Tamadun Kebendaan Dan Tamadun Akhlak Dan
Jihad
الحضارة
المادية والحضارة الأخلاقية والجهاد
Hakikat
bahawa terdapat kekeliruan yang besar di kalangan manusia di antara pembangunan
(kemajuan) kebendaan dan kemajuan akhlak pada manusia. Mereka menganggap
semua kemajuan kebendaan adalah kemajuan akhlak, dan dengan mencampuradukkan tamadun
kebendaan dengan peradaban akhlak dan menjadikannya satu pada semua umat.
Pertimbangan
ini batil dan kias perbandingannya juga batil, jika tidak tentulah Nabi-nabi
dan Washiy-washiy (as) dan pengikut-pengikut mereka telah meninggalkan yang ada
di tangan mereka sedikit atau banyak perhiasan dunia, kemajuan kebendaan dan kekuasaan
yang sementara ini, mereka jauh dari (memiliki) akhlak yang rendah, tetapi
Firaun dan Namrud dan seumpamanya yang membina piramid, menara, istana dan
kota-kota megah adalah pemilik akhlak dan bijak pandai pembangunan (kemajuan) yang
gemilang dan pada saya mereka memang seperti itu, dan juga adalah penjenayah pertama
yang merusak dan menghancurkan tamadun kebendaan dengan sekatan-sekatan dan yang
seumpamanya, Maha Suci Dia dari apa yang mereka sekutukan.
Bahkan,
demi Allah, mereka tidak tahu urusan mereka, maka mengambil pelajaran dari
orang-orang yang mendahului mereka.
Hakikatnya,
pembangunan tamadun akhlak adalah syariat para nabi; dan ia datang dari Allah SWT.
Oleh itu, segala sesuatu yang ada pada manusia dari akhlak yang mulia tidak lain
melainkan kekurangan daripada akhlak Ilahiyah bahawa akhlak tersebut yang
didatangkan pada Anbiak dan Aushiak (as) dan Penghulu Nabi-nabi dan Rasul-rasul,
dan penutup mereka, Muhammad (S), memenuhi syarat diutus kepada manusia untuk menyempurnakan
akhlak Ilahiyah.
Baginda
(S) bersabda:
(إنما بعثت لأتمم مكارم
الأخلاق)
"Sesungguhnya aku
diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." [125]
Dan
sebenarnya, asal usul dan intipati akhlak yang mulia adalah dari ajaran-ajaran Nabi-nabi
(as) dan akhlak adalah pengukur pembangunan sebenar bagi umat manusia. Maka pembangunan
(kemajuan) kebendaan (tamadun kebendaan); tidak kira berapa besar pembangunan (kemajuan)
itu jika tidak disertai dengan pembangunan akhlak (tamadun akhlak) tidak ada
nilainya. Walaupun kenyataan ini jelas dan sederhana, ia tidak dilihat oleh
kebanyakan manusia.
Dan
hasilnya terbalik, yang telah diperolehi oleh kebanyakan manusia yang merosakkan
pembangunan-pembangunan, adalah perperangan-perperangan sekaligus perlumbaan
senjata Amerika - yang tepatnya kemajuan (pembangunan) kebendaan demikian tidak
ada perbincangan dalam pembangunan akhlak! Kerana ia bertujuan untuk menjana
ketidakadilan, kezaliman, dan mewujudkan demokrasi; ketuanan manusia dan
kebebasan, bagi setiap yang berdiri (melayu) di hadapan Amerika, atau
undang-undang yang ditetapkan oleh Amerika yang mahu mewujudkan di dunia ini terdiri
dari manusia yang zalim dan kejam (melampaui batas). Dengan cara ini, pertimbangan
(ukuran) telah terbalik.
Kemudian
dengan mencampuradukkan dalam segenap bidang yang terdapat hari ini, adalah
membantu untuk mengaburkan pengelihatan dan untuk mengelirukan pemikiran. Oleh
karena itu para pencari kebenaran sangat jarang sekali malah sukar untuk
ditemui, lebih sukar wujudnya daripada الكبريت الأحمر (belerang merah).
.
Mungkin
jika orang bertanya pada diri mereka soalan ini: (Siapa yang menetapkan
undang-undang dan melantik pemerintah? Allah atau manusia?). Ia terbukti
mempunyai visi (wawasan) di sisi mereka dan Amerika dan laungan demokrasi dan
kebebasannya akan kembali menjadi berhala yang disembah selain Allah. Terkorban
oleh penipuan taghut penzalim memusnahkan Afghanistan dan Iraq. Amerika adalah
rakasa syaitan; begitulah pula Saddam dan Bin Laden (la3nahumu Allah), dan para
pengikut mereka adalah rakasa-rakasa syaitan. Ini kerana kesemua mereka
(Amerika, Saddam, Bin Laden dan yang seumpamanya) mereka tidak dilantik oleh
Allah SWT. Mereka juga tidak tahu undang-undang Allah dan mereka tidak mahu dikaitkan
dengannya sebagaimana sebagian dari mereka yang menyeru untuk menipu manusia,
atas nama agama, sedangkan mereka tidak mengerti suatu apa pun mengenai agama.
Walau
bagaimanapun, adalah jelas di dalam tiga agama bahawa undang-undang adalah ditetapkan
oleh Allah, dan pemerintah adalah yang dilantik oleh Allah. Dan nash-nash yang
menunjukkan kepada semua ini, banyak terdapat di dalam Taurat, Injil dan
Al-Quran. Maka cukuplah, undang-undang pada zaman ini adalah al-Quran, Injil
dan Taurat; dan pemerintahnya adalah Al-Mahdi, Isa dan Ilya (3alaihimu
Al-Shalata Wa Al-Salam).
Oleh
kerana itu, kitab-kitab Samawi semua adalah satu, diturunkan dari Yang Satu,
dan Nabi-nabi dan Iman-imam semua adalah satu; diutus dari Yang Satu.
Saya
katakan jika orang bertanya diri mereka sendiri soalan ini dan menjawab dengan
jawapan yang jelas ini, maka kata-kata mereka akan bersatu atas tauhid, dan
mereka akan menyembah Allah SWT dan mereka akan mengakui khalifah-Nya di
bumi-Nya dan undang-undang-Nya Yang Mahas Suci. Tidak ada yang benar-benar
dapat menyatukan semua penduduk Bumi kecuali undang-undang Allah dan Pemerintah
Ilahi; dan kedua*duanya menyatukan penduduk Bumi kepada kebenaran, keadilan dan
belas kasihan (rahmah).
Oleh
itu adalah perlu bagi orang-orang mukmin supaya berjihad untuk mewujudkan
undang-undang Ilahi dan Pemerintah Ilahi; khalifah Allah di bumi-Nya, bagi memenuhi
bumi dengan kemakmuran, keadilan, akhlak mulia dan peradaban akhlak; sebagaimana
ia hari ini dipenuhi dengan kezaliman dan kerosakan.
Sebaliknya,
apa yang berlaku hari ini adalah bahawa tentera syaitan (la3nahu Allah) berperang
(berjuang) untuk menegakkan ketuanan syaitan (Hakimiyah Al-Syaithan) dan yang
dicipta oleh syaitan. Jadi mengapa tidak tentera Allah berjuang untuk
menegakkan ketuanan Allah (Hakimiyah Allah) SWT dan akhlak Ilahiyah. Pada hal dengan
berjuang dan melaksanakan jihad terhadap mereka adalah pembelaan, kepada
tamadun akhlak dari para Nabi dan Rasul-rasul (as) sebagai balasan atas
serangan itu dilancarkan oleh syaitan dan tenteranya, terhadap tamadun kebendaan,
untuk membasmi akhlak Al-Ilahiyah.
Pada
hakikatnya tidak ada pengecualian. Sama ada anda menyokong Allah dan mengaku (ketuanan)
Hakimiyah-Nya, atau anda berjuang bersama-sama syaitan dan (hakimiyah) ketuanannya
(la3nahu Allah) dan mendiamkan syaitan bisu. Kerana orang-orang yang ada di
sisi Allah itu hanyalah bersama Allah; dan orang-orang yang ada bersama syaitan
adalah dengan syaitan; dan orang-orang yang meninggi diri, sebagaimana mereka menamakan
diri mereka, adalah syaitan bisu.
✡✡✡✡✡
-----------------------------
[125]
– Makarim Al-Akhlaq: hal. 8
No comments:
Post a Comment