Tuesday, 28 October 2014

Jihad Dan Pencarian Tamadun

Jihad Dan Pencarian Tamadun
الجهاد والبحث عن الحضارة

Saya pilih tajuk ini bertentangan dengan tajuk biasa yang diutarakan di serata dunia iaitu Dialog Tamadun-tamadun. Dan hakikatnya adalah apa yang telah dijelaskan sebelum ini, bahawa tidak ada lebih dari satu tamadun yang sebenar untuk diperjuangkan atau atau yang terlibat dalam sesuatu dialog, kerana tamadun sebenar adalah tamadun kerohanian dan akhlak yang dibangun dari apa yang telah dibawa oleh para nabi dan Aushiak (as), dan ia adalah satu:

﴿إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ﴾
:
{Sesungguhnya (agama) umat kamu ini adalah (agama) umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.} [Surah Al Anbiya 21:92]

Dan ia bukan ditujukan pada orang bukan pula pada yang lain, tetapi sebaliknya, kewujudan peradaban akhlak rohani ini, untuk pelbagai peringkat di sana sini di bumi ini. Dan begitu juga sebaliknya terdapat di tempat yang sama di mana ia wujud dalamnya dan di antara orang-orang yang sama yang membawa sebahagiannya dan beramal dengannya

Oleh itu, penduduk di bumi yang perlu mencari tamadun kerohanian dan akhlak al-Ilahiyah, sehingga dialog adalah untuk mencari apa yang masing-masing pihak bawa, dan apa yang pihak sebaliknya bawa, dari tamadun kerohanian dan akhlak dan juga [mencari] tingkat penyimpangan masing-masing pihak, dan sejauh mana penyimpangan pihak lawannya

﴿قُلْ مَنْ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَى هُدىً أَوْ فِي ضَلالٍ مُبِينٍ﴾

{Katakanlah: "Siapakan yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi?" Katakanlah: "Allah", dan sesungguhnya kami atau kamu, pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.} [Surah Saba '34: 24]

Dan jika carian adalah matlamat dan menjauhi dari sikap taksub buta, yang hasilnya akan mencapai tamadun ilahi yang sebenar, dan akan mengenal pemegang Haq ilahi, dan mengakui haknya. [Jika ini berlaku] maka semua orang-orang Bumi akan bersatu kepada mentaati Allah yang haq dan jalan yang lurus yang dikehendaki Allah.

Dan harus dikenal, siapa yang mencari tamadun pertama, bahawa peradaban yang sebenar yang dicarinya dikaitkan dengan akhlak dan roh, atau kita dapat mengatakan, agama Ilahi dan nilai-nilai akhlak, dan ia tidak dikaitkan dengan bumi atau kebangsaan - dan mungkin ini telah dijelaskan terdahulu - Oleh itu kita boleh katakan, Tamadun Islam, Tamadun Kristian dan Tamadun Yahudi, tetapi kita tidak boleh mengatakan Tamadun Arab atau Tamadun Amerika atau Tamadun (Peradaban) Rom. Oleh kerana Tamadun Islam, Tamadun Kristian dan Tamadun Yahudi hakikatnya adalah dibina atas apa yang dibawa oleh Muhammad (S), Isa (as) dan Musa (as) serta Aushiak mereka (as), dan bukan apa yang telah dibawa atau yang ditetapkan oleh yang memerintah orang-orang Islam, Kristian, atau Yahudi, tidak juga wakilnya dari para ulamak tidak beramal. Dan semua ini adalah satu, dan ia adalah, Tamadun Al-Ilahiyah yang sebenar, bebas dan menghilangkan kepentingan Pemerintah taghut penzalim dan ulamak yang tidak beramal. Dia, Yang Maha Tinggi, berfirman:

﴿شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحاً وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ﴾

{Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya).} [Surah Al-Syuraa 42:13]

Dan juga telah diterangkan dari apa yang dibentangkan bahawa di sana akan ada hasil yang tidak dapat dielakkan yang kita tidak [sengaja] abaikan atau [sengaja] mengabaikan hal itu, bersama taghut-taghut penzalim dan ulamak yang tidak beramal, yang tidak mahu mendengar Kalimah Al-Thaibah, dan tidak mahu untuk mencari matlamat Tamadun Ilahiyah yang sebenar, dan juga mereka ingin mengubah Tamadun Ilahiyah yang sebenar dan menyebarkan (melepaskan) rakasa jahat (syaitan) di Bumi ini, dan menyesatkan dan menyelewengkan manusia supaya menjadi pengikut Iblis (la3nahu Allah) dalam penolakannya untuk bersujud kepada Adam (as​​) Khalifah Allah di bumi-Nya. Saya katakan, bahawa hasil yang tidak dapat dielakkan dari pertembungan dengan orang-orang yang tidak dapat dielakkan dan bukan dengan cara menghindarinya, kerana ia (pertembungan) akan menjadi satu-satunya cara untuk menyebarkan Tamadun Ilahiyah di bumi ini, dan ini adalah apa yang dilakukan oleh Nabi-nabi Allah dan Rasul-rasulNya (as) seperti yang telah ditunjukkan sebelum di dalam kitab ini.

Dengan demikian dapat disimpulkan bahawa dialog tersebut bukanlah antara tamadun, tetapi sebaliknya, ia adalah antara Bani Adam dengan tujuan untuk mencari Tamadun Ilahiyah yang sebenar. Dan begitu juga perkara yang bertentangan, kerana ia bukan sahaja berlaku antara tamadun, tetapi sebaliknya, ia adalah antara Tamadun Ilahiyah yang sebenar dan sebaliknya, atau dikatakan, antara cahaya dan kegelapan, dan juga pertembungan boleh berlaku di antara kegelapan-kegelapan antara satu sama lain.

Kerana bukan semua yang bercanggah dengan kegelapan itu adalah cahaya, tetapi mungkin ia juga adalah kegelapan. Tetapi yang bercanggah dengan cahaya hanyalah kegelapan. Oleh itu, wajiblah kita mencari dan mengenal cahaya, yang dengannya kita mengenal kegelapan.


✡✡✡✡✡




No comments:

Post a Comment