Monday, 6 July 2015

II - Beriman kepada Imam Mahdi

II - Beriman kepada Imam Mahdi

Melainkan perselisihan dalam masalah-masalah tertentu, keimanan kepada Imam Mahdi (as) termasuk kepercayaan terhadap keberadaan musuhnya adalah salah satu kebenaran dalam akidah yang disepakati oleh muslimin. Sebagaimana semua orang meyakini adanya pengislahan (pembaharu) sejagat.
       
يقول ابن خلدون : )اعلم إنّ المشهور بين الكافة من أهل السلام على ممر
الآعصار: أنه لا بد في آخر الزمان من ظهور رجل من أهل البيت، يؤيد الدين
ويظهر العدل، ويتبعه المسلمون ، ويستولي على الممالك السلامية، ويسمى المهدي(
تاريخ بن خلدون :ج 1 ص 311 الفصل: 52


Ibnu Khaldun mengungkapkan: “Ketahuilah, yang masyhur di kalangan semua orang Islam di sepanjang masa adalah bahawa di akhir zaman akan muncul seorang lelaki dari Ahlulbait. Ia menjunjung agama, menegakkan keadilan dan diikuti oleh muslimin serta menguasai seluruh pemerintahan Islam. Ia bernama Al-Mahdi.” Rujukan: Tarikh Ibn Khaldun, Jilid 1,halaman 311 Bab 52
          
Sejalan dengan ucapan Ustaz Amin Al-Azhari Al-Mishri bahawa Ibnu Hajar telah mendapati hadits-hadits terkait Al-Mahdi sebanyak 50 riwayat (Rujukan: Al Mahdi wal Mahdawiyah, halaman 48). Sebagaimana tulisan Syaukani dalam kitabnya yang diberi judul “Al-Taudhih fi Tawatur ma Ja3a fi Al-Muntadzar wa Al-Dajjal wa Al-Masih".

Muttaqi Al-Hindi dalam kitabnya mengatakan: “Syaikh Yahya bin Muhammad Al-Hanbali mengkafirkan orang yang mengingkari Al-Mahdi. Ia berkata, “Siapa yang mendustakan Al-Mahdi yang dijanjikan telah disabdakan akan kekafirannya.” Rujukan: Al Burhan, halaman 104

Ibnu Taimiyah mengatakan: “Hadits-hadits yang berhujjah atas kemunculan Al-Mahdi adalah sahih, diriwayatkan oleh Abu Daud, Turmudzi, Ahmad dan lainnya dari Ibnu Mas’ud dan lainnya.” Demikian juga di dalam kitab Al-Muntaqa min Minhaj Al-I’tidal karya Dzahabi, halaman 534. Saya katakan, “Lima ulama besar ahli hadits telah mensahihkan hadits-hadits kemunculan Al-Mahdi, disertai ulama yang lain dari para pendahulu dan generasi sebelumnya, yang boleh sahaja saya sebutkan nama-nama mereka…” Rujukan: Minhaj Al Sunnah, Jilid 4, halaman 211

Bin Baz pernah ditanya tentang keimanan ini bahawa:

“Ada orang yang mengingkari Al-Masih, Al-Dajjal dan Al-Mahdi, turunnya Isa (as), Ya`juj wa Ma`juj. Tidak satupun darinya yang dia percayai. Bahkan katanya bahawa tiada hadits yang diriwayatkan mengenainya, dengan kesedaran bahawa dia tidak faham ilmu hadits sama sekali dan ilmu-ilmu lainnya. Walaupun beberapa ulama telah membantahnya, beliau yang merupakan orang yang melaksanakan solat, puasa dan kewajiban-kewajibannya masih lagi tetap dalam dakwaannya bahawa semua hadits tentang hal ini adalah dusta kepada Nabi saw dan tambahan terhadap Islam. Maka apa hukum baginya?”

Jawabannya: “Orang seperti beliau adalah kafir, kerana telah mengingkari sesuatu yang kukuh dari Rasulullah saw. Jika telah dijelaskan oleh ulama kepadanya dan dia masih keras mendustakan dan mengingkarinya, maka ia menjadi kafir, kerana orang kafir mendustakan Rasulullah saw. Adalah sahih dan mutawatir dari Rasulullah saw berkaitan hadits-hadits di akhir zaman tentang turunnya Al-Masih bin Maryam dari langit di akhir zaman, munculnya Ya`juj wa Ma`juj, Dajjal dan Al-Mahdi. Empat perkara ini; Al-Mahdi di akhir zaman akan memenuhi bumi dengan keadilan setelah dipenuhi kezaliman, turunnya Al-Masih bin Maryam, munculnya Dajjal dan Ya`juj wa Ma`juj, semuanya dikukuhkan oleh hadits-hadits yang sahih mutawatir dari Rasulullah saw. Maka mengingkarinya adalah kufur dan sesat.


Mengenai Dajjal, Al-Masih bin Maryam dan Ya`juj wa Ma`juj yang diriwayatkan secara mutawatir dari Nabi saw, tiada keraguan di dalamnya. Demikian juga dalam hal Al-Mahdi. Walaupun demikian, perkara ini masih dipermasalahkan (isykal) dan ditangguhkan (tawaquf) oleh sebagian orang; maka orang yang mengingkari Al-Mahdi, ia menangguhkan perkara ini dalam kekafiran. Sedangkan yang mengingkari adanya Dajjal atau Al-Masih bin Maryam atau Ya`juj wa Ma`juj, jelas ia kafir. Dikatakan tawaquf dalam kekafiran dan kemurtadannya, kerana ia telah dilewati oleh orang yang menjadikannya masalah. Yang paling tampak dan mendekati ialah kekafirannya dalam hal ini. Adapun sehubungan dengan Ya`juj wa Ma`juj, Dajjal dan Al-Masih bin Maryam jelas kafir..” Rujukan: Laman Rasmi Bin Baz http://www.binbaz.org.sa/mat/21563




No comments:

Post a Comment