampilan Engkau di Gunung Faran...). Dan baginda (S) bersabda: ((الله خلق آدم على صورته) Allah mencipta Adam atas (imej) shurahNya).

Oleh itu Muhammad (S) adalah Allah dalam Penciptaan, dan martabat Ahlul Bayt baginda (as), adalah lebih rendah daripada martabat Ar-Rasul Al-A3dzam (S), kerana mereka juga adalah wajah Allah danوأسماء الله الحسنى  (Nama-nama Terbaik Allah). Maka mereka mewakili Allah dalam Penciptaan, dan setiap daripada mereka adalah yang beralih kepadaNya supaya mereka boleh mencapai kesempurnaan mereka dan untuk mengatasi kekurangan mereka, bagi mereka adalah darjat yang tinggi dari kesempurnaan Ilahiyah, tetapi masih terikat kepada keperluan dan yang faqir di sisi Allah yang Maha Suci, Yang Maha Tinggi. Adapun UluhiyahNya SWT, adalah Uluhiyah Mutlak, dan ia adalah Sempurna Mutlak dan Kaya Mutlak, dan Kurnia dan LimpahNya yang tidak terikat kepada sesuatu melainkan kehendak-Nya, Maha Suci, Yang Maha Tinggi (SWT).

Dan telah disebut di dalam Al-Quran yang memberi makna bahawa: Dia, Yang Maha berfirman:

﴿فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ﴾

{Maka Terpujilah Allah, Sebaik-baik Pencipta.} [Surah Al-Mu'minuun 23:14 ],

ini bermakna terdapat pencipta-pencipta, dan Dia SWT adalah yang terbaik dan yang paling unggul daripada mereka. Dan mereka adalah Muhammad dan Keluarga Muhammad (as). Dan seperti dalam Dua ' (يارب الأرباب وإله الآلهة........... Wahai Tuhan (Penguasa) segala penguasa-penguasa, dan Wahai Tuhan segala tuan-tuan (rabb-rabb......)

Dan ia juga telah disebut: (..... الإله الأكبر.....) (..... Al-Ilah al-Akbar  - Tuhan Yang Maha Besar......)  dan ini adalah dari doa-doa Rahsia, dan ia adalah tiga puluh satu Doa untuk Keperluan Dunia dan Akhirah, ia adalah Musnad yang Mutashil dan Sanad yang Shahih dan ia disebut dalam Al-Misbah Mutahajid, dan Misbah Al-Kaf'ami, dan Al-Bihar, dan Al-Hurr Al-'Amiliy telah disebut dalam Al-Jawahir Al-Sunniyah.
             
Dan disebut dalam Hadith Qudsi ini pada keutamaan (kelebihan)nya:

(يا محمد، قل للذين يريدون التقرب إلي إعلموا علم اليقين أن هذا الكلام أفضل ما أنتم متقربون به إلي بعد الفرائض)

(Wahai Muhammad, katakan kepada mereka yang ingin mendapatkan lebih dekat untuk belajar ilmu Yaqin. Kerana kata-kata ini ini adalah yang terbaik untuk kamu mendekatkan dengannya selepas ilmu yang wajib) 

Dan tidak diragukan lagi bahawa dengan menyebut [الإله الأكبر] "Al-Ilaha al-Akbar" dalam Du’a Qudsi, kerana ia adalah dari Allah SWT dan kerana ia adalah setaraf dengan al-Quran Al-Karim - Kesimpulan yang dapat dibuat menunjukkan dengan pasti bagi mereka yang mahukan nash dengan apa yang disampaikan, untuk membicarakan Allah SWT dengan "Al-Ilaha al-Akbar" adalah menunjukkan atas penciptaan-Nya SWT menerangkan Sifat-sifat al-Lahut, dan ia adalah kerana “al-Akbar” itu adalah sifat yang digunakan untuk menunjukkan keutamaan atas yang wujud, sekurang-kurangnya semasa menyebutnya. Sebaliknya, tidak ada maknanya jika ia hanya diterima dalam ucapan, Untuk mengutamakan atau Sifat-sifat utama yang berfungsi untuk meningkatkan penyertaan seperti mana ia diterangkan, dan bahawa ia telah disebut oleh ahli-ahli bahasa Arab malah ia jelas kepada sesiapa yang membaca doa ini dan memikirkan maknanya




ALAM MALAK
Alam Jasmani

A. – Alam Al-Malak: atau Alam Jasmani yang kita hidup, dan yang terdiri dari benda - yang mirip dengan ketiadaan, dan yang tidak mempunyai nasib dalam Kewujudan, kecuali keupayaan untuk wujud - dan dari rupa bentuk ia zahir. Dan benda yang terbit dengan rupa bentuk, dan segala benda dari jisim daripada perasaan, dan rasa, dan bau, dan pergerakan, dan pertumbuhan dan kematian, jadi ia adalah rupa bentuk jasmani dan mithali dan bukan untuk benda. Sebagai contoh: jari pada tubuh manusia merasakan haba dan kesejukan, dan kelembutan dan kekerasan, dan apabila manusia ini mati - dalam kebanyakan kes - tubuhnya berubah menjadi tanah, dengan itu jari ini menjadi segenggam tanah.

Dan kebenaran perkara ini ialah: bahawa rupa bentuk jari manusia 'telah diangkat dari benda, dan telah didedahkan kepada rupa bentuk baru, iaitu imej segenggam tanah, dan ia adalah jisim baru tanpa deria. Oleh itu, ia menjelaskan kepada kita bahawa deria dalam jisim tubuh memiliki (mempunyai) rupa bentuk dan benda-benda. Dan oleh itu, jika segenggam tanah bertukar menjadi buah oren, ia akan mempunyai bau yang enak dan rasa lazat, walaupun benda jari, tanah, dan oren adalah sama. Walau bagaimanapun, pertukaran rupa bentuk adalah sebab kepada perubahan bau, dan kelazatan, dan rasa, bahkan adalah haram (dilarang) untuk makan tanah dan jari manusia, sementara adalah halal (dibenarkan) makan oren.

Maka dari Al Sadiq (as), beliau berkata : “Tahukan kamu Hai Fulan bahawa taraf hati dalam jasad adalah bertaraf Imam pada manusia yang wajib ditaati oleh mereka, tidakkah anda lihat bahawa semua pancaindera tubuh adalah penyediaan hati, dan menjadi penterjemah untuknya, melakukan perkara-perkara untuknya, telinga, mata, hidung, mulut, tangan, kaki, dan bahagian-bahagian tertertentu, kerana sesungguhnya jika hati bertujuan untuk melihat, orang itu membuka matanya, dan jika ia bertujuan untuk mendengar, dia sediakan dengan memasang telinganya dan pendengarannya tersedia supaya dia mendengar, dan jika hatinya bertujuan untuk mencium bau, dia menyedut melalui hidung dan membawa bau ke hati, dan jika ia bertujuan untuk melafazkan, lidahnya bercakap, dan jika ia bertujuan untuk menyerang, tangannya bergerak, dan jika ia bertujuan untuk bergerak, kaki akan melangkah, dan jika ia bertujuan untuk menjadi berahi, auratnya akan bergerak . Oleh itu semua ini [diperintahkan] dengan digerakan oleh (hati) hatinya, dan begitulah juga pada Imam yang kamu mesti patuhi arahan darinya.”

Dan dari sini kita tahu bahawa Syari’at tidak melihat kepada benda, dan bukan kepada rupa bentuk, sebaliknya, ia adalah cukup untuk melihat ke arah rupa bentuk yang sempurna daripada Malakut (Kerajaaan Langit), yang merupakan asal-usul rupa bentuk Jasmani. Dan untuk itu diriwayatkan dari Maksumin (as) yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak memandang ke arah alam dunia ini kerana Dia menciptanya ,“ “dan sesungguhnya Allah tidak melihat rupa bentuk kamu, tetapi melihat kepada hati kamu.”

Juga dengan apa yang saya telah bentangkan, dari kekeliruan antara pemakan dengan yang dimakan adalah sia-sia, sedangkan apa yang ada yang sama antara jari, tanah, dan oren dalam contoh ialah: Benda sahaja, dan Benda: adalah ketiadaan yang [berpotensi] untuk wujud, dan tidak ada yang lain. Oleh itu, untuk menjelaskan bahawa ia tidak wujud, bermakna ini adalah sifat biasa sebenar di antara jari, tanah, dan oren .


B. – Alam Malakut (Kerajaan Langit) dan ia adalah sebuah alam yang sempurna, yang bebas dari kebendaan, ia adalah sama dengan apa yang dilihat sewaktu mimpi, dan ia adalah lebih mulia daripada alam dunia Jasmani ini, tetapi dikawal dan ada tindakan di dalamnya. Dan bagi setiap jisim (badan) di Kerajaan dunia terdapat imej (bentuk rupa) untuknya di Alam Malakut, dan ia adalah hakikat imej manusia dalam Alam Malakut, ia adalah dirinya, atau diri yang diimplan dalam hati (Al-Janan) [4], dan ia adalah perancang untuk badan di dunia kebendaan ini, dan diri ini, atau diri yang diimplan dalam hati (Al Janan) adalah: bayangan akal.

C. Al-‘Alam al-‘Aqli (Alam Akal): dan ia adalah alam ketiga, lebih mulia daripada alam Malakut tersebut. Dan Ia adalah alam menyeluruh, dan yang wujud di dalamnya adalah saling berkaitan di antara satu sama lain, dan tidak ada percanggahan di antara alam-alam, seperti dalam alam Malakut dan alam Malak (alam  dunia Jasmani).
Dan matlamat utama manusia adalah untuk mencapai alam ini, dan tujuan mencapai [alam ini] adalah untuk mengenal (makrifat) Allah SWT, menurut apa yang telah saya bentangkan, Adalah tidak (boleh) mengenal KebenaranNya dan HakikatNya, Yang Maha Suci, dan tidak juga mengenal Zat-Nya, atau Nama-namaNya dan sifat-sifatNya yang merupakan teras (‘ain) Zat-Nya, tetapi sebaliknya adalah mengenal bayang-bayang Nama-nama TerbaikNya (Al-Asmaa Ul-Husna), dan ia adalah Hujaj (as). Dan saya menekankan sesungguh mereka adalah bayang-bayang Nama-nama TerbaikNya, tiada Nama-nama TerbaikNya yang merupakan teras Zat-Nya.

Adapun apa yang telah diriwayatkan dalam beberapa hadits yang memanggil mereka "Asmaa Ul-Husna", oleh kerana rupa bentuk memberitahu tentang asal-usul, maka apabila anda melihat rupa bentuk seseorang anda katakan: ini adalah demikian dan demikian, padahal apa yang dilihatnya adalah rupa bentuknya [sahaja], dan bukan hakikat dirinya [bermakna ia hanya gambar dia dan bukan dirinya sendiri].

Dan Dia yang Maha Suci, telah memilih daripada ciptaan-Nya orang-orang yang Dia bukakan untuk mereka pintu rahmat-Nya, dan menyingkap untuk mereka penutup hingga mereka melihat Rasul Mulia (S), mewakili Zat, atau Kota Kesempurnaan, dan pintunya adalah Ali dan Fatimah (as), atau mengatakan kepada bayang-bayang: Allah, Ar-Rahman, Al-Rahim, dan wajahNya yang Maha Suci dalam Penciptaan (Al-Mumkinaat). Dan manusia, pada keseluruhan alam ini, memuji Allah Tuhan sekalian alam , dan puji-syukur kepadaNya, kerana sesungguhnya Dialah dengan KemuliaanNya memberi tanpa dibalas. Bagi Dia, yang Maha Suci, adalah pentadbir dalam alam (dunia) Jasmani ini, kerana dari segumpal tanah keluar tumbuh-tumbuhan, maka terpancar mani dan induk telur, kemudian menjadi janin, kemudian anak, kemudian tubuh – kanak-kanak yang terus membesar dan menjadi lengkap sedikit demi sedikit.

Dan manusia dalam semua peringkat ini miskin dan memerlukan Tuhan yang Kaya. Siapakah yang memberi kepadanya persekitaran yang sesuai, dan makanan yang mencukupi untuk pertumbuhannya melengkap, dan menolak darinya percanggahan yang mermbahayakan.

Dan mungkin seseorang berkata: apakah penggunaan menjadi lengkap dalam dunia kebendaan, dan hasilnya adalah bahawa badan manusia, yang penuh kesempurnaan dalam (alam) dunia Jasmani ini, kembali menjadi segumpal tanah, dan ia jumud (tidak bernyawa), dan ia adalah wujud Jasmani yang paling rendah?

Saya katakan: sesungguhnya jika badan manusia hingga menjadi lengkap, dengan cara yang benar, dan telah dibina secara Halal, dan disucikan dengan amalan soleh untuk Allah yang Maha Suci, maka dia tidak akan kembali kepada segumpal tanah, bahkan akan kekal sebagai badan manusia (Jisim Insan), dan diriwayatkan bahawa bumi tidak makan (hancur luluhkan) “Jisim (jasad) para Nabi, Aushiak, Syuhada’, dan siapa yang memelihara dalam melakukan Mandi pada hari Jumaat selama empat puluh minggu.”, dan banyak [kali] manusia yang mengalami kebenaran ini, apabila kubur-kubur beberapa syuhada digali semula, dan mereka mendapati bahawa [jasad mereka] adalah sama [masih utuh] dan tidak berubah, juga ia telah dilaporkan bahawa badan Har anak Yazid Al Riyahi (semoga Allah merahmati kepadanya) digali semula, dan didapati ia tidak berubah [walaupun selepas] berlalu seratus tahun syahidnya dengan Al-Hussein bin Ali (as) [6].

Oleh yang demikian, pereputan mayat kebanyakan orang dan kembali kepada segumpal tanah adalah hasil dari mereka membinanya apabila tebing runtuh dan tidak menyucikannya dengan amal soleh
                                             
Dalam Alam Malakut, manusia memerlukan Pendidik yang melimpahkan kesempurnaan Akhlak yang dia akan diangkat ke Alam Aqal, dan memerlukan Tuhan yang olehNya sahaja menolak dia dari keinginan palsu diri, dan bisikan-bisikan syaitan dari kalangan jin dan manusia yang menyekatnya menuju ke jalan Allah SWT.

Bagi kumpulan kecil yang sampai ke Alam Aqal, mereka memerlukan Tuhan Yang melimpahkan kepada mereka dan menyempurnakan mereka, masing-masing dengan mengambil kira darjatnya dan berkata: {(وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْماً) "Tuhanku, tingkatkanlah ilmu."}, sebagaimana Dia menetapkan pendirian mereka di alam ini. Dan dengan itu, semua yang wujud di seluruh alam berhajatkan Tuhan yang Maha Suci, dan berharap keutamaanNya, dan menunggu Pendidiknya untuk menjadi lengkap dan [untuk] kekal.

Sebagai manusia ia memperoleh kedudukan (maqam) dalam Kerajaan Malakut, maka dia makan dan minum bukan untuk jasmani kebendaan sahaja, kerana orang yang berpuasa makan dan minum ketika dia tidur di siang hari seperti yang diriwayatkan dalam Hadits daripada mereka (as), Bahkan ramai orang semasa mereka tidur di siang hari berpuasa melihat di dalam penglihatan mereka (dimimpikan) makan dan minum dan apabila bangun (sedar) dan lapar dan dahaga hilang, seolah-olah mereka telah makan dalam dunia jasmani ini, jadi Imam Al -Sadiq (as) adalah membimbing manusia memperbanyak mengingati (berzikir) Allah dari mengutamakan dunia.

Pada hakikatnya manusia mesti mengentahui: (Dengan makanan anak-anak Adam akan mati), oleh itu dengan makanan dan keinginan (nafsu), jiwa (ruh) menjadi sibuk (jauh) dari kemajuan (peningkatan), dan ia dihalang oleh persiapan badan jasmani ini, dan persiapan ruh (jiwa) beransur-ansur mati, berbanding orang yang berjihad di jalan Allah SWT sentiasa berusaha beransur-ansur naik kedudukan (maqam)nya

1.    Ruh Kehidupan
2.    Ruh Kekuatan
3.    Ruh Syahwat
4.    Ruh Iman
5.    Ruh Kudus

Dia SWT berfirman:

﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا الْأِيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُوراً نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ﴾

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu Ruh dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula iman itu, tetapi Kami menjadikan cahayanya itu yang dengannya Kami tunjuki (beri hidayah) siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. [Al-Syuraa’ 42:52] 

Jadi Rasulullah Muhammad (S) ketika beliau diturunkan ke dunia jisim (al-‘alam al-jasmani) ini untuk memulai ujian kedua setelah ujian pertama di Alam Zarah (Alam Zarr), beliau ditutupi dengan Tubuh Jasmani ini, tetapi apabila beliau mengabdikan diri kepada Allah, Yang Maha Agung, Maha Mulia, dengan pengabdian yang tidak pernah diketahui Bumi sepertinya, Allah, Yang Maha Agung, Maha Kuasa, mencintainya dan menugaskan untuknya Ruhul Qudus Teragung, dan beliau merupakan pemenang dalam perlumbaan di dunia ini sepertimana beliau juga adalah pemenang perlumbaan ini dalam ujian pertama di Alam Zarah (Alam Zarr).

Alam Al-Zarr dan Alam Al-Raj3ah adalah dua alam yang haqiqi dan wujud di Langit Pertama, di mana bagi masa-masa dan ruang-ruang, dan Langit Pertama adalah penghujung langit Langit Dunia.

Langit Pertama: meliputi (termasuk) Langit Dunia dan apa yang ada di dalamnya, dan Alam Jasmani yang padat (kasar) ini boleh dilihat dan (seluruh alam semesta) adalah sebahagian daripada Langit Dunia.

Maka alam yang dapat dilihat ini adalah sebahagian dari Langit Dunia yang juga merupakan sebahagian daripada Langit Pertama.

Syurga Adam (as) ada di Langit Pertama dipanggil Syurga dunia – Syurga Langit Dunia (Al-Jannah Al-Ardhiah)

Dan syurga yang dijanjikan ada di Langit Kedua

Adapun Neraka (Jahannam) ia berada di lapisan bumi ketujuh (Al-Ardhiyin Al-Sabi3ah) di Langit Jasmani (Al-Samaa’ Al-Jasmaniyah).

﴿وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظاً﴾

"Kami hiasi langit dunia dengan lampu-lampu (bintang-bintang) dan Kami memeliharanya ":

Bahawa lampu adalah Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan Washiy-washiy (as) yang melindungi orang-orang yang mengikuti mereka (pengikut) dari bisikan syaitan melalui ajaran dan akhlak Ilahiyah (Ketuhanan) yang diajarkan kepada manusia.

Dan penampilan mereka di Langit Jasmaniyah dengan planet-planet dan matahari-matahari sebagai lampu isyarat, kerana terlalu gelap keadaan di langit dan terlalu sedikit bintang-bintang berbanding dengan bahagian yang gelap, sepertimana di bumi, amatlah sedikit Nabi-nabi dan berapa banyak orang-orang yang menentang mereka, memerangi mereka dan berpaling dari mereka serta tidak memberi pertolongan kepada mereka. Maka, sentiasa sedikit para nabi, para washiy dan Ansar (penyokong) mereka, seperti (sedikitnya bintang-bintang di Langit Jasmaniyah).

Pada akhir pergerakan orbit (falak) yang besar (Maksud saya lengkok ke bawah), dan permulaan kenaikannya ke arah akhirat, mereka yang memberi keutamaan kepada Alam Jasmani ini akan beralih ke Jahim dan terbakar. Jadi, mereka yang memilih perhiasan bumi, hukuman mereka akan adalah kembali kepada apa yang mereka telah pilih dan mereka menderhaka terhadap Allah untuk hal itu atau mengatakan mereka akan kekal di dalamnya, kerana Jahannam (neraka) akan membakar amalan, perbuatan dan kezaliman mereka.

Dan kini ia telah menjelaskan kepada saudara mengenai ayat ini sebelum ini:

﴿يَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةٌ بِالْكَافِرِينَ﴾

Mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab. Dan sesungguhnya Jahannam benar-benar meliputi orang-orang yang kafir.


AL-LAHUT

Allah menciptakan Penciptaan 

Penciptaan menghadap

·       Kota ta Kesempurnaan Ilahiyah,
·       atau Zat,
·       atau Allah.
(Dan nama-nama ini bebas dari tajalli dan Kemunculan Hakikat bagi Penciptaan, ia bukan Hakikat, sebaliknya, ia adalah tabir (hijab) pada Hakikat). 

Hakikat adalah:
·       Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung,
·       nama ini hampir dengan Nama Yang Maha Agung (Al-Ism Al-A’dzam)
·       seperti dekatnya mata hitam dan mata putih, 
1 Hakikat dan Al-Kunhu - HUWA
2 Zat Ketuhanan atau Kota Kesempurnaan Ilahiyah yakni Allah.

Uluhiyah - Ketuhanan,
yang merangkumi kesempurnaan di mana penciptaan bergantung atau beralih kepadaNya untuk mencapai kesempurnaan dan untuk mengatasi kekurangan.
Al-Rububiyah (Kekuasaan) ibaratkan
·       bapa sebagai ketua keluarga,
·       juga merangkumi Khalifah (Pengganti) Allah di BumiNya
·       Tuhan yang mentadbirkan bumi

Tauhid

Nama

Sifat-sifat

Makna
Nama nama (Allah) ini,
·       menghimpunkan semua Sifat-sifat Kesempurnaan,
·       oleh itu bertawajjuh (menghadap) kepadaNya adalah tawajjuh kepada semua Sifat-sifat atau Nama-nama Kesempurnaan.
·       Dan tawajjuh ini belum bebas dari syirik dalam martabat tertentu; kerana, Tauhid yang penuh ikhlas adalah Menafikan Nama-nama dan Sifat-sifat, 


Manusia adalah tajalli Al-Lahut 

(Penzahiran Ketuhanan) Yang Maha Suci dalam alam penciptaan. 

Maka fitrah manusia melayakkannya untuk menjadi Allah dalam penciptaan,

·       Shurah Allah (imej Allah) atau
·       wajah Allah atau
·       tangan Allah

Dari Abi Shalt Harawiy, dari Imam Al-Redha (as), dia berkata:

((Rasulullah (S) menziarahi ku dalam masa hidupku atau selepas kematianku, maka telah menziarahi-lah Allah Taala. Darjat Nabi (S) di dalam syurga adalah darjat-darjat tertinggi, sesiapa yang telah menziarahi baginda di Syurga dari kedudukannya. Maka ia telah menziarahi Allah TWT. Dia berkata: Aku berkata kepadanya: Wahai anak Rasulullah (S), apa yang dimaksudkan dengan Khabar yang diriwayatkannya: Ganjaran لا اله إلا الله - adalah melihat wajah Allah Taala?  Dan dia (as) berkata: Wahai Aba Shalt, sesiapa yang menyifatkan Allah Taala dengan wajah-wajah ia telah kafir, tetapi wajah Allah Taala adalah AnbiakNya dan Rasul-rasulNya dan Hujaj-hujajNya (Shalawat Allah 3alaihim), mereka adalah orang-orang yang bertawajjuh (menghadap) kepada Allah AWJ dan kepada agamaNya dan makrifahNya (mengenaliNya),





Nafs (diri-jiwa)



·      
.