Friday 19 July 2019

Lampiran Kuliah 8 Alam


Lampiran Kuliah 8 Alam

Manusia Dan Lapan Alam-alamnya ...
·       Penciptaan
·       Imtihan
         
1.    Alam Al-Zhar
a.    Al-Muzni
2.    Alam Tanah (Al-Turab) 
a.    Unsur tanah
3.    Alam Sulbi
4.    Alam Rahim
5.    Alam Dunia
6.    Alam Barzakh
a.    Apa Barzakh
7.    Alam Kebangkitan dan Alam Perhimpunan
a.    Al-Raj.ah
8.    Alam Akhirat


Al-Muzni

﴿أَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنزِلُونَ﴾

Kamukah yang menurunkannya dari Al-Muzni atau Kamikah yang menurunkannya? [Al-Waqi3ah 56:69] 

عن ابي عبد الله (ع) قال :
إنّ الله إذا أراد أن يخلق المؤمن من المؤمن , والمؤمن من الكافر بعث ملكاً فأخذ من ماء المُزُن فألقاها على ورقة فأكل منها أحد الأبوين فذلك المؤمن منه .

Diriwayatkan bahawa Abi Abdillah (AS) berkata:
Sekiranya Allah ingin mencipta mukmin dari mukmin, dan orang mukmin dari orang kafir diutus seorang malaikat, dia mengambil dari air Al-Muzni ditemukan (diletakkan) di atas sehelai daun dan dimakan oleh salah seorang dari  ibu bapa maka jadilah orang mukmin darinya.

Mitsaq dan 3ahd


"Kemudian persetiaan (Al-Mitsaq) diambil atas para nabi, maka Dia SWT berkata: 
1.    “Bukankah Aku Tuhan kamu?
2.    Dan bahawa Muhammad ini RasulKu?
3.    Dan Ali ini Amir Al-Mukminin (Ketua Orang Beriman).” 
Mereka berkata: Bahkan. Maka kenabian mereka telah disahkan, dan persetiaan (Al-Mitsaq) diambil atas Uulu Al-3azm:

1.    Bahawa Akulah Tuhan kamu, dan
2.    Muhammad adalah RasulKu, dan.
3.    Ali adalah Amir Al-Mukminin, dan
4.    Aushiak selepasnya adalah Wilayah UrusanKu dan Khazanah IlmuKu (as), dan bahawa
5.    Al-Mahdi yang akan monolong agama Ku dan memenangkan daulahKu dan membalas bela musuh-musuh Ku, dan supaya Aku disembah dengan sukarela atau terpaksa.” 


Maka mereka berkata: “Kami mengakui, wahai Tuhan kami, dan kami menyaksikannya.” Adam tidak menafikan, dia tidak mengakuinya untuk mengitsbat (mengesahkan) kebesaran kelima-lima perkara mengenai Imam Mahdi. Adam tidak mempunyai keazaman untuk berikrar (mengakuinya). Itulah Firman-Nya Azza waa Jalla:  وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا - {Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa, dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat.}, [Thaha 20:115]. Beliau berkata: Sebaliknya, ia adalah kepadanya: sehingga dia meninggalkannya... " Al- Kafi jilid 2, halaman 8


Al-Barzakh


Golongan manusia dari berbagai golongan (kelas) yang berbezahda, dan mempunyai Barzakh mereka sendiri.

Maka lainlah pula keadaan para Nabi, Aushiak, dan Auliyaa Allah SWT, yang tidak sama keadaan yang berlaku pada orang-orang mukmin yang melakukan perbuatan maksiat. Dan lainlah pula keadaan yang berlaku pada orang-orang kafir seperti keadaan para pemimpin kufaar dan perosak seperti Namrud yang menentang Nabi Allah Ibrahim (as), dan Firaun yang menentang Nabi Allah Musa (as), dan seperti Hananiah (Chananyah) dan Kayafa (Caiaphas) ulama orang-orang Yahudi yang tidak beramal yang menentang Nabi Allah Isa (as).

Dan mungkin mereka yang mati dalam Barzakh boleh menziarahi orang hidup dan yang mati dengan izin Allah, dan mereka makan dan minum apa yang sesuai dengan alam mereka yang diturunkan (diberikan) dan yang sesuai dengan amalan mereka sebelumnya. Dan orang yang beriman sebahagian mereka mendapat manfaat daripada kerja-kerja baik (kebajikan) yang dilakukan kepada mereka oleh orang yang beriman dalam kehidupan alam ini. Dan saya secara peribadi melawat pusara bapa saya tahun lalu dan beliau bercakap kepada saya dari kubur dan saya mendengar suaranya.

Dan banyak orang hidup melihat orang mati menziarahi mereka dalam rukya, iaitu semasa tidur.

Bagi para nabi dan Aushiak di Barzakh pasti mereka terus bekerja pada apa yang telah diperintahkan Allah kepada mereka, dan mereka mempunyai amalan-amalan dan kesan di alam ini dan di alam yang lain. [154]


Al-Raj.ah

• Mukhtashar Basha'ir Al-Darajat: «Diberitahu padaku Al-Syeikh Abu Abdillah Muhammad bin Makki dengan isnadnya dari Ali bin Ibrahim Ibn Hashim pada mentafsirkan Al-Quran Al-Aziz kataya: Dalam menjawab kepada mereka yang menafikan Al-Raj’ah Allah AWJ berfirman

وَيَوْمَ نَحْشُرُ مِن كُلِّ أُمَّةٍ فَوْجًا
Dan pada hari Kami kumpulkan dari tiap-tiap umat segerombolan besar [27:83]

Ali bin Ibrahim berkata: Diberitahu padaku oleh bapaku dari Ibn Abi ‘Umair dari Hamad, dari Abi Abdillah (as), beliau berkata: Apa yang orang katakana pada ayat ini: 
وَيَوْمَ نَحْشُرُ مِن كُلِّ أُمَّةٍ فَوْجًا
Dan pada hari Kami kumpulkan dari tiap-tiap umat segerombolan besar.
Aku berkata: mereka mengatakan ia adalah hari Kiamat. Beliau berkata:. Ia bukan sebagaimana yang mereka katakan, Bahawa ia adalah Al-Raj’ah, Allah akan mengumpulkan pada hari Kiamat dari tiap-tiap umat segerombolan besar dan meninggalkan yang lain?! Adapun ayat hari Kiamat:

﴿وَحَشَرْنَاهُمْ فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا﴾

Dan Kami kumpulkan seluruh manusia, dan tidak kami tinggalkan seorangpun dari mereka.».[Al-Kahf 18:47] 




Thursday 18 July 2019

Kuliah 20/27 07 2019


Manusia Dan Lapan Alam-alamnya ...

اللهم صلي على محمد وال محمد الائمة والمهديين وسلم تسليما 

السلام عليكم ايها الاخوة ورحمة الله وبركاته 

Saudara-saudara ansar sekelian:

Allah SWT berfirman di dalam KitabNya yang mulia

بسم الله الرحمن الرحيم

لقد خلقنا الإنسان في أحسن تقويم

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya....[Al-Tin 95:4] 


Dari ayat yang mulia ini memperkatakan tentang penciptaan manusia ... Kami akan membawakan tajuk penciptaan manusia dan asal-usulnya dan apakah alam-alam yang dilalui oleh manusia sejak penciptaan yang pertama sehingga yang terakhir, sama ada kamu akan berada di neraka dan Sa’eir, - kita berlindung dengan Allah - atau berada di bentangan langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa yang dijadikan Allah dan kamu akan masuk ke dalamnya berbondong-bondong  ...

Pada hakikatnya, terdapat lapan alam-alam yang akan manusia lalui dan kita boleh memanggilnya lapan darjat atau kedudukan, atau peringkat yang akan dilalui manusia dalam kewujudannya di Al-Zhar, duniawi dan ukhrawi ...... beralih di setiap darjat dan peringkat dari pakaiannya diliputi lendir hingga pakaian yang sewajarnya " Dengan demikian. ,, sama seperti manusia itu menanggalkan pakaiannya dan menukarnya mengikut keperluan tempat dan masa, mengikut sejuk dan panas dan sebagainya yang berubah-ubah untuk memanggilnya ..

Maka manusia dalam lapan pergerakannya di setiap alam, termasuk hal-hal yang istimewa, dan sekarang kita berada di alam dunia dan telah mencapai alam kelima dan masih ada di hadapan kita tiga alam lain yang akan ditunjukkan kemudian.

Saudara-saudara ansar sekelian:

Ini adalah pengenalan ringkas kepada lapan alam-alam yang memerlukan pernyataan dan penyelidikan yang panjang untuk mengetahui semua petunjuk-petunjuknya tetapi cukuplah bagi kita hanya mendedahkan kesimpulan alam-alam ini yang telah dikhabarkan oleh Al-Quran Al-Karim tentang lapan alam ini, dan dinyatakan oleh Rasulullah Muhammad (S) dan Para Imam maksum dari Aali Muhammad (as) ...

Berikut ini adalah alam-alam mengikut susunan:


Alam pertama adalah Alam Al-Zhar


Allah berfirman di dalam Al-Quran Al-Karim

وَإذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ انَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ

Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah (lupa) terhadap ini", [Al-A3raf 7:172] 

 Zararah berkata: Aku bertanya Abi Ja`far (as) tafsir ayat yang mulia ini

Dia berkata: "Akan Keluar dari sulbi Adam hingga hari kiamat, Mereka keluar seperti Al-Zhar (zarrah), dan mereka akan mengenal dan melihat diri mereka sendiri, walaupun tidak ada seorangpun yang mengenal Tuhannya". . . .

Dari Imam Al-Shadiq (as) dalam mentafsirkan ayat yang mulia ini, beliau berkata:

Dan Allah berfirman kepada orang-orang yang diciptakan dalam alam Al-Zhar siapa Tuhan kamu?.


Yang mila-mula berbicara adalah  Rasul Allah (Muhammad (S)) dan Amirul Mukminin (Ali (as)) dan para Imam selepasnya: Mereka berkata: Engkaulah Tuhan kami, lalu dibawakan kepada mereka ilmu dan agama, dan Allah berfirman kepada para malaikat:

Mereka ini membawa ilmuKu dan agamaKu, dan amanahKu pada penciptaanKu dan mereka dipertanggung-jawabkan,

Kemudian Allah SWT berfirman kepada anak-anak Adam: "Akuilah Allah dengan Al-Rububiyah (Ketuhanan) dan kepada pihak mereka itu dengan wilayah dan ketaatan, Lalu mereka berkata: Tuhan kami, kami mengaku

Dan Allah berfirman kepada para malaikat, "Saksikanlah," dan para malaikat berkata, "Kami bersaksi agar di hari esok nanti mereka tidak akan mengatakan: Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lupa terhadap ini.

Saudara-saudara ansar sekelian... Ada banyak riwayat dari Ahlulbait yang menerangkan perlakuan permulaan penciptaan manusia dalam alam Al-Zhar dan apa yang berlaku di alam Al-Zhar.... Ia adalah alam pertama yang dialami oleh manusia melalui rantaian asal-usulnya


Alam kedua adalah Alam Tanah (Al-Turab


Allah SWT berfirman di dalam KitabNya yang mulia:
            
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ منْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ يُخْرِجُكُمْ طِفْلاً لِتَبْلُغُوا أَشُدَّكُمْ ثُمَّ لِتَكُونُوا شُيُوخاً وَمِنْكُمْ مَنْ يُتَوَفَّى مِنْ قَبْلُ َلِتَبْلُغُوا أَجَلاً مُسَمّىً وَلَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

((Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari titisan mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian kamu sampai kepada dewasa, kemudian kamu menjadi tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya).)). [Ghafir 40:67] 

Adalah diketahui bahawa asal-usul manusia adalah dari tanah liat – Thin - (dan inilah yang mendorong iblis (la) untuk ingkar perintah sujud terhadap Adam dengan membantah: Aku diciptakan dari api dan dia diciptakan dari tanah liat).

Dan tanah liat – Al-Thin - sebenarnya sesuatu dari tanah, oleh karena itu yang menjadi bahan mentah untuk tmembentuk tubuh manusia adalah tanah, titisan mani terbentuk di sulbi lelaki.. Dan begitu juga cairan yang dihasilkan oleh rahim perempuan ,,,
Dan kemudian titisan mani bersatu membentuk janin ,,,,, yang hakikatnya dari sari pati makanan yang dimakan, serta minuman, air dan cairan yang diminum oleh manusia sebelum itu.

Makanan yang dimakan dan minuman ini berasal dari (tumbuh-tumbuhan bumi), (zarrah - unsur tanah) (dan unsur-unsur galian - mineral) yang merupakan struktur unsur-unsur tanah bumi ini.

Oleh itu, asal usul tubuh manusia dalam kejadiannya ialah unsur-unsur zarrah dan sari pati tanah yang bergerak dipindahkan melalui makanan dan minuman dan menetap di dalam sulbi dan rahim.

Ini adalah alam tanah (Al-Turab) yang kita tahu dari mana asal-usul kejadian titisan mani (nuthfah) manusia.


Alam ketiga adalah Alam Sulbi


Allah berfirman:

فَلْيَنظُرِ الاْنسَانُ مِمَّ خُلِقَ * خُلِقَ مِنْ مَاءٍ دَافِقٍ * يَخْرُجُ مِنْ بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ .

"Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan? * Dia diciptakan dari air yang dipancarkan,* yang keluar dari antara tulang sulbi laki-laki dan tulang dada perempuan.. [Al-Thariq 86:5-7] 

Air mani keluar dari dari sulbi lelaki.dan ruas tulang belakangnya untuk bercampur dengan air perempuan yang keluar dari dada ke rahimnya.
         
Dan ayat tersebut memanggil (tulang rusuk - tulang dada perempuan) ,,, air lelaki dan perempuan kedua-duanya adalah berbeza, tetapi kedua-duanya bercampur sehingga disebut dalam ayat itu dengan perkataan tunggal (air yang dipancarkan) dan menyatakannya dalam yang lain dengan perkataan yang bercampur
انا خلقنا الانسان من نطفة أمشاج
(Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur)


Alam keempat, yang mendahului alam dunia, adalah Alam Rahim


Allah SWT berfirman:

هُوَ الَّذَي يُصَوِّرُكُمْ فِي الأّرْحَامِ كَيْفَ يَشَاءُ لا الَهَ الا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيم

((Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.)) [Aali Imram 3:6] 

Rahim wanita adalah wadah untuk tahap penciptaan deria manusia,.. dan melengkapkan organ-organ tubuh serta sisi rohani dan jiwa (diri) di dalamnya.

Peringkat penciptaan tubuh dan organ-organ telah disebut oleh Allah Taala

يا أيها الناس ان كنتم في ريب من البعث فانا خلقناكم من تراب ثم من نطفة ثم من علقة ثم من مضغة مخلقة وغير مخلقة لنبين لكم ونقر في الأرحام ما نشاء

((Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan, maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki.)). [22:5] 

Riwayat-riwayat melaporkan bahawa sifat-sifat diri juga dipindahkan kepada janin dan kanak-kanak dari ibu bapa. Sehingga Nabi bersabda (S) :
أنظر في أي شيء تضع ولدك فان العرق دساس. 

Lihat apa sahaja yang meletakkan anak kamu yang tumbuh dalam tulang akan keluar dalam daging
.
Dan diisyaratkan kepada hakikat ini bahagian dalam ziarah Imam Al-Hussein (as). Aku bersaksi bahawa engkau adalah cahaya dalam sulbi dan yang bercampur dan rahim-rahim suci tidak terkena najis jahiliyyah dengan najis-najisnya dan kamu tidak memakai pakaian yang suram.


Alam kelima adalah alam pertama di mana manusia akan keluar ke dunia ini dan dikenali alam ini sebagai Alam Dunia


Allah SWT berfirman:

انا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا انَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللهِ أَتْقَاكُمْ انَّ اللهَ عَلِيمُ خَبِير

(Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.) [Al-Hujurat 49:13] 

Alam dunia adalah rumah kita, dari mana kita bercakap sekarang, rumah yang dikenali ramai oleh penampilan dan keindahan dan yang dikenali oleh orang-orang mukmin yang benar secara dalaman –batin - dan terperinci.

Berkata Amirul Mukminin Iman Ali (as) Dunia adalah tempat lintasan dan Akhirat adalah tempat menetap maka ambillah laluan kamu ke tempat menetapmu,

Dan rahim wanita tempat bercocok tanam seperti firman Allah SWT: "Isteri-isterimu adalah tanah tempat kamu bercocok tanam," dan air mani seperti benih, dan anak-anak seperti tumbuhan,

Dan ada zaman muda, seperti pertumbuhan , dan masa dewasa sebagai kematangan, dan hari-hari tua seperti kekeringan dan kemarau, selepas keadaan-keadaan ini ianya mesti dituai ...

Dan ketahuilah saudara-saudara ansar sekelian, bahawa Alam Dunia adalah alam yang paling rendah yang diciptakan oleh Allah AWJ.

Dari Amirul Mukminin (as), beliau berkata: "Barangsiapa yang menginginkan dunia tidak akan mendurhakai Allah melainkan di dalamnya."


Alam keenam adalah Alam Barzakh


Untuk mengetahui makna Al-Barzakh "Kita mesti tahu makna mengikut bahasa terlebih dahulu, dan jika kita rujuk kitab-kitab bahasa kita dapati bahawa "Al-Barzakh"adalah: penghalang antara kedua-dua benda, dan mencegah kedua-duanya dari bencampur dan bergabung.

Ia disebut dalam Al-Quran pada tiga tempat, di antaranya”

Allah SWT berfirman di dalam KitabNya yang mulia:

﴿لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ﴾

"Agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding (Barzakh) sampal hari mereka dibangkitkan: [Al-Mukminun 23:100] 

Dalam Al-Quran, Allah menggunakan perkataan ini untuk menunjukkan bahawa ada alam lain yang memisahkan dunia dari akhirat yang dilalui manusia...

Hadits-hadits yang mulia seperti ayat ini mengesahkan bahawa "Al-Barzakh" adalah masa yang memisahkan di antara kehidupan manusia di alam dunia dan penciptaannya di alam akhirat, dari masa kematiannya hingga kebangkitannya pada Hari Kiamat.

Berikut kita merujuk kepada beberapa hadits yang menyebutkan Al-Barzakh:

1. Dari Amru bin Yazid, Aku berkata kepada Abi Abdullah (as) ... Dan apakah Al-Barzakh itu? Beliau berkata: "Kubur dari masa kematiannya hingga Hari Kiamat.

2. Imam Al-Shadiq (as) berkata: "(as) Al-Barzakh adalah kubur, dan itulah ganjaran di antara dunia dan akhirat.

Dan dalam pandangan Islam untuk alam Al-Barzakh dan kematian bukanlah akhir kehidupan, dan bahawa kehidupan bukanlah diakhiri dengan kematian, tetapi manusia dipindahkan dengan perantaraan kematian oada kehidupan lain, dan dari kehidupan di alam dunia ini ke alam lain yang dipanggil alam Al-Barzakh, yang menjadi perantara alam dunia dan akhirat.

Dan masih banyak hadits-hadits mengenai alam Al-Barzakh dan mempunyai banyak perkara yang terperinci jika kita pergi ke dalamnya, dan pada kedudukan ini, kita tidak dapat menangani semua perbahasan dan kitab-kitab tentang alam peralihan di antara dua alam ini. Maka kehidupan Al-Barzakh adalah pengantara kehidupan manusia dalam alam dunia dan kehidupannya dalam alam akhirat, dan memulakan hidup Al-Barzakh apabila roh manusia dicabut dari tubuhnya dan disimpan di kubur, ia terus berada di sana sehingga bangkitnya kiamat.


Alam ketujuh, Alam Kebangkitan dan Alam Perhimpunan


Allah berfirman

وَأَنَّ السَّاعَةَ آتِيَةُ لاَ رَيْبَ فِيهَا وَأَنَّ اللهَ يَبْعَثُ مَنْ فِي الْقُبُورِ 
(dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahwasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur.): [Al-Hajj 22:7] 

Allah berfirman sebagai membalas kepada orang-orang yang mendustakan hari mengembalikan kamu ke tempat kembali dan kembali kepada tubuh badan sebagaimana kita berada di dunia ini

وضرب لنا مثلا ونسي خلقه قال من يحي العام وهي رميم * قل يحييها الذي أنشأها أول مرة وهو بكل خلق عليم .

Dan ia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh?" * Katakanlah: "Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.. [Ya Sin 36:78-79] 



Dalam hadits, kita membaca kata-kata Nabi yang mulia (S:

لا يؤمن عبدا حتى يؤمن بأربعة: حتى يشهد ان لا اله الا الله وحده لا شريك له ، واني رسول الله بعثت بالحق ،وحتى يؤمن بالبعث بعد الموت، وحتى يؤمن بالقدر


Seorang hamba tidak beriman sehingga mempercayai empat oerkara: sehingga bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan KeEsaanNya tiada sekutu bagiNya, dan sesungguhnya aku adalah utusan Allah aku diutus dengan kebenaran, sehingga beriman dengan kebangkitan selepas kematian, dan sehingga beriman dengan Al-Qadar

Dan dari hadits oleh Imam Zain Al-Abidin
(as)
Adalah pelik dari segala yang pelik mereka yang menafikan kematian dan dia melihat orang mati siang dan malam, dan adalah pelik dari segala yang pelik menafikan kejadian akhirat, dan dia melihat penciptaan oermulaan

Alam Akhirat, terakhir dari lapan alam-alam ini

Alam kekal selama-lamanya, sama ada di Syurga atau di neraka

Allah SWT berfirman di dalam KitabNya yang mulia:

وَأَمَّا الَّذِينَ سُعِدُوا فَفِي الْجِنَّةِ خَالِدِينَ فِيهَا ما دَامَتِ السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ الاََّ مَا شَاءَ رَبُّكَ عَطَاءً غَيْرَ مَجْذُوذ

(Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam syurga, mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain); sebagai kurnia yang tiada putus-putusnya.) [Hud 11:108]      
             
Dari Abdul Salam Bin Saleh Al-Harawiy berkata: Aku berkata kepada Ali bin Musa Al-Redha (as): Wahai putera Rasulullah! Apa yang kamu katakan pada hadits yang diriwayatkan oleh ahli-ahli Hadits: Bahawa orang-orang yang beriman menziarahi Tuhan mereka dari rumah mereka di Syurga?

Dia (as) berkata: Ya Aba Al-Shalat! Bahawa Allah TWT melebihkan NabiNya Muhammad (S) dan keluarganya atas semua ciptaan-Nya dari para nabi dan para malaikat, dan menjadikan ketaatan pada baginda adalah taat kepada-Nya, dan berbai’ah pada baginda adalah bai’ah kepada-Nya, dan menziarihi baginda di dunia dan akhirat adalah menziarihiNya, Kerana Allah AWJ berfirman: Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah [Al-Nisa’ 4:80], Dan firmanNya
 الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّـهَ يَدُ اللَّـهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ ۚ 
Bahwasanya orang-orang yang berbai’ah kepada kamu sesungguhnya mereka berbai’ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, [Al-Fath 48:10]

 Dan Nabi (S) bersabda «Barangsiapa yang menziarihiku semasa hidupku atau selepas kematianku sesungguhnya telah menziarihi Allah», dan darjat Nabi (S) dan keluarganya di Syurga diangkat beberapa darjat, Barangsiapa yang menziarihi baginda pada darjat baginda di Syurga dari rumahnya sesungguhnya telah menziarihi Allah TWT.

Dia berkata: Aku berkata: Wahai anak Rasulullah! Apakah maksud khabar yang mereka meriwayatkannya: bahawa ganjaran La Ilaha Illa Allah adalah melihat wajah Allah?

Lalu dia (as) berkata: Ya Aba Al-Shalat! Bahawa barangsiapa yang menggambarkan wajah Allah dengan mengumpamakan wajahNya sesungguhnya dia telah kafir, tetapi wajah Allah adalah nabi-nabiNya, rasul-rasulNya dan hujah-hujahNya (selawat Allah ke atas mereka semua), mereka adalah orang-orang yang menghadap Allah AWJ, kepada agamaNya dan makrifah kepadaNya, Allah AWJ telah berfirman:
كُلُّ مَنْ عَلَيْها فانٍ * وَيَبْقى وَجْهُ رَبّكَ ذُوالْجَلالِ وَالإْكْرامِ
Semua yang ada di bumi itu akan binasa, * Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. [Al-Rahman 55:26] 
dan Allah AWJ berfirman:
كُلُّ شَيْءٍ هالِكٌ إلاّ وَجْهَهُ
Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali wajahNya. [Al-Qashash 28:88]

Maka akan melihat kepada nabi-nabi Allah, rasul-rasulNya dan hujah-hujahNya (as), pada darjat mereka sebagai danjaran yang besar bagi orang yang beriman pada hari kiamat.

Dan Nabi (S) telah berxabda:.

«Barangsiapa yang membenci Ahl Baitku dan ‘Itrahku tidak akan melihatku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat

Dan baginda (S) berxabda:

Ada di abtara kamu yang tidak dapat melihatku selepas berpisah denganku»,

Ya Aba Al-Shalat! Bahawa Allah TWT tidak dapat digambarkan pada tempat, dan tidak dapar dilihat oleh penglihatan dan khayalan.

Dia berkata: Aku berkata kepadanya: Wahai anak Rasulullah! Khabarkanlah padaku tentang Syurga dan Neraka, adakah keduanya hari itu adalah makhluk-makhluk (yang diciptakan)?

Dia berkata: Ya, dan bahawa Rasulullah (S) telah masuk Syurga dan melihat Neraka ketika baginda mikraj ke langit.

Dia berkata: Aku berkata kepadanya: Ada orang berkata: Hari kedua-duanya ini ditakdirkan bukannya makhluk-makhluk!
Lalu dia (as) berkata: mereka itu bukan dari kita/kami dan kita/kami juga bukan dari mereka, mereka menafikan penciptaan syurga dan neraka telah mendustakan Nabi (S) dan mendustakan kami, dan ia bukan dari wilayah kami sedikit pun, dan dia akan kekal dalam neraka jahannam, dan Allah AWJ berfirman
هذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي يُكَذِّب بِهَاالْمُجْرِمُونَ * يَطُوفُونَ بَيْنَها وَبَيْنَ حَمِيمٍ آنٍ .
Inilah neraka Jahannam yang didustakan oleh orang-orang berdosa. * Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air mendidih yang memuncak panasnya.. : [Al-Rahman 55:43-44] 

Berpeganglah kita kepada Allah dan bertakwalah kamu dan cukuplah kita dengan Allah dan berhati-hatilah dengan neraka Jahannam dan kepanasannya dan memberkati kita dengan nikmat syurga dan keindahannya ... dan ketahuilah bahawa untuk menjauhi neraka, hanya dengan berwalikan (wilayah) auliak Allah di buminya, hujah-hujahNya pada penciptaan-Nya, yang difardhukan ke atas kita ketaatan dan pimpinan dan perintah mereka dan berjalan di atas minhaj mereka ...

والحمد لله رب العالمين 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam



Sunday 27 January 2019

Kuliah 03 2019 02 00 Melaka



Kuliah 03 2019 02 00 Melaka





Al-Tauhid adalah Mengesakan Allah SWT sebagai matlamat yang agung, dan dari Imam Ahmed Hassan (as):

Dan Tauhid Hakiki tidak dicapai dengan lafaz kata-kata dan makna sahaja, sebaliknya ia dicapai dengan beramal dan ikhlas kepada Allah SWT sehingga hamba itu menjadi wajah Allah Yang Maha Suci, di Bumi-Nya, atau Allah di dalam Penciptaan.


إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا

Sesungguhnya Kami telah membukakan kepadamu pembukaan yang nyata,
[Al-Fath 48:1]

Alam-alam lengkung menaik ada tiga cahaya, pada martabat Muhammad (S) ada tiga,

1.    Sebelum terbukanya hijab (tabir) - sebelum lenyap (fana’)
2.    Selepas terbukanya hijab - lenyap (fana’),
3.    Kembali semula setelah lenyap (fana’). dan selepas kedatangan semula hijab. Al-Ana wa Al-Syakhshiyah

Ia hilang lenyap (fana’) di antara fana’ pada Zhat Ketuhanan dan
yang kekal hanya Allah Al-Wahid Al-Qahhar,
dan kembali semula kepada keperibadian keakuan (Al-Ana wa Al-Syakhshiyah).


Alam-alam lengkung menurun (3 kegelapan) – Imtihan - ujian

1.    Alam Al-Zhar,
2.    Alam Al-Dunia,
3.    Alam Al-Raj’ah


يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ خَلْقًا مِّن بَعْدِ خَلْقٍ فِي ظُلُمَاتٍ ثَلَاثٍ
                                                             

Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan.  [Al-Zumar 39:6]



·       Ini adalah enam martabat dalam lengkung menaik dan menurun mewakili semua kewujudan, dan
·       sebagai tajalli cahaya di dalam kegelapan, dan kemunculan (zahir) pada kewujudan cahaya dalam kegelapan,
·       dan ia adalah (huruf) Wau menurun dan Wau menaik,
·       yang merujuk kepada enam hari dan enam martabat. (Lihat gambaran pada sumber di bawah).

(واو) Wau menurun.
(واو) Wau menaik.

·       Bulatan di bahagian atas Wau menunjukkan ketidakpastian (kehairanan) dalam lengkung menaik dan
·       ia adalah kehairanan dalam cahaya; kerana tidak mengetahui dan mengenal (makrifat) cahaya sepenuhnya, yang tiada kegelapan di dalamnya,
·       iaitu, makrifat Allah SWT sepenuhnya dan lengkap,
·       maka jadilah martabat lengkung menaik ianya adalah:
                         I.          sebelum Pembukaan, dan
                        II.          selepas Pembukaan dan fana’nya,
                      III.          dan yang ketiga ialah untuk kembali semula kepada keperibadian keakuan (Al-Ana wa Al-Syakhshiyah) selepas fana’ (lenyap). .

sambung ke Kuliah 02 - 2019 01 18



Wednesday 16 January 2019

Kuliah Umum: 2019 01 18 - JB



Kuliah Umum: 2019 01 18 - JB
Memahami - Mengenal Penciptaan
1.    Memahami -  Mengenal Pencipta (Al-Khaliq) dan penciptaan (Al-Khalq) mengikut martabat dan kedudukan
a.    Huwa Allah Al-Ahad Al-Shamad - Tauhid
DIA Allah Yang Maha Esa Yang Lengkap KekayaanNya – Tempat berhimpun segala kehendak

﴿فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ﴾

{Maka Terpujilah Allah, Sebaik-baik dari Pencipta-pencipta.} [Surah Al-Mu'minuun 23:14]
Perkongsian istilah – ungkapan - sifat
b.    Kita mesti bezakan martabat Al-Lahut Al-Mutlaq (Ketuhanan mutlak) dan Al-Lahut dalam Penciptaan
﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾
{Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.} [Al-Zhariyat 51:56] 

Kata Imam Ahmad Al Hasan (as): Iaitu mengenalKu


كنت كنزاً لا أعرف، فأحببت أن أعرف فخلقت خلقاً فعرفتهم بي فعرفوني

Aku adalah perbendaharaan yang tidak dikenal, kemudian Aku ingin dikenal, maka Kuciptakan makhluk untuk mereka mengenaliku, maka merekapun mengenal-Ku


2.    Penciptaan Pertama – Tajalli – bayangan – cerminan – kenyataan
Allah adalah Nur (cahaya) Tanpa kegelapan
mencupta PenciptaanNya – Tiada suatu pun yang sekufu, sebanding denganNya

﴿وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ﴾
Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. [Al-Qalam 68:4] [88]


·       Nur Pertama
·       Roh Pertama
·       Aqal Pertama

Rasulullah (S) bersabda kepada Ali (as)

»ما خلق الله خلقا أفضل مني ولا أكرم عليه مني

("Allah tidak menciptakan ciptaan yang lebih baik daripada ku dan yang tidak lebih mulia padanya daripada ku. "

Pada penciptaan Al-3aqal dan Al-Jahil, disusun maqam-maqam makhluk di antara keduanya (Al-3aqal dan Al-Jahil), semua makhluk menurut hal masing-masing. Kemudian Allah mencipta Adam (as) dan semua keturunannya di Alam Al-Zhar, dan setiap seorang daripada mereka mempunyai maqam-maqam mengikut halnya, iaitu bergantung kepada betapa cepat ia membuat jawapannya, menurut gerak isyarat (perhatian) dirinya dan kelalaiannya terhadap Tuhannya.

Dari Nur dan Roh Muhammad (S) diciptakan alam-alam dan makhluk-makhluk lain



·       Alam Al-Lahut,
·       Al-Lahut Al-Mutlaq dan Al-Lahut Fi Al-Khalq
·       Madinah Kamalaat – Zhat Allah
·       Tajalli Allah
·       Alam Jabarut
                                   I.  Siradiq 3arasy A3dzam
                                 II.  3arasy A2dzam
                               III.   Al-Kursiy
·       Alam Aqal (Al-Kulliyah)
                                   I.  Langit ke 7
·       Alam Malakut,
                                   I.  3arasy 3adzim - Langit 7 ke Langit dunia dan akhirat

·       Langit dunia dan akhirat
                                   I.  Langit Pertama (bersifat malakut)
                                                           i. Alam Zhar - Al-Mitsaq (Persetiaan – Ujian 1)
                                                          ii. Syurga Adam – dunia -
                                                         iii. Alam Raj3ah
                                 II.  Alam Malak (Alam Jasmani - Ujian 2)
Bumi
                               III.  Alam akhirat



yang patut difahamkan; adalah setiap Alam mempunyai peraturannya tersendiri,
Alam Malak pula adalah Alam Jisim-jisim kebendaan padat,
Alam Malakut itu ialah alam mitsal-mitsal halus,
sementara Alam Aqal adalah alam cahaya dan hakikat, tanpa jisim-jisim dan mitsal-mitsal, ia hanyalah hakikat-hakikat dan cahaya-cahaya bertindih antara satu sama lain yang seimbang (tidak berat sebelah) antara satu sama lain.

Adakah tujuh lapis bumi-bumi di bawah bumi ini tempat di mana kita hidup?
Jawapannya: Langit-langit di atas Bumi atau Bumi-bumi Lain di bawah Bumi, bukanlah di atas atau di bawah pada tempat (ruang), tetapi ia bermakna bahawa Bumi-bumi lain itu adalah pada martabat yang paling rendah dalam penciptaan daripada Bumi, iaitu kegelapannya lebih dari kegelapan Bumi.

Sebagai contoh, Jibril (as) dalam Alam Malakut tubuhnya sesuai dengan kehalusan Malakut, tetapi jika dia mahu muncul ke alam dunia kebendaan seperti ia datang menyerupai Dahyah Al-Kalbi salah seorang sahabat Rasulullah (S) atau menyerupai seekor burung ... dan sebagainya, apabila kembali ke Malakut kembali kepada jisim Malakut; kerana benda=benda tidak wujud dalam Alam Malakut, kerana setiap Alam mempunyai peraturannya yang tersendiri.

Telah diriwayatkan bahawa Allah menciptakan langit dan bumi dari Nur Mohammad (S), Ali (as) Fatimah, Al-Hassan dan Al-Hussein (as),

Dari Al-Rasul Muhammad (S), baginda bersabda:
(... Apabila Allah hendak mencipta ciptaanNya diambil
dari Nur ku lalu mencipta darinya Arasy Jadi Arasy itu daripada Nur ku, dan Nur ku dari Nur Allah,
dan Nur ku lebih utama daripada Arasy,
kemudian diambil dari Nur saudara ku Ali dicipta daripadanya malaikat Jadi malaikat itu daripada Nur Ali, dan Nur Ali dari Nur Allah, dan lebih utama dari para malaikat,
kemudian diambil dari Nur anak perempuan ku, lalu dicipta langit-langit dan bumi darinya, Jadi langit-langit dan bumi daripada Nur anak ku Fatimah, dan Nur anak ku Fatimah daripada Nur Allah, dan anak ku Fatimah lebih utama dari langit-langit dan bumi,
·       3 Tunggak Hidayah - kata Jibrail as
·       atau Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung (Nya) , dan
·       tiang (Kota Kesempurnaan Ketuhanan), Allah SWT, dan pintu itu : Al-Rahman dan Al-Rahim.
·       Dan kemunculan nama-nama ini di kalangan makhluk ciptaan adalah dengan Muhammad, Ali dan Fatimah. Muhammad adalah Tajalli Allah pada penciptaan, dan Ali adalah Tajalli Al-Rahman, dan Fatimah adalah Tajalli Al- Rahim pada penciptaan.
kemudian diambil dari Nur anak ku Al-Hassan, lalu dicipta darinya matahari dan bulan, jadi matahari dan bulan daripada Nur anak ku Al-Hassan, Nur Hassan daripada Nur Allah, dan Al-Hassan adalah lebih utama daripada matahari dan bulan,
dan kemudian diambil dari Nur anak ku Al-Hussein lalu dicipta darinya Syurga dan Hur Al-‘Ain (bidadari-bidadari bermata jeli), jadi syurga dan Hur Al-‘Ain daripada Nur anak ku Al-Hussein, dan Nur anak ku Al-Hussein dari Nur Allah, dan anak ku Al-Hussein adalah lebih utama daripada Syurga dan Hur Al-‘Ain...) Bihar Al-Anwar:. Jilid 51 halaman 10.

Allah menciptakan langit dan bumi, dari Nur Fatimah (as), oleh itu dalam mempertimbangkan persoalan ini tidak mungkin bagi Fatimah (as) untuk masuk ke dalam langit-langit dan bumi, kerana langit-langit dan bumi adalah sebahagian (juzuk) daripada Nur Fatimah (as) !!!

Malah, mereka hidup di atas bumi dan mati dan dikuburkan di dalamnya, maka soalan ibi tidak betul pada asasnya, untuk mengandaikan (memahami) bahawa peraturan alam kebendaan adalah sama dengan peraturan alam-alam yang lebih tinggi.
Bahkan dalam peraturan alam kebendaan mungkin bagi sesuatu juzuk (sebahagian) mengandungi keseluruhan daripada bahagian tertentu, misalnya cermin, kanta mata atau kamera adalah bahagian yang sangat kecil yang tidak boleh diabaikan dari alam ini, tetapi cermin, mata atau kamera boleh terkandung (merakam) alam keseluruhannya dari segi imej, Maka janganlah bertanyakan sesuatu yang menghasilkan waham (kekeliruan) yang tidak bertanggungjawab..


Muhammad (S) adalah Khalifah Allah yang hakiki untuk mencapai Tujuan Penciptaan ini, dan dengannya Allah dikenali. 

﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَىٰ شَهِدْنَا أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ﴾


{Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap perkara ini."} [Al-A3raaf 7:172] 

﴿وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ﴾

Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. [Al-Qalam 68:4] [88]


لا إله الا الله 
(tiada Tuhan melainkan Allah) dan bahawa kita adalah hamba dan bukan tuhan-tuhan untuk disembah bersama-Nya atau tanpa-Nya.

Oleh itu, apabila mereka melihat bahawa hal kita menjadi lebih besar, kita berkata
 الله أكبر
  - Allahu Akbar (Allah Maha Besar), supaya malaikat mengetahui bahawa Allah terlalu Agung yang tidak lain daripada Dia boleh mempunyai hal kebesaran ini.

Oleh itu, apabila mereka melihat apa yang diberikan Allah kepada kita daripada Kebesaran dan Kekuatan, kita berkata:
 لا حول ولا قوة إلا بالله – 
La hawla wala quwwata illa Billah (tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah) supaya malaikat mengetahui bahawa kita tidak mempunyai apa-apa daya atau kekuatan melainkan dengan Allah.

Oleh itu, apabila mereka melihat nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita dan mewajibkan kepada kita dengan mengenakan ketaatan kepada kita, kita berkata:

- Alhamdu lillah (Segala puji bagi Allah), supaya malaikat mengetahui apa hak Allah kepada kita dari mengingatiNya dengan memuji-Nya atas nikmat-Nya, maka malaikat berkata: Alhamdu lillah (Segala puji bagi Allah), oleh itu dengan kita mereka telah dibimbing kepada makrifah Tauhid Allah dan bertasbih (mensucikan)-Nya, bertahlil (berpaling memperTuhankan)-Nya, bertahmid (memuji)-Nya dan bertamajid (memuliakan)-Nya.

﴿ إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرٌ وَلِكُلِّ قَوْمٍ هَادٍ﴾

{Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.} [69]

1.    Tidak aku jadikan .........?
2.    Bagaimana kamu mengenal Allah dengan Allah?
3.    Sesiapa Mengenal diri Akan Mengenal Allah. 
4.    Sesiapa Mengenal Kamu (Muhammad) Akan Mengenal Allah


Di muka bumi ini, lebih besar syukur seorang hamba itu, lebih besarlah sokongan daripada Allah swt kepada hamba ini mengikut kesyukuran ini. Jadi rahmat atas hamba-hamba hampir dengan Allah akan menjadi lebih besar, dan amalan dan kesyukuran mereka akan menjadi rahmat yang baru, yang dengan sendirinya memerlukan kesyukuran. Dan puji syukur ini adalah dengan bantuan dari Allah swt, dan dengan kuasa-Nya dan kekuatan-Nya, kerana ia adalah satu rahmat yang baru yang lebih besar daripada sebelumnya yang memerlukan ucapan puji syukur yang lebih besar, dan sebagainya sehingga Yang Maha Pemurah mengasihani mereka dengan kemurahan-Nya,

Jika kita menganggap bahawa jiwa (diri) insan adalah cermin yang menyimpan keupayaan untuk memantulkan Shurah Al-Lahut (imej ketuhanan). Maka imej ketuhanan dalam cerminan ini akan menjadi lebih sempurna dan lebih jelas sejauh mana mengarah ke cermin ini kepada Al-Lahut. Maka yang mengarahkan dengan sepenuhnya cerminan akan memantulkan Shurah (imej) sepenuhnya Al-Lahut, dan yang kurang mengarah ke cermin keseluruhan cermin, akan terbataslah Shurah Al-Lahut yang dipantulkan dalam cermin kewujudannya mengikut kekurangannya.

[Doa Ma'rifah Zaman Ghaibah]

اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ نَفْسَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ نَفْسَكَ لَمْ اَعْرِفْ رَسُوْلَكَ ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِى رَسُوْلَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَمْ تُعَرِّفْنِىْ رَسُوْلَكَ لَمْ اَعْرِفْ حُجَّتَكَ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ حُجَّتَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ حُجَّتَكَ ضَلَلْتُ عَنْ دِيْنِىْ
                                                    

Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah padaMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah (perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku akan sesat dari (mengenal) agamaku


Ruh Al-Qudus pada Martabat