Lampiran Kuliah 8 Alam
Manusia Dan Lapan Alam-alamnya ...
·
Penciptaan
·
Imtihan
1.
Alam Al-Zhar
a. Al-Muzni
2.
Alam Tanah (Al-Turab)
a. Unsur tanah
3.
Alam Sulbi
4.
Alam Rahim
5.
Alam Dunia
6.
Alam Barzakh
a. Apa Barzakh
7.
Alam
Kebangkitan dan Alam Perhimpunan
a. Al-Raj.ah
8.
Alam Akhirat
Al-Muzni
﴿أَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ
أَمْ نَحْنُ الْمُنزِلُونَ﴾
Kamukah yang menurunkannya dari Al-Muzni atau
Kamikah yang menurunkannya? [Al-Waqi3ah 56:69]
عن ابي عبد الله (ع) قال :
إنّ الله إذا أراد أن يخلق المؤمن من المؤمن , والمؤمن من الكافر بعث ملكاً فأخذ من ماء المُزُن فألقاها على ورقة فأكل منها أحد الأبوين فذلك المؤمن منه .
إنّ الله إذا أراد أن يخلق المؤمن من المؤمن , والمؤمن من الكافر بعث ملكاً فأخذ من ماء المُزُن فألقاها على ورقة فأكل منها أحد الأبوين فذلك المؤمن منه .
Diriwayatkan bahawa Abi Abdillah (AS) berkata:
Sekiranya Allah ingin mencipta mukmin dari
mukmin, dan orang mukmin dari orang kafir diutus seorang malaikat, dia
mengambil dari air Al-Muzni ditemukan (diletakkan) di atas sehelai daun dan dimakan oleh salah
seorang dari ibu bapa maka jadilah orang
mukmin darinya.
Mitsaq dan 3ahd
Mitsaq dan 3ahd
"Kemudian persetiaan (Al-Mitsaq) diambil
atas para nabi, maka Dia SWT berkata:
1.
“Bukankah Aku
Tuhan kamu?
2.
Dan bahawa
Muhammad ini RasulKu?
3.
Dan Ali ini
Amir Al-Mukminin (Ketua Orang Beriman).”
Mereka berkata:
Bahkan. Maka kenabian mereka telah disahkan, dan persetiaan (Al-Mitsaq) diambil
atas Uulu Al-3azm:
1. Bahawa Akulah Tuhan kamu, dan
2. Muhammad adalah RasulKu, dan.
3. Ali adalah Amir Al-Mukminin, dan
4. Aushiak selepasnya adalah Wilayah UrusanKu dan
Khazanah IlmuKu (as), dan bahawa
5. Al-Mahdi yang akan monolong agama Ku dan
memenangkan daulahKu dan membalas bela musuh-musuh Ku, dan supaya Aku disembah
dengan sukarela atau terpaksa.”
Maka mereka berkata: “Kami mengakui, wahai
Tuhan kami, dan kami menyaksikannya.” Adam tidak menafikan, dia tidak
mengakuinya untuk mengitsbat (mengesahkan) kebesaran kelima-lima perkara
mengenai Imam Mahdi. Adam tidak mempunyai keazaman untuk berikrar
(mengakuinya). Itulah Firman-Nya Azza waa Jalla: وَلَقَدْ
عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا - {Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu,
maka ia lupa, dan tidak Kami dapati padanya kemauan yang kuat.}, [Thaha
20:115]. Beliau berkata: Sebaliknya, ia adalah kepadanya: sehingga dia
meninggalkannya... " Al- Kafi jilid 2, halaman 8
Al-Barzakh
Golongan manusia dari berbagai golongan
(kelas) yang berbezahda, dan mempunyai Barzakh mereka sendiri.
Maka lainlah pula keadaan para Nabi,
Aushiak, dan Auliyaa Allah SWT, yang tidak sama keadaan yang berlaku pada
orang-orang mukmin yang melakukan perbuatan maksiat. Dan lainlah pula
keadaan yang berlaku pada orang-orang kafir seperti keadaan para pemimpin
kufaar dan perosak seperti Namrud yang menentang Nabi Allah Ibrahim (as), dan
Firaun yang menentang Nabi Allah Musa (as), dan seperti Hananiah (Chananyah)
dan Kayafa (Caiaphas) ulama orang-orang Yahudi yang tidak beramal yang
menentang Nabi Allah Isa (as).
Dan mungkin mereka yang mati dalam Barzakh
boleh menziarahi orang hidup dan yang mati dengan izin Allah, dan mereka makan
dan minum apa yang sesuai dengan alam mereka yang diturunkan (diberikan) dan
yang sesuai dengan amalan mereka sebelumnya. Dan orang yang beriman sebahagian
mereka mendapat manfaat daripada kerja-kerja baik (kebajikan) yang dilakukan
kepada mereka oleh orang yang beriman dalam kehidupan alam ini. Dan saya secara
peribadi melawat pusara bapa saya tahun lalu dan beliau bercakap kepada saya
dari kubur dan saya mendengar suaranya.
Dan banyak orang hidup melihat orang mati
menziarahi mereka dalam rukya, iaitu semasa tidur.
Bagi para nabi dan Aushiak di Barzakh pasti
mereka terus bekerja pada apa yang telah diperintahkan Allah kepada mereka, dan
mereka mempunyai amalan-amalan dan kesan di alam ini dan di alam yang lain.
[154]
Al-Raj.ah
• Mukhtashar Basha'ir Al-Darajat:
«Diberitahu padaku Al-Syeikh Abu Abdillah Muhammad bin Makki dengan isnadnya
dari Ali bin Ibrahim Ibn Hashim pada mentafsirkan Al-Quran Al-Aziz kataya:
Dalam menjawab kepada mereka yang menafikan Al-Raj’ah Allah AWJ berfirman
وَيَوْمَ نَحْشُرُ مِن كُلِّ أُمَّةٍ
فَوْجًا
Dan pada hari Kami kumpulkan dari tiap-tiap
umat segerombolan besar
[27:83]
Ali bin Ibrahim berkata: Diberitahu padaku
oleh bapaku dari Ibn Abi ‘Umair dari Hamad, dari Abi Abdillah (as), beliau
berkata: Apa yang orang katakana pada ayat ini:
وَيَوْمَ نَحْشُرُ مِن كُلِّ أُمَّةٍ
فَوْجًا
Dan pada hari Kami kumpulkan dari tiap-tiap
umat segerombolan besar.
Aku berkata: mereka mengatakan ia adalah
hari Kiamat. Beliau berkata:. Ia bukan sebagaimana yang mereka katakan, Bahawa
ia adalah Al-Raj’ah, Allah akan mengumpulkan pada hari Kiamat dari tiap-tiap
umat segerombolan besar dan meninggalkan yang lain?! Adapun ayat hari Kiamat:
﴿وَحَشَرْنَاهُمْ فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ
أَحَدًا﴾
Dan Kami kumpulkan seluruh manusia, dan
tidak kami tinggalkan seorangpun dari mereka.».[Al-Kahf 18:47]
No comments:
Post a Comment