Saturday 16 August 2014

Pendahuluan

Pendahuluan

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah. Semoga Allah menyanjung Muhammad dan keluarganya al-Ma’shumin. Semoga Allah menyanjung Kasturi Penutup Cahaya Allah dan BaqiahNya di bumiNya (Ruhku jadi penebus baginya.)

Firman Allah SWT:

﴿يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ لِلَّذِينَ آمَنُوا انْظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِنْ نُورِكُمْ قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءَكُمْ فَالْتَمِسُوا نُوراً فَضُرِبَ بَيْنَهُمْ بِسُورٍ لَهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَابُ * يُنَادُونَهُمْ أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُمْ قَالُوا بَلَى وَلَكِنَّكُمْ فَتَنْتُمْ أَنْفُسَكُمْ وَتَرَبَّصْتُمْ وَارْتَبْتُمْ وَغَرَّتْكُمُ الْأَمَانِيُّ حَتَّى جَاءَ أَمْرُ اللَّهِ وَغَرَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ * فَالْيَوْمَ لا يُؤْخَذُ مِنْكُمْ فِدْيَةٌ وَلا مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مَأْوَاكُمُ النَّارُ هِيَ مَوْلاكُمْ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ﴾

Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu". Dikatakan (kepada mereka): "Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahayamu". Lalu diadakan di antara mereka dinding yang berpintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya ada siksa.-* mereka memanggil (lagi): "Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?" Mereka menjawab: "Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu-ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah; dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh (mereka) yang amat penipu. * Maka pada hari ini tidak diterima tebusan dari kamu dan tidak pula dari orang-orang kafir. Tempat kamu ialah neraka. adalah tempat berlindungmu. seburuk-buruk tempat kembali". 15] Al-Hadid 57: 13-15.

Dalam kisah-kisah para nabi dan rasul-rasul yang lalu, dan umat para nabi dan rasul-rasul yang mengikuti mereka dan kadang-kadang mereka mengikuti musuh musuh para nabi dan rasul-rasul, memenangkan para nabi dan rasul-rasul pada suatu waktu kemudian membiarkan mereka jatuh dan banyak kali memenangkan para penzalim (taghut-taghut. Juga, melihat keadaan kita hari ini melalui kisah-kisah para nabi yang lalu dan umat mereka akan membantu untuk membaca masa depan yang menjangkakan kemunculan penutup para Washi, Imam Mahdi (as).dan apa yang dia akan hadapi, sama ada daripada para pemerintah zalim yang akan memandang rendah orang Islam dan memerangi beliau seperti Al-Sufyani, atau para ulama jahat yang tidak beramal seperti yang dingatkan Rasulullah (S).

Lihatlah umat Islam Hari ini:

1.     Dulu kita ada Nabi Besar Al-Rasul Muhammad (S)
بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ

 Negeri yang baik dan adalah Tuhan (itu) Maha Pengampun".[Saba’ 34:15] 

Madinatun Nabi diketuai oleh Khalifah Allah yang membawa Risalah Allah, Al-Rasul yang menyampaikan Risalah Tauhid, melaksana SyiarNya dan membina ukhuwah Rabaniyah antara sesama Islam, yang sentiasa ingin taqarrub pada Allah sehingga menjadi hamba yang dikasihiNya dan gerunlah musuh Allah dan musuh mereka, sudah tentulah mereka mendapat pengampunan dariNya Subhanahu Wa Ta’ala.

Setelah lebih 14 abad hijriyah apa terjadi dengan umat Islam hari ini, dilatih walak (taat) kepada Waliy Allah, Al-Rasul yang satu-satunya berpegang pada tali Allah yang merentang dari Kerajaan Lelangit (AL-Malakut Al-Samaawaat) ke bumiNya di alam rendah ini. Adakah mana-mana pemimpin yang berpegang kepada tali itu pada hari in, atau mana-mana umat yang walak (taat) kepada Waliy Allah, Khalifah Al-Rasul yang dilantik sebagai Khalifahnya sekaligus Khalifah Allah yang tentunya mendapat hidayah dan wahyu Allah?

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ ۖ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ 

Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu mengabdi, [Al-Anbiak 21:73] 
     
Aduhai umat ini, setelah wafat Nabimu Rasul Allah itu, kamu berpecah-belah, kamu buang tali Allah dan gunakan tali kamu sendiri, kamu pilih sendiri pemimpin kamu ketika tubuh suci rasulmu bolum disemadi, kemudian kamu kata inilah Khalifah Rasulullah, adakah dia memegang tali Allah. Pernahkah ada umat-umat sebelum ini memilih sendiri pemimpinya kemudian dikatakan Khalifah Allah. Kamu pilih dengan dalil ayat Allah:

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
                                      
Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. [Syura 42:38] 

Adakah urusan pemimpin umat urusan kamu, kamu kata Al-Rasul tidak berwasiat tentangnya setelah lengkap dan sempurna Agama ini diterima daripada Allah. Lupakah kamu ada banyak ayat Allah mengenainya dan terlalu banyak pesan dan wasiat Rasulullah mengenainya:

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ

Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah (urusan) Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami. [Al-Sajdah 32:24]

إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ ۚ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّـهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agama-Nya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu kepada mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah terserah kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat. [Al-An3aam 6:159]

Apa akibatnya, kebencian mereka memuncak kepada kerabat Al-Rasul, Ahli Bait Al-Rasul yang memegang Tali Allah yang merentang dari Kerajaan Lelangit (AL-Malakut Al-Samaawaat) ke bumiNya (Mahfum dari hadits baginda) dan (setelah tiada calon mereka) memerangi Khalifah yang dilantik (dulunya) sebagai Khalifahnya sekaligus Khalifah Allah sebanyak 2 kali. Sehingga terindaslah pemegang-pemegang Tali Allah. Terlalu sedikit pengikut mereka berbanding umat majoriti umat. Sehinggalah Allah Ghaibkan pemegang wasiat ke 12 mereka.

Kini umat Islam berjumlah 1,571,198,000  (1.6 ribu juta (billion)) orang iaitu 22.9 % dari jumlah seluruh penduduk dunia, dan 48 buah negara lebih dari 50% majoriti penduduknya beragama Islam. Dari jumlah itu lebih kurang 15% (240 juta) sahaja yang bersetuju dengan wasiat Rasulullah dan Pemegang wasiatnya. Itu pun kerana terlalu lama menunggun Imam Ghaib Zuhur mereka mula terikut-ikut majoriti Umat Islam yang lain, membuang hak (Al-Wilayah) pemegang wasiat nabi dengan bertqalid mengikut marajik mereka.


2.     Kerusakan Agama tidak perlu dibincangkan lagi, akidah yang di ajar Al-Rasul Muhammad (S) sudah terlalu banyak alirannya (mazhab) sejak dari dulu dengan Muktazilah, Dahri dan ... dan .. sehingga yang menjisimkan Allah ada pada hari ini. Usah dicerita induk-induk mazhab fiqh (Jaafari, Zaidi, Maliki, Hanbali, Syafi’ei dan Hanafi) terlalui ramai yang masing-masing ada fatwanya sendiri belum lagi Mufti negara dan negeri dan universiti, kesemuanya jadi marajik dan rujukan umat Islam, belum pergerakan-pergerakan, harakah-harakah dan kumpulan-kumpulan yang berbagai nama dan berbagai pengislahan, belum lagi dikira jalan-jalan kebatinan, irfan, tashauf sebagai wasilah marifah kepada Allah. Hanya hidayah Allah yang akan membetulkan. Hanya Khalifah yang bepegang pada  Tali Allah yang merentang dari Kerajaan Lelangit (AL-Malakut Al-Samaawaat) ke bumiNya dapat membetulkan dan ia ada di dalam wasiat Rasulullah. Al-Mahdi. Imam ke 12 dan Mahdi Pertama dari 12 Mahdi-Mahdi.

3.     Inipun amat susah manusia menerimanya. Itulah sunnatullah. Tetapi latar belakang umat dan tanda-tanda sudah terlalu banyak mengisyaratkannya. Dunia akan dipenuhi dengan kerusakan dan kezaliman (penindasan) telah meratah umat manusia. Negara besar meguasai negara-negara kecil, ejen-ejen kejahatan (dajjal) telah bersiap sedia menyambut ketuanya (Si-mata satu), Fuqahak membiarkan Amr bi al-Makruf wa yanhaun  ‘an Al-Munkar.  Terpulang kepada pencari kebenaran menelitinya, membina diri dan berpaut kepada Tali Allah itu.

4.     Kini ada seorang hamba Allah (3abd Allah –Abdullah) mendakwa memegang Tali Allah itu dan   menunjukkan Wasiat Al-Rasul Muhammad setelah lebih 1000 tahun tiada siapa membacanya, mengatakan dia menyeru apa yang diseru oleh Nuh (as), Ibrahim (as), Musa (as), Isa (as) dan Muhammad (S) – (Shalawatu Allah 3alaihim Ajmain) Ujilah dia seperti katannya:

Saya tidak mengatakan ikutilah saya secara membuta tuli, tetapi saya katakan bukalah mata anda dan bezakan dalil-dalil dan kenali pemilik yang haq (benar) supaya anda boleh menyelamatkan diri dari api neraka, seruan kebenaran tidak dapat berjalan seiring dengan panggilan batil seperti berlaku pada Rasulullah (S) apabila seruan Musailamah Al-Kazhzhab (pendusta) (La3nahu Allah) bersaing dengan baginda. – Kata Al-Syed Ahmad Al-Hasan Washi dan Utusan Imam Mahdi.

FirmanNya Yang Maha Tinggi:

                             وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَـٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا                            

Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan". [Al-Furqaan 25:30],

Walhamdu Lillahi Wahdah   

Penyusun

Aba Al-Husaini

Friday 15 August 2014

Soalan 2: Apakah kandungan dan matlamat seruan kamu?

Soalan 2: Apakah kandungan dan matlamat seruan kamu?

Rita George,
16/Safar/1426 H

Jawapan:
 بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين

Kata Isa (as): (bukanlah dengan makanan sahaja anak Adam hidup, tetapi dengan Kalimah Allah), dan saya Abdullah (hamba Allah) mengatakan pada mu bahawa dengan makanan matinya anak Adam dan, namun dengan Kalimah Allah. hidupnya anak Adam itu (menjadi prinsip hidupnya).
           
Seruan ku adalah seperti seruan Nuh (as) dan seruan Ibrahim (as), dan seruan Musa (as) dan Seruan Isa (as) dan seruan Muhammad (sawas).

Tauhid tersebar di setiap penjuru dunia ini, dan matlamat para Nabi dan Aushiak adalah matlamatku, dan untuk menerangkan Al-Taurat, Al-Injil dan Al-Quran serta segala perkara yang kalian perselishkan di dalamnya. Dan juga untuk memerangkan penyelewengan Ulamak Yahudi, Ulamak Nasrani dan Ulamak Muslimin serta terkeluarnya mereka dari Syariat Ilahiyah dan dari yang diwasiatkan kepada para nabi (as).

Keinginan ku adalah kehendak Allah SWT dan melaksanakan kehendakNya tanpa soal, supaya penduduk bumi tidak inginkan sesuatu melainkan apa yang dikehendaki Allah SWT, iaitu agar bumi ini dipenuhi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan, untuk mengenyangkan yang lapar dan agar tiada orang miskin yang tinggal tidak berbumbung, agar anak yatim menjadi gembira setelah kesedihan yang lama dan agar seorang balu dapat memenuhi keperluan hidup (kebendaan) mereka dengan maruah dan kemuliaan… dan supaya..dan supaya..dan supaya melaksanakan kepentingan yang ada dalam syariat yang adil, belas kasihan dan kejujuran,
.
Dan aku berharap kamu dapat menerangkan kepercayaan kamu tentang Isa ibn Maryam kepada ku dengan penuh kejujuran, dan dokonglah kepercayaan kamu dengan ayat-ayat dari Injil, agar dapat aku terangkan kebenaran kepada kamu dan semua orang yang mencarinya dan takut akan dua kebangkitan, yang kecil dan yang besar, serta takutlah Allah SWT


Ahmad Al-Hassan



✡✡✡✡✡

Soalan 1:Cara paling mudah untuk seseorang mempercayai perkara ghaib

بسم الله الرحمن الرحيم
Soalan 1: Bagaimanakah cara paling mudah untuk saya mempercayai bahawa Sayed Ahmad al Hassan adalah utusan dan washi Imam Mahdi?


 Zainab Al-Musawi
16 / Safar / 1426. H

Jawaban: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Pengasihani, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Cara paling mudah untuk seseorang mempercayai perkara ghaib, adalah melalui perkara ghaib, mohonlah kepada Allah setelah berpuasa selama tiga hari dan merayu di atas haknya Fatimah (as), binti Muhammad (sawas) agar kamu dapat mengetahui kebenaran dari Allah melalui kashf atau rukya (pengelihatan/mimpi) atau melalui apa sahaja cara dari kerajaanNya.


Ahmad Al-Hassan