
Kemunculan Planet Komet Adalah Tanda
Kezuhuran Imam Mahdi a.s.
Di dalam kitab ‘250 Tanda-tanda’ oleh Muhammad
Ali Tabatabaei:
Tanda ke 190: Sebuah bintang merah/komet
dengan dua ekor yang hamper bertemu. Imam Jaafar al Sadiq berkata: “Akan muncul
planet/komet yang menakutkan bangsa Arab dan ia adalah bintang Timur yang
bercahaya seperti bercahayanya bulan. Kemudian ia akan bergilir-gilir
sehinggalah ia hamper bertemu. Kemudian ia muncul merah dan menyebar di langit.
Dan di dalam kitab ‘Mashareq Anwar Alyaqeen’:
Dan ia adalah sewaktu munculnya planet yang
akan menakutkan orang Arab, dan ia kelihatan seperti komet. Kemudian hujan akan
berhenti turun, sungai akan kekeringan dan ribut akan kerap melanda serta harga
barangan akan naik.
Di dalam kitab 'Syiah dan Raj’ah', Amirul
Mukminin as berkata:
Sesungguh ada 10 tanda kezuhurannya:Yang pertama
adalah kejadian mengoyak dan menghancurkan bendera di jalan-jalan Kufah. Sekatan
ke atas Masjid. Potongan ke atas Haji (kuota).Penenggelaman dan pengeluaran di
Khurasan.Kemunculan Planet, Keselarian bintang-bintang. Huru-rara, pembunuhan
dan perompakan.
Inilah 10 tanda dan di antara setiap tanda
adalah keajaipan. Dan jika tanda-tanda telah sempurna, maka Qaim (Mahdi) kita
akan bangkit.
Di dalam suatu hadis panjang Nabi saw kepada
Salman ra, baginda bersabda:
Ya. Demi dia yang diri ini berada di tanganNya
wahai Salman, di masa itu akan ada pemerintah zalim, dan para menteri yang
tidak bermoral. Penguasa yang tidak adil. Yang diberi amanah adalah
pengkhianat. Salman berkata: “Adakah ini benar akan terjadi ya Nabi Allah.“
Jadi Nabi saw menjawab: “Ya. Demi dia yang diri ini berada di tanganNya wahai
Salman”
Pada waktu kejahatan akan dianggap kebaikan
dan kebaikan akan dianggap kejahatan.” Pengkhianat akan diberi amanah, dan yang
amanah akan di anggap pengkhianat. Dan seorang pendusta akan dipercayai dan
yang benar akan dipanggil pendusta. Salman berkata: “Adakah ini benar akan
terjadi ya Rasulullah.“ Jadi Nabi saw menjawab: “Ya. Demi dia yang diri ini
berada di tanganNya wahai Salman”
Pada masa itu pemerintah adalah kaum wanita
dan akan bermesyuarat orang buta huruf (bodoh).dan duduknya kanak-kanak di atas
mimbar. Dan berdusta akan menjadi satu jenaka. Dan zakat akan dianggap sebagai
kerugian dan simpanan dianggap sebagai keuntungan. Dan manusia akan melayan ibu
bapanya dengan kasar sementara melayan melayan sahabatnya dengan dengan kasih
sayang. Dan kemudian planet komet muncul. Salman berkata: “Adakah ini benar
akan terjadi ya Rasulullah.“ Jadi Nabi saw menjawab: “Ya. Demi dia yang diri
ini berada di tanganNya wahai Salman”
Dan wanita akan menjadi rakan sekerja
suaminya. Hujan akan menjadi panas. Dan Pemilik ladang anggur akan marah. Dan
orang yang tidak mampu membayar akan dipandang dengan pandangan jijik. Padan
masa itu, pusat membeli belah akan bergabung. Dan yang satu berkata, ”aku tidak
dapat menjual apa-apa,” dan satu lagi akan berkata, ”aku tidak untung apa-apa.”
Jadi kamu hanya akan melihat sifat tidak bersyukur pada Allah.
Kemudian Nabi saw bersabda kepada Salman:
Wahai Salman, mereka akan diikuti oleh manusia yang jika mereka bercakap, akan
dibunuh dan jika mereka senyap, maka akan dianggap halal harta, marwah dan
nyawa mereka. Dan hati akan dipenuhi dengan ketakutan, maka kamu tidak akan
melihat mereka kecuali dalam keadaan takut. Pada waktu itu lelaki akan
dipuaskan oleh lelaki, wanita dengan wanita dan sifat cemburu akan mendatangi
lelaki, seperti datangnya kepada wanita. Dan lelaki berpakaian wanita, wanita
pula seperti lelaki. Dan wanita akan menunggang, dan ke atas mereka, laknat
Allah dari Ummah ku.
Pada masa itu, Masjid dihiasi seperti gereja
dan Quran juga dihiasi, dan menara dijadikan tinggi. Saf Solat akan dipenuhi
dengan hati yang keras dan lidah yang berbeza. Dan lelaki dari Ummahku akan
memakai emas dan berpakaian sutera. Dan mereka akan mengambil kulit harimau
sebagai pakaian. Di waktu itu Pemberi Hutang akan muncul, dan mereka akan
berurusan sesama mereka dengan fitnah dan rasuah. Agama akan diketepikan dan
dunia akan dinaikkan.Penceraian akan meningkat dan tiada pengakhirannya demi
Allah, dan ia tidak akan mengapakan Allah swt. Dan pada waktu, nyanyian dan
alat muzik akan muncul, dan mereka akan diikuti yang paling buruk dari Ummah
ku. Dan setiap kali Salman bertanya: “Adakah ini benar akan terjadi ya Rasulullah.“
Maka Nabi saw menjawab: “Ya. Demi dia yang diri ini berada di tanganNya wahai
Salman”
Pada waktu itu yang kaya dari Ummatku akan
menunaikan Haji untuk bercuti. Kelas pertengahan pula akan Haji untuk berniaga
dan yang miskin menunaikan Haji kerana riak dan sum’a. Pada waktu, manusia akan
belajar Quran atas sebab selain Allah. Dan mereka menjadikannya seperti
seruling (Muzik). Dan wujud manusia menjadi ulamak untuk selain Allah. Anak
zina akan menjadi ramai. Dan mereka menyanyi dengan Quran dan menyeru kepada
dunia material. Salman akan bertanya : “Adakah ini benar?.“ Dan Nabi saw
menjawab: “Ya. Demi dia yang diri ini berada di tanganNya wahai Salman”
Dan apabila ‘incest’ (sumbang mahram/jimak
dengan pertalian darah) semakin ramai, dan dosa bertambah, yang jahat dihantar
kepada yang baik, serta pendustaan terbongkar. Kedegilan muncul, kemiskinan
tersebar, pakaian diharamkan, hujan turun di waktu bukan musim hujan, serta
mereka menjadi cekap dengan alat muzik. Serta mereka menafikan ‘nahi mungkar
amr maaruf’ sehingga mukmin di waktu itu menjadi tidak berupaya. Para pembaca
dan ahli ibadah di waktu itu akan saling tuduh menuduh antara satu sama lain
dan saling merancang terhadap satu kepada yang lain. Mereka adalah kumpulan
yang dikenali sebagai najis dan kotoran pada Kerajaan Langit.
Sehinggalah tamat hadis tersebut dan ia adalah
hadis yang panjang yang terdapat di dalam Mashareq Al Anwar dan kitab-kitab
hadis yang lain.
Kita berlindung dengan Allah dari Syaitan yang
direjam. Dan dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang dan
dengan menyanjung tinggi (solawat) ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad.
No comments:
Post a Comment