IX
- Khalifah Allah Al-Mahdi Diketahui dengan “Peraturan Mengenal Al-Hujjah”
Telah
pun dinyatakan sebelum ini bahawa peraturan mengenal Al-Hujjah memberikan
pengetahuan yang pasti akan para khalifah Allah SWT, dengan peraturan ini kita
akan mengenali peribadi khalifah-Nya.
Tiga
perkara tersebut; nash dan wasiat, ilmu dan hikmah,
panji bai’ah kepunyaan Allah dan Pemerintahan (Hakimiyah)-Nya,
inilah yang dijadikan hujjah oleh khalifah Allah Al-Mahdi di akhir zaman.
1. Nash
Hadits-hadits
mutawatir yang menerangkan nama Al-Mahdi; Muhammad atau Ahmad, di antaranya:
a –
Sabda Rasulullah (saw):
(يخرج في آخر الزمان رجل من ولدي اسمه كاسمي، وكنيته كنيتي، يملأ
الآرض عدلا ًكما ملئت جورا ، وذلك هو المهدي. ) عقد الدرر في أخبار المنتظر:ص 32
“Akan muncul di akhir zaman seorang laki dari anak
keturunanku namanya seperti namaku, julukannya seperti julukanku, dia akan
memenuhi bumi dengan keadilan setelah dipenuh kezaliman, dia itulah Al-Mahdi.” Rujukan:
3uqud Al Durur Fi Akhbar Al-Muntadzar; halaman:32
b –
Sabda Rasulullah (saw):
عن النبي (صلى الله عليه وآله) (:لا تقوم الساعة
حتى يلي رجل من أهل . بيتي يواطئ اسمه اسمي) مسند احمد:ج 1 ص 376
“Tidak akan berdiri hari kiamat sebelum datang
seorang laki dari keluargaku, yang namanya serupa namaku.”(Musnad
Ahmad, Juz 1, halaman 374).
c
– Sabda Rasulullah (saw):
عن النبي (صلى الله عليه وآله)
قال:
(لا تذهب الدنيا أو قال لا تنقضي الدنيا حتى يملك العرب رجل من أهل بيتي ويواطئ
اسمه اسمي) مسند أحمد:ج 1 . ص 374
“Dunia tidak akan lenyap atau tidak akan berakhir
sehingga bangsa Arab berkuasa, seorang lelaki dari Ahli Bait ku, yang namanya
menyerupai namaku.”), Musnad Ahmad Bin Hanbal, Juz 1, halaman 374).
Beberapa
kesimpulan dari hadits-hadits di atas;
1 - Namanya adalah namaku.
2 - Namanya serupa namaku.
3 - Namanya seperti namaku, dan julukannya adalah
julukanku.
Yang
ingin disampaikan di sini adalah kata “yuwathi`”, yakni kemiripan.
عن عبد الله أن النبي (صلى الله عليه وآله)
قال:
(لن تذهب الدنيا حتى يملك الدنيا رجل من أهل بيتي، يواطئ اسمه اسمي.
قلت: يا أبا عبد الرحمن، ما . يواطئ؟ قال: يشبه
(عقد
الدرر في أخبار المنتظر ليوسف بن يحيى المقدسي: ص 30
Dari Abdullah bahawa Nabi saw: “Selamanya dunia
tidak akan lenyap sebelum dunia dikuasai oleh seorang lelaki dari Ahlulbaitku,
namanya serupa namaku.” “Hai Abdurrahman, apakah arti kata “yuwathi”?, (tanya
perawi). Ia menjawab, “Mirip”. Rujukan: 3uqud Al Durur Fi Akhbar
Al-Muntadzar; halaman:30
Ertinya Khalifah
Allah Al-Mahdi yang lahir di akhir zaman, namanya mirip nama Nabi saw, bukan
nama yang sama dengan Nabi saw. Nama Nabi saw adalah Muhammad sementara nama Al
Mahdi adalah Ahmad. Nama bapanya pula adalah nama bapa Nabi Muhammad saw.
Kata
“ab” (bapa) ditakwilkan sebagai bapa langsung dan bapa jauh yang ada di dalam
silsilah nasab. Kerananya didapati hadits berikut:
)أنا ابن
الذبيحين عبدالله وإسماعيل(
“Aku
adalah putra dua sembelihan; Abdullah dan Ismail.”Rujukan: Al-Mustadrak Al
Hakim, Juz 2, Halaman 559; Al Autar oleh Al Syaukani, Juz 9, halaman 164
Baginda
putra Ismail dan Abdullah. Di dalam riwayat dijelaskan bahawa Al-Mahdi adalah
dari anak keturunan Fatimah, tentulah Al-Mahdi bukan putra langsung, tetapi
dari anak keturunannya lalu dapat dikatakan beliau adalah dari putra-putranya.
Sebagaimana
dikatakan bagi Adam bahawa beliau adalah bapa kita. Firman Allah:
﴿يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي
سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ذَٰلِكَ
مِنْ آيَاتِ اللَّـهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ﴾
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan
kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan
pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari
tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. [Al A’raf 7:26]
﴿يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ
أَبَوَيْكُم مِّنَ الْجَنَّةِ يَنزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا
سَوْآتِهِمَا ۗ إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا
تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا
يُؤْمِنُونَ﴾
Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat
ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari
surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada
keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan
suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah
menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak
beriman. [Al A’raf 7:27]
Maka
Adam adalah bapa semua manusia, tetapi dia bukanlah Bapa secara langsung,
tetapi dia dipanggil bapa dan anak-anaknya semua yang berikutnya menjadi
anak-anak Adam (as).
Begitu
juga Allah SWT berfirman:
﴿مِّلَّةَ أَبِيكُمْ
إِبْرَاهِيمَ هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ﴾
"(Ikutilah) agama bapa kamu Ibrahim. Dia
(Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu.” (Al-Hajj 22:78)
﴿أَمْ كُنتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ
قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِن بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَـٰهَكَ
وَإِلَـٰهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَـٰهًا وَاحِدًا
وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ﴾
"Adakah
kamu hadir menyaksikan ketika kematian menjemput Ya’qub, ketika ia berkata kepada
anak-anaknya, “Apa yang kamu sembah sepeninggalku?” Mereka menjawab, “Kami akan
menyembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu, Ibrahim, Ismail, dan Ishaq, (yaitu)
Tuhan Yang Maha Esa, dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya.” [Al Baqarah 2:133]
Jadi,
Ibrahim (as) adalah seorang bapa bagi muslimin. Oleh itu, Islam adalah agama
Ibrahimi yang lurus. Sebagaimana Ibrahim disebut sebagai bapa Ya’qub (as), bapa
yang bukan langsung.
Maka,
nama Al-Mahdi menyerupai nama datuknya Nabi saw sebagaimana nama bapanya menyerupai
nama bapa Nabi saw.
Tetapi
takwilnya, tidak semestinya bermaksud bapa langsung (kandung). Boleh
sahaja ia merujuk kepada bapa di akhir rantai nasab, yang mana dirujuk kepada
bapa kepada bapa.
Jadi
nama Al-Mahdi mirip nama Nabi saw, yakni Ahmad, dan nama bapanya adalah
Abdullah dan Ismail. Kesimpulan takwilnya adalah Khalifah Allah Al-Mahdi,
namanya Ahmad Abdullah atau Ahmad Ismail.
Kita
dapati perkara ini dalam firman Allah SWT, bahawa Isa (as) telah mengkhabarkan
akan kedatangan Nabi saw dan menyebut namanya:
﴿وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ
إِنِّي رَسُولُ اللَّـهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ
التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ
أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءَهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَـٰذَا سِحْرٌ
مُّبِينٌ﴾
"Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata:
"Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu,
membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan
(datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad
(Muhammad)". Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa
bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang
nyata"." [Al-Saff 61:6]
Pada
saat yang sama, Muhammad saw telah datang kepada mereka dan mereka harus
beriman kepada beliau dengan bukti bahawa Isa AS telah mengkhabarkan dengan
nama Ahmad. Kini sekiranya ada yang datang dengan bukti dan nas bahawa Nabi saw
telah menamakan Al-Mahdi dengan nama Nabi saw maka dalilnya adalah berdasarkan
nama Khalifah Allah Al-Mahdi yang mirip dengan nama Nabi saw kerana hadits-hadits
menyebut perkataan “yuwathi’, yakni menyerupai.
2
- Ilmu
Kekhalifahan
seorang khalifah berdiri di atas dasar ilmu, sebagaimana ditegaskan dalam Al
Quran:
﴿يا أَبَتِ إِنِّي قَدْ
جَاءَنِي مِنَ الْعِلْمِ مَا لَمْ يَأْتِكَ فَاتَّبِعْنِي أَهْدِكَ صِرَاطًا
سَوِيًّا﴾
"Hai bapaku, sesungguhnya telah datang kepadaku
ilmu pengetahuan yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku, niscaya aku
akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus.'(Maryam:43)
﴿وَقَالَ لَهُمْ
نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًا ۚ قَالُوا أَنَّىٰ
يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ
يُؤْتَ سَعَةً مِّنَ الْمَالِ ۚ قَالَ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ
وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ ۖ وَاللَّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَن
يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ﴾
"Nabi mereka berkata kepada
mereka, “Sesungguhnya Allah telah mengangkat Thâlût menjadi rajamu.”
Mereka menjawab, “Bagaimana mungkin Thâlût memerintah kami, sedangkan kami
lebih berhak untuk mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedangkan ia tidak
diberi kekayaan yang melimpah?” Nabi mereka berkata, “Sesungguhnya Allah telah
memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya keluasan ilmu dan tubuh yang
perkasa. Dan Allah memberikan kerajaan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya.
Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.” [Al Baqarah 2:247]
﴿وَدَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ إِذْ يَحْكُمَانِ فِي الْحَرْثِ إِذْ
نَفَشَتْ فِيهِ غَنَمُ الْقَوْمِ وَكُنَّا لِحُكْمِهِمْ شَاهِدِينَ * فَفَهَّمْنَاهَا
سُلَيْمَانَ وَكُلًّا آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا وَسَخَّرْنَا مَعَ
دَاوُودَ الْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ وَكُنَّا فَاعِلِينَ﴾
"Dan (ingatlah kisah) Daud dan Sulaiman, ketika
mereka berdua memberikan keputusan mengenai tanaman, kerana tanaman itu dirusak
oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya. Dan Kami menyaksikan keputusan yang
diberikan oleh mereka itu. * Maka Kami telah memahamkan kepada Sulaiman hukum
(yang sebenarnya); dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan
(kelayakan untuk) memberi keputusan dan ilmu, dan telah Kami tundukkan
gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan Kami-lah
yang melakukannya." [Al Anbiya 21:78-79]
﴿يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ
فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو
الْأَلْبَابِ﴾
Allah akan menganugerahkan hikmah kepada siapa yang
Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi hikmah tersebut, ia
benar-benar telah dianugerahi kebaikan yang yang tak terhingga. Dan hanya
orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dan memahami hal
ini). [Al Baqarah 2:269]
Maka
semua Khalifah Allah membawa ilmu dan hikmah yang Allah berikan kepada mereka.
Ilmu dan hikmah akan sentiasa beriringan dengan setiap khalifah-Nya.
Riwayat-riwayat menjelaskan bahawa Khalifah Allah Al-Mahdi akan memutuskan
hukum bagi para ahli Injil dengan injil mereka dan para ahli Taurat dengan
taurat mereka, kerana beliau adalah sebagai orang yang mewarisi Taurat dan
Injil.
أخرج ابن حماد بسنده: )عن كعب، قال: المهدي يبعث بقتال الروم يعطي
فقه
عشرة يستخرج تابوت السكينة من غار بأنطاكية فيه التوارة التي أنزل الله
تعالى
على موسى )عليه السلام)، والنجيل الذي أنزل الله عز وجل على عيسى
)عليه السلام)،
يحكم بين أهل التوراة بتوراتهم وبين أهل النجيل بإنجيلهم) فتن
. المروزي : حديث
رقم 1022
Disampaikan Ibn Hammad dengan sanadnya dari Ka’ab: “Al-Mahdi
diutus memerangi Rom. Ia dianugerahi sepuluh pemahaman yang mengeluarkan Tabut As-Sakinah
dari gua Aanthakiah, di dalamnya terdapat Taurat yang Allah turunkan kepada
Musa (as). Juga Injil yang Allah turunkan kepada Isa (as). Beliau memutuskan
hukum bagi ahli Taurat dengan Taurat mereka dan menjelaskan ahli Injil dengan
Injil mereka.” Rujukan: Al Fitan oleh Ibnu Hamad, Hadits 1022
وأخرج أيضا: عن كعب،
قال: )إنما سمي المهدي
لأنه يهدي إلى أسفار من أسفار
التوراة، يستخرجها من جبال الشام، يدعو إليها اليهود، فيسلم على تلك الكتب جماعة كثيرة، ثم ذكر نحوامن ثلاثين
ألفا (فتن المروزي :
حديث رقم 1035
Juga disampaikan dari Ka’ab: “Dinamakan Al-Mahdi,
kerana dia memberi petunjuk kepada kitab-kitab dari Taurat. Ia mengeluarkannya
dari bukit Syam, menyeru kaum Yahudi kepadanya, dan banyak dari mereka yang
mengakui kitab-kitab itu. Kemudian disebutkan mereka itu sekitar tiga puluh
ribu.” Rujukan: Al Fitan Al Maruzi, hadits 1035
3
- Pemerintahan Allah (Hakimiyah Allah);
Ini
bermakna bahawa undang-undang dan Pelaksananya dari Allah SWT, Perlembagaan dan
yang dilaksanakan oleh maksumin dari berbuat kesilapan, untuk mencapai risalah
langit tulen (bersih) dan bebas daripada perkara asing kepada manusia, jadi
khalifah Allah Al-Mahdi diutus oleh Allah SWT bagi melaksanakan hokum-hakamnya
tanpa noda kezaliman atau ketidakadilan, malahan diutus oleh Allah untuk untuk
menegakkan kebenaran dan memberantas bid’ah dan menyatukan manusia kepada
kalimah yang satu.
﴿قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ
بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّـهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ
شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ
اللَّـهِ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ﴾
Katakanlah, “Hai ahli kitab, marilah (berpegang
teguh) kepada satu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami
dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan
Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang
lain sebagai tuhan selain Allah.” Jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada
mereka, “Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada
Allah).” [Aali Imran 3:64]
Beliau
akan menyebarkan keadilan di tengah umat, sebagaimana hadits sebelum ini:
يرض ىلخلافته أهل السماء وأهل الآرض والطير
في الجو
“Redhalah kepada khalifah-Nya para penghuni langit
dan bumi serta burung-burung di udara.” Rujukan: sawaiq al Muhriqah
oleh Ibn Hajar Al-Haitami. Al-Makki, halaman 164
Kegelapan
yang menyelimuti umat manusia adalah disebabkan tidak ada dua perkara tersebut
iaitu undang-undang Allah dan pelaksananya. Khalifah Allah Al-Mahdi akan menerapkan
jalan Tuhan di tengah umat manusia dan berjalan bersama mereka dengan sirah dan
hidayah Nabi saw.
Beliau
akan berhukum dengan hukum Allah kerana beliau diangkat oleh-Nya, dan menyeru
kepada Allah serta mengibarkan panji-panji bai’ah kepada Allah.
Diriwayatkan
oleh Al-Maruzi dengan sanadnya dari Nauf Al-Bukali:
)في راية المهدي
مكتوب البيعة لله(
“Pada
panji Al-Mahdi tertulis bai’ah milik Allah (Bai3atu Lillah).” Rujukan: Fitan
Al-Maruzi: Hadits no 1026
No comments:
Post a Comment