Monday, 20 October 2014

1 - Pisau (Dunia):

1 - Pisau (Dunia):

السكين (الدنيا)


Dan alam dunia (alam Jasmani) yang mengelilingi tubuh manusia dibahagi kepada: benda-benda mati, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia lain. Dan hubungan manusia dengannya (dunia) sama ada sesuai atau tidak sesuai. Maka didapati padanya - sebagai contoh - suka memiliki tanah, emas, perak, ladang-ladang, haiwan-haiwan, dan memenuhi keinginan syahwatnya dengan jantina berlawanan.

﴿زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ﴾

{Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).} [6 Aali Imran 3:14]


Dan dia membenci didedahkan kepada kerosakan, seperti tewas di medan perang, akibat yang mungkin dilalui dari Jihad.

﴿كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ﴾

{Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.} {7 Al-Baqarah 2:216}


Perlu dijelaskan bahawa dunia ini dibandingkan dengan akhirat adalah dharrah (berlawanan), tidak akan pernah bersatu (berhimpun) kedua-duanya di dalam hati seorang manusia selamanya. [8]. Kerana kedua-duanya berada dalam dua arah yang berlawanan, jika seseorang berpaling kepada salah dari keduanya, ia telah membelakangkan pada yang satu lagi, dan tidak mungkin bagi seseorang untuk menyatukan (menghimpun) dunia dan akhirat pada matanya (pandangan) atau hatinya. Yang Maha Kuasa berfirman:

﴿مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَنْ نُرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلاهَا مَذْمُوماً مَدْحُوراً * وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُوراً﴾

{Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.} [9 Al-Shuraa 42:20]

Dan Yang Maha Kuasa berfirman:

﴿مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَنْ نُرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلاهَا مَذْمُوماً مَدْحُوراً * وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ وَسَعَى لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ كَانَ سَعْيُهُمْ مَشْكُوراً﴾

{ Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. * Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik.} [10 Al-Israa’ 17:18 & 19]


Dan dari gabungan jisim-jisim (alam dunia) ini yang mengelilingi manusia dan Nafs (diri) manusia - Dan khususnya di celah-celah dan kelemahan yang terdapat dalam dirinya - menjadi senjata syaitan (laknahu Allah).



 ✡✡✡✡✡

----------------------------------

[8] Telah berkata Amirul-Mukminin Ali bin Abi Talib (as), "Sesungguhnya dunia, dan akhirat (akhirat) adalah dua musuh yang tidak seiring dan dua laluan yang berbeza, oleh itu sesiapa yang mencintai Dunia dan memerintahnya (mempunyai kuasa di dalamnya), maka dia telah membenci Akhirat dan dan merupakan musuhnya, dan ia seperti kedudukan Timur dan Barat apbila berjalan di antara keduanya, semakin dia mendekati kepada salah satu darinya, dia akan lebih jauh daripada yang satu lagi. "Nahjul Balaghah dengan penjelasan Muhammad Abduh, jilid 4 halaman 23.

No comments:

Post a Comment