Sunday 27 January 2019

Kuliah 03 2019 02 00 Melaka



Kuliah 03 2019 02 00 Melaka





Al-Tauhid adalah Mengesakan Allah SWT sebagai matlamat yang agung, dan dari Imam Ahmed Hassan (as):

Dan Tauhid Hakiki tidak dicapai dengan lafaz kata-kata dan makna sahaja, sebaliknya ia dicapai dengan beramal dan ikhlas kepada Allah SWT sehingga hamba itu menjadi wajah Allah Yang Maha Suci, di Bumi-Nya, atau Allah di dalam Penciptaan.


إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا

Sesungguhnya Kami telah membukakan kepadamu pembukaan yang nyata,
[Al-Fath 48:1]

Alam-alam lengkung menaik ada tiga cahaya, pada martabat Muhammad (S) ada tiga,

1.    Sebelum terbukanya hijab (tabir) - sebelum lenyap (fana’)
2.    Selepas terbukanya hijab - lenyap (fana’),
3.    Kembali semula setelah lenyap (fana’). dan selepas kedatangan semula hijab. Al-Ana wa Al-Syakhshiyah

Ia hilang lenyap (fana’) di antara fana’ pada Zhat Ketuhanan dan
yang kekal hanya Allah Al-Wahid Al-Qahhar,
dan kembali semula kepada keperibadian keakuan (Al-Ana wa Al-Syakhshiyah).


Alam-alam lengkung menurun (3 kegelapan) – Imtihan - ujian

1.    Alam Al-Zhar,
2.    Alam Al-Dunia,
3.    Alam Al-Raj’ah


يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ خَلْقًا مِّن بَعْدِ خَلْقٍ فِي ظُلُمَاتٍ ثَلَاثٍ
                                                             

Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan.  [Al-Zumar 39:6]



·       Ini adalah enam martabat dalam lengkung menaik dan menurun mewakili semua kewujudan, dan
·       sebagai tajalli cahaya di dalam kegelapan, dan kemunculan (zahir) pada kewujudan cahaya dalam kegelapan,
·       dan ia adalah (huruf) Wau menurun dan Wau menaik,
·       yang merujuk kepada enam hari dan enam martabat. (Lihat gambaran pada sumber di bawah).

(واو) Wau menurun.
(واو) Wau menaik.

·       Bulatan di bahagian atas Wau menunjukkan ketidakpastian (kehairanan) dalam lengkung menaik dan
·       ia adalah kehairanan dalam cahaya; kerana tidak mengetahui dan mengenal (makrifat) cahaya sepenuhnya, yang tiada kegelapan di dalamnya,
·       iaitu, makrifat Allah SWT sepenuhnya dan lengkap,
·       maka jadilah martabat lengkung menaik ianya adalah:
                         I.          sebelum Pembukaan, dan
                        II.          selepas Pembukaan dan fana’nya,
                      III.          dan yang ketiga ialah untuk kembali semula kepada keperibadian keakuan (Al-Ana wa Al-Syakhshiyah) selepas fana’ (lenyap). .

sambung ke Kuliah 02 - 2019 01 18



Wednesday 16 January 2019

Kuliah Umum: 2019 01 18 - JB



Kuliah Umum: 2019 01 18 - JB
Memahami - Mengenal Penciptaan
1.    Memahami -  Mengenal Pencipta (Al-Khaliq) dan penciptaan (Al-Khalq) mengikut martabat dan kedudukan
a.    Huwa Allah Al-Ahad Al-Shamad - Tauhid
DIA Allah Yang Maha Esa Yang Lengkap KekayaanNya – Tempat berhimpun segala kehendak

﴿فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ﴾

{Maka Terpujilah Allah, Sebaik-baik dari Pencipta-pencipta.} [Surah Al-Mu'minuun 23:14]
Perkongsian istilah – ungkapan - sifat
b.    Kita mesti bezakan martabat Al-Lahut Al-Mutlaq (Ketuhanan mutlak) dan Al-Lahut dalam Penciptaan
﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾
{Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.} [Al-Zhariyat 51:56] 

Kata Imam Ahmad Al Hasan (as): Iaitu mengenalKu


كنت كنزاً لا أعرف، فأحببت أن أعرف فخلقت خلقاً فعرفتهم بي فعرفوني

Aku adalah perbendaharaan yang tidak dikenal, kemudian Aku ingin dikenal, maka Kuciptakan makhluk untuk mereka mengenaliku, maka merekapun mengenal-Ku


2.    Penciptaan Pertama – Tajalli – bayangan – cerminan – kenyataan
Allah adalah Nur (cahaya) Tanpa kegelapan
mencupta PenciptaanNya – Tiada suatu pun yang sekufu, sebanding denganNya

﴿وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ﴾
Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. [Al-Qalam 68:4] [88]


·       Nur Pertama
·       Roh Pertama
·       Aqal Pertama

Rasulullah (S) bersabda kepada Ali (as)

»ما خلق الله خلقا أفضل مني ولا أكرم عليه مني

("Allah tidak menciptakan ciptaan yang lebih baik daripada ku dan yang tidak lebih mulia padanya daripada ku. "

Pada penciptaan Al-3aqal dan Al-Jahil, disusun maqam-maqam makhluk di antara keduanya (Al-3aqal dan Al-Jahil), semua makhluk menurut hal masing-masing. Kemudian Allah mencipta Adam (as) dan semua keturunannya di Alam Al-Zhar, dan setiap seorang daripada mereka mempunyai maqam-maqam mengikut halnya, iaitu bergantung kepada betapa cepat ia membuat jawapannya, menurut gerak isyarat (perhatian) dirinya dan kelalaiannya terhadap Tuhannya.

Dari Nur dan Roh Muhammad (S) diciptakan alam-alam dan makhluk-makhluk lain



·       Alam Al-Lahut,
·       Al-Lahut Al-Mutlaq dan Al-Lahut Fi Al-Khalq
·       Madinah Kamalaat – Zhat Allah
·       Tajalli Allah
·       Alam Jabarut
                                   I.  Siradiq 3arasy A3dzam
                                 II.  3arasy A2dzam
                               III.   Al-Kursiy
·       Alam Aqal (Al-Kulliyah)
                                   I.  Langit ke 7
·       Alam Malakut,
                                   I.  3arasy 3adzim - Langit 7 ke Langit dunia dan akhirat

·       Langit dunia dan akhirat
                                   I.  Langit Pertama (bersifat malakut)
                                                           i. Alam Zhar - Al-Mitsaq (Persetiaan – Ujian 1)
                                                          ii. Syurga Adam – dunia -
                                                         iii. Alam Raj3ah
                                 II.  Alam Malak (Alam Jasmani - Ujian 2)
Bumi
                               III.  Alam akhirat



yang patut difahamkan; adalah setiap Alam mempunyai peraturannya tersendiri,
Alam Malak pula adalah Alam Jisim-jisim kebendaan padat,
Alam Malakut itu ialah alam mitsal-mitsal halus,
sementara Alam Aqal adalah alam cahaya dan hakikat, tanpa jisim-jisim dan mitsal-mitsal, ia hanyalah hakikat-hakikat dan cahaya-cahaya bertindih antara satu sama lain yang seimbang (tidak berat sebelah) antara satu sama lain.

Adakah tujuh lapis bumi-bumi di bawah bumi ini tempat di mana kita hidup?
Jawapannya: Langit-langit di atas Bumi atau Bumi-bumi Lain di bawah Bumi, bukanlah di atas atau di bawah pada tempat (ruang), tetapi ia bermakna bahawa Bumi-bumi lain itu adalah pada martabat yang paling rendah dalam penciptaan daripada Bumi, iaitu kegelapannya lebih dari kegelapan Bumi.

Sebagai contoh, Jibril (as) dalam Alam Malakut tubuhnya sesuai dengan kehalusan Malakut, tetapi jika dia mahu muncul ke alam dunia kebendaan seperti ia datang menyerupai Dahyah Al-Kalbi salah seorang sahabat Rasulullah (S) atau menyerupai seekor burung ... dan sebagainya, apabila kembali ke Malakut kembali kepada jisim Malakut; kerana benda=benda tidak wujud dalam Alam Malakut, kerana setiap Alam mempunyai peraturannya yang tersendiri.

Telah diriwayatkan bahawa Allah menciptakan langit dan bumi dari Nur Mohammad (S), Ali (as) Fatimah, Al-Hassan dan Al-Hussein (as),

Dari Al-Rasul Muhammad (S), baginda bersabda:
(... Apabila Allah hendak mencipta ciptaanNya diambil
dari Nur ku lalu mencipta darinya Arasy Jadi Arasy itu daripada Nur ku, dan Nur ku dari Nur Allah,
dan Nur ku lebih utama daripada Arasy,
kemudian diambil dari Nur saudara ku Ali dicipta daripadanya malaikat Jadi malaikat itu daripada Nur Ali, dan Nur Ali dari Nur Allah, dan lebih utama dari para malaikat,
kemudian diambil dari Nur anak perempuan ku, lalu dicipta langit-langit dan bumi darinya, Jadi langit-langit dan bumi daripada Nur anak ku Fatimah, dan Nur anak ku Fatimah daripada Nur Allah, dan anak ku Fatimah lebih utama dari langit-langit dan bumi,
·       3 Tunggak Hidayah - kata Jibrail as
·       atau Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung (Nya) , dan
·       tiang (Kota Kesempurnaan Ketuhanan), Allah SWT, dan pintu itu : Al-Rahman dan Al-Rahim.
·       Dan kemunculan nama-nama ini di kalangan makhluk ciptaan adalah dengan Muhammad, Ali dan Fatimah. Muhammad adalah Tajalli Allah pada penciptaan, dan Ali adalah Tajalli Al-Rahman, dan Fatimah adalah Tajalli Al- Rahim pada penciptaan.
kemudian diambil dari Nur anak ku Al-Hassan, lalu dicipta darinya matahari dan bulan, jadi matahari dan bulan daripada Nur anak ku Al-Hassan, Nur Hassan daripada Nur Allah, dan Al-Hassan adalah lebih utama daripada matahari dan bulan,
dan kemudian diambil dari Nur anak ku Al-Hussein lalu dicipta darinya Syurga dan Hur Al-‘Ain (bidadari-bidadari bermata jeli), jadi syurga dan Hur Al-‘Ain daripada Nur anak ku Al-Hussein, dan Nur anak ku Al-Hussein dari Nur Allah, dan anak ku Al-Hussein adalah lebih utama daripada Syurga dan Hur Al-‘Ain...) Bihar Al-Anwar:. Jilid 51 halaman 10.

Allah menciptakan langit dan bumi, dari Nur Fatimah (as), oleh itu dalam mempertimbangkan persoalan ini tidak mungkin bagi Fatimah (as) untuk masuk ke dalam langit-langit dan bumi, kerana langit-langit dan bumi adalah sebahagian (juzuk) daripada Nur Fatimah (as) !!!

Malah, mereka hidup di atas bumi dan mati dan dikuburkan di dalamnya, maka soalan ibi tidak betul pada asasnya, untuk mengandaikan (memahami) bahawa peraturan alam kebendaan adalah sama dengan peraturan alam-alam yang lebih tinggi.
Bahkan dalam peraturan alam kebendaan mungkin bagi sesuatu juzuk (sebahagian) mengandungi keseluruhan daripada bahagian tertentu, misalnya cermin, kanta mata atau kamera adalah bahagian yang sangat kecil yang tidak boleh diabaikan dari alam ini, tetapi cermin, mata atau kamera boleh terkandung (merakam) alam keseluruhannya dari segi imej, Maka janganlah bertanyakan sesuatu yang menghasilkan waham (kekeliruan) yang tidak bertanggungjawab..


Muhammad (S) adalah Khalifah Allah yang hakiki untuk mencapai Tujuan Penciptaan ini, dan dengannya Allah dikenali. 

﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَىٰ شَهِدْنَا أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ﴾


{Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap perkara ini."} [Al-A3raaf 7:172] 

﴿وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ﴾

Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. [Al-Qalam 68:4] [88]


لا إله الا الله 
(tiada Tuhan melainkan Allah) dan bahawa kita adalah hamba dan bukan tuhan-tuhan untuk disembah bersama-Nya atau tanpa-Nya.

Oleh itu, apabila mereka melihat bahawa hal kita menjadi lebih besar, kita berkata
 الله أكبر
  - Allahu Akbar (Allah Maha Besar), supaya malaikat mengetahui bahawa Allah terlalu Agung yang tidak lain daripada Dia boleh mempunyai hal kebesaran ini.

Oleh itu, apabila mereka melihat apa yang diberikan Allah kepada kita daripada Kebesaran dan Kekuatan, kita berkata:
 لا حول ولا قوة إلا بالله – 
La hawla wala quwwata illa Billah (tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah) supaya malaikat mengetahui bahawa kita tidak mempunyai apa-apa daya atau kekuatan melainkan dengan Allah.

Oleh itu, apabila mereka melihat nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita dan mewajibkan kepada kita dengan mengenakan ketaatan kepada kita, kita berkata:

- Alhamdu lillah (Segala puji bagi Allah), supaya malaikat mengetahui apa hak Allah kepada kita dari mengingatiNya dengan memuji-Nya atas nikmat-Nya, maka malaikat berkata: Alhamdu lillah (Segala puji bagi Allah), oleh itu dengan kita mereka telah dibimbing kepada makrifah Tauhid Allah dan bertasbih (mensucikan)-Nya, bertahlil (berpaling memperTuhankan)-Nya, bertahmid (memuji)-Nya dan bertamajid (memuliakan)-Nya.

﴿ إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرٌ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ﴾

{Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.} [69]

1.    Tidak aku jadikan .........?
2.    Bagaimana kamu mengenal Allah dengan Allah?
3.    Sesiapa Mengenal diri Akan Mengenal Allah. 
4.    Sesiapa Mengenal Kamu (Muhammad) Akan Mengenal Allah


Di muka bumi ini, lebih besar syukur seorang hamba itu, lebih besarlah sokongan daripada Allah swt kepada hamba ini mengikut kesyukuran ini. Jadi rahmat atas hamba-hamba hampir dengan Allah akan menjadi lebih besar, dan amalan dan kesyukuran mereka akan menjadi rahmat yang baru, yang dengan sendirinya memerlukan kesyukuran. Dan puji syukur ini adalah dengan bantuan dari Allah swt, dan dengan kuasa-Nya dan kekuatan-Nya, kerana ia adalah satu rahmat yang baru yang lebih besar daripada sebelumnya yang memerlukan ucapan puji syukur yang lebih besar, dan sebagainya sehingga Yang Maha Pemurah mengasihani mereka dengan kemurahan-Nya,

Jika kita menganggap bahawa jiwa (diri) insan adalah cermin yang menyimpan keupayaan untuk memantulkan Shurah Al-Lahut (imej ketuhanan). Maka imej ketuhanan dalam cerminan ini akan menjadi lebih sempurna dan lebih jelas sejauh mana mengarah ke cermin ini kepada Al-Lahut. Maka yang mengarahkan dengan sepenuhnya cerminan akan memantulkan Shurah (imej) sepenuhnya Al-Lahut, dan yang kurang mengarah ke cermin keseluruhan cermin, akan terbataslah Shurah Al-Lahut yang dipantulkan dalam cermin kewujudannya mengikut kekurangannya.

[Doa Ma'rifah Zaman Ghaibah]

اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ نَفْسَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ نَفْسَكَ لَمْ اَعْرِفْ رَسُوْلَكَ ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِى رَسُوْلَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَمْ تُعَرِّفْنِىْ رَسُوْلَكَ لَمْ اَعْرِفْ حُجَّتَكَ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ حُجَّتَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ حُجَّتَكَ ضَلَلْتُ عَنْ دِيْنِىْ
                                                    

Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku akan sesat dari (mengenal) agamaku


Ruh Al-Qudus pada Martabat


Thursday 3 January 2019

Kuliah 01 - 2019 01 05


Kuliah 01 - 2019 01 05

Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menginginkan ketinggian...


Salah seorang saudara (Ansar) telah melontarkan sebahagian permasalahan kepada Imam Ahmad Al Hassan a.s, lantas Imam a.s berkata di dalam nasihatnya:

(...Adakah kamu menyangka kesibukan aku hanya pada kalian sahaja? kebanyakan manusia akan binasa dan mereka berada di atas kesesatan serta berpergian masuk ke dalam neraka. Manakala setiap seorang daripada kamu pula sibuk dengan dirinya sendiri setiap seorang dari kamu melaungkan "ANA"?!
·       Mengenal Hujah Allah
o   3arafa rabbak
o   Tugas menentang Iblis
·       manusia akan binasa kerana kesesatan - ke neraka
·       Al-Ana
o   Ananiyah – Keakuan – Kepentingan diri
o   Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata
o   Wasiat Al-Rasul -

Aku tidak memerlukan banyak tutur kata (alasan), aku mahukan sedikit amal (kerja) daripada kamu.

o   Langsung

Amal-amal kamu didedahkan kepada kami dan pada amal tersebut setiap orang meneriakkan "ANA", kenapa kalian tidak berjuang memerangi diri kalian? Tidakkah kalian malu dengan Allah, Muhammad, Ali dan keluarga Muhammad alaihimussalam?! Semuanya, semuanya, semuanya.

o   Sebelum, semasa selepas Fath

Demi Allah, yang akan membuatkan anak kecil beruban kepalanya?? Adakah kamu membantu?? Aku katakan kepada kamu binasalah kebanyakan manusia!! Kalian tidak takutkan kematian, sebaliknya melaungkan ANA, ANA, ANA!! Siapakah yang memberikan kalian keselamatan dari kebinasaan mereka dan kalian pula sibuk meneriakkan ANA, ANA, ANA?!

o   Kedahsyatan Kiamat kecil dan besar
o   Syafaat

Ketikamana saudara tersebut ingin menerangkan sebab-sebab yang mengharuskan tindakannya, Imam a.s berkata: Baiklah, Malaikat tidak menyalinnya, apa yang harus aku perbuat dengannya?!

Kemudian Imam a.s berkata lagi: Nasihatku buat kamu berdasarkan firman Allah Taala:

تِلۡكَ ٱلدَّارُ ٱلۡأَخِرَةُ نَجۡعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّ۬ا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فَسَادً۬ا‌ۚ وَٱلۡعَـٰقِبَةُ لِلۡمُتَّقِينَ


Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menginginkan ketinggian diri dan tidak juga kerusakan di [muka] bumi. Dan kesudahan [yang baik] itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Al Qasash: 83)
      
Tadabburlah, fahamilah ayat ini dan jauhilah dari mengikut hawa nafsu kalian, dan kemenangan atas kebenaran itu adalah untuk diri kalian sendiri.

Apabila kalian secara praktiknya ingin menjadi pembantu kepada kebenaran, maka beramallah dengan ayat ini. Jika tidak Allah akan menggantikan kalian dengan kaum (orang) selain kamu, yang kemudiannya tidak akan menjadi seperti kalian. Kalian mengetahui, mereka berdekatan dengan kalian dan hampir tiba waktu mereka. Maka bertakwalah kepada Allah dan bunuhlah diri kalian dan hawa nafsu kalian, serta bantuilah Tuhan kalian.

تِلۡكَ ٱلدَّارُ ٱلۡأَخِرَةُ نَجۡعَلُهَا

"Negeri akhirat itu, Kami jadikan":

Allah tidak pernah memfirmankan "bahagian kamu dari negeri akhirat" dan juga tidak memfirmankan "Kami jadikan baginya bahagian dari negeri akhirat". Tetapi berfirman: "Negeri akhirat itu, Kami jadikan," iaitu negeri akhirat dan apa yang ada di dalamnya dijadikan untuk mereka yakni mereka adalah tuan-tuan akhirat. Mereka adalah Keluarga Muhammad alaihimussalam dan syiah mereka yang khusus. Maka beramallah untuk menjadi dari kalangan mereka, jika tidak aku tidak ingin untuk melihat rupa-rupa bentuk kalian, sedangkan kalian adalah pengikut hawa nafsu kalian.

o   untuk mereka tuan-tuan akhirat
o   beramallah untuk menjadi dari kalangan mereka


Di penghujung ayat, Allah Taala berfirman:
 وَٱلۡعَـٰقِبَةُ لِلۡمُتَّقِينَ, bermaksud: Dan kesudahan [yang baik] itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. Orang-orang yang bertakwa itu adalah Keluarga Muhammad alaihimussalam. Imam Sadiq (a.s) telah berkata kepada orang yang membaca: وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا yang bermaksud, dan jadikanlah orang-orang bertakwa sebagai Imam bagi kami: (mereka telah meminta sesuatu yang amat besar, yang mana ia adalah: dan jadikanlah orang-orang muttaqin sebagai Imam buat kami). (Tafsir Al Qummi, jilid 1, ms 10 dan Bihar Al Anwar, jilid 24, ms 133-134)

Maka apakah perkara yang seseorang itu perlu lakukan untuk menjadi dari kalangan mereka?

لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّ۬ا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فَسَادً۬ا‌

Mereka tidak menginginkan ketinggian diri dan tidak juga kerusakan di [muka] bumi, kalian tidak menginginkan ketinggian dan juga tidak menginginkan kerosakan?? Adakah kamu mengetahui makna ayat ini? iaitu tidak terlintas di hati kamu bahawa kamu adalah lebih baik dari yang lain dan tidak melebihkan diri kamu ke atas yang lain.

Mereka tidak menginginkan ketinggian diri dan tidak juga kerusakan di [muka] bumi...mereka juga tidak menginginkan kerosakan dan bukannya tidak melakukan kerosakan. Di dalam ayat lain Allah Taala berfirman:

وَلَا تُفۡسِدُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ بَعۡدَ إِصۡلَـٰحِهَا

Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah [Allah] memperbaikinya. (Al A'raaf: 56)

Adapun di dalam sebelum ini bukanlah berbunyi "janganlah mereka membuat kerusakan", tetapi dinyatakan "mereka tidak menginginkan kerosakan" iaitu tidak terlintas di hati mereka kerosakan dan juga tidak terlintas di hati mereka akan kerosakan. Di manakah kalian dalam perkara ini???

Bertakwalah kepada Allah dan sibukkanlah diri kalian dengan memperbaiki diri kalian sendiri, setiap seorang dari kalian melihat dirinya sebai sebaik-baik makhluk, bahawa dia lebih utama dari keseluruhan ansar, atau lebih utama dari sebahagian ansar?!!

Inilah nasihatku buat kalian dan maafkanlah aku atas ketegasanku terhadap kalian.

Diceduk dari kitab Ma'al Abdus Soleh oleh Imam Ahmad Al Hassan a.s, ms 102-104.