Thursday 4 July 2013

Hadis dan tanda tepat Kedatangan Mahdi bhg 4



Video Ketibaan Mahdi Bhg 4
DI AKHIR RENCANA

Tangan yang muncul dari langit ada tanda-tanda kezuhuran Mahdi a.s.

1.       Dari kitab-kitab-kitab Sunnah, berikut adalah beberapa riwayat yang membuktikan tanda-tanda ini.
Dari Asma’ bintu Umais: “Alamat untuk hari itu (merujuk kepada waktu zuhur Mahdi a.s.) Sebuah tangan yang melintang di langit dan manusia beralih untuk meihatnya” ‘Mahdi Di Akhir Zaman’ oleh al Din al Muttaqi halaman 69.

2.       Sebuah riwayat dari kitab yang sama di halaman 51.
“Dan pada waktu itu” merujuk kepada kezuhuran Mahdi a.s “Sebuah tangan akan dilihat dan muncul di langit.”

3.       Dari riwayat ketiga dari kitab “Ringkasan Hadis Alamat Mahdi Yang Dinanti” Tulisan Ibn Hajar al Maki halaman 35:
Peperangan dan perselisihan akan berterusan sehingga muncul tangan di langit dan suara menjerit, “Imam kamu adakah Mahdi” 

Dan tanda di hari itu adalah tangan yang muncul di langit dan manusia memandang ke arahnya untuk meihatnya.
                      
Dan juga di dalam kitab Syiah, contohnya dalam kitab Al Ghaybah al Nu’mani, halaman 252:

1.       Dari Abdullah Ibn Sinan yang berkata, Abu Abdullah a.s. bersabda:”Saihah (jeritan) adalah tidak dapat dielakkan. Kedatangan Sufyani tidak dapat dielakkan dan kedatangan Yamani tidak dapat dielakkan dan pembunuhan Nafs Zakiyyah tidak dapat dielakkan dan tangan yang muncul di langit tidak dapat dielakkan. Dan ketakutan yang terjadi dalam bulan Ramadan yang mengejutkan yang tertidur dan menakutKan yang terjaga. Dan ia membangunkan gadis kecil yang pengsan.

2.       Di dalam kitab Manaqib al Itrra” 250 Tanda-tanda, di halaman 130, wujud sebuah riwayat dari Nabi saw:
“Celakalah ke atas umat ku dari Syura Besar dan Syura Kecil. Jadi kami bertanya tentangnya dan baginda menjawab: “Berkenaan Syura Besar, ia akan berlaku di tanah ku, selepas pemergian ku demi untuk mencuri kekhalifahan dari saudara ku dan hak anak perempuan ku. Dan Berkenaan Syura Kecil akan berlaku Ghaibat Kubra di Zawra’ (Baghdad) demi untuk mengubah Sunnah ku dan Undang-undang ku.
Iaitu Sistem undian dan demokrasi yang dilaksanakan selepas perang Iraq.



3.       Di dalam kitab Malahem wal Fitan, halaman 134,
Amirul Mukminin a.s. berkata: “Dan Pemerintahan akan pulang ke Zawra’ (Baghdad) dan urusan ini akan kembali ke Syura (pilihanraya). Sesiapa yang menang di dalam sesuatu (pilihanraya) akan melakukannya (memerintah). Maka selepasnya akan muncul Sufyani, berada di muka bumi selama 9 bulan, memenuhi dengan siksaan yang teruk. Sehinggalah kemunculan Mahdi Al Hadi yang mengambil panji dari Isa ibn Mariam.

4.       Dan dalam kitab Bisharatul Islam, halaman 104, ada sebuah riwayat Amirul Mukminin Ali a.s. berkata:
“Apabila loceng besar berbunyi” sehingga beliau berkata: “Dan panji diberikan kepada pembesar Kurdan, orang Kurdis yang senior dari mereka akan memerintah. Maka nantikan kemnculan orang yang bercakap dengan Musa di pergunungan.

5.       Dan juga disebutkan di dalam kitab Bayan al Aimmah, bahagian ketiga halaman 513:
Beberapa ulama Syariya menulis tentang alamat dan di antara mereka adalah Syeikh Mohy al Deen dan ini adalah satu kumpulan dari mereka yang berkata:
“Dan tentera Turk akan bergerak sehinggalah mereka sampai ke Jerusalam dengan berjalan kaki. Dan Kurdis akan memerintah Baghdad dan kawasannya sehingga Khurasan, kerana maruah, bukan Iraq. Dan seruan agung akan datang, dan tiada siapa terlepas darinya, walaupun mereka yang masih lagi memerintah.



Sayyed Al Sadr (seorang ulamak disegani di Iraq) berpidato, sebelum pembunuhannya, semoga Allah merahmati beliau:
“Dan sekarang, kita mempunyai banyak berita bahawa Amerika telah menubuhkan sejak beberapa tahun, mungkin 10 tahun yang lepas, Apa yang dikenali sebagai ‘Pasukan Serangan Khas’ dalam menantikan kezuhuran Mahdi, bukan atas yang lain! Pasukan ini telah masuk campur dalam perang Teluk dengan tentera mereka, demi menanti kezuhuran Mahdi, dan tanpa ragu, Amerika mempunyai maklumat yang sangat banyak tentang Mahdi di Pentagon, apa sahaja yang mampu dicari oleh mereka ke tahap dikatakan, satu-satunya fail yang tiada adalah gambar, dan sudah tentu, ia tiada. dan tanpa ragu, Penganalisa Politik mereka menganggao kemunculan Imam Mahdi sebagai satu perubahan social yang paling penting, yang dapat berlaku di Muslim Timur. Sudah tentu, dengan tahap kesukaran semua perkara ini, adalah hikmah Ketuhanan untuk menyembunyikan masa Kezuhuran Mahdi dan menjadikan waktu satu misteri, dengan izin Allah.

Kata-kata beliau adalh satu tanda, atau ramalan tentang rancanagan Amerika untuk menakluk Iraq, beberapa tahaun sebelum ianya benar-benar terjadi. Dan beliau menyatakan dengan jelas dalam ucapannya akan sebab sebenar mengapa Amerika terdesak untuk datang menyerang dan menakluk Iraq beberapa tahun selepasnya. Sebabnya bukanlah untuk memusnahkan apa sahaja senjata pemusnah atau senjata nuklear. Dan bukanlah juga untuk menyebarkan demokrasi di Iraq atau kebebasan seperti yang diucapkan oleh sesetengah ahli politik.




LIHAT Video Ketibaan Mahdi Bhg 4









No comments:

Post a Comment