Wednesday 16 March 2016

Kuliah 13 - 19 03 2016

Kuliah 13 - 19 03 2016

Pertukaran
الاستبدال



Mereka yang mendustakan Rasulullah (S) dan yang juga tidak beriman kepadanya adalah

1.   bangsanya, kaumnya, penduduk Mekah dan
2.   ulama Yahudi dan Kristian,
3.   dari pemuka-pemuka negeri,
4.   ketua-ketua kaum,

tetapi orang-orang yang menerimanya dan beriman kepadanya adalah

1.   orang asing,
2.   penduduk Madinah yang baik dan diberkati, Yathrib,
3.   orang-orang miskin,
4.   orang-orang yang lemah tertindas (Mustadh’afin) dan
5.   orang-orang muda,

dan begitulah Allah pertukarkan

·      ulama agama,
·      ketua-ketua kaum dan
·      sebahagian yang mendakwa menunggu kerasulan Muhammad (S),

dengan yang lain iaitu

·      para sahabat Muhammad (S) yang terpilih mereka yang diletakkan di hadapannya di dalam syurga, dan kebanyakan mereka telah terbunuh dalam hidup baginda sebagai syuhada’ muhtasibin, Allah SWT berfirman:

﴿مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً﴾

{Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya),} [Al-Ahzab (33) : 23].

Allah SWT berfirman:

﴿مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعاً سُجَّداً يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَاناً سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْأِنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْراً عَظِيماً﴾

{Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.} [Surah Al-Fath ( 48): 29].

Sebahagian besar mereka yang berubah wajahnya dalam sejarah dan diputihkan wajah kemanusiaannya,

1.   Jafar bin Abi Talib,
2.   Abu Dajanah Al-Ansari,
3.   Handzalah Ghasil Al-Mala'ikah,
4.   Zaid Bin Harithah,
5.   Abdullah Bin Ruwahah,
6.   Al- Miqdad,
7.   Ammar,
8.   Jundub bin Junadah,
9.   Salman Al-Muhammadi Al-Farisi Al-Ashal dan lain-lain lagi,

·     mungkin sejarah tidak menyebut sebahagian nama atau gambaran dari orang-orang yang rosak dan orang yang melakukan kerosakan,

dan mereka yang tidak mahukan kemuliaan di bumi, terkenal di langit dan tidak dikenali di bumi, maka beruntunglah bagi mereka disediakan tempat kembali yang baik dan ganjaran yang Allah berikan kepada mereka pada Islam dan umat Islam, ganjaran yang terbaik,

·      untuk mereka menolong agama Allah bumi-Nya, dan
·      sokongan mereka kepada Penghulu para Nabi dan
·      Penghulu Aushiak Muhammad dan Ali ke atas keluarga mereka, selawat (sanjungan) Tuhanku dan Kesejahteraan..

Sejarah (sirah) Yang hampir dengannya adalah apa yang berlaku dengan orang-orang, yang mendahului Muhammad (S) di kalangan para Nabi, seperti yang kita baca [sebelumnya] bahawa ulama Yahudi tidak akan beriman kepada Isa a.s, dan tidak akan pernah beriman Kota An-Nasirah di mana beliau dibesarkan, telah dinyatakan dalam Injil:

((1) Kemudian Yesus berangkat dari situ dan tiba di tempat asal-nya, sedang murid-murid-Nya mengikuti Dia.
(2) Pada hari Sabat Ia mulai mengajar di rumah ibadat (Sinagog) dan jemaat yang besar takjub ketika mendengar Dia dan mereka berkata: "Dari mana diperoleh-nya semuanya itu? Hikmat apa pulakah yang diberikan kepada-nya? Dan mujizat-mujizat yang demikian bagaimanakah dapat diadakan oleh tangan-nya?
(3) Bukankah Ia ini tukang kayu, anak Maria, saudara Yakobus, Yoses, Yudas dan Simon? Dan bukankah saudara-saudara-nya yang perempuan ada bersama kita?" Lalu mereka kecewa dan menolak Dia.
(4) Maka Yesus berkata kepada mereka: "Seorang nabi dihormati di mana-mana kecuali di tempat asalnya sendiri, di antara kaum keluarganya dan di rumahnya."
(5) Ia tidak dapat mengadakan satu mujizatpun di sana, kecuali menyembuhkan beberapa orang sakit dengan meletakkan tangan-nya atas mereka.
(6) Ia merasa heran atas ketidakpercayaan mereka. (6-6b) Lalu Yesus berjalan keliling dari desa ke desa sambil mengajar.) [Injil Mark (Markus), Bab 6:1-6] .

Dan juga ia telah disebut dalam beberapa riwayat bahawa tidak akan beriman dengan Al-Mahdi a.s
·      sesetengah Syiah,
·      seperti Sunni yang tidak percaya bapanya a.s,
·      ([سنة الله ولن تجد لسنة الله تبديلاً] - Sunnah Allah, dan kamu sekali-kali tidak akan dapati peubahan pada sunnah Allah.)

Bahkan, sesetengah ulama tidak beramal, seorang yang jahil beranggapan bahawa mereka lebih hampir kepada beliau (as), tidak akan beriman kepadanya, Imam As -Sadiq a.s. berkata:

(... Begitu jugalah Qaim (as). hari-hari ghaib beliau akan panjang supaya kebenaran itu akan menjadi jelas dan kepercayaan boleh menjadi tulen oleh kemurtadan semua orang dari Syiah dengan sifat jahat, yang dikhuatiri akan menjadi munafik apabila mereka menjangkakan penggantian dan pemberian kuasa bagi mereka urusan yang tersebar dalam pemerintahan Qaim (as) ...

Dan beliau a.s. berkata:

"Semua itu, supaya penangguhan yang Allah adakan dengan musuhnya, Iblis (l.a.), sehingga suatu tempoh yang ditetapkan, dan supaya pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang kafir, dan janji Allah hamper, yang dijelaskan dalam kitab-Nya dengan firmanNya:

﴿وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ﴾

{Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa,} [Surah An-Nur ( 24): 55] ,

dan begitulah akhirnya apabila tiada apa yang tinggal pada Islam kecuali,

·      namanya dan
·      Al-Quran kecuali tulisannya, dan
·      ghaibnya pemilik urusan itu, dan untuk menjelaskan alasannya,
maka masuklah fitnah ke dalam hati, sehingga yang paling dekat dengannya menjadi musuh kepadanya.

Sesudah itu, Allah akan menyokong beliau dengan tentera yang kamu tidak dapat melihatnya, dan akan tinggilah (menang) agama NabiNya dengan tanganNya, dan akan mengalahkan (dzahir) atas segala agama, walaupun dibenci orang-orang musyrik) [Kamal Ad-Din: Halaman 356; Ghaybat At-Tusi: Halaman 172; Bihar Al -Anwar: Jilid 51, Halaman 222].



Apa Pengisian penghijrahan?
ماذا بعد الهجرة ؟


1
Di Al-Madinah, Nabi (S) mula membina masyarakat Islam yang dilaksanakan mengikut ajaran undang-undang Syariah Allah yang suci. Nabi (S) bermula, di Al-Madinah, dengan
1.   kalimah (لا إله إلاّ الله), dan
2.   sehinggalah pengurusan hal ehwal masyarakat dan
3.   dasar pengislahan (pembaikan) dan
4.   penyempurnaan mereka. dan ia adalah
a.   akhlak yang tinggi dan
b.   mukjizat yang dilakukan melalui tangan berharga mempunyai kesan yang besar pada manusia, dan
c.    menambah bilangan umat Islam, dan
d.   penumpuan mereka kepada kesempurnaan moral dan
e.   meninggalkan perhiasan Dunya, dan seperti itu,
5.   padang pasir yang mulanya tandus menjadi hijau, dan jika sahaja Muhammad (S) meninggalkan menyeru manusia kepada Allah Yang Maha Suci, lagi Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, Tetapi adalah mustahil meninggalkan Qatta[1] untuk tidur.

(ungkapan ini dikatakan oleh Imam Al-Husein untuk saudara perempuannya Zeinab a.s untuk membandingkan pendakwaan beliau oleh musuh-musuhnya dengan burung ini). Qatta = burung saiz merpati, yang cantik dan mahal, orang-orang Arab akan sentiasa mengejar, siang dan malam, hingga burung itu tidak tidur dan mereka tidak akan dapat menangkapnya)


Dan sebelum ini, Namrud tidak membiarkan Ibrahim a.s, dan Firaun pula tidak membiarkan Musa a.s ,

﴿وَقَالَ فِرْعَوْنُ ذَرُونِي أَقْتُلْ مُوسَى وَلْيَدْعُ رَبَّهُ إِنِّي أَخَافُ أَنْ يُبَدِّلَ دِينَكُمْ أَوْ أَنْ يُظْهِرَ فِي الْأَرْضِ الْفَسَادَ * وَقَالَ مُوسَى إِنِّي عُذْتُ بِرَبِّي وَرَبِّكُمْ مِنْ كُلِّ مُتَكَبِّرٍ لا يُؤْمِنُ بِيَوْمِ الْحِسَابِ﴾

{Dan berkata Fir'aun: "Biarkanlah aku bunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya, karena sesungguhnya aku khawatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerusakan di muka bumi."* Dan Musa berkata: "Sesungguhnya aku berlindung kepada Tuhanku dan Tuhanmu dari setiap orang yang menyombongkan diri yang tidak beriman kepada hari berhisab."} [Ghafir (40): 26-27].

Lihatlah logik si kafir ysng sombong ini, dan ini adalah logik Firaun yang menguasai umat Islam hari ini

1.   dia sedang menyebarkan kebenaran dengan minuman keras dan perbuatan yang songsang, dan
a.   Musa pula yang menyebabkan kerosakan di muka bumi dengan menyebarkan kalimah (لا إله إلا الله), dan mewujudkan tadbir Ilahi ke atas bumi,.

Jadi, jika kita tahu perkara ini, kita akan tahu bahawa

2.   pertembungan bersenjata tidak dapat dielakkan,
3.   sebagai Jihad kerana menyebarkan Kalimah (لا إله إلا الله) adalah penting,
4.   agar agama ikhlas kepada Allah dan Kalam Allah yang tertinggi ,

﴿الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفاً﴾

{Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah penolong-penolong syaitan itu, karena sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.} [An-Nisa (4): 76].


Umat Islam mula mempertahankan kesatuan Islam mereka dari 

1.   Al-Madinah yang masih kecil kemudian
2.   berkembang dengan anugerah Allah, dan
3.   selepas bersedia, mereka telah menyerang kerajaan zalim (taghut) yang menguasai manusia yang
4.   selepas itu manusia berada di bawah naungan negara Islam, negara (لا إله إلاّ الله),
5.   di mana mereka boleh memilih untuk memeluk Islam atau kekal dengan salah satu agama Ilahi sebelumnya, dengan membayar Jizyah yang sama dengan Zakat yang dibayar oleh orang Islam,
6.   ini adalah undang-undang yang adil Islam dalam al-Quran, [لا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ] {Maka tidak ada paksaan dalam agama } [Al-Baqarah (2): 256].

7.   Bagi negeri yang tidak mengamalkan mana-mana agama Pencipta Maha Kuasa, dan tidak mempunyai agama Samawi, mereka ini harus diperangi sehingga mereka mengucapkan: (لا إله إلاّ الله محمد رسول الله)

Dan seperti itu, Islam disebarkan dengan mengutamakan Allah dan dengan Jihad Nabi, Washi dan orang-orang beriman.

1.   Nabi (S) adalah seperti Tabib yang akan berpergian dengan ubat-ubatannya yang dinyatakan Amir Al-Mukminin a.s.[ 2],
2.   dia berjalan antara manusia menyeru mereka kepada makruf dan mencegah mereka dari yang mungkar, dan
3.   dia bekerja siang dan malam untuk menyebarkan kalimah (لا إله إلاّ الله),

dan ini adalah riwayat kehidupan amalan para Imam a.s. selepasnya, kerana ia adalah amalan para nabi dan Rasul-rasul yang terdahulu daripadanya, Isa a.s. sebagai seorang pengembara di bumi menyeru manusia kepada Allah dan seperti itulah nabi-nabi seperti Ibrahim dan Musa dan nabi-nabi yang lain a.s.

Ini adalah kisah-kisah mereka dalam Al-Quran yang menyeru dan berusaha terus menerus untuk menyebarkan kalimah (لا إله إلاّ الله), dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran.

[2]. Amir Al-Mu'minin a.s mengatakan dalam beberapa khutbahnya menjelaskan Ar-Rasul (S):. (Tabib menjelajah perubatannya dan menentukan jenis ubat dan membantu melindungi wabak, Dia mengubat di mana muncul keperluan, untuk menyembuhkan hati yang buta, telinga tuli, dan lidah bisu. Ia diikuti dengan ubat-ubatan di tempat yang lalai dan tempat-tempat kebingungan) Nahj Al-Balaghah, dengan penjelasan dari Muhammad Abduh:. V1, Page 207.


Wednesday 2 March 2016

Kuliah 12 05 03 2016

Katakanlah: Aku Bukanlah pembawa bid’ah Di Kalangan Rasul-Rasul



Dan Muhammad (S) bukan pembawa bid’ah di kalangan Rasul-rasul,
seruan semua nabi dan aushiak (as).

1.   tidak diterima oleh ulama-ulama agama dan pemimpin masyarakat yang diutus pada mereka,
2.   dan Muhammad (S) ditentang oleh para pemimpin Makkah dan ulamaknya yang mempererjuangkan Syariah,
3.   dan juga tidak beriman kepadanya ulama Yahudi,
4.   ulama Kristian dan orang-orang yang memandang rendah, walaupun mereka telah menghebohkan berita gembira mengenainya dan menunggu kemunculannya [1].

·      Dan ramai dari Bani Israel tidak berpuas hati dengan Musa (as), dan
·      sebahagian ulama mereka menentangnya dan
·      cuba memutarbelitkan Syari'at dan
·      begitu orang yang memperlekeh,
·      seperti Samiri dan
·      Bal'am Bin Ba'ura [2].

·      Adapun Isa (as), kebanyakan ulama Bani Israel dan pemimpin-pemimpin mereka
·      tidak berpuas hati dengannya,
·      kerana kehadirannya (as) di kalangan mereka adalah untuk menegur mereka, dan
·      kezuhudannya [adalah] satu penghinaan yang menghina mereka.


Telah disebut di dalam Injil: (Dan kemudian Yesus dengan sifat berapi-api besar menegur rakyat kerana mereka telah lupa firman Allah, dan memberikan diri mereka hanya kepada sia-sia , dia menegur para paderi kerana kecuaian mereka dalam mengikut perintah Tuhan dan kerana ketamakan duniawi mereka; dia menegur ahli-ahli Taurat kerana mereka mengajar ajaran yang sia-sia, dan telah meninggalkan hukum Allah, dia menegur tabib-tabib kerana mereka membuatkan undang-undang Allah tiada kesan melalui amalan mereka. Dan dengan bijaksana Yesus bercakap kepada penduduk itu, lalu semuanya menangis, dari yang kecil hingga besar, menangis insaf, dan meminta Yesus supaya berdoa untuk mereka; selamatkan hanya paderi-paderi dan pemimpin-pemimpin mereka, yang pada hari itu membenci Yesus kerana telah bercakap terhadap para paderi, ahli Taurat, dan tabib-tabib dan mereka mengharapkan kematiannya, tetapi kerana takutkan orang ramai, yang telah menerima beliau sebagai seorang nabi Tuhan, mereka tidak berbicara.

Yesus mengangkat tangannya kepada Allah dan berdoa, dan orang-orang yang menangis berkata: Perkenankanlan! Wahai Tuhan Perkenankanlan! Apabila doa yang berakhir Yesus turun dari haikal (kuil); dan hari itu dia berangkat dari Jerusalem, dengan ramai yang mengikutinya . Dan para paderi bercakap tentang keburukan Yesus di antara mereka) [3].

Dan Al-Mahdi (as). akan menghadapi apa yang nenek moyang di kalangan nabi dan Aushiak hadapi dari para ulama agama dan penzalim, dan mungkin ujian beliau akan lebih besar kerana beberapa hadits menunjukkannya. Dan kajian menunjukkan akan datang dalam hadits tentang ulama agama yang mentafsir al-Quran, dan membantah Al-Mahdi dengan ayat-ayat Suci al-Quran, selepas mereka menjelaskan dengan akal yang tidak sempura dan kehendak peribadi mereka [4].

------------
[1] Al-Ayashi meriwayatkan: dari Abi Basir, dari Abi Abdullah (as). dalam firmanNya : (padahal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan Nabi) untuk mendapat kemenangan atas orang-orang kafir) (Surah Al-Baqarah (2): 89) beliau berkata: (Orang-orang Yahudi mendapati di dalam kitab mereka bahawa Muhammad ((S)), Rasul Allah, akan berpindah dan menetap di antara 'Ayr dan Uhud Jadi, mereka pergi mencari tempat itu, mereka melalui gunung yang dipanggil Hadada dan mereka berkata : Hadada dan Uhud adalah sama. Lalu mereka berkampung berdekatannya. Sebahagian daripada mereka menetap di Fadak, dan sebahagian yang lain di Khaibar dan yang lain di Taima'. Mereka di Taima' pada suatu hari dikehendaki (untuk berjumpa) beberapa orang saudara mereka (di tempat lain). Seorang Badui dari (suku) Qais melalui mereka dan mereka menyewa (untanya). Badui itu beritahu mereka: Aku akan bawa kamu di antara 'Ayr dan Uhud mereka berkata kepadanya: Apabila kamu melalui antara keduanya, beritahu kami.' Apabila mereka sampai di tanah Madinah, Badui itu berkata: Itulah'Ayr dan ini Uhud, mereka turun dari unta dan berkata kepadanya: Kami kini telah menemui (tempat) hasrat kami, kami tidak perlukan unta kamu lagi, pergilah ke mana yang kamu mahu' Kemudian mereka menulis surat kepada saudara-saudara mereka di Fadak dan Khaibar : Kami telah menemui tempatnya, oleh itu datanglah kepada kami. Mereka membalas surat itu: Sekarang kami telah menetap di tempat ini, dan telah memperolehi harta; dan kami begitu dekat dengan kamu. Oleh itu, bila ia akan berlaku (iaitu, apabila Nabi (S) akan datang ke Madinah), kami akan bersegera kepadamu. Mereka membeli harta da tanah di Madinah. Apabila kekayaan mereka meningkat, berita tersebut datang ke telinga Tubba' dan dia menyerang mereka. Mereka pertahankan diri mereka dan Tubba' mengepung mereka. Mereka telah berbelas kasihan kepada tentera Tubba' yang lemah dan membaling kurma dan barli kepada mereka pada waktu malam. Ia menarik perhatian Tubba' dan dia mula berlembut terhadap mereka dan dia memberi jaminan keselamatan kepada mereka lalu mereka datang kepadanya. Tubba' kata kepada mereka: Saya suka tempat ini kamu dan aku suka untuk menetap di sini. Mereka berkata: 'Ia bukan untuk kamu. Ia adalah tempat penghijrahan seorang nabi; dan tiada siapa boleh menetap di sini sehingga itu, beliau menjawab: Kala begitu aku tinggalkan di antara kamu beberapa orang suku kaumku, supaya apabila ia berlaku mereka akan berkidmat dan membantunya. Oleh itu dia tinggalkan dua suku yang kamu lihat hari ini, Aus dan Khazraj. Apabila kedua-dua (puak) ini meningkat bilangannya, mereka mula merebut harta Yahudi itu. Pada masa itu, orang-orang Yahudi memberi amaran kepada mereka: Nanti apabila diutus Muhammad ((S)) sesungguhnya kami akan mengusir kamu dari rumah dan harta kami! Tetapi apabila Muhammad (S) diutus sebagai Nabi, mereka menjadi Ansar (Aus dan Khazraj) yang beriman kepadanya dan orang Yahudi mengingkarnya! Inilah makna kata-kata Allah (Padahal sebelumnya mereka biasa memohon (kedatangan Nabi) untuk mendapat kemenangan atas orang-orang kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang telah mereka ketahui, mereka lalu ingkar kepadanya. Maka laknat Allah-lah atas orang-orang yang ingkar itu.) ([2:89] Tafsir Al-Ayashi: Jilid 1, halaman 49.
[2]. Beliau (as). telah menunjukkan sikap mereka yang memalukan sebelum ini, jadi renungkanlah.
[3]. Injil Barnabas, Bab 12.
[4]. Dari Al-Fadil Bin Yassar , beliau berkata: (Aku mendengar Aba Abdullah (as). berkata : "Apabila Qa'im kami (AS) bangkit dia akan menghadapi kejahilan orang yang lebih teruk daripada apa yang Rasulullah (S) hadapi dari orang-orang yang jahil semasa al-jahiliah . "Aku bertanya,"Mengapa ia harus begitu? " Imam (as) menjawab," Rasulullah (S) didatangkan kepada orang-orang yang menyembah batu-batu , batu keras, kayu dan kayu yang diukir . Walau bagaimanapun, Qa'im (as). kita akan datang kepada orang-orang yang semua akan mentafsir kitab Allah berlawanan dengan tafsirannya, dan akan berhujah dengannya. Demi Allah, keadilannya beliau (as) akan masuk ke rumah-rumah mereka, sama seperti panas dan sejuk mendapatkan mereka ") Al-Ghayba dari An-Nu'mani: Halaman 307 Bab17



Muhammad (S) - Pendakwah kepada Allah di Mekkah
Muhammad (S) .
الداعي إلى الله في مكة
Pendakwah kepada Allah di Mekkah

1
Allah SWT berfirman:

: ﴿لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَحِيمٌ * فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ﴾

{Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. (128) Jika mereka berpaling maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung".(129) } [1] .

Masyarakat Mekah dibagi kepada dua atau tiga kumpulan:

1.   mereka adalah orang-orang yang memimpin penyelewengan Syariah Hanafi dan pengikut mereka.
a.   Dan ini melibatkan ibadah yang salah,
b.   baik dalam keyakinan mereka seperti menyembah berhala atau
c.   penilaian hukum Syariah mereka, seperti larangan Al-Bahira dan Al-Haam [2], dan ini adalah ketua-ketua kaum dan ulama-ulama mereka , dan tentulah sebagian besar orang Mekah adalah pengikut mereka.

2.   mereka adalah orang-orang yang mendapati
a.   datuk nenek mereka tersesat, atau
b.   orang-orang yang menyimpang, dalam masyarakat yang sesat, dari jalan yang lurus, tetapi mereka tidak puas hati dengan keadaan buruk mereka, sebaliknya, sebahagian daripada mereka berada dalam keadaan mengubah diri mereka ke atas keadaan yang rosak.

3.   kumpulan ketiga: mereka adalah kumpulan kecil yang berada pada kebenaran, bermakna agama Hanafi yang betul, atau daripada apa yang sampai kepada mereka, dan sekurang-kurangnya terdapat penganut Tauhid. Oleh itu, apabila Nabi (S) diutus, baginda merupakan berita gembira bagi orang yang beriman itu, yang menunggu diutus dan penyeru kepada Allah untuk menunjukkan kepada mereka amalan mereka, dan juga Nabi (S) adalah kubu tempat perlindungan dan gua persembunyian bagi setiap yang tenggelam dalam kesesatan kejahilan, dan mencari cahaya kebenaran, ukuran keadilan dan jalan yang lurus .

Oleh itu, Nabi (S) telah diutus di Mekah, kota ummu al-quraa, bandar di mana

1.   orang pergi ke haji, dan
2.   bandar yang mewakili rujukan agama untuk Hanafi,

untuk memulakan pengislahan dari pusat agama di Semenanjung Arab, pusat bandar itu di mana

1.   banyak kerosakan dalam akidah dan hukum. Dan Rasulullah (S) dihantar dengan Syariah Islam yang
2.   memperbaharui Syariat Hanafi (Ibrahim (as)) dan
3.   menyalin beberapa hukumnya.

Oleh kerana Syariat Ibrahim (as) adalah yang

1.   paling dekat dengan hati, dan
2.   mengharap agar orang-orang Yahudi dan Kristian, yang menghormati Ibrahim (as) dan
3.   mengingatinya sebagai bapa kepada Nabi besar (as),
4.   menyertai di bawah panji-panjinya,


Muhammad (S),

1.   dan nabi yang berani yang
2.    tidak takutkan celaan orang yang mencela,
3.   mula memberi amaran kepada orang-orang yang sesat di kalangan kaumnya dengan izin Allah SWT, dan
4.   peristiwa terkenal yang berlaku di rumah baginda [3], dan
5.   Nabi (S) menyampaikan kepada kerabat baginda tentang utusan dan kenabian, dan
6.   baginda telah melantik pada hari itu dengan perintah Allah SWT, washinya, wazirnya semasa hidupnya dan selepas kematiannya, Ali Ibn Abi Talib (as),
7.    
dan mulalah ad-dakwah kepada Allah tersebar di Mekah, dan mulalah pemimpin-pemimpin Mekah

1.   melihat kepentingan mereka diancam, jadi
2.   mereka mula merancang dalam pelbagai cara untuk menggagalkan Nabi (S) dan membunuhnya sekiranya ia mungkin, dan
3.   untuk memukul Islam, dan Nabi (S), dan washinya
4.   dan orang-orang beriman berdakwah kepada Allah tanpa henti, dengan itu
5.   jumlah umat Islam semakin meningkat.
6.   Dan penentangan orang-orang kafir juga meningkat dan
7.   mereka mula menyeksa mereka dan 
8.   menghalang Nabi (S) yang menyampaikan risalah langit.

Dengan itu, Nabi (S) bergerak kepada langkah kedua (berhijrah kepada Allah ). Allah SWT berfirman:

وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَماً كَثِيراً وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِراً إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَحِيماً

{Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} [4].

Dan Rasulullah (S) mula mencari pangkalan Islam dan sebuah bandar untuk berhijrah, dan baginda mula berjumpa dengan orang-orang dalam musim Haji, dan mengatakan kepada mereka:

(هل من رجل يحملني إلى قومه، فإن قريش قد منعوني أن ابلغ كلام ربي)

(Adakah sesiapa ingin membawaku kepada kaumnya, kerana kaum Quraisy yang telah menghalang ku menyampaikan kata-kata Tuhanku ) [5],

dan Quraisy tidak membiarkan baginda walaupun pada musim haji, sebaliknya, mereka menyuruh orang untuk mendustakaninya dan mencemuhnya, dan baginda menghadapi mereka dengan ketahanan dan kesabaran.

Dan telah diriwayatkan bahawa beliau telah mengatakan:

ربي اغفر لقومي إنهم لا يعلمون

(Tuhanku, ampunilah kaumku kerana mereka tidak mengetahui) [6].

Dalam hal keadaan yang menyakitkan ini, satu Rombongan datang berjumpa Rasulullah (S) dari orang-orang Kristian Habsyah bersama Jafar bin Abi (as).Taleb apabila dia kembali ke Mekah selepas hijrah, dan sekumpulan sahabat Rasulullah (S) ke Habsyah, dan orang-orang Kristian adalah tiga puluh orang lebih:

(oleh itu, apabila mereka duduk di sebelah Rasulullah (S) dan melihat sifat-sifat dan keadaan baginda dan mendengar apa yang dibacakan kepada mereka dari al-Quran, mereka semua percaya, jadi apabila Abu Jahal tahu dia pun datang kepada mereka dan berkata: “Kita tidak pernah melihat orang yang bodoh menunggang seperti kamu, orang kamu menghantar dan kamu tahu berita manusia ini, jadi majlis-majlis kamu tidak yakin dengan dia sehingga kamu meninggalkan agama kamu dan percaya padanya dalam apa yang dia katakan,” maka mereka berkata: “Salam ke atas kamu, kami tidak akan menjahilkan kamu, kami mempunyai apa yang kami ada, dan kamu mempunyai apa yang kamu ada, kami tidak akan menghalang diri kita daripada menerima yang baik, jadi Allah SWT menurunkan ayat mengenai mereka:

﴿ الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِهِ هُمْ بِهِ يُؤْمِنُونَ * وَإِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ قَالُوا آمَنَّا بِهِ إِنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّنَا إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلِهِ مُسْلِمِينَ * أُولَئِكَ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُمْ مَرَّتَيْنِ بِمَا صَبَرُوا وَيَدْرَأُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُون * وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلامٌ عَلَيْكُمْ لا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ﴾


{Orang-orang yang telah Kami datangkan kepada mereka Al Kitab sebelum Al Quran, mereka beriman (pula) dengan Al Quran itu. ( 52) Dan apabila dibacakan (Al Quran itu) kepada mereka, mereka berkata: "Kami beriman kepadanya; sesungguhnya; Al Quran itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan kami, sesungguhnya kami sebelumnya adalah orang-orang yang membenarkan(nya). ( 53)Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan sebagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka, mereka nafkahkan. (54) Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil".} [7] ... ) [8] .


-----------------------------------------------
[1]. Surah At-Taubah (9):128-129 .
[2]. Al-Iyashi meriwayatkan: dari Muhammad Ibn Muslim dari Abi Abdullah as mengenai firman Allah : (Allah sekali-kali tidak pernah mensyari'atkan adanya bahiirah, saaibah, washiilah dan haam.) (Surah Al- Maida (5): 103) , beliau berkata: (Pengikut Jahiliah, apabila unta betina melahirkan dua ekor dalam perutnya, mereka kata: Wasalat (berkaitan penghantaran) jadi mereka tidak dibenarkan sembelih atau memakannya, dan jika dia melahirkan sepuluh anak mereka memanggilnya Sa'iba lalu mereka tidak benarkan menunggang atau memakannya, dan Al Haam: unta jantan cukup umur mereka tidak membenarkannya, maka Allah dihantar, Sesungguhnya Allah tidak melarang apa-apa mengenainya) Tafsir Al- Iyashi : V1, Page 347.
[3]. Ahmad meriwayatkan di dalam Musnad (Kitab) dan lain-lain: dari Sharik bin Al- A'masy, dari Al-Minhal , dari ‘Abbad bin Abdullah Al-Asadi , dari Ali r.a, dia berkata: apabila ayat ini diwahyukan: (Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat,) (Surah Asy-Syu'araa ( 26): 214) , beliau berkata: (Nabi saw mengumpul ahli keluarganya, maka berkumpullah 30 orang, lalu mereka siberi makan dan minum dan kemudian baginda berkata: " Siapa yang sanggup menjamin bagiku agamaku dan berjanji bersamaku supaya dia akan bersamaku di syurga dan akan menjadi Khalifahku dari kalangan keluargaku." Seorang lelaki yang namanya tidak disebutkan Sharik berkata: Wahai Rasulullah Engkau seperti lautan, yang boleh ambil tanggungjawab ini. Katanya, Baginda berkata buat kali terakhir terakhir, dan berkata: Maka memperkenalkan pada ahli keluarganya, Maka berkata Ali r.a: “Aku.") Jilid 1, Halaman 111.
Dan As-Saduq meriwayatkan dalam Al-'ilal: dari Ali Bin Abi Talib (as). katanya: ”apabila (وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ) Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat) diturunkan, Rasulullah (S) menjemput Bani Abd Muttalib dan mereka empat puluh lelaki dalam bilangan, jadi Bagindaberkata: Sesiapa di antara kamu mahu menjadi saudara ku, washiku, waris ku, wazir ku dan khalifahku selepas ku? jadi Baginda menawarkan mereka bahawa seorang demi seorang lelaki, dan semua mereka menolak, sehingga Ali datang, lalu berkata : Aku, Wahai Rasulullah, jadi dia berkata: Wahai Bani Abd Muttalib ini adalah saudara ku, washiku, waris ku, wazir ku dan khalifah ku di antara kamu selepasku, maka orang ramai mula ketawa antara satu sama lain dan berkata kepada Abi Talib: dia telah mengarahkan kamu mendengar dan taat kepada budak ini) Jilid 1, Halaman 17, dan kenyataan: Al-Irshad dari Seikh Al- Mufid: Jilid 1, Halaman 49; Manaqib Ibn Shahr Ashub: Jilid 1,Halaman 305, dan lain-lain .
[4]. Surah An- Nisa ' (4): 100.                          
[5]. Musnad Ahmed: Jilid 3, Halaman 390, dan kajian: Sunan Ad-Darmi Jilid 2, Halaman 440, Sunan Ibn Majja : Jilid 1, 73, dan lain-lain .
[6]. Iqbal Al- A'mal : V1, Page 384, Bihar Al -Anwar : Jilid 95, Halaman 167, Musnad Ahmed: Jilid1, Halaman 427 , Sahih Al -Bukhari Jilid 4, Halaman 151.
[7]. Surah Al-Qasas (28 ): 52-55 .
[8]. Fiqh As-Sirah Al-Buti : Page 126; Sirah Ibn Ishaq : Jilid 4, Halaman 200; Tafsir Al-Qurtubi :Jilid 6, Halaman 356; Tafsir Ibn Kathir: Jilid 3, Halaman 405, Al-Bidayah Wa An-Nihaya Jilid 3,Halaman 103.