Saturday 18 October 2014

Mengapa, Jihad Pintu Syurga?

Mengapa, Jihad Pintu Syurga?


Jihad (berjuang) dibahagi kepada: Jihad Roh dan Jihad Jasad, atau Jihad (Al-Akbar) Besar dan Jihad (Al-Ashghar) Kecil [2].

Memandangkan hasil pertama dari Jihad Besar adalah mengikut Khalifah Allah di bumi-Nya dan mematuhi perintahnya, yang berarti, sujud kepadanya seperti sujud para malaikat kepada Adam (as), dan termasuk bahawa Khalifah Allah di bumi-Nya adalah hakikat syurga, kerana sesungguhnya jiwa Kerajaan Langit diciptakan dari cahaya mereka [3], dengan demikian, Jihad Besar - dalam hal ini – adalah pintu Syurga, kerana ia adalah pintu yang menghubungkan kepada mengenal Khalifah Allah di bumi-Nya dan mengikutinya, dan Khalifah Allah adalah pintu untuk mengenal Allah SWT [4].

Adapun Jihad Kecil; itu membelanjakan harta dan diri di jalan Allah dengan tidak mengharapkan apa-apa balasan, kecuali hanya keredhaan Allah SWT, dan ada yang lebih baik daripada kemurahan hati pada diri, oleh itu, bagaimana ia tidak menjadi Jihad Kecil dan pintu dari pintu-pintu syurga
Bahkan, pintu-pintu syurga yang paling luas selepas usaha manusia saksikan adalah( لا إله إلاّ الله )  [bahwa tidak ada Tuhan selain Allah] dengan darahnya.




✡✡✡✡✡


---------------------------------------------
[2] Al-Syeikh Al-Kulaini meriwayatkan dari Ali bin Ibrahim, dari ayahnya, dari Al-Nawafili, dari Al-Sakuni, dari Abi Abdillah (as) bahawa Nabi (S) menghantar sekumpulan tentera sehingga apabila mereka kembali baginda bersabda, "Selamat Kembali ke atas mereka yang telah berjaya melaksanakan Jihad Kecil, dan tinggal Jihad Besar." Kemudian mereka bertanya," Wahai Rasulullah! Apakah Jihad Besar?, baginda bersabda, "Jihad Al-Nafs (Jihad pada diri).". Al Kafi Jilid 5, halaman 12.
[3] Dari Jabir bin Abdillah berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah (S), “Apakah yang pertama yang diciptakan Allah Ta’ala? , Maka baginda bersabda, "Cahaya Nabimu, wahai Jabir, kemudian Dia menjadikan daripadanya setiap yang baik, maka Dia meletakkan di antara tangan-Nya pada maqam yang hampir (Al-Qarib) dengan kehendak Allah, kemudian Dia menjadikan bahagian-bahagian (Al-Al-Aqsaam). Maka Dia diciptakan Al-3arasy satu bahagian dan Al-Kursiy satu bahagian, dan pembawa Al-3arasy dan penjaga Al-Kursiy satu bahagian. Dan Dia menempatkan bahagian keempat pada maqam kasih (Al-Hubb) dengan kehendak Allah, kemudian Dia jadikan bahagian-bahagian, maka diciptakan pena (Al-Qalam) satu bahagian, dan Al-Lauh satu bahagian, dan Syurga satu bahagian. Dan menempatkan bahagian keempat pada maqam Takut (Al-Khauf) dengan kehendak Allah, kemudian Dia menjadikan bahagian-bahagian (juzuk-juzuk), sehingga Dia menciptakan para malaikat satu juzuk, dan matahari satu juzuk, dan bulan dan planet-planet (Al-Kawakib) satu juzuk. Kemudian Dia menempatkan bahagian keempat pada tempat harapan (Al-Rajaa’) dengan kehendak Allah, kemudian Dia menjadikan ke dalam juzuk-juzuk, maka Ia menciptakan akal (Al-3aql) satu juzuk dan ilmu dan budi (Al-7alim) satu juzuk, dan pemeliharaan (AL-3ahimah) dan Kejayaan (Al-Taufiq) satu juzuk. Kemudian Dia menempatkan bahagian keempat pada maqam malu, jadi Dia memandang kepadanya dengan dengan kesungguhan tersebar, maka cahayanya mulai bersinar dan menitiskan daripadanya 124,000 titis digugurkan, sehingga Allah menciptakan dari setiap titis roh Nabi dan Rasul, maka roh-roh para nabi bernafas, sehingga Allah menciptakan dari nafas mereka, roh-roh Auliak dan syuhadak dan orang-orang soleh." [Bihar Al Anwar, jilid 25 halaman 21]
[4] Dari Abi Abdillah (as​​) bahawa dia berkata: "Allah telah menolak untuk menjalankan segala sesuatu kecuali dengan sebab-sebab, lalu Allah menjadikan bagi segala sesuatu sebab-sebab, dan Dia menjadikan bagi setiap sebab penjelasan, serta menjadikan untuk setiap penjelasan kunci, dan dia menjadikan bagi tiap-tiap kunci, ilmu, serta menjadikan bagi setiap ilmu, pintu yang bercakap, sesiapa yang mengenalnya akan mengenal Allah, dan sesiapa yang mendustakannya maka ia mendustakan Allah, yaitu Rasulullah dan kami." [Basha'ir Al-Darajaat, halaman 24]
Dan dari Abdul-Rahman bin Katsir, dia berkata, Aku mendengar Aba Abdillah (as​​) berkata, "Kami adalah Penguasa Urusan Allah (Walaah Amr Allah), dan Khazanah Ilmu Allah dan atau kesempurnaan wahyu Allah, dan Ahli agama Allah, dan kepada kami turun Kitab Allah, dan dengan kami Allah disembah, dan melalui kami Allah dikenal dan kami adalah pewaris Nabi Allah, dan keturunannya." [Basha'ir Al-Darajaat, halaman 24]
               
Dan dari Barid Al-3ijly, dia berkata, saya mendengar Aba Ja'afar (as​​) berkata: "Dengan kami Allah disembah, dan dengan kami Allah dikenal, dan dengan kami diTauhidkan Allah Tabaraka wa Ta’ala, dan Muhammad adalah tabir (hijab) Allah Tabaraka wa Ta’ala."- Al-Kafi Jilid 1, halaman 135. dan lain-lain riwayat-riwayat yang menjelaskan hakikat ini yang diserlahkan mereka (as).

Pendahuluan <<<                     >>> JihadAl-Akbar (Besar) - (Jihad Pada Diri) 

No comments:

Post a Comment