Monday, 20 October 2014

2 – Diri

2 – Diri
النفس

Ia adalah asas wabak penyakit dan rumah penyakit, oleh karena itu, jika tidaklah terdapat di dalamnya lubang (celahan/kelemahan) yang sesuai keinginan hawa nafsu dunia ini, dan jika tidaklah terdapat di dalamnya penyakit hati iaitu keakuan (Al-Ana - Ego), maka Syaitan tidak akan mempunyai jalan atas manusia [untuk merayunya], oleh itu, melalui kesihatannya anak Adam akan sihat, dan dengan penyakitnya dia sakit dan melaluinya dia mati.

Dan Syaitan (laknahu Allah), sama ada menggunakan apa yang ada di dalamnya, iaitu keakuan (Al-Ana - Ego), untuk menusuknya, maka senjata syaitan datang dari dirinya dan tikaman berlaku di dalamnya. Atau Syaitan (laknahu Allah) akan menggunakan apa yang ada di dunia ini untuk menusuk Diri di lubang (celahan- kelemahan)-nya.

Sekarang kita tahu senjata syaitan dan susunannya dari apa yang digunakan pada diri dan persekitarannya. Dan dengannya kita mengetahui pengertian Jihad diri adalah jihad Al-Akbar (besar). Oleh kerana pertahanan (benteng) Diri dalam peperangan ini akan menolong mengalahkan syaitan, dan menghancurkan senjatanya.

Bagi menerangkan dengan lebih terperinci lagi mengenai senjata-senjata dari Kegelapan, Al-Jahil dan Syaitan, saya akan serahkan saja kepada permata dari permata Aali Muhammad (as), yang menerangkan tentera Jahil dan tentera Akal (AL-3aqal), untuk dikurniakan kepada orang mukmin dengan tentera 3aqal selepas meninggalkan tentera Jahil sehingga 3aqalnya menjadi sempurna, dan dilindungi (dibentengi) oleh Allah dari senjata-senjata syaitan.

Diriwayatkan dari Al-Syeikh Al-Kulaini di dalam (Al-Kafi) dari sebahagian sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin Hadid, dari Sama3ah bin Mihran bahwa ia berkata:

" Aku di sisi Abi 'Abdallah (as) bersama pengikutnya ketika berlaku perbincangan mengenai 3aqal dan Jahil telah mula di antara mereka. Kemudian Abu Abdillah berkata," Kenalilah 3aqal dan tenteranya, dan kenalilah jahil dan tenteranya, supaya Kamu mendapat petunjuk (hidayah)."

Maka Sama3ah berkata, Aku berkata, "Semoga jiwaku menjadi tebusan tuan, kami hanya kenl apa yang tuan kenalkan kepada kami"

Abu Abdillah (as) berkata, "Allah AWJ menciptakan 3aqal dan ia adalah penciptaan pertama dari ruh-ruh (Al-Ruhaniyin) di sebelah kanan Arasy daripada cahayaNya. Dia (SWT) berfirman kepadanya, "Berjalanlah," lalu ia berjalan, dan Dia kemudian memanggilnya, "Marilah kemari," maka ia datang, lalu Allah Tabaraka Wa Ta’ala berkata, "Aku telah menciptakan kamu dengan penciptaan yang agung, dan Aku memuliakan kamu atas segala ciptaan-Ku.

Katanya (as) lagi "Kemudian diciptakan Jahil, dari kegelapan Laut Masin. Dia (SWT) berfirman kepadanya, "Berjalanlah," lalu ia berjalan, dan Dia kemudian memanggilnya, "Marilah kemari," tetapi dia tidak datang. Dia SWT berfirman kepadanya, "Kamu menyombongkan diri" Lalu ia laknat (dikutuk). Kemudian dicipta untuk 3aqal tujuh puluh lima tentera, maka apabila Jahil melihat apa yang telah dimuliakan oleh Allah kepada 3aqal dan apa yang telah diberikan itu, Jahil menyembunyikan permusuhannya dan berkata, "Ya Tuhan, ia adalah ciptaan seperti ku, Engkau menciptakannya, memuliakannya dan memperkuatnya, dan aku bertentangan dengannya, dan aku tidak mempunyai kekuatan dengannya, kurniakanlah aku tentera seperti Engkau telah kurniakan padanya, maka Dia SWT berkata, "Ya. maka, jika kamu ingkar selepas ini, Aku akan mengusir kamu dan tentera kamu dari rahmat-Ku. "Ia [jahil] berkata, "Aku ridha." Maka Dia telah dikurniakan kepadanya tujuh puluh lima tentera.

Maka inilah yang diberikan kepada 3aqal dengan tujuh puluh lima tentera:

1 Kebaikan dan merupakan Menteri 3aqal, menentang kejahatan dan ia adalah Menteri Jahil
2 Iman menentang Kufr (kafir)
3 Menganut lawan Keengganan
4 Harapan menentang berputus asa
5 Keadilan lawan Ketidakadilan
6 Ridha menentang tidak puas hati
7 syukur menentang tidak bersyukur (kufur)
8 Tamak (pemberian Allah) yang menentang Putus Asa
9 Tawakkal menentang berhasrat
10 pengampunan menentang kekerasan
11 Kasihan menentang Kemarahan
12 Pengetahuan (ilmu) menentang Kejahilan
13 Memahami menentang Lemah fikiran
14 kesucian menentang kasar
15 Pantang (zuhud) menentang Keinginan
16 pengampunan menentang prasangka
17 Takut menentang Keberanian
18 Rendah hati menentang Kesombongan
19 Musyawarah dan menentang tergesa-gesa
20 Tahan (Sabar) menentang kebencian melampau
21 Pendiam menentang banyak bicara
22 Penyerahan menentang kebanggaan
23 Penerimaan menentang Keraguan
24 Kesabaran menentang cemas (gelisah)
25 Pengampunan menentang Balas dendam
26 Cukup sara menentang Kemiskinan
27 Remembrance menentang pelupa (cuai)
28 Menghafal menentang mudah lupa
29 sikap melindungi menentang salah anggap
30 Cukup kepuasan menentang Ketamakan
31 keselesaan; (penghibur) menentang Pencegahan
32 Kesetiaan menentang pengkhianatan
33 Taat menentang Ketidaktaatan
34 Kepatuhan menentang maksiat
35 Kerendahan menentang meninggi
36 Selamat menentang bala
37 Kasih menentang benci
38 Kebenaran menentang kepalsuan
39 Hak menentang Batil
40 Amanah menentang Khianat
41 Ikhlas menentang bercampur-baur
42 kegagahan menentang kelesuan
43 Memahami perhatian menentang kebebalan
44 Mengenal (makrifah) menentang ingkar
45 Dan kesopanan menentang pendedahan
46 keselamatan yang ghaib menentang memperdayakan
47 Berdiam menentang Menyebarkan
48 Solat menentang meninggalkan
49 Puasa menentang berbuka
50 Jihad menentang Tarik diri
51 Haji (Al-Wilayah) menentang Melanggar Persetiaaan
52 Memelihara bicara (hadits) lawan mencemarkan
53 buat baik pada ibu bapa menentang Tidak berbakti
54 Hakikat menentang menunjuk-nunjuk (riak)
55 Makruf menentang mungkar
56 Menutup menentang menghiasi
57 Taqiyyah (Menyembunyian / kepura-praan) menentang mendedahkan
58 tidak berat sebelah yang menentang fanatik
59 pengawalan menentang penindasan
60 Kebersihan menentang kekotoran
61 kesopanan menentang biadap
62 bermatlamat menentang ceroboh
63 Keselesaan menentang Keletihan
64 Kemudahan menentang Kesulitan
65 Keberkatan menentang Kekurangan berkat
66 kesejahteraan menentang Penderitaan
67 Menyara menentang Penimbunan
68 Kebijaksanaan menentang tipudaya
69 tenang menentang terburu-buru
70 Kebahagiaan menentang sengsara
71taubat menentang Desakan [berbuat dosa]
72 Minta ampun (istighfar) menentang terus masuk
73 memelihara menentang memuaskan
74 Berdoa menentang keengganan
75 Bersemangat menentang bermalas
76 Kebahagiaan menentang Kesedihan
77 Kesatuan menentang Pemisahan
78 Kedermawanan menentang Kikir (bakhil) []
         

Jadi semua sifat-sifat ini dari para tentera 3aqal tidak semua terhimpun (ada) melainkan pada Nabi atau khalifah nabi, atau orang mukmin yang hatinya telah diuji oleh Allah imannya. Bagi penyokong kami, salah seorang daripada mereka tidak akan bebas dari memiliki beberapa askar ini di dalam dirinya sehingga dia [mencapai yang lain] dan membersihkan [dirinya] dari tentera Jahil, sehingga ia mencapai tahap yang lebih tinggi setanding dengan para nabi dan Khalifah (artinya jika 3aqalnya menjadi sempurna ia akan menjadi dari penghuni langit ketujuh, yang merupakan langit 3aqal). Dia menyadari ini dengan mengenl 3aqal dan tentaranya, dan dengan mengelakkan Jahil dan tentaranya. Semoga Allah memberikan kita kejayaan, kepada kamu dan kami, tetap taat dan ridha-Nya. "[Al-Kafi Jilid. 1 halaman 20, "Kitab 3aqal dan Jahil," riwayat 14.].



✡✡✡✡✡

---------------------------------------
[] Sebahagian sifatnya  bertindih (berulang)  (pent.)


No comments:

Post a Comment