Saturday 27 March 2021

Memahami Mengenal Pencipta dan Penciptaan - - K01

Memahami Mengenal Pencipta dan Penciptaan

1.    Memahami -  Mengenal Pencipta (Al-Khaliq) dan penciptaan (Al-Khalq) mengikut martabat dan kedudukan

Masalah perkongsian istilah – ungkapan – sifat: dalam menerangkan maqam yang berbeza.

Mengenal Pencipta (Al-Khaliq)

Dari Ibn Abbas katanya: datang seorang Yahudi kepada Rasulullah (shalla Allah 3alaihi Wa Aalih) mereka berkata dia adalah Na3tsal (نَعْثَلٌ).

Dia berkata: Wahai Muhammad, aku ingin bertanya kepada kamu tentang perkara-perkara yang mencemaskan dada ku sejak dahulu, Maka jika engkau dapat menjawabnya aku akan masuk Islam di tangan mu.

Baginda bersabda: "Tanyalah Wahai Abu 3umarah."

Dia berkata: Wahai Muhammad, sifatkan kepadaku Tuhanmu?

Baginda (shalla Allah 3alaihi Wa Aalih) bersabda: "Pencipta (Al-Khaliq) tidak dapat disifatkan melainkan apa yang telah disifatkanNya sendiri, dan bagaimana mereka dapat menyifatkan Pencipta (Al-Khaliq) dengan pancaindera yang tidak dapat memahaminya, dan membayangkan (waham) untuk mencapai matlamatnya, dan melepasi bahaya yang dapat dibatasi, dan dari kuasa pengelihatan padanya, sebahagian besar daripada apa yang disifatkan oleh orang yang menyifatkanNya, menjauhkan yang dekat, dan mendekatkan yang jauh, bagaimana cara-caranya (keadaanNya), maka tidak boleh dikatakan kepadaNya bagaimana, dan di mana tempatNya, maka tidak boleh dikatakan kepadaNya, di mana, adalah tidak terhenti persoalan bagaimana cara-caranya dan di mana, kerana Dia Al-Ahad Al-Shamad (Yang Esa, tempat berhimpun segala Kehendak) seperti mana yang disifatkanNya sendiri, dan orang-orang yang menyifatkanNya tidak akan berjaya untuk menggelarkanNya, tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada suatu pun yang sepadan denganNya. "

Beliau berkata: Benar kamu Wahai Muhammad, beritahu aku tentang perkataan kamu bahawa Dia Esa (satu) tiada yang serupa denganNya, bukankah Allah Satu dan manusia juga satu, maka adakah KeesaanNya sama dengan satunya manusia?

Baginda (shalla Allah 3alaihi Wa Aalih) bersabda: "Allah adalah satu dan satu maknanya, dan manusia satu dengan dua makna, jisim dan akal (3aradh), badan dan ruh, kerana ianya perumpamaan pada makna bukan pada yang lain."

Beliau berkata: Benar kamu Wahai Muhammad, [1]

_________________

[1] Bihar Al-Anwar (Himpunan Mutiara Perkhabaran Imam suci (as): 3/303, tanda-tanda, Sheikh Muhammad Baqir Al-Majlisi, yang dilahirkan pada tahun 1037 H di Isfahan:, dan meninggal dunia pada tahun: 1110 H, Diterbitkan, edisi Beirut / Lubnan, tahun: 1414 Hijrah.

Itu adalah perbezaan Pencipta (Al-Khaliq) dan penciptaan (Al-Khalq) menurut martabat dan kedudukan

 

Bermulanya Pencipta mencipta dan penciptaan

﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾

{Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.} [Al-Zhariyat 51:56] 

Kata Imam Ahmad Al Hasan (as): Iaitu mengenalKu

كنت كنزاً لا أعرف، فأحببت أن أعرف فخلقت خلقاً فعرفتهم بي فعرفوني

Aku adalah perbendaharaan yang tidak dikenal, kemudian Aku ingin dikenal, maka Kuciptakan makhluk untuk mereka mengenaliku, maka merekapun mengenal-Ku

Penciptaan Pertama

Penciptaan Pertama (Tajalli – bayangan – cerminan – kenyataan)

Nur Pertama

Roh Pertama

Aqal Pertama

 

﴿وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ﴾

Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. [Al-Qalam 68:4] [88]

فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ﴾﴿

{Maka Terpujilah Allah, Sebaik-baik dari Pencipta-pencipta.} [Surah Al-Mu'minuun 23:14]

Muhammad (sawas) adalah Imej Allah dalam Penciptaan, dan dituntut dari Penciptaan melihat di dalamnya supaya mereka (Makrifah) mengenal Allah. Jadi tujuan penciptaan adalah al-Makrifah (Mengenalinya).

Ada perbezaan perbezaan nur Pencipta dan nur penciptaan

Nur Pencipta tanpa kegelapan di dalamnya dan

Nur penciptaan dengan kegelapan di dalamnya

 

Alam Al-Lahut (Ketuhanan),

Al-Lahut Al-Mutlaq dan Al-Lahut Fi Al-Khalq

Madinah Kamalaat – Zhat Allah

Tajalli Allah

Didalam Surah An-Nuur pada ayat

 

﴿اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونِةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُّورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ * فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَن تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ﴾

 

Allah yang cahaya langit dan bumi. Bandingan nur Allah adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah Timur dan pula tidak di sebelah Barat akan tetapi tumbuh di antara keduanya, hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api; cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. – Sura An-Nuur 24:35.

 

Apa makna firman Allah di dalam ayat di atas?

 

Jawapan:


(اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ) Allah cahaya langit dan bumi, bahwa langit dan bumi – adalah Kitab Allah SWT iaitu Muhammad (sawas) - Ini adalah manifestasi Allah, dan penampilannya dalam penciptaan, atau merupakan manifestasi dari cahaya kebenaran dan ZatNya (al-haqiqah wa al-Kunhu)  dalam penciptaan, atau manifestasi dari Sifat kesempurnaan Ketuhanan[1] dalam penciptaan, dan Semua ini satu pernyataan.

(مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاة) cahayanya Seperti Misykaat (relung) iaitu Muhammad (sawas) dan pada dada khususnya.

(فِيهَا مِصْبَاحٌ) di dalamnya ada lampu iaitu Ilmu di dada Muhammad (sawas) dariNya setelah dilimpahkan Allah ke atasnya.

(الْمِصْبَاحُ) Lampu adalah Ali wasinya-khalifahnya (as) yang akan menyampaikan-meneruskannya dengan namanya (sawas).

(فِي زُجَاجَة) Dalam geluk kaca (qandil) adalah: Fatimah (as) .

(الزُّجَاجَةُ) geluk kaca adalah: al-Hassan dan al-Hussein (as),.

Pemilik kelima-lima ahli al-Kisaa’ dan berturutan dan berada dalam hubungan di antara satu sama lain, iaitu geluk kaca dan geluk kaca itu, lampu dan lampunya.

(كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّي) Seperti bintang yang bersinar cemerlang iaitu al-Qaim(as), itu adalah Bintang al-Durriy [2]

(يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ وَلا غَرْبِيَّة) lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah Timur dan pula tidak di sebelah Barat: pohon di tengah-tengah taman (syurga) iaitu pohon pengetahuan Muhammad dan keturunan Muhammad, yang dilarang Allah ke atas Adam (as) dari memakannya.

(يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ) akan tetapi tumbuh di antara keduanya, Minyak itu hampir bersinar meskipun tidak disentuh api: karena ia adalah kata-kata dari Tuhan Yang Maha Suci, iaitu al-Quran, bahawa minyak adalah pemberian ilahi iaitu al-Quran.

(نُورٌ عَلَى نُور) cahaya berlapis cahaya: Imam diikuti Imam silih berganti, mereka adalah Ali Bin Al-Hussein (as), dan Muhammad bin Ali (as) dan Ja'far bin Muhammad (as), dan Musa bin Ja'far (as), dan Ali bin Musa (as), dan Muhammad bin Ali (as) dan Ali bin Muhammad (as), dan Hassan bin Ali (as), dan Muhammad ibn al-Hasan al-Mahdi (as).

(يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ) Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu: cahaya Allah adalah al-Qaim (as), sesiapa yang bersedia untuk dibimbing oleh Allah akan dihidayahkanNya dan dibimbingNya menuju kemenangan (Qaim)-Nya (as) .

 

Perkongsian istilah – ungkapan - sifat

Kita mesti bezakan martabat Al-Lahut Al-Mutlaq (Ketuhanan mutlak) dan Al-Lahut dalam Penciptaan

Allah adalah Nur (cahaya) Tanpa kegelapan mencipta PenciptaanNya – Tiada suatu pun yang sekufu, sebanding denganNya

 

Rasulullah (S) bersabda kepada Ali (as)

 

»ما خلق الله خلقا أفضل مني ولا أكرم عليه مني

("Allah tidak menciptakan ciptaan yang lebih baik daripada ku dan yang tidak lebih mulia padanya daripada ku. "

 

Pada penciptaan Al-3aqal dan Al-Jahil, disusun maqam-maqam makhluk di antara keduanya (Al-3aqal dan Al-Jahil), semua makhluk menurut hal masing-masing. Kemudian Allah mencipta Adam (as) dan semua keturunannya di Alam Al-Zhar, dan setiap seorang daripada mereka mempunyai maqam-maqam mengikut halnya, iaitu bergantung kepada betapa cepat ia membuat jawapannya, menurut gerak isyarat (perhatian) dirinya dan kelalaiannya terhadap Tuhannya.

Dari Nur dan Roh Muhammad (S) diciptakan alam-alam dan makhluk-makhluk lain



Alam Jabarut

I.  Siradiq 3arasy A3dzam

II.  3arasy A2dzam

III.   Al-Kursiy

Alam Aqal (Al-Kulliyah)

I.  Langit ke 7

Alam Malakut

I.  3arasy 3adzim - Langit 7 ke Langit dunia dan akhirat

 

Langit dunia dan akhirat

I.  Langit Pertama (bersifat malakut)

i. Alam Zhar - Al-Mitsaq (Persetiaan – Ujian 1)

ii. Syurga Adam – dunia -

iii. Alam Raj3ah

II.  Alam Malak (Alam Jasmani - Ujian 2) Bumi

III.  Alam akhirat

 

 

 

yang patut difahamkan; adalah setiap Alam mempunyai peraturannya tersendiri,

Alam Malak pula adalah Alam Jisim-jisim kebendaan padat,

Alam Malakut itu ialah alam mitsal-mitsal halus,sementara

Alam Aqal adalah alam cahaya dan hakikat, tanpa jisim-jisim dan mitsal-mitsal,

Alam Jabarut ia hanyalah hakikat-hakikat dan cahaya-cahaya bertindih antara satu sama lain yang seimbang (tidak berat sebelah) antara satu sama lain.

 

Adakah tujuh lapis bumi-bumi di bawah bumi ini tempat di mana kita hidup?

Jawapannya: Langit-langit di atas Bumi atau Bumi-bumi Lain di bawah Bumi, bukanlah di atas atau di bawah pada tempat (ruang), tetapi ia bermakna bahawa Bumi-bumi lain itu adalah pada martabat yang paling rendah dalam penciptaan daripada Bumi, iaitu kegelapannya lebih dari kegelapan Bumi.

 

Sebagai contoh, Jibril (as) dalam Alam Malakut tubuhnya sesuai dengan kehalusan Malakut, tetapi jika dia mahu muncul ke alam dunia kebendaan seperti ia datang menyerupai Dahyah Al-Kalbi salah seorang sahabat Rasulullah (S) atau menyerupai seekor burung ... dan sebagainya, apabila kembali ke Malakut kembali kepada jisim Malakut; kerana benda=benda tidak wujud dalam Alam Malakut, kerana setiap Alam mempunyai peraturannya yang tersendiri.

 

Telah diriwayatkan bahawa Allah menciptakan langit dan bumi dari Nur Mohammad (S), Ali (as) Fatimah, Al-Hassan dan Al-Hussein (as),

 

Dari Al-Rasul Muhammad (S), baginda bersabda:

(... Apabila Allah hendak mencipta ciptaanNya diambil

dari Nur ku lalu mencipta darinya Arasy Jadi Arasy itu daripada Nur ku, dan Nur ku dari Nur Allah,

dan Nur ku lebih utama daripada Arasy,

kemudian diambil dari Nur saudara ku Ali dicipta daripadanya malaikat Jadi malaikat itu daripada Nur Ali, dan Nur Ali dari Nur Allah, dan lebih utama dari para malaikat,

kemudian diambil dari Nur anak perempuan ku, lalu dicipta langit-langit dan bumi darinya, Jadi langit-langit dan bumi daripada Nur anak ku Fatimah, dan Nur anak ku Fatimah daripada Nur Allah, dan anak ku Fatimah lebih utama dari langit-langit dan bumi,

·       3 Tunggak Hidayah - kata Jibrail as

·       atau Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung (Nya) , dan

·       tiang (Kota Kesempurnaan Ketuhanan), Allah SWT, dan pintu itu : Al-Rahman dan Al-Rahim.

·       Dan kemunculan nama-nama ini di kalangan makhluk ciptaan adalah dengan Muhammad, Ali dan Fatimah. Muhammad adalah Tajalli Allah pada penciptaan, dan Ali adalah Tajalli Al-Rahman, dan Fatimah adalah Tajalli Al- Rahim pada penciptaan.

kemudian diambil dari Nur anak ku Al-Hassan, lalu dicipta darinya matahari dan bulan, jadi matahari dan bulan daripada Nur anak ku Al-Hassan, Nur Hassan daripada Nur Allah, dan Al-Hassan adalah lebih utama daripada matahari dan bulan,

dan kemudian diambil dari Nur anak ku Al-Hussein lalu dicipta darinya Syurga dan Hur Al-‘Ain (bidadari-bidadari bermata jeli), jadi syurga dan Hur Al-‘Ain daripada Nur anak ku Al-Hussein, dan Nur anak ku Al-Hussein dari Nur Allah, dan anak ku Al-Hussein adalah lebih utama daripada Syurga dan Hur Al-‘Ain...) Bihar Al-Anwar:. Jilid 51 halaman 10.

 

Allah menciptakan langit dan bumi, dari Nur Fatimah (as), oleh itu dalam mempertimbangkan persoalan ini tidak mungkin bagi Fatimah (as) untuk masuk ke dalam langit-langit dan bumi, kerana langit-langit dan bumi adalah sebahagian (juzuk) daripada Nur Fatimah (as) !!!

 

Malah, mereka hidup di atas bumi dan mati dan dikuburkan di dalamnya, maka soalan ibi tidak betul pada asasnya, untuk mengandaikan (memahami) bahawa peraturan alam kebendaan adalah sama dengan peraturan alam-alam yang lebih tinggi.

Bahkan dalam peraturan alam kebendaan mungkin bagi sesuatu juzuk (sebahagian) mengandungi keseluruhan daripada bahagian tertentu, misalnya cermin, kanta mata atau kamera adalah bahagian yang sangat kecil yang tidak boleh diabaikan dari alam ini, tetapi cermin, mata atau kamera boleh terkandung (merakam) alam keseluruhannya dari segi imej, Maka janganlah bertanyakan sesuatu yang menghasilkan waham (kekeliruan) yang tidak bertanggungjawab..

 

 

Muhammad (S) adalah Khalifah Allah yang hakiki untuk mencapai Tujuan Penciptaan ini, dan dengannya Allah dikenali. 


﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَىٰ شَهِدْنَا أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ﴾


{Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap perkara ini."} [Al-A3raaf 7:172] 

 

﴿وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ﴾


Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. [Al-Qalam 68:4] [88]

(sangkaan para malaikat ... apabila mereka melihat bahawa cahaya kita ... lalu menyangka kita tuhan... maka kita berkata)

لا إله الا الله 

(tiada Tuhan melainkan Allah) dan bahawa kita adalah hamba dan bukan tuhan-tuhan untuk disembah bersama-Nya atau tanpa-Nya.

 

Oleh itu, apabila mereka melihat bahawa hal kita menjadi lebih besar, kita berkata

 الله أكبر

  - Allahu Akbar (Allah Maha Besar), supaya malaikat mengetahui bahawa Allah terlalu Agung yang tidak lain daripada Dia boleh mempunyai hal kebesaran ini.

 

Oleh itu, apabila mereka melihat apa yang diberikan Allah kepada kita daripada Kebesaran dan Kekuatan, kita berkata:

 لا حول ولا قوة إلا بالله – 

La hawla wala quwwata illa Billah (tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah) supaya malaikat mengetahui bahawa kita tidak mempunyai apa-apa daya atau kekuatan melainkan dengan Allah.

 

Oleh itu, apabila mereka melihat nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita dan mewajibkan kepada kita dengan mengenakan ketaatan kepada kita, kita berkata:

 

- Alhamdu lillah (Segala puji bagi Allah), supaya malaikat mengetahui apa hak Allah kepada kita dari mengingatiNya dengan memuji-Nya atas nikmat-Nya, maka malaikat berkata: Alhamdu lillah (Segala puji bagi Allah), oleh itu dengan kita mereka telah dibimbing kepada makrifah Tauhid Allah dan bertasbih (mensucikan)-Nya, bertahlil (berpaling memperTuhankan)-Nya, bertahmid (memuji)-Nya dan bertamajid (memuliakan)-Nya.

 

﴿ إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرٌ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ﴾

 

{Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.} [69]

 

1.    Tidak aku jadikan .........?

2.    Bagaimana kamu mengenal Allah dengan Allah?

3.    Sesiapa Mengenal diri Akan Mengenal Allah. 
4.    Sesiapa Mengenal Kamu (Muhammad) Akan Mengenal Allah

 

 

Di muka bumi ini, lebih besar syukur seorang hamba itu, lebih besarlah sokongan daripada Allah SWT kepada hamba ini mengikut kesyukuran ini. Jadi rahmat atas hamba-hamba hampir dengan Allah akan menjadi lebih besar, dan amalan dan kesyukuran mereka akan menjadi rahmat yang baru, yang dengan sendirinya memerlukan kesyukuran. Dan puji syukur ini adalah dengan bantuan dari Allah swt, dan dengan kuasa-Nya dan kekuatan-Nya, kerana ia adalah satu rahmat yang baru yang lebih besar daripada sebelumnya yang memerlukan ucapan puji syukur yang lebih besar, dan sebagainya sehingga Yang Maha Pemurah mengasihani mereka dengan kemurahan-Nya,

 

Jika kita menganggap bahawa jiwa (diri) insan adalah cermin yang menyimpan keupayaan untuk memantulkan Shurah Al-Lahut (imej ketuhanan). Maka imej ketuhanan dalam cerminan ini akan menjadi lebih sempurna dan lebih jelas sejauh mana mengarah ke cermin ini kepada Al-Lahut. Maka yang mengarahkan dengan sepenuhnya cerminan akan memantulkan Shurah (imej) sepenuhnya Al-Lahut, dan yang kurang mengarah ke cermin keseluruhan cermin, akan terbataslah Shurah Al-Lahut yang dipantulkan dalam cermin kewujudannya mengikut kekurangannya.

 

[Doa Ma'rifah Zaman Ghaibah]

 

اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ نَفْسَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ نَفْسَكَ لَمْ اَعْرِفْ رَسُوْلَكَ ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِى رَسُوْلَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَمْ تُعَرِّفْنِىْ رَسُوْلَكَ لَمْ اَعْرِفْ حُجَّتَكَ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ حُجَّتَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ حُجَّتَكَ ضَلَلْتُ عَنْ دِيْنِىْ

                                                    

Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku akan sesat dari (mengenal) agamaku