Wednesday 18 November 2015

MARTABAT TAUHID HAKIKI

AL-ULUHIYAH - KETUHANAN

Al-Uluhiyah - Ketuhanan, dalam pengertian umum, yang merangkumi kesempurnaan di mana penciptaan bergantung atau beralih kepadaNya supaya mereka boleh mencapai kesempurnaan mereka dan untuk mengatasi kekurangan mereka. Dan ia seperti Al-Rububiyah (Kekuasaan) diibaratkan bapa sebagai ketua keluarga, dan juga merangkumi Khalifah (Pengganti) Allah di BumiNya diibaratkan Tuhan yang mentadbirkan bumi



MARTABAT TAUHID HAKIKI
(Ringkasan)
LAHUT
1 Hakikat dan Al-Kunhu yakni HUWA
2 Zat Ketuhanan atau Kota Kesempurnaan Ilahiyah yakni Allah.


JABARUT
3 Ketika Hajj
1.    Suradiq 3arsy  ul-A3dzam (Muhammad)
2.    3arsy  ul-A3dzam (Al-Quran)
3.    Al-Kursiy (Maqam Aali Muhammad)


ALAM MALAKUT
7 Apabila Kamu Kembali
3ARSY AL-3ADZIM (Tujuh Lelangit dan kebawah)

1.    Langit Ketujuh (Langit 3aqal)
2.    Langit Keenam
3.    Langit Kelima
4.    Langit Keempat
5.    Langit Ketiga
6.    Langit Kedua
7.    Langit Pertama:(Langit Dunia dan Akhirah)

ALAM MALAK
Alam Jasmani



MARTABAT TAUHID HAKIKI
(Huraian)
LAHUT

1 Hakikat dan Al-Kunhu yakni HUWA (Fi Al-Haqiqah)
2 Zat Ketuhanan atau Kota Kesempurnaan Ilahiyah yakni Allah (Fi Al-Khalq).




Apabila DIA SWT menciptakan Penciptaan. Ianya (penciptaan) menghadapi Nama-nama dan Sifat-sifat, dan ini adalah Kota Kesempurnaan Ilahiyah, atau Zat, atau Allah. Dan nama-nama ini bebas dari tajalli dan Kemunculan Hakikat bagi Penciptaan, ia bukan Hakikat, sebaliknya, ia adalah tabir (hijab) pada Hakikat. Kerana Hakikat adalah: Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung, dan nama ini hampir dengan Nama Yang Maha Agung (Al-Ism Al-A’dzam) seperti dekatnya mata hitam dan mata putih, seperti yang telah diriwayatkan dari Imam (as) di dalam Hadits.

Dan nama (Allah) ini, adalah nama yang menghimpunkan semua Sifat-sifat Kesempurnaan, oleh itu bertawajjuh (menghadap) kepadaNya adalah tawajjuh kepada semua Sifat-sifat atau Nama-nama Kesempurnaan. Dan tawajjuh ini tidak bebas dari syirik dalam martabat tertentu; kerana, Tauhid yang penuh ikhlas adalah MENAFIKAN Nama-nama dan Sifat-sifat, seperti apa yang dikatakan oleh Amirul Mukminin (as):

(“...permulaan agama adalah mengenal-Nya (makrifatuh), dan kesempurnaan mengenal-Nya adalah dengan membuat pengakuan kepada-Nya, dan kesempurnaan pengakuan kepada-Nya adalah dengan mentauhidkanNya, dan kesempurnaan Tauhid kepada-Nya adalah dengan ikhlas kepada-Nya, dan kesempurnaan ikhlas kepada-Nya adalah menafikan semua sifat-sifat daripada-Nya kepada syahadah (menyaksikan) semua sifat adalah berbeza dari yang disifatkan.") 

Jadi, nama (Allah) ini yang menghimpunkan semua Sifat-sifat Kesempurnaan, dan yang dirujukkan kepada Zat, adalah hijab yang mesti (wajib) bagi hamba berusaha untuk mengangkatnya (membukanya), dengan menampilkan Sifat-sifat Kesempurnaan Ketuhanan (Ilahiyah), dan apabila dibukakan penutup pada hamba itu agar dia boleh mengenal hakikat (Kebenaran). Dan mengenal Kebenaran sepenuhnya adalah ketidak mampuan (ketidakupayaan) untuk mencapai makrifah. Pada ganti nama (kata ganti ketiga) yang tidak hadir (ghaib) yang menerangkan hakikat (Kebenaran) atau Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung (Dia - Huwa-هو), pada Huruf Haa' - هاء  mengisbatkan (mengiyakan) Kewujudan, dan huruf Wau – واو  adalah untuk menerangkan Zat-Nya, dan juga adalah hadir Saksi Yang Ghaib SWT. (Qul Huwa_Allahu_Ahad)



JABARUT (3 Ketika Hajj)

1.    Suradiq 3arsy  ul-A3dzam (Muhammad)
2.    3arsy  ul-A3dzam (Al-Quran)
3.    Al-Kursiy (Maqam Aali Muhammad)

ALAM MALAKUT (7 Apabila Kamu Kembali)

3ARSY AL-3ADZIM (Tujuh Lelangit dan kebawah)

4.    Langit Ketujuh (Langit 3aqal)
5.    Langit Keenam
6.    Langit Kelima
7.    Langit Keempat
8.    Langit Ketiga
9.    Langit Kedua
     Langit Pertama:(Langit Dunia dan Akhirah)

Adapun pada martabat (peringkat) selain daripada Zat Ilahiyah atau Allah, bermakna pada martabat Al-Khalq (Penciptaan) dan Al-Tanzil (Penurunan), bahawa martabat Tajalli atau maqam-maqam (kedudukan) ada sepuluh, ia adalah: Suradiq Arasy Al-A3dzam (Lembayung Singgasana Teragung), dan Arasy Al-A3dzam (Singgasana Teragung), Kursiy (Takhta), Arasy Al-3adzim (Singgasana Agung), ada tujuh martabat atau maqam, ia adalah: Tujuh Lelangit (Langit-langit), turun dari yang Ketujuh ke Langit Pertama, atau Langit Dunia.




Dan penciptaan Allah yang terbaik Muhamamd (S), halaman kewujudannya meliputi, yang bermula dari Siradiq (Lembayung) Arasy Al-A’dzam ke Langit Dunia.

Oleh itu, Tajalli Marhalah (tahap) permulaan adalah: (nukhtah) Titik Pertama (Barzakh) atau Suradiq (Lembayung) Arasy Al-A’dzam.

Kemudian Tajalli Marhalah kedua, adalah bekas-bentuk “Nun” (نون ن) atau Arasy Al-A’dzam.

Kemudian Tajalli Marhalah ketiga dan itu adalah bekas-bentuk "Baa" (باء ب), atau Kursiy.

Maka Tajalli Marhalah keempat, adalah: (nukhtah) Titik Kedua dalam Penciptaan.

Dan semua Marhalah (tahap) ini ada empat ia adalah Muhammad (S), kerana dia adalah "Titik Nun" dan "Nun", dan baginda adalah "Baa’" dan "Titik Baa'", atau “Qul Huwa” (قل هو), dia ialah limpahan yang turun dari Al-Haq kepada Al-Khalq (Penciptaan). Dan dia, adalah Muhamamd (S), dalam tiga Marhalah pertama, (Siradiq, Arasy, Kursiy). Barzakh di antara Al-Haq dan Al-Khalq (Penciptaan), kerana dia beralun (mengepak), apabila As-Sa’ah (Kiamat) berlaku tiada yang kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Allah Yang Esa Lagi Perkasa ), dan apabila As-Sa’ah berlaku (Kebangkitan) dia kembali semula kepada Al-Ana (Aku) dan Keperibadian. Adapun pada martabat Arasy Al-’Adzim, ia adalah tempat tinggal dalam Penciptaan, dan dia adalah ‘Abd Allah (hamba Allah).

Perlu diambil perhatian bahawa Titik pertama adalah Al-Quran, dan ia adalah hijab di antara Muhammad (S) dan Allah [di antara keduanya adalah yang bersinar dan beralun (mengepak)], dan apabila pembukaan berlaku (Ia kelihatan seperti lubarng jarum)

Dia SWT berfirman:

﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحاً مُبِيناً﴾

{Sesungguhnya Kami telah membukakan kepadamu pembukaan yang nyata,} [Surah Al-Fath 48:1].

Hijab ini telah diangkat kerana Nabi Muhammad (S) telah memenuhinya, maka di antara Al-Quran dan Nabi Muhammad (S) menjadi satu ketika dia beralun (mengepak) di antara fana' dan tidak kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Esa Lagi Perkasa) dan di antara kembali kepada Al-Ana (Aku) dan Keperibadian kemanusiaan.







            
Maka, jika kita mengetahui apa yang telah dibentangkan, ia akan menjelaskan kita bahawa martabat Muhammad (S) adalah martabat Barzakh (pengantara) diantara Al-Haq Dan Al-Khalq (Kebenaran dan Penciptaan) itu, dan menyebabkan meraka teragak-agak iaitu ketika Nabi Ibrahim (as) dan para Malaikat melihat baginda (S) da mereka menyangka dia adalah Allah SWT, dan itu adalah kerana shurah (imej) baginda (S) adalah menyerupai (menerangkan) Zat Al-Ilahiyah dan mendzahirkan Ketuhanan Mutlak bagi Penciptaan yang mereka kenal (... dan kedatangan Engkau di Sa'ir, dan penampilan Engkau di Gunung Faran...). Dan baginda (S) bersabda: ((الله خلق آدم على صورته) Allah mencipta Adam atas (imej) shurahNya).

Oleh itu Muhammad (S) adalah Allah dalam Penciptaan, dan martabat Ahlul Bayt baginda (as), adalah lebih rendah daripada martabat Ar-Rasul Al-A3dzam (S), kerana mereka juga adalah wajah Allah danوأسماء الله الحسنى  (Nama-nama Terbaik Allah). Maka mereka mewakili Allah dalam Penciptaan, dan setiap daripada mereka adalah yang beralih kepadaNya supaya mereka boleh mencapai kesempurnaan mereka dan untuk mengatasi kekurangan mereka, bagi mereka adalah darjat yang tinggi dari kesempurnaan Ilahiyah, tetapi masih terikat kepada keperluan dan yang faqir di sisi Allah yang Maha Suci, Yang Maha Tinggi. Adapun UluhiyahNya SWT, adalah Uluhiyah Mutlak, dan ia adalah Sempurna Mutlak dan Kaya Mutlak, dan Kurnia dan LimpahNya yang tidak terikat kepada sesuatu melainkan kehendak-Nya, Maha Suci, Yang Maha Tinggi (SWT).

Dan telah disebut di dalam Al-Quran yang memberi makna bahawa: Dia, Yang Maha berfirman:

﴿فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ﴾

{Maka Terpujilah Allah, Sebaik-baik Pencipta.} [Surah Al-Mu'minuun 23:14 ],

ini bermakna terdapat pencipta-pencipta, dan Dia SWT adalah yang terbaik dan yang paling unggul daripada mereka. Dan mereka adalah Muhammad dan Keluarga Muhammad (as). Dan seperti dalam Dua ' (يارب الأرباب وإله الآلهة........... Wahai Tuhan (Penguasa) segala penguasa-penguasa, dan Wahai Tuhan segala tuan-tuan (rabb-rabb......)

Dan ia juga telah disebut: (..... الإله الأكبر.....) (..... Al-Ilah al-Akbar  - Tuhan Yang Maha Besar......)  dan ini adalah dari doa-doa Rahsia, dan ia adalah tiga puluh satu Doa untuk Keperluan Dunia dan Akhirah, ia adalah Musnad yang Mutashil dan Sanad yang Shahih dan ia disebut dalam Al-Misbah Mutahajid, dan Misbah Al-Kaf'ami, dan Al-Bihar, dan Al-Hurr Al-'Amiliy telah disebut dalam Al-Jawahir Al-Sunniyah.
             
Dan disebut dalam Hadith Qudsi ini pada keutamaan (kelebihan)nya:

(يا محمد، قل للذين يريدون التقرب إلي إعلموا علم اليقين أن هذا الكلام أفضل ما أنتم متقربون به إلي بعد الفرائض)

(Wahai Muhammad, katakan kepada mereka yang ingin mendapatkan lebih dekat untuk belajar ilmu Yaqin. Kerana kata-kata ini ini adalah yang terbaik untuk kamu mendekatkan dengannya selepas ilmu yang wajib) 

Dan tidak diragukan lagi bahawa dengan menyebut [الإله الأكبر] "Al-Ilaha al-Akbar" dalam Du’a Qudsi, kerana ia adalah dari Allah SWT dan kerana ia adalah setaraf dengan al-Quran Al-Karim - Kesimpulan yang dapat dibuat menunjukkan dengan pasti bagi mereka yang mahukan nash dengan apa yang disampaikan, untuk membicarakan Allah SWT dengan "Al-Ilaha al-Akbar" adalah menunjukkan atas penciptaan-Nya SWT menerangkan Sifat-sifat al-Lahut, dan ia adalah kerana “al-Akbar” itu adalah sifat yang digunakan untuk menunjukkan keutamaan atas yang wujud, sekurang-kurangnya semasa menyebutnya. Sebaliknya, tidak ada maknanya jika ia hanya diterima dalam ucapan, Untuk mengutamakan atau Sifat-sifat utama yang berfungsi untuk meningkatkan penyertaan seperti mana ia diterangkan, dan bahawa ia telah disebut oleh ahli-ahli bahasa Arab malah ia jelas kepada sesiapa yang membaca doa ini dan memikirkan maknanya




ALAM MALAK
Alam Jasmani

A. – Alam Al-Malak: atau Alam Jasmani yang kita hidup, dan yang terdiri dari benda - yang mirip dengan ketiadaan, dan yang tidak mempunyai nasib dalam Kewujudan, kecuali keupayaan untuk wujud - dan dari rupa bentuk ia zahir. Dan benda yang terbit dengan rupa bentuk, dan segala benda dari jisim daripada perasaan, dan rasa, dan bau, dan pergerakan, dan pertumbuhan dan kematian, jadi ia adalah rupa bentuk jasmani dan mithali dan bukan untuk benda. Sebagai contoh: jari pada tubuh manusia merasakan haba dan kesejukan, dan kelembutan dan kekerasan, dan apabila manusia ini mati - dalam kebanyakan kes - tubuhnya berubah menjadi tanah, dengan itu jari ini menjadi segenggam tanah.

Dan kebenaran perkara ini ialah: bahawa rupa bentuk jari manusia 'telah diangkat dari benda, dan telah didedahkan kepada rupa bentuk baru, iaitu imej segenggam tanah, dan ia adalah jisim baru tanpa deria. Oleh itu, ia menjelaskan kepada kita bahawa deria dalam jisim tubuh memiliki (mempunyai) rupa bentuk dan benda-benda. Dan oleh itu, jika segenggam tanah bertukar menjadi buah oren, ia akan mempunyai bau yang enak dan rasa lazat, walaupun benda jari, tanah, dan oren adalah sama. Walau bagaimanapun, pertukaran rupa bentuk adalah sebab kepada perubahan bau, dan kelazatan, dan rasa, bahkan adalah haram (dilarang) untuk makan tanah dan jari manusia, sementara adalah halal (dibenarkan) makan oren.

Maka dari Al Sadiq (as), beliau berkata : “Tahukan kamu Hai Fulan bahawa taraf hati dalam jasad adalah bertaraf Imam pada manusia yang wajib ditaati oleh mereka, tidakkah anda lihat bahawa semua pancaindera tubuh adalah penyediaan hati, dan menjadi penterjemah untuknya, melakukan perkara-perkara untuknya, telinga, mata, hidung, mulut, tangan, kaki, dan bahagian-bahagian tertertentu, kerana sesungguhnya jika hati bertujuan untuk melihat, orang itu membuka matanya, dan jika ia bertujuan untuk mendengar, dia sediakan dengan memasang telinganya dan pendengarannya tersedia supaya dia mendengar, dan jika hatinya bertujuan untuk mencium bau, dia menyedut melalui hidung dan membawa bau ke hati, dan jika ia bertujuan untuk melafazkan, lidahnya bercakap, dan jika ia bertujuan untuk menyerang, tangannya bergerak, dan jika ia bertujuan untuk bergerak, kaki akan melangkah, dan jika ia bertujuan untuk menjadi berahi, auratnya akan bergerak . Oleh itu semua ini [diperintahkan] dengan digerakan oleh (hati) hatinya, dan begitulah juga pada Imam yang kamu mesti patuhi arahan darinya.”

Dan dari sini kita tahu bahawa Syari’at tidak melihat kepada benda, dan bukan kepada rupa bentuk, sebaliknya, ia adalah cukup untuk melihat ke arah rupa bentuk yang sempurna daripada Malakut (Kerajaaan Langit), yang merupakan asal-usul rupa bentuk Jasmani. Dan untuk itu diriwayatkan dari Maksumin (as) yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak memandang ke arah alam dunia ini kerana Dia menciptanya ,“ “dan sesungguhnya Allah tidak melihat rupa bentuk kamu, tetapi melihat kepada hati kamu.”

Juga dengan apa yang saya telah bentangkan, dari kekeliruan antara pemakan dengan yang dimakan adalah sia-sia, sedangkan apa yang ada yang sama antara jari, tanah, dan oren dalam contoh ialah: Benda sahaja, dan Benda: adalah ketiadaan yang [berpotensi] untuk wujud, dan tidak ada yang lain. Oleh itu, untuk menjelaskan bahawa ia tidak wujud, bermakna ini adalah sifat biasa sebenar di antara jari, tanah, dan oren .


B. – Alam Malakut (Kerajaan Langit) dan ia adalah sebuah alam yang sempurna, yang bebas dari kebendaan, ia adalah sama dengan apa yang dilihat sewaktu mimpi, dan ia adalah lebih mulia daripada alam dunia Jasmani ini, tetapi dikawal dan ada tindakan di dalamnya. Dan bagi setiap jisim (badan) di Kerajaan dunia terdapat imej (bentuk rupa) untuknya di Alam Malakut, dan ia adalah hakikat imej manusia dalam Alam Malakut, ia adalah dirinya, atau diri yang diimplan dalam hati (Al-Janan) [4], dan ia adalah perancang untuk badan di dunia kebendaan ini, dan diri ini, atau diri yang diimplan dalam hati (Al Janan) adalah: bayangan akal.

C. Al-‘Alam al-‘Aqli (Alam Akal): dan ia adalah alam ketiga, lebih mulia daripada alam Malakut tersebut. Dan Ia adalah alam menyeluruh, dan yang wujud di dalamnya adalah saling berkaitan di antara satu sama lain, dan tidak ada percanggahan di antara alam-alam, seperti dalam alam Malakut dan alam Malak (alam  dunia Jasmani).
Dan matlamat utama manusia adalah untuk mencapai alam ini, dan tujuan mencapai [alam ini] adalah untuk mengenal (makrifat) Allah SWT, menurut apa yang telah saya bentangkan, Adalah tidak (boleh) mengenal KebenaranNya dan HakikatNya, Yang Maha Suci, dan tidak juga mengenal Zat-Nya, atau Nama-namaNya dan sifat-sifatNya yang merupakan teras (‘ain) Zat-Nya, tetapi sebaliknya adalah mengenal bayang-bayang Nama-nama TerbaikNya (Al-Asmaa Ul-Husna), dan ia adalah Hujaj (as). Dan saya menekankan sesungguh mereka adalah bayang-bayang Nama-nama TerbaikNya, tiada Nama-nama TerbaikNya yang merupakan teras Zat-Nya.

Adapun apa yang telah diriwayatkan dalam beberapa hadits yang memanggil mereka "Asmaa Ul-Husna", oleh kerana rupa bentuk memberitahu tentang asal-usul, maka apabila anda melihat rupa bentuk seseorang anda katakan: ini adalah demikian dan demikian, padahal apa yang dilihatnya adalah rupa bentuknya [sahaja], dan bukan hakikat dirinya [bermakna ia hanya gambar dia dan bukan dirinya sendiri].

Dan Dia yang Maha Suci, telah memilih daripada ciptaan-Nya orang-orang yang Dia bukakan untuk mereka pintu rahmat-Nya, dan menyingkap untuk mereka penutup hingga mereka melihat Rasul Mulia (S), mewakili Zat, atau Kota Kesempurnaan, dan pintunya adalah Ali dan Fatimah (as), atau mengatakan kepada bayang-bayang: Allah, Ar-Rahman, Al-Rahim, dan wajahNya yang Maha Suci dalam Penciptaan (Al-Mumkinaat). Dan manusia, pada keseluruhan alam ini, memuji Allah Tuhan sekalian alam , dan puji-syukur kepadaNya, kerana sesungguhnya Dialah dengan KemuliaanNya memberi tanpa dibalas. Bagi Dia, yang Maha Suci, adalah pentadbir dalam alam (dunia) Jasmani ini, kerana dari segumpal tanah keluar tumbuh-tumbuhan, maka terpancar mani dan induk telur, kemudian menjadi janin, kemudian anak, kemudian tubuh – kanak-kanak yang terus membesar dan menjadi lengkap sedikit demi sedikit.

Dan manusia dalam semua peringkat ini miskin dan memerlukan Tuhan yang Kaya. Siapakah yang memberi kepadanya persekitaran yang sesuai, dan makanan yang mencukupi untuk pertumbuhannya melengkap, dan menolak darinya percanggahan yang mermbahayakan.

Dan mungkin seseorang berkata: apakah penggunaan menjadi lengkap dalam dunia kebendaan, dan hasilnya adalah bahawa badan manusia, yang penuh kesempurnaan dalam (alam) dunia Jasmani ini, kembali menjadi segumpal tanah, dan ia jumud (tidak bernyawa), dan ia adalah wujud Jasmani yang paling rendah?

Saya katakan: sesungguhnya jika badan manusia hingga menjadi lengkap, dengan cara yang benar, dan telah dibina secara Halal, dan disucikan dengan amalan soleh untuk Allah yang Maha Suci, maka dia tidak akan kembali kepada segumpal tanah, bahkan akan kekal sebagai badan manusia (Jisim Insan), dan diriwayatkan bahawa bumi tidak makan (hancur luluhkan) “Jisim (jasad) para Nabi, Aushiak, Syuhada’, dan siapa yang memelihara dalam melakukan Mandi pada hari Jumaat selama empat puluh minggu.”, dan banyak [kali] manusia yang mengalami kebenaran ini, apabila kubur-kubur beberapa syuhada digali semula, dan mereka mendapati bahawa [jasad mereka] adalah sama [masih utuh] dan tidak berubah, juga ia telah dilaporkan bahawa badan Har anak Yazid Al Riyahi (semoga Allah merahmati kepadanya) digali semula, dan didapati ia tidak berubah [walaupun selepas] berlalu seratus tahun syahidnya dengan Al-Hussein bin Ali (as) [6].

Oleh yang demikian, pereputan mayat kebanyakan orang dan kembali kepada segumpal tanah adalah hasil dari mereka membinanya apabila tebing runtuh dan tidak menyucikannya dengan amal soleh
                                             
Dalam Alam Malakut, manusia memerlukan Pendidik yang melimpahkan kesempurnaan Akhlak yang dia akan diangkat ke Alam Aqal, dan memerlukan Tuhan yang olehNya sahaja menolak dia dari keinginan palsu diri, dan bisikan-bisikan syaitan dari kalangan jin dan manusia yang menyekatnya menuju ke jalan Allah SWT.

Bagi kumpulan kecil yang sampai ke Alam Aqal, mereka memerlukan Tuhan Yang melimpahkan kepada mereka dan menyempurnakan mereka, masing-masing dengan mengambil kira darjatnya dan berkata: {(وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْماً) "Tuhanku, tingkatkanlah ilmu."}, sebagaimana Dia menetapkan pendirian mereka di alam ini. Dan dengan itu, semua yang wujud di seluruh alam berhajatkan Tuhan yang Maha Suci, dan berharap keutamaanNya, dan menunggu Pendidiknya untuk menjadi lengkap dan [untuk] kekal.

Sebagai manusia ia memperoleh kedudukan (maqam) dalam Kerajaan Malakut, maka dia makan dan minum bukan untuk jasmani kebendaan sahaja, kerana orang yang berpuasa makan dan minum ketika dia tidur di siang hari seperti yang diriwayatkan dalam Hadits daripada mereka (as), Bahkan ramai orang semasa mereka tidur di siang hari berpuasa melihat di dalam penglihatan mereka (dimimpikan) makan dan minum dan apabila bangun (sedar) dan lapar dan dahaga hilang, seolah-olah mereka telah makan dalam dunia jasmani ini, jadi Imam Al -Sadiq (as) adalah membimbing manusia memperbanyak mengingati (berzikir) Allah dari mengutamakan dunia.

Pada hakikatnya manusia mesti mengentahui: (Dengan makanan anak-anak Adam akan mati), oleh itu dengan makanan dan keinginan (nafsu), jiwa (ruh) menjadi sibuk (jauh) dari kemajuan (peningkatan), dan ia dihalang oleh persiapan badan jasmani ini, dan persiapan ruh (jiwa) beransur-ansur mati, berbanding orang yang berjihad di jalan Allah SWT sentiasa berusaha beransur-ansur naik kedudukan (maqam)nya

1.    Ruh Kehidupan
2.    Ruh Kekuatan
3.    Ruh Syahwat
4.    Ruh Iman
5.    Ruh Kudus

Dia SWT berfirman:

﴿وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحاً مِنْ أَمْرِنَا مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلا الْأِيمَانُ وَلَكِنْ جَعَلْنَاهُ نُوراً نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ﴾

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu Ruh dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula iman itu, tetapi Kami menjadikan cahayanya itu yang dengannya Kami tunjuki (beri hidayah) siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. [Al-Syuraa’ 42:52] 

Jadi Rasulullah Muhammad (S) ketika beliau diturunkan ke dunia jisim (al-‘alam al-jasmani) ini untuk memulai ujian kedua setelah ujian pertama di Alam Zarah (Alam Zarr), beliau ditutupi dengan Tubuh Jasmani ini, tetapi apabila beliau mengabdikan diri kepada Allah, Yang Maha Agung, Maha Mulia, dengan pengabdian yang tidak pernah diketahui Bumi sepertinya, Allah, Yang Maha Agung, Maha Kuasa, mencintainya dan menugaskan untuknya Ruhul Qudus Teragung, dan beliau merupakan pemenang dalam perlumbaan di dunia ini sepertimana beliau juga adalah pemenang perlumbaan ini dalam ujian pertama di Alam Zarah (Alam Zarr).

Alam Al-Zarr dan Alam Al-Raj3ah adalah dua alam yang haqiqi dan wujud di Langit Pertama, di mana bagi masa-masa dan ruang-ruang, dan Langit Pertama adalah penghujung langit Langit Dunia.

Langit Pertama: meliputi (termasuk) Langit Dunia dan apa yang ada di dalamnya, dan Alam Jasmani yang padat (kasar) ini boleh dilihat dan (seluruh alam semesta) adalah sebahagian daripada Langit Dunia.

Maka alam yang dapat dilihat ini adalah sebahagian dari Langit Dunia yang juga merupakan sebahagian daripada Langit Pertama.

Syurga Adam (as) ada di Langit Pertama dipanggil Syurga dunia – Syurga Langit Dunia (Al-Jannah Al-Ardhiah)

Dan syurga yang dijanjikan ada di Langit Kedua

Adapun Neraka (Jahannam) ia berada di lapisan bumi ketujuh (Al-Ardhiyin Al-Sabi3ah) di Langit Jasmani (Al-Samaa’ Al-Jasmaniyah).

﴿وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظاً﴾

"Kami hiasi langit dunia dengan lampu-lampu (bintang-bintang) dan Kami memeliharanya ":

Bahawa lampu adalah Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan Washiy-washiy (as) yang melindungi orang-orang yang mengikuti mereka (pengikut) dari bisikan syaitan melalui ajaran dan akhlak Ilahiyah (Ketuhanan) yang diajarkan kepada manusia.

Dan penampilan mereka di Langit Jasmaniyah dengan planet-planet dan matahari-matahari sebagai lampu isyarat, kerana terlalu gelap keadaan di langit dan terlalu sedikit bintang-bintang berbanding dengan bahagian yang gelap, sepertimana di bumi, amatlah sedikit Nabi-nabi dan berapa banyak orang-orang yang menentang mereka, memerangi mereka dan berpaling dari mereka serta tidak memberi pertolongan kepada mereka. Maka, sentiasa sedikit para nabi, para washiy dan Ansar (penyokong) mereka, seperti (sedikitnya bintang-bintang di Langit Jasmaniyah).

Pada akhir pergerakan orbit (falak) yang besar (Maksud saya lengkok ke bawah), dan permulaan kenaikannya ke arah akhirat, mereka yang memberi keutamaan kepada Alam Jasmani ini akan beralih ke Jahim dan terbakar. Jadi, mereka yang memilih perhiasan bumi, hukuman mereka akan adalah kembali kepada apa yang mereka telah pilih dan mereka menderhaka terhadap Allah untuk hal itu atau mengatakan mereka akan kekal di dalamnya, kerana Jahannam (neraka) akan membakar amalan, perbuatan dan kezaliman mereka.

Dan kini ia telah menjelaskan kepada saudara mengenai ayat ini sebelum ini:

﴿يَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةٌ بِالْكَافِرِينَ﴾

Mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab. Dan sesungguhnya Jahannam benar-benar meliputi orang-orang yang kafir.


AL-LAHUT

Allah menciptakan Penciptaan 

Penciptaan menghadap

·       Kota ta Kesempurnaan Ilahiyah,
·       atau Zat,
·       atau Allah.
(Dan nama-nama ini bebas dari tajalli dan Kemunculan Hakikat bagi Penciptaan, ia bukan Hakikat, sebaliknya, ia adalah tabir (hijab) pada Hakikat). 

Hakikat adalah:
·       Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung,
·       nama ini hampir dengan Nama Yang Maha Agung (Al-Ism Al-A’dzam)
·       seperti dekatnya mata hitam dan mata putih, 
1 Hakikat dan Al-Kunhu - HUWA
2 Zat Ketuhanan atau Kota Kesempurnaan Ilahiyah yakni Allah.

Uluhiyah - Ketuhanan,
yang merangkumi kesempurnaan di mana penciptaan bergantung atau beralih kepadaNya untuk mencapai kesempurnaan dan untuk mengatasi kekurangan.
Al-Rububiyah (Kekuasaan) ibaratkan
·       bapa sebagai ketua keluarga,
·       juga merangkumi Khalifah (Pengganti) Allah di BumiNya
·       Tuhan yang mentadbirkan bumi

Tauhid

Nama

Sifat-sifat

Makna
Nama nama (Allah) ini,
·       menghimpunkan semua Sifat-sifat Kesempurnaan,
·       oleh itu bertawajjuh (menghadap) kepadaNya adalah tawajjuh kepada semua Sifat-sifat atau Nama-nama Kesempurnaan.
·       Dan tawajjuh ini belum bebas dari syirik dalam martabat tertentu; kerana, Tauhid yang penuh ikhlas adalah Menafikan Nama-nama dan Sifat-sifat, 


Manusia adalah tajalli Al-Lahut 

(Penzahiran Ketuhanan) Yang Maha Suci dalam alam penciptaan. 

Maka fitrah manusia melayakkannya untuk menjadi Allah dalam penciptaan,

·       Shurah Allah (imej Allah) atau
·       wajah Allah atau
·       tangan Allah

Dari Abi Shalt Harawiy, dari Imam Al-Redha (as), dia berkata:

((Rasulullah (S) menziarahi ku dalam masa hidupku atau selepas kematianku, maka telah menziarahi-lah Allah Taala. Darjat Nabi (S) di dalam syurga adalah darjat-darjat tertinggi, sesiapa yang telah menziarahi baginda di Syurga dari kedudukannya. Maka ia telah menziarahi Allah TWT. Dia berkata: Aku berkata kepadanya: Wahai anak Rasulullah (S), apa yang dimaksudkan dengan Khabar yang diriwayatkannya: Ganjaran لا اله إلا الله - adalah melihat wajah Allah Taala?  Dan dia (as) berkata: Wahai Aba Shalt, sesiapa yang menyifatkan Allah Taala dengan wajah-wajah ia telah kafir, tetapi wajah Allah Taala adalah AnbiakNya dan Rasul-rasulNya dan Hujaj-hujajNya (Shalawat Allah 3alaihim), mereka adalah orang-orang yang bertawajjuh (menghadap) kepada Allah AWJ dan kepada agamaNya dan makrifahNya (mengenaliNya),





Nafs (diri-jiwa)



·      
.



No comments:

Post a Comment