Jihad
Besar (Al-Akbar) Mendahului Jihad Kecil
الجهاد الأكبر يسبق الجهاد
الأصغر
Tujuan
yang paling penting dalam berjihad adalah mengeluarkan manusia dari
memperhambakan diri kepada Bumi ini, dan mengabdi kepada Aku (Al-Ana – Ego),
[dan kembali] kepada memperhambakan diri kepada Allah, yang Esa, yang Berkuasa
(Menakluk), dan mengiktiraf Ketuanan (Hakimiyah)-Nya SWT, pada kedua-dua tahap,
Perundangan dan pelaksanaan sekaligus, pada Khalifah Allah di bumi-Nya. Dan
pertempuran Jihad yang pertama mengambil tempat di dalam ruang lingkup undang-undang
Ilahiyah ini (Khalifah Allah di bumi-Nya), dan ia adalah undang-undang yang
pertama, yang melibatkan penerimaan ketaatan [Khalifah Allah] atau tidak
daripadanya, Yang Maha Kuasa berfirman:
﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي
جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا
وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ
إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ﴾
{Ingatlah ketika Tuhanmu
berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau
hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan
padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji
Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku
mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".} [Al-Baqarah 2:30]
dan
hasilnya;
﴿فَسَجَدَ الْمَلائِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ
* إِلَّا إِبْلِيسَ اسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ﴾
{Lalu seluruh
malaikat-malaikat itu bersujud semuanya, - kecuali iblis; dia menyombongkan
diri dan adalah dia termasuk orang-orang yang kafir. } [Surah Shaad 38:73 &
74]
Para
Malaikat menang dalam peperangan ini, sementara rugi-lah Iblis
(la3nahu Allah), dan Jihad ini adalah dari jenis yang pertama, dan ia adalah Jihad
Diri sebagaimana Rasulullah menyebutnya sebagai "Jihad Al-Akbar".
Dan ia mesti dimulakan oleh para Mujahid (orang yang berjihad) dengan Jihad Al-Akbar
(besar) lebih dahulu dan kemudian bergerak kepada Jihad Al-Asghar (kecil),
bahkan Jihad kecil adalah salah satu bahagian yang penting dalam jihad Al-Akbar.
Mungkin
sebahagian daripada mereka membayangkan bahawa Jihad Kecil, adalah datang dari
hadith (riwayat) daripada Rasulullah (S), apabila menerima para tenteranya (Al-Mujahidin)
yang telah pulang dari medan perang, menyambut kepulangan mereka sebagai orang
yang telah menyempurnakan Jihad kecil sementara masih tinggal untuk mereka
"Jihad Al-Akbar (besar)" atau Jihad Diri itu. Walau bagaimanapun,
hakikat bahawa Rasulullah (S), cuba untuk menjelaskan dalam ucapannya, ia adalah
Jihad Jasad – tubuh badan (Jihad Kecil), telah pun berlalu, sedangkan Jihad Al-Arwah
- roh-roh (Jihad Al-Akbar (besar)), ia tidak akan habis (lunas) selagi manusia masih
hidup dalam kehidupan di dunia ini.
Tambahan
pula, Jihad Jasad hanyalah tindak balas (jawapan) kepada Jihad roh-roh, kerana
tubuh badan mengikut roh-roh bagi menjalankan kehendaknya. Oleh itu, orang-orang
yang kembali tidak hanya berjuang di tengah-tengah kaum yang pada umumnya dalam
Jihad Al-Akbar kemudian pindah ke Jihad kecil. Kemudian mereka pulang dan
Rasulullah (S) mengingatkan mereka bahawa selagi mereka kekal dalam kehidupan
dunia ini, mereka perlu berjihad dengan diri mereka sendiri, supaya mereka
tidak jatuh seperti yang dialami oleh Iblis, (la3nahu Allah), kerana meingkari
Khalifah Allah di bumi-Nya, yang mengakibatkan kerugian yang nyata.
﴿أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ
يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ * وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ
قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ
الْكَاذِبِينَ﴾
{Apakah manusia itu
mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah
beriman", sedang mereka tidak lagi diuji? * Dan sesungguhnya kami telah
menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui
orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.}
[Al-3ankabūt 29:2 & 3]
Malah,
ramai daripada mereka menafikan Khalifah Allah di bumi-Nya (iaitu Ali Ibn Abi
Talib (as)) dan gagal dalam peperangan Jihad Al-Akbar (besar). Oleh itu, Jihad
Kecil tidak memberi manfaat kepada mereka, atau disebut, perjuangan Jasad.
Oleh
itu, manusia perlu berhati-hati dengan Fitnah (ujian) Allah dan perlu melawan
dengan dirinya dan mengikut Khalifah Allah di bumi-Nya, jika tidak api (nerakalah
tempatnya). Kerana tidak ada jihad, kecuali di bawah Panji Waliy Allah dan Khalifah-Nya
di bumi-Nya. Dan orang-orang yang mendakwa berjihad dan mencari mati syahid di
bawah Panji selain Panji Khalifah Allah di bumi-Nya, sesungguhnya mereka adalah
orang-orang gopoh membunuh di dunia dan membunuh di akhirat
Diriwayatkan
dari Abaan bin Taghlib, yang berkata; Abu Abdillah (as), Ketika dia menyebut
orang-orang yang membunuh di Al-Thaghur [suatu tempat di Qalqilyah] beliau
berkata: "Celakalah mereka, apa yang mereka lakukan ini?! Mereka bergegas
membunuh di dunia dan membunuh di akhirat, kerana demi Allah, tidak ada syahid
kecuali Syiah (pengikut) kami, walaupun mereka mati di tempat tidur mereka).
"[15]
Oleh
itu, mestilah bagi manusia supaya memasuki perjuangan dalam Jihad Al-Akbar dahulu,
dan mengenal Waliy Allah dan Khalifah-Nya di bumi-Nya. Kemudian mereka memasuki
perjuangan dalam Jihad Kecil di bawah PanjiNya, agar Jihadnya diredhai di sisi Allah,
dan taat kepada-Nya Yang Maha Suci, jika tidak, dia akan menjadi seperti
binatang, bahkan lebih sesat jalannya. Oleh itu, adalah sama ada kita perlu
berjuang untuk tanah, kerana bagi atheis yang berjuang untuk tanahnya seperti
binatang kerana terpaksa atau bahawa dia berjuang demi aqidah yang tidak fahaminya
kerana bertaklid para ulama tidak beramal. Kemudian selepas dia mati, dan
selepas dia diberi ganjaran kepada api (neraka) akan menjadi jelas kepadanya
bahawa para ulama tidak beramal menjadi peneraju beliau untuk memerangi Musa
(as), atau Isa (as), atau Muhammad (S), atau Imam Al-Mahdi (as).
Amir
Al-Mukminin (as) berkata: "Jihad adalah pintu dari pintu-pintu Syurga, maka
Allah telah membukanya khusus bagi Auliak-Nya." [16].
Iaitu, bahawa Auliak, mereka adalah para mujahid sebenar, bukan semua mereka
yang berperang adalah Mujahid atau Waliy dari Auliak Allah, sebagaimana difahami
oleh sebahagian mereka. Kerana Auliak, mereka adalah orang-orang yang berjihad
dengan diri mereka dan masuk ke tengah-tengah Jihad Al-Akbar dan mengikuti Waliy
Allah dan Khalifah-Nya di bumi-Nya. Jadi mereka dengan itu menjadi Auliak Allah
yang sebenar, dan penerima manfaat kerana menjadikan Jihad sebagai pintu-pintu
yang di bukakan Allah untuk mereka.
✡✡✡✡✡
-------------------------------------------
[15]
Al-Mahaasin jilid 1 halaman 164, Tafsir Nut Al-Tsaqalain jilid 5 halaman 245
[16]
Al-Kafi, jilid 5 halaman 4 Nahj Al-Balaghah, dengan Syarah Muhammad Abduh,
jilid 1, halaman 67
No comments:
Post a Comment