Soalan 2: Apakah kandungan dan matlamat seruan kamu?
Rita George,
16/Safar/1426 H
Jawapan:
بسم الله الرحمن الرحيم، والحمد لله رب العالمين
Kata Isa (as): (bukanlah dengan makanan sahaja anak Adam hidup, tetapi dengan Kalimah Allah), dan saya Abdullah (hamba Allah) mengatakan pada mu bahawa dengan makanan matinya anak Adam dan, namun dengan Kalimah Allah. hidupnya anak Adam itu (menjadi prinsip hidupnya).
Seruan ku adalah seperti seruan Nuh (as) dan seruan Ibrahim (as), dan seruan Musa (as) dan Seruan Isa (as) dan seruan Muhammad (sawas).
Tauhid tersebar di setiap penjuru dunia ini, dan matlamat para Nabi dan Aushiak adalah matlamatku, dan untuk menerangkan Al-Taurat, Al-Injil dan Al-Quran serta segala perkara yang kalian perselishkan di dalamnya. Dan juga untuk memerangkan penyelewengan Ulamak Yahudi, Ulamak Nasrani dan Ulamak Muslimin serta terkeluarnya mereka dari Syariat Ilahiyah dan dari yang diwasiatkan kepada para nabi (as).
Keinginan ku adalah kehendak Allah SWT dan melaksanakan kehendakNya tanpa soal, supaya penduduk bumi tidak inginkan sesuatu melainkan apa yang dikehendaki Allah SWT, iaitu agar bumi ini dipenuhi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan, untuk mengenyangkan yang lapar dan agar tiada orang miskin yang tinggal tidak berbumbung, agar anak yatim menjadi gembira setelah kesedihan yang lama dan agar seorang balu dapat memenuhi keperluan hidup (kebendaan) mereka dengan maruah dan kemuliaan… dan supaya..dan supaya..dan supaya melaksanakan kepentingan yang ada dalam syariat yang adil, belas kasihan dan kejujuran,
.
Dan aku berharap kamu dapat menerangkan kepercayaan kamu tentang Isa ibn Maryam kepada ku dengan penuh kejujuran, dan dokonglah kepercayaan kamu dengan ayat-ayat dari Injil, agar dapat aku terangkan kebenaran kepada kamu dan semua orang yang mencarinya dan takut akan dua kebangkitan, yang kecil dan yang besar, serta takutlah Allah SWT
Ahmad Al-Hassan
✡✡✡✡✡
No comments:
Post a Comment