Monday, 6 July 2015

I - Tanda-tanda sebelum Terjadi Al-Sa’ah (hari kiamat):

I - Sebelum terjadinya Al-Sa’ah (hari kiamat


بسم الله الرحمن الرحيم


﴿قَدْ جَاءَتْكُم بَيِّنَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ 

Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti yang nyata dari Tuhanmu. [Al-A’raaf 7:85] 

 
﴿قَدْ جَاءَتْكُم بَيِّنَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ هَـٰذِهِ نَاقَةُ اللَّـهِ لَكُمْ آيَةً فَذَرُوهَا تَأْكُلْ فِي أَرْضِ اللَّـهِ وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ﴾

Sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Tuhanmu. Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya dengan gangguan apapun, (yang karenanya) kamu akan ditimpa siksaan yang pedih".[Al-A’raaf 7:73] 


﴿أَوْ تَقُولُوا لَوْ أَنَّا أُنزِلَ عَلَيْنَا الْكِتَابُ لَكُنَّا أَهْدَىٰ مِنْهُمْ فَقَدْ جَاءَكُم بَيِّنَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن كَذَّبَ بِآيَاتِ اللَّـهِ وَصَدَفَ عَنْهَا سَنَجْزِي الَّذِينَ يَصْدِفُونَ عَنْ آيَاتِنَا سُوءَ الْعَذَابِ بِمَا كَانُوا يَصْدِفُونَ﴾

Atau agar kamu (tidak) mengatakan: "Sesungguhnya jikalau kitab ini diturunkan kepada kami, tentulah kami lebih mendapat petunjuk dari mereka". Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhanmu, petunjuk dan rahmat. Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya? Kelak Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat Kami dengan siksa yang buruk, disebabkan mereka selalu berpaling. [Al-An’aam 6:157] 


Rasulullah saw bersabda:

)لتملان الأرض جوراً و ظلماً، فإذا ملئت جوراً و ظلماً، بعث الله رجلاً مني، اسمه اسمي، فيملؤها قسطاً وعدلاً، كما ملئت جوراً و ظلماً(

“Sungguh bumi akan penuh dengan ketidakadilan dan kezaliman. Jika telah dipenuhi ketidakadilan dan kezaliman, maka Allah mengutus seorang lelaki dariku, namanya adalah namaku. Ia akan memenuhi bumi dengan kemakmuran dan keadilan, setelah dipenuhi dengan ketidakadilan dan kezaliman.” (as-Silsilatu ash-Shahihah/al-Albani, no 1529)


I - Sebelum terjadinya Al-Sa’ah (hari kiamat):

Terlalu banyak hadith-hadith yang telah menyebut tanda-tanda yang menunjukkan hampirnya kedatangan Khalifah Allah Al-Mahdi (as) dan di tangan pembaca sekelian dipaparkan beberapa tanda-tanda ini:


1 - Banyaknya Fitnah

أخرج أحمد في مسنده بسنده عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ ، قَالَ : )صَحِبْنَا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَسَمِعْنَاهُ يَقُولُ " إِنَّ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ فِتَنًا كَأَنَّهَا قِطَعُ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ ، يُصْبِحُ الرَّجُلُ فِيهَا مُؤْمِنًا ، ثُمَّ يُمْسِي كَافِرًا ، وَيُمْسِي مُؤْمِنًا ، ثُمَّ يُصْبِحُ كَافِرًا ، يَبِيعُ أَقْوَامٌ خَلَاقَهُمْ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا يَسِيرٍ ، أَوْ بِعَرَضِ الدُّنْيَا " . قَالَ الْحَسَنُ : وَاللَّهِ لَقَدْ رَأَيْنَاهُمْ صُوَرًا وَلَا عُقُولَ ، أَجْسَامًا وَلَا أَحْلَامَ ، فَرَاشَ نَارٍ وَذِبَّانَ طَمَعٍ ، يَغْدُونَ بِدِرْهَمَيْنِ ، وَيَرُوحُونَ بِدِرْهَمَيْنِ ، يَبِيعُ أَحَدُهُمْ دَيْنَهُ بِثَمَنِ الْعَنْزِ . ( مسند أحمد: ج 4 ص 1


Dipetik dari Ahmad dalam Musnadnya dengan sanad daripada Al-Nu'man bin Basyir, beliau berkata “Sesungguhnya sebelum terjadinya hari kiamat akan timbul berbagai fitnah bagaikan sepotong malam yang gelap gulita. Pada pagi hari seseorang masih beriman, tetapi pada petang harinya telah menjadi kafir. Pada petang hari masih beriman, tetapi pada pagi harinya telah kafir. Kaum-kaum itu memperdagangkan akhlak mereka untuk kesenangan urusan dunia atau kepentingan dunia. Al-Hassan berkata: Demi Allah, aku melihat rupa mereka tidak melihat akal mereka, jasad yang tidak berfikiran, penglihatan yang membara dan pandangan yang tamak, mereka pergi dengan dua dirham, mereka datang dan pergi dengan dua darham, Ada di antara mereka menjual agamanya seperti kambing betina yang tidak bernilai. Musnad Ahmad: Jilid 4 halaman 1

وأخرج أبو داود بسنده عن النبي (صلى الله عليه وآله) قال: (إن بين يدي الساعة فتنا كقطع الليل المظلم، يصبح الرجل فيها مؤمنا ويمس ي كاف را ويمس ي مؤمنا ويصبح كافرا القاعد فيها خير من القائم، والماش ي فيها خير من الساعي، فكسروا قسيكم، وقطعوا أوتاركم، واضربوا سيوفكم بالحجارة، فإن دخل يعنى . على أحد منكم فليكن كخير ابني آدم) سنن ابي داود:ج 1 ص 1

Dipetik dari Abu Dawud dalam Musnadnya dengan sanad dari Nabi (saw): “Sesungguhnya sebelum terjadinya Al-Saah (hari kiamat) akan timbul berbagai fitnah bagaikan sepotong malam yang gelap gulita. Pada pagi hari seseorang masih beriman, tetapi pada petang harinya telah menjadi kafir. Pada petang hari masih beriman, tetapi pada pagi harinya telah kafir. Pada saat itu orang yang duduk lebih baik daripada yang berdiri, yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan, dan yang berjalan lebih baik daripada berlari. Karena itu pecahkanlah kekerasanmu, potonglah tali busurmu, dan pukulkanlah pedangmu ke batu (yakni jangan kamu gunakan untuk memukul atau membunuh manusia). Jika salah seorang di antara kamu terlibat dalam urusan (fitnah) itu, maka hendaklah ia bersikap seperti sikap terbaik dari dua orang anak Adam (yakni bersikap seperti Habil, jangan seperti Qabil).” Sunan Abu Dawud: Jilid 1 halaman 1


2 - Berlumba-lumba Membina Bangunan

روى مسلم في صحيحه من حديث عمر بن الخطاب: (أن جبريل (عليه السلام) قال للنبي (صلى الله عليه وآله): (فأخبرني عن الساعة ؟ قال: ما المسؤول عنها بأعلم من السائل. قال فأخبرني عن إمارتها. قال: إن تلد الآمة ربتها وان ترى الحفاة  [3]  . العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان)  صحيح مسلم:ج 3 ص 11

Muslim meriwayatkan dalam Shahihnya dari Omar bin Al-Khattab: bahawa Jibril (as), (berkata kepada Nabi (saw): Terangkan kepadaku tentang Al-Saah (kiamat)? Baginda bersabda: Orang yang ditanya tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Beliau bertanya lagi: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan.) (Sahih Muslim: Jilid 3 halaman 11

3 - Ilmu Diangkat:

(15441: تكون بين يدي الساعة أيام يرفع فيها العلم وينزل الجهل ويكثر فيها الهرج والهرج القتل) كنز العمال، الفصل الثالث: في اشراط الساعة الصغرى : ج 34 ص 132

(38449:“Sebelum terjadinya Al-Saah (hari kiamat) akan ada hari-hari yang diangkat padanya ilmu dan diturunkan padanya kejahilan, dan banyak terjadi “Al-Harj”. dan “Al-Harj” adalah pembunuhan”) [Kanz Al-3amal, Bab III: Dalam Asyraath Al-Sa3ah Al-Sughro: Jilid 34 halaman 132]

4 - Ramai yang membaca Al-Quran dan tidak beramal dengannya:

15483 : سيأتي على أمتي زمان يكثر فيه القراء ويقل فيه الفقهاء ويقبض العلم ويكثر الهرج، ثم يأتي من بعد زمان يقرأ القرآن رجال من أمتي لا يجاوز تراقيهم، ثم يأتي من بعد زمان يجادل المشرك بالله المؤمن في مثل ما يقول

(38457: Akan akan datang satu zaman atas umatku dimana didapati banyak para pembaca namun sedikit para fuqhak dan ilmu akan dicabut serta merajalela Al Harj (pembunuhan) kemudian akan datang zaman sesudahnya orang-orang yang membaca Al-Qur’an namun bacaan mereka tidak melewati kerongkong kemudian datang di zaman berikutnya orang musyrik mendebat orang mukmin pada apa yang diperkatakan.)

(.15453 : يكون في آخر الزمان عباد جهال وقراء فسقة( المصدر السابق. (-

(38481: Terjadi pada akhir zaman hamba-hamba yang jahil daripada pembaca yang membuat kejahatan) (Ibid). -


5 – Tersebarnya perbuatan keji dan Terputusnya Silaturahim:

(38468: من أشراط الساعة الفحش والتفحش وقطيعة الرحم  تخوين الآمين، وائتمان الخائن( المصدر السابق.

(38468: Antara tanda-tanda Al-Saah (hari kiamat) adalah perbuatan keji, dan sikap saling mengkeji, dan memutuskan Silaturahim, dan orang yang amanah dianggap pengkhianat dan pengkhianat pula dipercayai (ibid)

6 - Pendusta Dibenarkan Dan Yang Jujur Didustakan:

-(38452: سيأتي على الناس سنوات خداعات يصدق فيها الكاذب ويكذب  فيها الصادق، ويؤتمن فيها الخائن ويخون فيها الآمين، وينطق فيها الروبيضة، قيل: وما الروبيضة ؟ قال: الرجل التافه يتكلم في أمر العامة) المصدر السابق.

- (38452: “Akan datang pada manusia tahun-tahun yang dipenuhi penipuan. Pada saat itu, seorang pendusta justeru dibenarkan dan seorang yang jujur didustakan. Seorang pengkhianat malah dipercayai dan seorang yang amanah dikhianati. Pada saat itu, Al-Ruwaibidhah akan berkata-kata. Para sahabat bertanya, “Apakah Al-Ruwaibidhah itu?” Nabi menjawab, “seorang yang (pada hakikatnya) dungu, namun berani bercakap mengenai urusan umum.”) Ibid.

-( 38475: ليأتين على الناس زمان يكذب فيه الصادق ويصدق الكاذب، ويخون الآمين ويؤتمن الخؤون، ويشهد المرء ولم يستشهد، ويحلف وإن لم يستحلف، ويكون أسعد الناس بالدنيا لكع ابن لكع لا يؤمن بالله ورسوله( المصدر السابق.


- (38475: Akan datang pada manusia suatu zaman seorang pendusta justeru dibenarkan dan seorang yang jujur didustakan. Seorang pengkhianat malah dipercayai dan seorang yang amanah dikhianati, seorang saksi tidak diminta untuk menjadi saksi, Dan untuk bersumpah, tidak dibenarkan bersumpah, akan terjadi hingga orang yang paling bahagia dengan kehidupan dunia adalah Luka’ bin Luka’ tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya (Ibid).

7 - Berbangga Dengan Masjid:

(38484: لا تقوم الساعة حتى يتباهى الناس في المساجد( المصدر السابق.

(38484: Hari kiamat itu tidak akan terjadi sehingga manusia berbangga-bangga dalam (membangun) masjid-masjid (Ibid).

8 - Banyak Alat-alat Muzik Dan Minum Minuman Keras:

(38734: تكون في أمتي قذف ومسخ وخسف إذا ظهرت المعازف وكثرت القينات وشربت الخمور

(38734: “Akan terjadi pada umatku kehancuran, keruntuhan dan kehinaan, jika nampak nyata alat-alat muzik dan ramai budak-budak lelaki dan perempuan yang menyanyi dan minum minuman keras.

38735: يمسخ قوم من أمتي في آخر الزمان قردة وخنازير، قيل: يا رسول الله ! ويشهدون أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله ويصومون ؟ قال: نعم، قيل: فما بالهم يا رسول الله ؟ قال: يتخذون المعازف والقينات والدفوف ويشربون الآشربة، فباتوا على شربهم ولهوهم فأصبحوا وقد مسخوا قردة وخنازير( المصدر السابق.
.
38 735: Umatku akan berubah bentuknya pada akhir zaman dikutuk menjadi monyet dan babi, dikatakan: Wahai Rasulullah! Walaupun mere bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa engkau adalah Rasulullah dan mereka berpuasa? Baginda bersabda: Ya. Dikatakan: Bagaimana fikiran mereka, Ya Rasulullah? Baginda bersabda: Mereka menggunakan alat-alat muzik dan tamborin dan nyanyian dan minum minuman (keras), minum teruk pada keseronokan mereka dan mereka (dikutuk) berubah menjadi monyet dan babi (Ibid).

9 - Merasa Cukup Lelaki Dengan Lelaki:

(38499: إذا استغنى النساء بالنساء والرجال بالرجال فبشرهم بريح حمراء تخرج من قبل المشرق فيمسخ بعضهم ويخسف ببعض، ذلك بما عصوا وكانوا يعتدون .

(38 499: Jika kaum lelaki telah merasa cukup dengan lelaki lelaki dan kaum wanita telah merasa cukup dengan para wanita maka berikan khabar gembira dengan angin merah yang keluar dari sebelah timur maka akan hancur sebahagian mereka dan binasa sebahagian yang lain, Demikian itu (terjadi) karena mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.

)38500 : لا تذهب الدنيا حتى يستغني النساء بالنساء والرجال بالرجال، والسحاق زنا النساء فيما بينهن( المصدر السابق.

38500: Dunia tidak akan berakhir sehingga wanita merasa cukup dengan wanita dan lelaki dengan lelaki, dan lesbianism (hubungan sejenis) wanita berzina di antara mereka) Ibid.

10 - Nabi (saw) menerangkan kepada Ibn Mas’ud:

(38495: يا ابن مسعود! ألا ًوإنّ للساعة أشراطا إنّ للساعة أعلاما ! وإن من وأن يقبض ًوأن يكون المطر قيظا ًعلم الساعة وأشراطها أن يكون الولد غيظا ، يا ابن مسعود ًالآشرار قبضا ! من أعلام الساعة وأشراطها أن يصدق الكاذب وأن يكذب الصادق، يا ابن مسعود ! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن يؤتمن الخائن وأن يخون الآمين، يا ابن مسعود ! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن يواصل الاطباق وأن يقاطع الآرحام، يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن يسود كل قبيلة منافقوها وكل سوق فجارها، يا ابن مسعود ! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن يكون المؤمن في القبيلة أذل من النقد، يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن تزخرف المحاريب وأن تخرب القلوب، يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن يكتفى الرجال بالرجال والنساء بالنساء، يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن تكنف المساجد وأن تعلو المنابر ، يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن يعمر خراب الدنيا ويخرب عمرانها، يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن تظهر المعازف وشرب الخمور، يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن تشرب الخمور، يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن تكثر الشرط والهمازون والغمازون واللمازون، يا ابن مسعود! إنّ من أعلام الساعة وأشراطها أن تكثر أولاد الزنا( المصدر السابق.


(38 495: “Wahai Ibnu Mas’ud, sesungguhnya Al-Sa’ah (hari Kiamat) itu ada alamatnya, dan bagi Al-Sa’ah memiliki tanda-tanda, dan di antara alamat dan tanda-tandanya adalah: Anak-anak yang durhaka banyaknya curahan hujan. Orang-orang jahat semakin membanjir (banyak). Wahai Ibnu Mas’ud! sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: Pendusta disebut jujur. Orang jujur disebut pendusta. Wahai Ibnu Mas’ud! sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: Pengkhianat diberi kepercayaan. Orang yangg dipercayai pula disebut pengkhianat. Wahai Ibnu Mas’ud! sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: keganasab diteruskan. Hubungan silaturahim semakin terputus. Wahai Ibnu Mas’ud! Sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah Wahai Ibnu Mas’ud! Sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: pemimpin Suku-suku dilantik dari golongan orang-orang munafiq. Pasar semakin dipenuhi oleh seburuk-buruk manusia. Wahai Ibnu Mas’ud! Sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: Seorang mu’min dalam suatu suku adalah lebih hina dari barang-barang. Wahai Ibnu Mas’ud! Sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: Seorang laki-laki merasa cukup dengan laki-laki, dan wanita merasa cukup dengan wanita (hubungan sejenis). Wahai Ibnu Mas’ud! Sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: Masjid dihiasi dan mimbar di tinggikan. Wahai Ibnu Mas’ud! Sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: Perosak-perosak dunia dimakmurkan, Sedang pemakmur tamadun dunia yang sebenarnya dirosakkan. Wahai Ibnu Mas’ud! Sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: Tampak peralatan muzik semakin diutamakan. Arak/Khamar diminum. Wahai Ibnu Mas’ud! Sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: Banyaknya lambang pengumpat, pengejek dan pengecam (mencari kesalahan). Wahai Ibnu Mas’ud! Sungguh di antara alamat Al-Sa’ah itu dan tanda-tandanya adalah: Banyaknya anak zina. [Ibid]

Imam Al Baihaqy (ra) meriwayatkan beberapa Hadits berkenaan dengan Tanda- Tanda Kiamat. Haditsnya panjang sekali. Beliau menukil dari Kitab bernama Hilyaatul Auliyaa’ (Perhiasan Para Wali) yang ditulis oleh Abu Nu’aim Al Asfaahany (ramahu Allah), antara lain adalah Hadits yang diuraikan dibawah ini:

Dari Hudzaifah bin Al Yaman (ra), beliau berkata bahawa Rosulullah (saw) bersabda, “Diantara dekatnya hari A-Saah (Kiamat)  terdapat 72 tanda:

– Jika kalian melihat manusia mematikan sholat
– Menyia-nyiakan amanah
– Memakan riba
– Menghalalkan dusta
– Meremehkan darah
– Meninggikan bangunan
– Menjual Islam dengan dunia
– Memutus silaturahim
– Lemahnya hukum
– Dusta dianggap benar
– Sutera dijadikan pakaian
– Kezaliman terserlah
– Banyaknya perceraian
– Mati mendadak
– Penghianat dipercaya
– Orang jujur dituduh penghianat
– Pendusta dibenarkan
– Orang jujur didustakan
– Banyaknya saling tuduh-menuduh
– Banyaknya hujan
– Anak durhaka
– Banyaknya orang jahat
– Semakin kurangnya dermawan
– Para Pemimpin yang fasiq
– Para Menteri yang dusta
– Banyak orang yang dipercaya itu yang menjadi pengkhianat
– Banyak Pejabat zalim
– Banyak para Qurro’ (Pembaca Al Qur’an) yang Fasiq
– Memakai kulit domba, tetapi hati mereka lebih busuk daripada bangkai
– Orang yang sabar diliputi fitnah, mereka memperlakukannya seperti orang-orang Yahudi yang zalim
– Munculnya wang kuning (–wang emas / dinnar –)
– Dicarinya dirham
– Banyak kesalahan
– Para Pemimpin dimusuhi
– Mushaf dihias
– Masjid diindahkan
– Mimbar ditinggikan
– Hati semakin rusak
– Khamar diminum
– Hudud diabaikan
– Hamba melahirkan tuannya
– Orang telanjang dan tak beralas kaki menjadi Raja
– Wanita menyertai suaminya dalam berdagang
– Laki-laki menyerupai wanita, dan wanita menyerupai laki-laki
– Bersumpah dengan Allah tanpa diminta
– Bersaksi tanpa diminta
– Mengucapkan salam hanya pada yang dikenal
– Islam dipelajari bukan untuk Agama
– Dunia dicari dengan amalan akhirat
– Melarang ghanimah dari orang yang berhak
– Kepercayaan dijadikan jalan untuk memperkaya diri
– Zakat dijadikan hutang
– Pemimpin kaum adalah orang yang terhina dari mereka
– Seseorang durhaka pada bapaknya, kasar pada ibunya, tapi baik pada temannya
– Suami taat pada isterinya
– Orang fasiq suaranya nyaring di masjid-masjid
– Penyanyi wanita dijadikan sebagai keperluan hidup
– Musik dijadikan keperluan hidup
– Khamar diminum di jalan-jalan
– Kezaliman dijadikan kebanggaan
– Hukum dijual-belikan
– Polis semakin ramai
– Al Qur’an dijadikan seruling
– Kulit binatang dijadikan hiasan
– Masjid dijadikan jalan (tempat melintas)
– Akhirnya Ummat ini mengutuk Pendahulu Ummat.”


Maka takutlah kesan-kesan dan tanda-tanda itu dengan datangnya angin merah yang akan menghancurkan dan membinasakan.           



No comments:

Post a Comment