X
- Al-Mahdi Telah Berada Di Kalangan Kita
Setelah
membicarakan konsep di atas, dan telah diketahui perbezaan antara si pengaku
yang haq dari yang batil menurut peraturan tersebut, yang mana Allah menjamin
penjagaannya dari tangan-tangan jahil, maka kita akan bincangkan masalah tokoh
yang ada sejak diserukan kepada umat manusia. Sebagaimana firman Allah:
﴿ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ
رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ
أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ
أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ﴾
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan
hikmah dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang terbaik.
Sesungguhnya Tuhanmu Dia-lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat
dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat
petunjuk." (Al-Nahl 16:125)
Lantas
siapakah khalifah Allah itu?
Kini
telah tiba seorang tokoh yang menuntut kedudukan tersebut, namanya adalah Ahmad
Al Hassan. Beliau berkata:
يقول خليفة الله المهدي أحمد الحسن (عليه السلام): ]…
بالنسبة للمسلمين السنة فقد حثهم رسول الله (صلى الله عليه
وآله) على نصرة المهدي وأسماه ) خليفة الله المهدي) كما في
الروايات الصحيحة في كتب السنة، وقد جئتهم واسمي يواطئ
اسم رسول الله (صلى الله عليه وآله) (أحمد) ، واسم أبي يواطئ اسم أب رسول
الله (إسماعيل) كما نصّت الروايات والرسول (صلى الله عليه وآله) قال: (أنا ابن
الذبيحين عبد الله وإسماعيل)، وقد جئتكم بالنص التشخيص ي
الموصوف بأنه عاصم من الضلال لمن تمسك به، وجئت بالعلم، والانفراد
براية البيعة لله
فاتقوا الله يا أمة محمد (صلى الله عليه وآله) وأذعنوا
للحق واتبعوا خليفة الله المهدي الذي دعاكم رسول الله (صلى الله
عليه وآله) الثلج، [(….
Telah berkata Khalifah Allah Al-Mahdi Ahmad Al
Hassan (as) [….“Rasulullah saw telah menyeru muslimin agar mendukung Khalifah
Allah Al-Mahdi, sebagaimana yang diterangkan dalam riwayat-riwayat Sahih di
dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah. Saya datang kepada mereka dan nama saya Ahmad
seperti nama beliau, dan nama bapa saya Ismail, ialah nama bapa beliau,
sebagaimana sabdanya, “Aku adalah anak dua aembelihan” (Abdullah dan Ismail).
Saya membawa nash lantikan yang terjaga dari kesesatan bagi yang berpegang
padanya, saya bawakan ilmu dan panji bai’ah milik Allah.”
Maka
bertaqwalah kepada Allah wahai umat Muhammad saw dan tunduklah pada kebenaran
dan ikuti Khalifah Allah Al-Mahdi yang telah diserukan oleh Rasulullah saw
kepada kalian, supaya kalian mendukungnya walaupun dengan merangkak di atas
salji.”
Jadi,
Khalifah Allah Al-Mahdi Ahmad Al Hassan (as) datang dengan tiga perkara
sebagai peraturan penentuan mengenal Al-Hujjah:
1 -
Nash lantikan yang telah disampaikan di atas, bahawa nama beliau Yuwathi
(mirip) nama Nabi saw, Ahmad, dan mirip nama bapa baginda, Ismail,
diambil dari kalimat “Ibnu Zhabihain anak dua sembelihan” (Abdullah dan
Ismail).
2 -
Ilmu; Beliau telah menjelaskan perkara-perkara besar (‘adzaaim Al-Umur) yang
tidak dipunyai oleh orang lain dan mempunyai berbagai macam ilmu; tentang
hukum-hukum yang samar (Mutasyabihaat), tafsir Al Quran, kisah-kisah dan
sikap-sikap para khalifah, tentang akidah sebenar dan hakikat makrifat
ketuhanan. Juga tentang isi kitab-kitab samawi (Taurat, Injil dan Al Quran),
tentang jawaban atas kaum Atheis dengan metodologi sains moden yang membawakan
berbagai alasan (kufur).
3 -
Pemerintahan Allah (Hakimiyah Allah);;
Khalifah
Allah Al-Mahdi, Ahmad Al-Hasan mengatakan: “Seruanku
adalah seperti seruan Nuh (as), seruan Ibrahim (as), seruan Musa (as), Seruan
Isa (as) dan seperti seruan Muhammad (saw).
Agar Tauhid tersebar di setiap
penjuru dunia ini, dan Tujuan para Nabi dan Aushiak adalah
matlamatku, dan untuk menerangkan Al-Taurat, Al-Injil dan Al-Quran serta segala
perkara yang kalian perselishkan di dalamnya. Dan juga untuk memerangkan
penyelewengan Ulamak Yahudi, Ulamak Nasrani dan Ulamak Muslimin serta
terkeluarnya mereka dari Syariat Ilahiyah dan dari yang diwasiatkan kepada para
nabi (as).
Keinginan ku adalah kehendak
Allah SWT dan melaksanakan kehendakNya tanpa soal, supaya penduduk bumi tidak
inginkan sesuatu melainkan apa yang dikehendaki Allah SWT, iaitu agar bumi ini
dipenuhi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan
kezaliman dan penindasan, untuk mengenyangkan yang lapar dan agar tiada orang
miskin yang tinggal tidak berbumbung, agar anak yatim menjadi gembira setelah
kesedihan yang lama dan agar seorang balu dapat memenuhi keperluan
hidup (kebendaan) mereka dengan maruah dan kemuliaan dan supaya… dan
supaya… dan supaya… melaksanakan kepentingan yang ada dalam syariat yang adil,
belas kasihan dan kejujuran.
(Kitab
Al-Jawab Al-Munir, juz 1, soal no 2, salah satu terbitan Anshar Al-Imam Al-Mahdi
as)
Untuk
mengetahui lebih tentang seruan (dakwah) Ahmad Al-Hasan sila rujuk laman
berikut
Sebelum
<<>> Selepas (Bai'ah)
No comments:
Post a Comment