Monday, 6 July 2015

VI - Sifat-sifat Al-Mahdi

VI - Sifat-sifat Al-Mahdi


a) Sifat Jasmani

Warna kulit ketimuran (Arab) dan bentuk badan kebaratan.(Bani Israel)

يقول ابن حجر في الصواعق: )وأخرج الروياني والطبراني وغيرهما: المهدي من ولدي وجهه كالكوكب الدري اللون لون عربي والجسم جسم إسرائيلي يملأ الآرض ًعدلا كما ملئت جورا يرض ى لخلافته أهل السماء وأهل الآرض والطير في الجو . يملك عشرين سنة(

Ibnu Hajar berkata dala Al-Shawaiq: Disebut oleh Al Ruyani dan Al-Thabrani dan selain keduanya, (Al-Mahdi dari anak keturunanku, bagai bintang kejora, warna kulitnya kearaban dan bentuk badannya seperti Bani Israel . Beliau akan memenuhi bumi dengan keadilan, setelah bumi dipenuhi kezaliman. Para penghuni langit dan bumi serta burung-burung di udara rela dengan kekhalifahannya. Ia berkuasa selama dua puluh tahun.) Rujukan: Shawaiq Al Muhriqah, Ibnu Hajar Al Haitami. Halaman 164

Dahi yang luas dan hidung yang mancung.

عن أبي سعيد الخدري، قال: قال رسول الله (صلى الله عليه وآله): (المهدي مني أجلى الجبهة، أقنى الانف، يملأ الآرض قسطا ًوعدلا، كما ملئت جورا وًظلما، يملك سبع سنين (

dari Abه Said Al-Khudri katanya, Rasulullah saw bersabda: (Al-Mahdi adalah dariku, punya dahi yang luas dan hidung yang mancung. Ia akan memenuhi bumi dengan kemakmuran dan keadilan setelah bumi dipenuhi ketidakadilan dan kezaliman, dan berkuasa selama tujuh tahun.” Rujukan: Sunan Abu Daud, Juz 2, halaman 310


b) Sifat-sifat Makniwiyah (hakikat kewujudannya)

Al-Mahdi Diutus oleh Allah

- حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا عبد الرزاق ثنا جعفر عن المعلى بن زياد ثنا العلاء بن بشير عن أبي الصديق الناجي عن أبي سعيد الخدري قال قال رسول الله  (صلى الله عليه وآله): (أبشركم بالمهدي يبعث في أمتي على اختلاف من الناس ًوزلازل فيملأ الآرض قسطا وعدلا كما ملئت جورا ًوظلما يرض ى عنه ساكن السماء وساكن الآرض ...(

Disampaikan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah saw berkata: “Aku gembirakan kalian dengan kabar tentang Al-Mahdi yang diutus kepada umatku, dikala mereka berada dalam perselisihan dan keguncangan. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan setelah bumi dipenuhi kezaliman, dan para penghuni langit dan bumi meridhainya.” Rujukan: Musnad Ahmad, Juz 3, Halaman 37

قال رسول الله )صلى الله عليه وآله) : (لو لم يبق من الدنيا إلا يوم لطول الله ذلك اليوم حتى يبعث الله فيه رجلا مني أو من أهلي أهل بيتي يواطئ اسمه اسمي . واسم أبيه اسم أبي(

Disampaikan sampai pada Abdullah bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Sekiranya tiada waktu lagi bagi dunia kecuali satu hari, Allah akan memanjangkan hari itu supaya Dia mengutus seorang laki dariku atau dari keluargaku, Ahlulbaitku, yang namanya menyerupai namaku dan nama bapanya dengan bapaku.” Mu'jam Al Kabir oleh At Tabrani, Juz 10, halaman 135


Al-Mahdi adalah Khalifah Allah

وفي سنن ابن ماجة والحاكم في المستدرك بسندهما عن ثوبان، قال: قال رسول الله )صلى الله عليه وآله(: يقتتل عند كنزكم ثلاثة. كلهم ابن خليفة. ثم لا يصير إلى واحد منهم. ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق . فيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم" ًثم ذكر شيئا لا أحفظه. فقال: "فإذا رأيتموه فبايعوه ولو حبوا على الثلج فإنه خليفة الله، المهدي". في الزوائد: هذا إسناد صحيح. رجاله ثقات. ورواه . الحاكم في المستدرك، وقال: صحيح على شرط الشيخين( سنن ابن ماجة:ج 2 ص 1367 . المستدرك للحاكم: ج 4 ص 446

Di dalam Sunan Ibn Majah dan Al-Hakim dalam Al-Mustadrak  dengan sanad dari Tsauban katanya: Rasulullah saw bersabda: Pertempuran yang kamu pendamkan antara tiga pihak kesemua mereka anak-anak Khalifah, maka tidak berlaku kepada seseorang dari mereka, kemudian muncul panji-panji hitam datang dari arah timur. Dan terjadi perperangan yang belum pernah berlaku pada suatu kaum dan kemudian menyebut sesuatu yang tidak aku ingat, lalu baginda bersabda: Jika kamu melihatnya maka berbaiahlah padanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana dia adalah Khalifah Allah Al-Mahdi.
                           
Dalam kitab Al-Zawaid, sanad ini sahih dan rijalnya (para perawi)nya tsiqah (terpecaya). Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak dan mengatakan: “Sahih menurut aturan Syaikhain (Bukhari dan Muslim).” Rujukan: Sunan Ibnu Majah, Juz 1, halaman 1367; Mustadrak Al hakim, Juz 4, halaman 464


Al-Mahdi adalah Khalifah Allah Pembawa Bendera (Panji) Hitam dari Timur

- حدثنا محمد بن يحيى وأحمد بن يوسف، قالا: ثنا عبد الرزاق عن سفيان الثوري، عن خالد الحذاء، عن أبي قلابة، عن أبي أسماء الرحبي، عن ثوبان، قال: قال رسول الله (صلى الله عليه وآله): "يقتتل عند كنزكم ثلاثة. كلهم ابن خليفة. ثم لا يصير إلى واحد منهم. ثم تطلع الرايات السود من قبل المشرق ًفيقتلونكم قتلا لم يقتله قوم" لا أحفظه ًثم ذكر شيئا . فقال "فإذا رأيتموه . فبايعوه ولو حبوا على الثلج فإنه خليفة الله، المهدي" سنن ابن ماجة:ج 1 ص 1367. المستدرك للحاكم: ج 4 ص 424


Disampaikan oleh Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf, dari Abdul Razaq, dari Sufyan ats-Tsauri, dari Khalid Al-Hidza` dari Abi Qalabah dari Tsauban, katanya: Rasulullah saw bersabda:

Pertempuran yang kamu pendamkan antara tiga pihak kesemua mereka anak-anak Khalifah, maka tidak berlaku kepada seseorang dari mereka, kemudian muncul panji-panji hitam datang dari arah timur. Dan terjadi perperangan yang belum pernah berlaku pada suatu kaum dan kemudian menyebut sesuatu yang tidak aku ingat, lalu baginda bersabda: Jika kamu melihatnya maka berbai’ahlah padanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji, kerana dia adalah Khalifah Allah Al- Mahdi..”
                 
Dalam kitab az-Zawaid, sanad ini sahih dan rijal (para perawi)nya tsiqah (terpecaya). Al-Hakim meriwayatkannya di dalam Al-Mustadrak dan mengatakan: “Sahih menurut aturan Syaikhain (Bukhari dan Muslim).” Rujukan: Sunan Ibnu Majah, Juz 2, halaman 1367; Mustadrak Al hakim, Juz 4, halaman 464

- حدثنا محمد بن فضيل وعبد الله بن إدريس وجرير عن يزيد بن أبي زياد عن إبراهيم عن علقمة عن عبد الله رض ي الله عنه قال بينما نحن عند رسول الله )صلى الله عليه وآله( إذ جاء فتية من بني هاشم فتغير لونه فقلنا يا رسول الله ما نزل نرى في وجهك شيئا نكرهه ؟ فقال )إنا أهل بيت اختار الله لنا الآخرة على الدنيا وإن أهل بيتي هؤلاء سيقتلون بعدي بلاء وتطريدا وتشريدا حتى يأتي قوم من هاهنا ، من نحو المشرق أصحاب رايات سود يسلون الحق فلا يعطونه مرتين أو ثلاثا فيقاتلون فينصرون فيعطون ما سألوا فلا يقبلوها حتى يدفعوها إلى رجل من أهل بيتي فيملوها عدلا كما ملوها ظلما فمن أدرك ذلك منكم فليأتهم ولو حبوا على الثلج فإنه المهدي( سنن ابن ماجة:ج 1 ص 1366 ، كنز العمال: 14 . ص 268 ، الدر المنثور :ج 6 ص 58 ، سير اعلام النبلاء:ج 6 ص 161 ، الفتن لنعيم بن حماد المروزي :ص 188


Disampaikan oleh Muhammad bin Fadhil dan Abdullah bin Idris dan Jarir dari Yazid bin Abi Ziad dari Ibrahim dari 3alqamah dari Abdullah (ra) katanya:

Ketika kami berada di sisi Rasulullah (saw) Apabila datang pemuda-pemuda dari Bani Hashim, dan maka berubahlah warna (wajah) baginda, maka kami berkata: Mengapa kami melihat di wajahmu sesuatu yang tidak disenangi? Baginda bersabda: (Sesungguhnya kami Ahl Bait, dipilih Allah untuk kami akhirat berbanding dunia, bahawa Ahl Al-Baitku akan menerima ujian selepasku, dikerumuni dan menjadi buruan (musuh), sehingga datang satu kaum dari timur pemilik panji-panji hitam, yang menyeru kebenaran tetapi mereka tidak memberinya dua kali atau tiga kali, kemudian mereka dibantu dalam perjuangan, maka diberikan apa yang mereka minta tidak menerimanya sehingga mereka dihantar seorang lelaki dari Ahl Al-Baitku yang memenuhinya dengan keadilan sebagaimana sebelumnya depenuhi dengan kezaliman Maka sesiapa yang menyedarinya di antara kamu hendaklah mendatangi mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji, Kerana dia adalah Al-Mehdi

[Sunan Ibn Majah: Jilid 1 halaman 1366, Kanz Al-3amal. 14. halaman 268, Al-Durr Al-Mantsur: Jilid 6 halaman 58, Siyar A3lam Al-Nubala' Jilid 6 halaman 161, Al-Fitan oleh Naim bin Hammad Al-Marwazi:. halaman 188]

 - وجاء في ) عقد الدرر درر في أخبار المنتظر؛ص  ) : ( 117وتقبل الرايات السود من قبل المشرق كأن قلوبهم زبر الحديد ، يعيد الله تعالى بهم من السلام كل حلق جديد

- Dipetik dari 3uqud Al Durur Fi Akhbar Al-Muntadzar; halaman 117 (Akan datang panji-panji hitam dari sebelah Timur, seolah olah hati mereka seperti kepingan-kepingan besi (jiwa berani), Allah SWT mengembalikan kepada mereka dengan kedamaian atas segala penciptaan baru 

Difahamkan bahawa Al-Masyriq (Timur) adalah sebahagian daripada rantau Timur Tengah, yang memanjang dari Laut Mediterranean di barat ke dataran tinggi Iran timur, dan negara-negara di dalamnya: (Iraq, Iran, Syria, Palestin, Jordan, dan Lebanon); dan dengan itu kita dapati riwayat-riwayat menjelaskan bahawa Al-Masyriq (Timur) adalah di Khurasaan, hakikatnya adalah wilayah Khurasaan terletak di dalamnya.

أخرج أحمد بن حنبل وغيره: عن ثوبان قال قال رسول الله ) صلى الله عليه وآله : ( إذا رأيتم الرايات السود قد جاءت من قبل خراسان فائتوها فان فيها خليفة الله المهدي ( مسند احمد:ج 8 ص 133 ، المستدرك للحاكم النيسابوري، وقال بعد نقله للحديث: )هذا حديث صحيح على شرط الشيخين ولم يخرجاه(: ج 4 ص 502 ، الجامع الصغير . للسيوطي:ج 1 ص 100 ، كنز العمال:ج 14 ص 261 ، كسف الخفاء للعجلوني:ج 1 ص 90

Telah diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal dan lain-lain: dar Tsauban katanya, Rasulullah (saw) bersabda: Jika kamu melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan maka pergilah kepadanya keran di sana ada Khalifah Al-Mahdi

[Musnad Ahmad: Jilid 5 halaman 277, Al-Mustadrak Al-Hakim Al-Naisaburi, berkata selepas membawa hadits: “Hadits ini Sahih menurut aturan Syaikhain (Bukhari dan Muslim) dan tidak terkeluar darinya.” Jilid 4 halaman 502, Al-Jami3 Al-Sghir oleh Al-Suyuthi: Jilid 1 halaman 100, Kanz Al-3amal. 14. halaman 261, Kasaf Al-Khafaa’ oleh Al-3ajluni Jilid 1 halaman 90]

Ini tidak bermakna ia hanya berpusat di Khurasaan sahaja, tetapi panji-panji hitam akan datang dari Khurasan, dan pada mulanya keluar Khalifah Allah Al-Mahdi adalah dari Iraq, ia adalah teletak di Timur seperti yang kita ketahui.

Maka sesiapa yang menunggu kemunculan Imam Mahdi dia perlu menunggu keluarnya dari arah timur, dan dari negeri para nabi, (Iraq) dan bukan dari negera yang lain.


 Al-Mahdi Seorang Imam


أخرج البخاري بسنده: عن نافع مولى أبى قتادة الآنصاري ان أبا هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله ) صلى الله عليه وآله : ( كيف أنتم إذا نزل ابن مريم فيكم وامامكم منكم( صحيح البخاري :ج 4 ص 134

Hadits riwayat Bukhari; … dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: “Bagaimana kamu jika turun Ibn Maryam di tengah kamu dan imam kamu adalah dari kamu.” Rujukan: Sahih Al Bukhari, Juz 4, halaman 134

أخرج مسلم بسنده: عن ابن شهاب قال اخبرني نفع مولى أبى قتادة الآنصاري ان أبا هريرة قال قال رسول الله ) صلى الله عليه وآله : ( كيف أنتم إذا . نزل ابن مريم فيكم وإمامكم منكم( صحيح مسلم:ج 1 ص 94


Riwayat Muslim; … dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: “Bagaimana kamu jika turun Ibn Maryam di tengah kamu dan imam kamu adalah dari kamu.” .” Rujukan: Sahih Muslim, Juz 1, halaman 94

وروى الحارث بن اسامة في مسنده بسنده عن جابر بن عبد الله: قال رسول الله ) صلى الله عليه وآله : ( ينزل عيسى بن مريم، فيقول أميرهم المهدي تعال صل بنا، فيقول لا، إن بعضهم أمير بعض تكرمة الله لهذه الآمة (. قال ابن . القيم: "إسناده جيد" المنار المنيف لابن القيم ص 147

Al-Harith bin Usamah meriwayatkan dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah katanya: Rasulullah saw bersabda: “Akan turun Isa bin Maryam, lalu amir mereka Al-Mahdi mengatakan, “Kemarilah! Solatlah bersama kami!” Isa berkata “Tidak. Sesungguhnya sebagian mereka adalah amir sebagian yang lain sebagai pemuliaan Allah bagi umat ini.” Ibnul Qayim mengatakan, “Sanad hadits ini sungguh baik.” Rujukan: Al-Manar Al-Munif oleh Ibn Al-Qaiyim halaman 147






No comments:

Post a Comment