Sunday 19 October 2014

Jihad Al-Akbar (Besar) - (Jihad Diri)

Jihad Al-Akbar (Besar) - (Jihad Diri)
الجهاد الأكبر (جهاد النفس(


Hati manusia adalah di antara dua jari dari jari-jari Al-Rahman [5]. jari syaitan dan jari Malaikat, atau jari kegelapan dan jari Cahaya atau jari jahil dan jari Akal.

Dan hati adalah antara dua jari-jari ini, maka Jihad diri adalah mengejar yang sesuai dengan Malaikat, Cahaya dan 3aqal (akal) kepada Allah dan membebaskan diri dari syaitan dan kegelapan dan Al-Jahil.

Karena tujuan syaitan dan rancangannya adalah untuk menjatuhkan manusia ke dalam jurang neraka dan menjadikannya hina di hadapan Tuhan semesta alam, apabila mereka mengingkari Pencipta, Yang Berbelas Kasihan lagi Maha Pemurah dan Yang Maha Mulia. Oleh itu, untuk mencapai tujuan ini ia mesti mempunyai senjata yang digunakannya untuk melaksanakan apa yang dia inginkan

Senjata-senjata ini terdiri daripada yang tampak hinggalah yang tersembunyi dan dari yang lemah kepada yang kuat, dan dari semua yang sesuai, bagi setiap jenis senjata yang sesuai untuk menyesatkannya

Dari bab (kenalilah musuh kamu) saya menyentuh senjata-senjata ini; untuk membolehkan orang yang ingin berjihad dengan Jihad Al-Akbar (Besar) mengenali musuhnya dan dengan demikian akan menyelamatkan dirinya dari api (neraka), dan untuk membentengi dan melindungi dirinya dengan apa yang sesuai, supaya ia tidak boleh menjadi sasaran yang mudah bagi syaitan (la3nahu Allah).

Oleh itu adalah perlu kita tahu terlebih dahulu - dan sebelum segala yang lain - bahawa manusia dirangsang (dorong) untuk digoda dan dilancarkan gangguan antara sesamanya, dan syaitan (la3nahu Allah) menggunakan gabungan (formula) rumit yang sesuai untuk setiap manusia untuk menyesatkannya, sebab di mana manusia hidup di alam dunia ini, untuk diuji di alam dunia ini pada masa ini dan di dalam kehidupan alam dunia (jasmani) ini.

Oleh itu, diri manusia itu dan persekitarannya adalah pusat pencarian senjata syaitan (la3nahu Allah).  Persenjatakan  untuk menggoda manusia dan membawanya ke jurang neraka. Dan persekitaran manusia adalah alam jasmani atau dunia.

Oleh itu, penyelidikan kini berputar di sekitar dunia dan diri manusia di satu sisi, dan mengenai diri manusia di sisi yang lain; karena senjata adalah samada:

1 - Bahawa ia adalah gabungan dari alam dunia dan diri manusia, seperti pisau dan badan yang ditanamkan di dalamnya, sebagai contoh lelaki penzina dan wanita penzina, bagi Syaitan ia menggunakan lelaki atau wanita, dan ia juga perlukan kelemahan seksual pada diri orang-orang ini yang ia mahu goda dan membawa ke jurang (neraka). Oleh itu manusia bermaksiat kepada Allah dengan berzina, wanita itu mewakili pisau yang dengannya syaitan menusukkannya. Ada pun kelemahan seksual merupakan (mewakili) tempat di mana syaitan menusukkannya.
         

2 - Atau bahawa senjata adalah dari dalam diri manusia, maka pisau dan tempat tikaman adalah satu, dan ia adalah diri. Maka tiada sesuatu yang wujud di alam dunia, yang mencontohinya mengajaibkan.

Oleh itu, adalah perlu untuk mengenal pisau (dunia), dan tubuh (badan) di mana ia ditanam di dalamnya (diri), dan pisau pada diri (iaitu pisau dan senjata yang diambil dari diri sendiri dan ditanam di dalam diri). Kemudian, jika kita berjaya, kita akan tahu senjata syaitan dengan lebih lanjut selepas mengetahuinya dengan cara yang mudah. Dan kita perlu mengenali kedua-duanya secara sederhana (hakikat bahawa diri dan dunia adalah senjata syaitan), dan yang khusus (terperinci) yang mana saya tinggalkan kerana ia cabang dari semua ini.

Tidak ada yang salah untuk melihat dunia dan diri manusia kerana ia adalah senjata syaitan.


✡✡✡✡✡


----------------------------------------

[5] Dari Nabi: "Hati orang mukmin berada di antara dua jari dari jari-jari Al-Rahman." 3awaliy Al-Liaaliy Jilid. 1, halaman. 48 


No comments:

Post a Comment