Tanda
Tepat Yang Telah Berlaku Menandakan Telah Zuhurnya Imam Mahdi (Bhg 2)
Di dalam Kitab Mu’jam
Ahadith Imam Mahdi (AS), pada hadis no 659. Ia sebuah hadis yang panjang, “
Maka Mahdi dari keturunanku akan datang dan beliau akan bersolat ke arah Qiblat
datuknya Nabi (saw). Mereka semua akan
maju (Mahdi dan para sahabatnya.) Dan disebutkan akan muncul perang antara beliau dan Dajjal, dan disebutkan mereka akan membunuh tentera Dajjal dari awal
ke akhir.
Maka di dalam hadis, disebutkan
bahawa Dajjal mempunyai tentera yang akan dibunuh oleh Mahdi as dan para sahabatnya.
pada hadis no 427 di dalam Kitab yang sama, Mu’jam Ahadith Imam Mahdi (AS), Diriwayatkan bahawa: “Dajjal akan mendarat di
kuz dan karman, bersama 80,000.” Tanpa ragu, 80,000 ini adalah sebahagian dari
tentera Dajjal. Bermakna mereka mungkin lebih baik dari kumpulan yang berada
Jerusalam.
Terlalu banyak bukti
tentang kemuculan dajjal dan kegiatan mereka mempengaruhi dunia dan boleh di katakan
hampir semua penduduk dunia dapat dipengaruhinya. Pada tahun 2008 dua orang anak
muda Islam di Amerika telah membuat siri video bertajuk ‘The Arrivals’ membongkar kegiatan
dajjal ini. Video ini mendapat seluruh dunia dan masih boleh dilihat di YouTube
di Internet.
Imam Ali juga
menyebutkan dalam hadis, semasa menyebut tanda sebelum kemunculan Al Qaim (Imam
Mahdi as) menyatakan, “Kaum Rom mengalahkan kaum Sham dan orang-orang Armenia
adalah yang beroleh kejayaan.” Dan berteriaknya penjerit di Iraq, di situlah muncul
bendera Dajjal terlaknat (bendera Amerika – perang Iraq).
Kemudian beliau
menyebutkan kemunculan Qaim as, hal 29 – Mu’jam Ahadith Imam Al Mahdi. Sangat
jelas nyhata bendera itu adalah symbol Negara, yang menunjukkan sifat jahat
mereka. Dan teriakan dari Iraq adalah kemunculan bendera dajjal, yang jelas
merujuk kepada penjajahan Amerika di Iraq. Ini menjadi semakin jelas di dalam
hadis yang menyebut kemasukan Dajjal ke Iraq melalui pergunungan Sanam, Basrah.
Ini berdasarkan hadis
Nabi saw dalam Kitab Mu’jam Ahadith Imam Mahdi (AS), halaman 63 dan juga dalam
kitab al Fitan tulisan Ibnu Hamad:
Baginda bersabda, “Tempat
pertama yang menerima ketibaan Dajjal adalah Sanam, dan ia adalah pergunungan
berhampiran Basrah, iaitu tempat pertama dimasuki Dajjal.”
Dan fakta yang
diketahui adalah tentera Amerika memasuji Iraq (Perang Teluk - Saddam) melalui
Kuwait, dari pergunungan yang disebutkan.
Macam mana pun, kita
sedang hidup di zaman kezuhuran (Imam Mahdi), dan kita sedang melihat
penjajahan Iraq oleh Amerika, Dajjal Besar di hadapan mata kita sendiri. Dan
dengan mengetahui polisi Amerika, ia memberi kita peluang yang jarang
diperolehi untuk memahami simbol-simbol yang menjadi ciri-ciri Dajjal yang
disebutkan…
Dajjal bermata satu gambar
di dalam mata wang kertas Amerika. Dan bagaimana ia datang dengan segunung roti
atau makanan dan segunung api. Langkah keldainya adalah beberapa batu… (kepantasan
kenderaan) Antara telinganya adalah beberapa batu…(perisikannya) di dahinya tertulis ‘kafir’… Ia akan menyeru
kepada kalangan mereka, “Datanglah kepada ku wahai yang terpilih: Aku adalah
Tuhan mu yang maha tinggi …..
Bermacam-macam lagi
kata-kata Bush (Pres. Amerika ketika serangan Iraq) kononnya demi arahan Tuhan.
No comments:
Post a Comment