Monday, 6 July 2015

Pengenalan

Pengenalan


بسم الله الرحمن الرحيم
والحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً
                                                                                        
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengsihani.
Segala puji adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam,
dan selawat sanjungan Allah, atas  Muhammad dan keluarga Muhammad para Imam dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan..


﴿بسم الله الرحمن الرحيم﴾
﴿عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ * عَنِ النَّبَأِ الْعَظِيمِ * الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ * كَلَّا سَيَعْلَمُونَ * ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengsihani
{Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?? (1) Tentang berita yang besar, (2) yang mereka perselisihkan tentang ini. (3) Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui, (4) kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka mengetahui. (5)} [Al-Naba' 78:1-5]


Berita kedatangan Khalifah Allah Al-Mahdi adalah berita besar. Ia kerap diperselisihkan. Tetapi kita tidak boleh bosan dengannya kerana ada banyak berita besar selainnya seperti kedatangan Al-Saah atau Kiamat dan kedatangan Rasul-rasul Allah di muka bumiNya.

Ia adalah kisah yang berulang di setiap zaman di mana terdapat Khalifah dari khalifah-khalifah yang diutus Allah di bumi dan langit-Nya. Dan ia adalah suatu kisah yang sentiasa diperselisihkan oleh penciptaan (Makhluk) terhadap Hujjah Allah ini kepada mereka iaitu yang terdiri dari para Nabi, Rasul-rasul dan Pengganti (Khalifah) mereka (as) - atau seperti yang Allah telah sebutkan dalam firmanNya ﴿النَّبَأِ الْعَظِيمِ﴾ {Berita yang besar} dalam ayat di atas.

Allah telah merakamkan ketika akan di utus Muhammad sebagai rasul kepada Bani Israel:


﴿وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّـهِ إِلَيْكُم مُّصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِن بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ فَلَمَّا جَاءَهُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَـٰذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ﴾ 

"Dan (ingatlah) ketika Isa ibn Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad.". Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata"." [Al-Saff 61:6]

Apakah kesudahannya terhadap Bani Israel, umat Yahudi dan Keistian. Adakah mereka beriman dengan Muhammad (saw). Adakah kerana yang mereka tunggu Ahmad dan yang datang Muhammad? Tidak, malah merekalah yang membina Bandar Yatsrib (Madinah) untuk menunggu Nabi Penutup Muhammad (saw). Bahkan mereka mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Allah SWT berfirman:

﴿الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ﴾

Orang-orang yang telah Kami beri Al Kitab mengenalnya Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. [Al-Baqarah 2:146] 

﴿الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمُ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ﴾
Orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepadanya, mereka mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman (kepada Allah). [Al-An3aam 6:20] 

Apabila Muhammad diutus mengikut Jalur (nasab) Ismail bin Ibrahim (as) mereka (ahli kitab) tidak beriman dengan Muhammad. Ini diingatkan Allah SWT dari pengajaran ayat di atas:

1.   Mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui
2.   Mereka merugikan diri sendiri kerana mereka itu tidak beriman

Maka Khalifah Allah Al-Mahdi adalah berita besar untuk akhir zaman. Apakah tindakan kita? Apakah kita biarkan kerana sudah terlalu banyak yang mendakwanya? Janganlah kita menzalimi (tidak berlaku adil) kepada diri kita sendiri.


﴿وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ﴾
         
{Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.} [Al-Syhu'araa' 26::227].

Ingatlah firman Allah ﴿كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
{Sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui.} iaitu semasa kedatangannya (Khalifah Allah Al-Mahdi) dan bersabarlah dan kajilah
﴿ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ﴾
{kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka akan mengetahui.} iaitu semasa kedatangannya (Khalifah Allah Al-Mahdi).

Dan di hujung surah itu Allah mengingatkan
﴿إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ مَفَازاً﴾
{Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan,} [98 Al-Naba' 78:31],

Mereka adalah orang-orang yang beriman kepada khalifah Allah yang dijanjikan oleh Rasulullah (saw), dan taat kepadanya dan mengikuti jejak langkahnya pada jalan yang lurus, dan mereka mengenal Allah melalui Khalifah Nya. Dan bagaimana menjadi Khalifah Allah bukan suatu {Berita yang besar}!? Dia (Khalifah Allah) juga adalah pintu untuk mengenal Allah, Dan bagaimana menjadi Khalifah Allah bukan suatu {Berita yang besar}!?

Dan dalam Al-Quran penjelasan berita yang besar ini adalah peringatan untuk orang yang mengambil peringatan dan untuk orang yang mengambil pengajaran, mudah-mudahan dia akan sedar dan menjadi salah seorang yang mengetahui dan yang sujud, dan supaya dia tidak kekal di dalam kejahilannya dan keangkuhan, dan supaya ia menjadi salah seorang daripada orang-orang yang memberi peringatan kepada orang lain seperti firmanNya SWT:

﴿قُلْ هُوَ نَبَأٌ عَظِيمٌ  *انْتُمْ عَنْهُ مُعْرِضُونَ* ........ وَ لَتَعْلَمُنَّ نَبَأَهُ بَعْدَ حِينٍ﴾

{Katakanlah: "Berita itu adalah berita yang besar,* yang kamu berpaling daripadanya *.......... Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) beritanya setelah beberapa waktu lagi.):[Shaad 38:67,68 dan 88].

Semoga kita mendapat hidayah Allah SWT. Maka dihidangkan kepada saudara-saudari Kitab Selamat Datang Khalifah Allah Al Mahdi yang diiterjemah dari Kitab: مرحبا بخليفة الله المهدي atas Kedatangan Ahmad Al-Hassan yang Menuntut Sebagai Khalifah Allah Al-Mahdi.



والحمد لله رب العالمين
.Segala puji adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam,


Penterjemah


Ansar Imam Al-Mahdi



Sebelum <<>> Selepas



No comments:

Post a Comment