Friday, 24 October 2014

Pencerahan Dari Jihad Orang-orang Islam Bersama Rasulullah (S)

Pencerahan Dari Jihad Orang-orang Islam Bersama Rasulullah (S)
إضاءة من جهاد المسلمين مع رسول الله (ص)


Di Mekah Rasulullah (S), Apabila baginda dan para sahabat baginda berjihad dengan kata-kata yang baik dan pengajaran yang lebih baik:

﴿ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ﴾

{Serulah kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bahaslah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.} [Surah Al-Naml 27:125]

Oleh itu, apabila mereka berhadapan dengan orang-orang Mekah dengan bahaya, penjara dan penyeksaan, mereka mula berhijrah dari Mekah ke Habasyah buat pertama kalinya, kemudian ke Madinah Al-Munawarah, selepas baginda diterima Yathrib kerana Rasulullah (S) tidak diterima di Mekah dan Thaif

Di Madinah Rasulullah (S) pada mulanya mempersiapkan (kelengkapan) untuk berjihad dan meninggikan Kalimah Allah SWT, dan Ia adalah perang Badar Al-Kubra,

Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿وَإِذْ يَعِدُكُمُ اللَّهُ إِحْدَى الطَّائِفَتَيْنِ أَنَّهَا لَكُمْ وَتَوَدُّونَ أَنَّ غَيْرَ ذَاتِ الشَّوْكَةِ تَكُونُ لَكُمْ وَيُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُحِقَّ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَيَقْطَعَ دَابِرَ الْكَافِرِينَ﴾

{Dan (ingatlah), ketika Allah menjanjikan kepadamu bahawa salah satu dari dua golongan (yang kamu hadapi) adalah untukmu, sedang kamu menginginkan yang tidak mempunyai kekekuatan senjatalah yang untukmu, dan Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayat-Nya dan memusnahkan orang-orang kafir,} [Surah Al-'Anfāal 8:7]


Dan Pertolongan (kemenangan) ini memberi pengaruh (nafas) yang besar di dalam Islam, kerana ia bukan hanya kemenangan ketenteraan, tetapi juga ia adalah tanda dari tanda-tanda Allah. Dan mereka ketika itu telah disentuh tangan (kuasa) Ilahi yang ghaib, yang akan kalah dalam ramalan di bawah barisan (tentera) musyrik Mekah.

Kemudian datang perang Uhud dengan semua yang telah berlaku ketika itu, kekalahan orang-orang Islam, yang disebabkan oleh dunia dan perhiasannya, apabila sekumpulan orang-orang Islam mencari (mengambil) harta rampasan dan meninggalkan kedudukan mereka, di mana beberapa batang gigi Rasulullah (S) telah patah, orang-orang Islam meninggalkan baginda di medan perang dan melarikan diri, kecuali sebahagian kecil dari mereka yang melindungi baginda dengan diri mereka. Dan ketika itu Allah memberikan pertolongan kepada umat Islam dengan cara melontarkan ketakutan ke dalam hati orang-orang musyrik setelah mereka mengambil keputusan (berikrar) untuk menghapuskan orang-orang Islam, apabila orang-orang musyrik mendengar bahawa Rasulullah (S) dan orang-orang Islam berazam dan bermati-matian berhadapan dengan mereka, dengan itu, ketajaman [kekuasaan] orang-orang musyrik terbentur (merusak), dan hati mereka dipenuhi dengan ketakutan dan mereka kembali dengan kekecewaan.

Kemudian berlaku Perang Khandaq, dan dalam [pertempuran ini] keluar keseluruhan pihak Islam dan kuffar. Setelah Amir Al-Mukmnin Ali (as) membunuh 3amru bin Wad Al-3aamiriy.  Di dalam [pertempuran ini] tentara Allah SWT dari kalangan para malaikat, dan mereka menimpakan kekalahan dalam barisan (tentera) orang-orang kafir, selepas
dikenakan kelemahan dalam diri mereka yang dipenuhi dengan ketakutan.

Yang Maha Tinggi berfirman:

﴿ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءَتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحاً وَجُنُوداً لَمْ تَرَوْهَا وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيراً ﴾

{Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika datang kepadamu tentara-tentara, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Dan adalah Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.} [Surah Al-Aĥzāb 33:9]

Bagi Peperangan Hunain, adalah dalil yang terbaik menunjukan bahawa bilangan yang besar tidak berguna sama sekali, tetapi kerana pertolongan yang diberikan dari Allah, Dia SWT.memberi pertolongan kepada orang-orang mukmin di Badar walaupun mereka sedikit jumlahnya, dan bilangan mereka yang besar di Hunain itu tidak dapat menolong mereka sama sekali sehingga campur tangan (kuasa) Allah atas mereka dengan pertolongan-Nya.

﴿ثُمَّ أَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَى رَسُولِهِ وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَأَنْزَلَ جُنُوداً لَمْ تَرَوْهَا وَعَذَّبَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَذَلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ﴾

{Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tiada melihatnya, dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang yang kafir, dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir.} [Surah At-Taubah 9:26]

Dan hasilnya, Allah SWT berfirman:

﴿كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ﴾

{Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.} [Surah Al-Baqarah 2:216]

Ini adalah perintah dari Allah SWT dengan Jihad Serangan dan Pertahanan, sebagaimana Dia SWT berfirman:


﴿ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴾

{Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,} [Surah Al-Baqarah 2:183]  

Dia SWT juga berfirman:

﴿كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ ...

{Diwajibkan atas kamu berperang....}

Sebagai mana umat Islam diwajibkan ke atas mereka berpuasa apabila sampai waktunya dan sempurna syarat-syaratnya, dan diwajibkan ke atas mereka berhaji apabila sampai waktunya dan sempurna syarat-syaratnya, sebaliknya, jika gagal melaksanakan puasa dan haji padahal ia berupaya maka akan dihukum dengan neraka Jahannam, seburuk-buruk tempat kembali.. Begitulah juga dengan Jihad, apabila sampai waktunya dan sempurna syarat-syaratnya, maka ia diwajibkan, dan sesiapa yang gagal melakukannya, samalah seperti orang yang meninggalkan sholat, puasa, dan haji maka akan dihukum dengan neraka Jahannam, seburuk-buruk tempat kembali.

Dan bahawa tetaplah Jihad itu wajib walaupun kamu membencinya, kerana tidak mudah bagi seseorang untuk menjual diri mereka, dan untuk ini ia dibeli oleh Allah SWT dengan harga (ganjaran)-nya adalah syurga:

﴿إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ وَالْأِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ﴾

{Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itulah) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. } [Surah At-Taubah 9:111]


Maha Suci Dia Yang menjadikan Jihad sebagai ujian untuk membezakan antara yang buruk dengan yang baik, antara orang yang sholeh dari tholeh (jahat), dan antara orang yang benar dengan pendusta, Yang Maha Kuasa berfirman:

﴿أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ ﴾

{Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.} [Surah Aali 3imran 3:142]

dan juga:

﴿ أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تُتْرَكُوا وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَلَمْ يَتَّخِذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلا رَسُولِهِ وَلا الْمُؤْمِنِينَ وَلِيجَةً وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ﴾

{Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.} } [Surah At-Taubah 9:16]  


Dan pada akhirnya, ia adalah diwajibkan ke atas orang yang beriman untuk mengetahui bahawa hasil yang tidak dapat dielakkan dari Jihad adalah pertolongan pada Diri, dari Syaitan, perhiasan duniawi, dan keinginan nafsu, serta akan dikeluarkan dari kegelapan kepada cahaya. Ia adalah hasil kurnia yang agung dan lengkap, samada disertakannya dengan pertolongan kebendaan di medan perang atau tidak.

﴿فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ وَمَنْ يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْراً عَظِيماً﴾

{Karena itu hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah. Barangsiapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar.} [Surah An-Nisaa' 4:74].


Dan masih ada soalan-soalan yang menunggu untuk dijawab atau memerlukan penjelasan lebih lanjut, seperti.

·        Bersama siapakah Jihad yang dikehendaki Allah?
·        Bagaimana mengenal orang yang berjihad diridhai Allah?
·        Apakah hubungan budaya (tamadun) kebendaan dengan Jihad?
·        Apakah hubungan budaya akhlak dengan Jihad?
·        Apakah hubungan budaya akhlak dengan budaya kebendaan?
·        Apakah hubungan budaya kebendaan dengan kesempurnaa rohani bagi manusia?




✡✡✡✡✡


No comments:

Post a Comment