Tiada
apa dan tiada sesiapa yang dapat menyelamatkan kita di hadapan Allah kecuali Iman
dan Amal kita.
يَوْمَ تُقَلَّبُ
وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا
الرَّسُولَا
وَقَالُوا رَبَّنَا
إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا
66.
Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan
sesalnya): "Alangkah baiknya kalau Kami dahulu (semasa di dunia) taat
kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.
67. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami,
Sesungguhnya Kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang
besar kami, lalu mereka menyesatkan Kami dari jalan Yang benar. (Al Ahzab
33:66-67)
Apa yang menjamin kita di hadapan Allah.
Awaslah
bila menjadi pengikut. Pengikut kepada apa pun aliran pemikiran. Kepada
pemilihan way of life, kepada cara hidup, kepada pendakwa yang mengatakan
merekalah pembimbing jalan lurus, jalan kebenaran. Jalan Allah, jalan rasul
atau apa pun jalan yang memakai nama berjenama. Jangan sampai pada hari Allah
menghisab dan memeriksa, amalan kita di tolak Allah. Ar Rasul Muhammad saw
berlepas tangan dan dirinya dari kita, dari memberi syafaatnya. Allah memeriksa
iman dan amal kita. Kita tidak boleh berdalih orang lain menyesatkan kita. Kita
tidak boleh berdalih mereka lebih pandai dari kita jadi kita mengikut mereka.
Kita
tidak boleh berdalih orang ramai mengikut mereka malah majoriti mengikuti
mereka. Kita tidak boleh berdalih kita ikut mereka kerana mereka sahabat para
nabi dan tentulah para sahabat nabi sentiasa benar. Kita tidak boleh berdalih
mengikut mereka yang berkata dengan ijtihad kita akan selamat, kerana kalau
kita bersalahpun akan mendapat satu pahala apa lagi kalau kita betul dapat
gandaan pahala, dua pahala. Kita mesti bersungguh-sungguh (berjihad) sebelum
sampai ajal dan kematian kita menentukan kita benar-benar berada di jalan yang
lurus, Jalan Allah jalan yang dibawa diseru oleh rasulNya dan KhalifahNya.
Setelah wafat Rasulullah
Beberapa
hari sebelum wafat Rasulullah dan setelah wafatnya Rasulullah dan ada beberapa
peristiwa penting yang menjadikan umat Islam tidak jauh bezanya dengan
umat-umat nabi dahulu kala. Apakah persitiwa penting itu. Bukankah semua yang
sempat hidup bersama Ar Rasul semuanya baik-baik malah ada yang dijamin masuk
syurga?
Syed Ahmad al Hassan Yamani as menjawab Tentang Para Sahabat
Nabi s.a.w. apabila ditanya kedudukan mereka di disi Allah.
Para Sahabat Nabi
Insya Allah, yang kamu maksudkan dengan soalan
kamu adalah mereka yang beriman dengan Nabi Muhammad (sawas), membantunya dan
membantu agama Allah dengan segala apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka,
sehingga mereka disudahi dengan kesudahan yang baik dan meninggal dunia atas
mandat (wilayah) Wali Allah serta Hujah Allah dan Khalifah Allah pada zaman
mereka. Tidak diragu-ragukan lagi bahawa mereka adalah orang-orang yang terbaik
di zaman mereka. Tetapi jika kamu maksudkan semua yang beriman dengan Nabi
Muhammad (sawas) dalam tempoh masa tersebut, maka ketahuilah bahawa ada di
kalangan orang-orang yang beriman kepada Nabi Muhammad (sawas) yang murtad pada
masa hidup baginda dan sebahagian mereka pula murtad selepas kewafatannya.
Sebahagian mereka menzahirkan kemurtadan mereka dan sebahagian mereka pula
menyembunyikan ketidak imanan mereka. Di dalam Al-Quran menjelaskan tingkahlaku
orang-orang munafik, begitu juga di dalam kitab-kitab sirah di sisi Sunni dan
Syiah yang menyebut golongan yang murtad.
Semoga Allah mengurniakan taufik ke atas kamu,
ketahuilah bahawa dunia ini keseluruhannya adalah kejahilan melainkan tempat
ilmu. Ilmu itu keseluruhannya adalah hujah melainkan apa yang diamalkannya.
Amalan itu keseluruhannya adalah menunjuk-nunjuk (riya’) melainkan apa yang
dilakukan dengan ikhlas. Ikhlas itu dalam keadaan yang amat getir sehinggalah
seseorang itu melihat apakah kesudahan baginya.
Dituntut ke atas kamu, sekiranya kamu ingin
mengenal kebenaran supaya mematuhi undang-undang Allah, yang diasaskanNYA sejak
hari pertama dicipta Adam (a.s) sebagai Khalifah Allah di muka bumiNYA:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ
خَلِيفَةً
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi” (Al Baqarah: 30).
Oleh itu, berimanlah dengan
Khalifah-Khalifah Allah dan bantulah mereka dengan segala apa yang dikurniakan
oleh Tuhan kamu. Adapun selain mereka (Khalifah-Khalifah Allah) ini, maka kamu
tidak dipertanggungjawabkan untuk beriman dengan mereka, samada mereka sahabat
Nabi Muhammad (sawas) ataupun selain mereka. Allah tidak akan menanyakan kamu
melainkan keimanan kepada Khalifah-KhalifahNYA di muka bumiNYA. Sekiranya kamu
berkesudahan dengan baik dan beriman dengan Khalifah-Khalifah Allah di muka
bumiNYA pada zaman kamu, maka kamu telah terselamat. Jika tidak maka nerakalah
balasannya, semoga Allah melindungi kamu daripadanya.
Undang-undang keimanan ini adalah
sepertimana yang telah diperturunkan Allah Taala, adakah kamu dapati padanya
keimanan kepada sahabat rasul-rasul iaitu Khalifah Allah di muka bumiNYA,
firman Allah Taala:
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ
وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ
نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا
غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
Rasul telah beriman kepada Al Qur’an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. [Mereka mengatakan]: “Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun [dengan yang lain] dari rasul rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami ta’at”. [Mereka berdo’a]: “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali”. (Al Baqarah: 285).
Diwajibkan ke atas kamu untuk beriman
kepada penutup segala rasul daripada Allah iaitu Muhammad. Para Imam adalah
Khalifah-Khalifah Allah di muka bumiNYA, yang mana mereka adalah utusan
Muhammad (sawas) kepada umat manusia. Mereka adalah 12 Imam dan 12 Mahdi
sepertimana dalam wasiat Nabi kamu Muhammad (sawas) yang dipindahkan oleh
Sheikh Tusi (semoga Allah merahmatinya), dan tiada seorang pun memindahkan
wasiat yang serupa di malam kewafatan baginda melainkan dia. Sedangkan Al Quran
mewajibkan wasiat di saat kedatangan maut:
كُتِبَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ
خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ لِلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِۖ حَقًّا
عَلَى ٱلۡمُتَّقِينَ
Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, [ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. (Al Baqarah: 180)
Oleh itu, kamu tidak dapat melarikan
diri daripada menerima wasiat tunggal ini dan barangsiapa yang menolaknya
samada Sunni atau Syiah, maka dia menuduh Nabi Muhammad (sawas) bertentangan
dengan Al Quran. Dijauhkan baginda daripada bertentangan dengan kata-kata Allah
SWT.
Ahmad Al Hassan
No comments:
Post a Comment