Thursday, 2 October 2014

001 Kerosakan dan Kezaliman

MISTERI IMAM MAHDI>>Kuliah Akhir Zaman>>001

Di akhir zaman dunia akan dipenuhi dengan Kerosakan dan Kezaliman Imam Mahdi akan menggantikannya dengan kedamaian dan keadilan: Ada terlalu banyak hadits seperti ini dari mazhab umat Islam:

Rasulullah (S) bersabda:

“Meskipun masa keberadaan dunia ini telah habis dan hanya tersisa satu hari sebelum hari kiamat tiba, Allah akan memperpanjang hari itu hingga waktu tertentu untuk menegakkan kerajaan orang yang berasal dari ahlul-baytku yang akan dinamai dengan namaku. Ia akan mengisi dunia ini dengan kedamaian dan keadilan sebagaimana dunia ini akan dipenuhi ketidak-adilan dan penindasan setelahnya”
                                  
(Shahih Tirmidzi, jld 2, hal 86; Al-Majma’ oleh At-Thabrani, hal 217; Al-Sawaiq Al-Muhriqah oleh Ibnu Hajar, bab 11, bag. 1, hal 249)

Kerosakan dan Kezaliman

Kuliah 1: dipetik dari Kitab Al-3ijl (Al-‘Ijl – Anak Lembu) oleh Imam Ahmad Al-Hassan Washi dan Utusan Imam Mahdi (as) Jilid 2. Di bawah tajuk:

Orang-Orang Yang Menyeleweng
المحرّفــون

Mereka adalah pemerintah yang pada zahirnya Islam dan ulamak suuk yang tidak beramal.

Para pemerintah yang menyeru supaya memutarbelitkan Syariat tidak lain adalah para penguasa (raja). Setiap iktikad atau hukum Syariat adalah bertentangan dengan pengekalan kerusi kerajaan. Ini menurut pandangan mereka perlu dirosakkan dengan menyelewengkannya, dalam apa jua bentuk, sama ada ia membina hadits-hadits dan ditempelkan kepada Ar-Rasul (sawas), atau memadam ayat-ayat atau surah di dalam Al-Quran, jika mungkin, atau dengan mencegah meriwayatkan hadits-hadits sahih Rasulullah (sawas), atau menghalang dari membaca al-Quran seperti ia diturunkan dan ditafsirkan seperti yang dikehendaki Tuhan, atau dengan mengupah mereka yang dipanggil ulamak untuk memutarbelitkan Al-Quran dan mentakwilkan tafsirannya mengikut keinginan pemerintah yang zalim.

Dan juga kalau boleh mereka akan membangunkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang bertentangan dengan syariat Allah, bahkan ia membantu untuk terus berkuasa lebih lama dan untuk lebih mudah melaksanakannya, terutamanya jika yang membantu mereka dalam keadaan jahil agama dalam masyarakat Islam dan wujud ulamak suuk yang tidak beramal, seperti yang berlaku pada negara-negara Islam hari ini.

Para ulamak suuk, mereka lebih berbahaya dari pemerintah zalim; kerana pemerintah yang tidak adil kebanyakannya mengisyaratkan dari tindakan dan perbuatannya secara umum dalam usaha memerangi Auliak Allah untuk mengeluarkannya dan memerangi syariatnya, tetapi ulamak yang tidak beramal boleh mengenakan pakaian ahli abid pertapa (warak), maka ia akan dapat misalnya, berpura-pura berjalan kaki, lemah lembut dalam ucapannya, dan mungkin berkelakuan dengan menghinakan diri dan bergaul bersama pengikutnya. Tetapi jika saudara menyiasat dengan lebih dekat lagi, saudara akan dapati ia sombong dan rosak (agamanya), mereka-reka kebaikan dan merendah diri, tetapi hanya pada zahirnya. Dia mengisyaratkan kepada sifat dalamannya, diterbitkan dari terlalu banyak untuk melepaskan dirinya yang akhirnya mendedahkan dalamannys yang Hitam, Maka (Apa yang dibina dalam tulang akan keluar dalam daging/darah) [pepatah Arab - pentj].

Dan kemungkinan menjadi ulamak suuk berpanjangan walaupun selepas kematian mereka, akan kekal mazhab dan kepercayaan mereka yang rosak dan fatwa mereka yang tidak betul, dan akan kekal pengikut mereka kerana mereka mempunyai sifat-sifat munafik dan kerosakan yang tersembunyi di hati mereka, atas sebab-sebab banyaknya penyelewengan mereka, seperti menuntut kepimpinan agama, dan memuaskan keinginan nafsu diri.

Termasuk: Mereka yang memperkecilkan dengan mengatakan (saya tidak tahu), tetapi tuntutan ini untuk mengetahui kitab Allah dan ilmu turunnya ayat dan tafsiran ayat muhkam dan mutasyabihat, walaupun mereka mempunyai fatwa setiap masalah syariah, dan menyelesaikan setiap penghalang (dilema ) akidah-akidah. Mungkin keangkuhan membawa mereka pada setiap apa yang dibawa, dengan melihat diri mereka sebagai ulamak dan yang lain-lain jahil. Dan mereka lebih baik daripada semua orang dan lebih tahu dari semua orang.

Mungkin dari anggapan terhadap penyelewengan kerana takut pemerintah taghut penzalim, mereka berfatwa untuk memuaskannya dan untuk mengelakkan pertembungan dengannya, sebagai contoh, keharusan terlibat dalam barisan angkatan tentera yang matlamat terasnya adalah untuk melanggar orang Islam, dan melemahkan agama Allah di muka bumi dan menghapuskannya sama sekali jika boleh.

Mungkin ia adalah di antara dakyah penyelewengan yang paling keji tambahan rasa bimbang terhadap dunia dan harta kekayaan, maka mereka akan bersikap lemah lembut kepada taghut penzalim, dan menyesatkan orang Islam dengan memutarbelitkan syariah.

Imam al-Shadiq (as) berkata: (Kamu akan melihat ulamak kasihkan dunia dan merendahkan agama, kerana setiap pencinta mengelilingi apa yang dicintainya.) [130].

Beliau (as) berkata: (Allah Taala mewahyukan kepada Daud (as), jangan jadikan di antara Aku dan orang berilmu yang terpesona dengan dunia kamu ini lebih kamu utamakan dari jalan mencintaiKu, kerana mereka termasuk jalan hamba-hambaKu yang lain, sesungguhnya paling rendah apa yang Aku buatkan untuk mereka, Aku telah mencabut dari rasa nikmatnya bermunajat kepada-Ku dari hati mereka ) [131].

Dan dari kata-kata Nabi Isa (as): (Kamu adalah ulamak tidak baik (suuk), dan kamu menerima ganjaran, tetapi membuang amalan, hampir-hampir Tuhan kamu menuntut untuk berbuat demikian, dan kamu akan keluar dari dunia ini ke dalam kubur yang gelap dan sempit) [132].

Kedua-duanya adalah  di antara ulamak suuk yang tidak beramal, dan pemerintah taghut penzalim yang memerintah negara-negara Islam hari ini - lebih berbahaya dari Kafir Harbi seperti Zionis terhadap Islam; Ini adalah kerana kekalnya ulamak suuk yang bermakna kekalnya pemerintah taghut penzalim yang memerintah orang Islam, dan kekalnya pemerintah taghut penzalim ertinya kekalnya Zionis yang menduduki tanah umat Islam, dan kekalnya orang Amerika menguasai umat Islam untuk mengembalikan mereka dari kecelakaan dan kemusnahan; kerana pemerintah-pemerintah ini adalah hamba-hamba Amerika yang kejam, sama ada secara sedar atau janji-janji kekacauan yang melulu, dan seperti mana Zionis lakukan di sepanjang bulan-bulan perjuangan (intifadhah) yang diberkati di bumi Palestin, telah membunuh seratus orang atau lebih sedikit. Pemerintah-pemerintah taghut penzalim ini mereka membunuh beratus-ratus orang sehari, malah beribu-ribu umat Islam. Seperti mana Zionis membunuh umat Islam untuk menjaga tanah yang dirampasnya, selama ini pemerintah taghut penzalim dan sekutu mereka membunuh orang-orang mukmin, kerana mereka gemar menumpahkan darah. Mereka taghut penzalim ini dan penyokong mereka tenggelam dalam sifat kesyaitanan, orang-orang yang tenggelam ini tidak mengenal erti kebaikan sedikit pun
                           
﴿صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لا يَرْجِعُونَ﴾

Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar), [Al-Baqarah 2:18]  [133].

Pertempuran pengislahan (pembaharuan) harus bermula dengan ulamak suuk yang tidak beramal, dan kemudian beralih kepada pemerintah taghut penzalim yang menguasai negara-negara Islam, dan kemudian diikuti dengan pemerintah taghut penzalim yang menguasai seluruh dunia, tetapi sebelum semua itu kita mesti bermula dengan diri kita sendiri dan menyingkiran tentera-tentera syaitan. Rasulullah (sawas) mulakan gerakan pengislahan di Ummu Al-Qura di Mekah, sebuah bandar yang mewakili pihak berkuasa Agama Hanif (Agama warisan Nuh dan Ibrahim) dan bandar tempat menunaikan haji bagi penganut Agama Hanif, kemudian pergi ke kampung-kampung sekitarnya di Semenanjung Arab, dan kemudian ke empayar di sekitar baginda shalawatu Allah 3laihi wa 3la Aalihi.

Adalah tabiei (lumrah) untuk menghadapi semua arus kejahilan dan menghadapi pemimpinnya yang sukar dan perlu kepada kekuatan dari Zat Allah, keazaman dan kesabaran dari mara bahaya.

Dan mungkin tidak akan cukup kuat untuk melakukannya melainkan dengan sokongan mashum dari Allah SWT dan dia adalah Imam Mahdi (as). Tugas kita hari ini adalah menyusun atur (mempersiapkan) kerajaannya (as), mengislah semua jenis penyelewengan yang wujud, sebanyak mungkin, atau sekurang-kurangnya mengenalkannya kepada manusia, bukan untuk leka berdiri, berpeluk tubuh dan hanya mengatakan لا حول ولا وقوّة إلاّ بالله  - tidak ada daya dan tiada kuasa kecuali dengan Allah.

Ya, لا حول ولا وقوّة إلاّ بالله  - tidak ada daya dan tiada kuasa kecuali dengan Allah.,
وإنّا لله وإنا إليه راجعون - dan kita kepunyaan Allah dan kepada-Nya kita kembali,
tetapi Allah yang menjadikan kematian dan kehidupan, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan kita telah bermohon kepada Allah untuk mempercepatkan Faraj Maulana al-Mahdi (as)[134] yang memberkati kita dan dengan kelebihannya dan sebagai karuniaNya dan memulakan kemuliaanNya dengan kezuhurannya dan untuk memimpin tangan-tangan kita ke jalan yang lurus, dan membawa kita keluar dari kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada kita Manasik dan Hukum Syariat yang sebenarnya.



✡✡✡✡✡


-----------------------------------
[✡✡] – Bintang Nabi Allah Daud (as) – The Star of David – Zionis mengelabui umat umat manusia dialah pewaris Daud (Kisah Panglima Jaluth mengalahkan thaluth)
[130]  3ilal Al-Syarayi3: Jilid 2 halaman 394, Misykat Al-Anwar: halaman 245, Bihar Al-Anwar: Jilid 2 halaman 107.
[131] - 3ilal Al-Syarayi3: Jilid 2 halaman 394, Misykat Al-Anwar: halaman 245, dan diriwayatkan dalam Al-Kafi: c 01:00 46 dari Rasulullah (sawas).
[132]  Maniyah Al-Marid: halaman 141, Bihar Al-Anwar: Jilid 2 halaman 39, Sunan Al-Daramiy: Jilid 1 halaman 103, Tarikh Damsyik: Jilid 47 halaman 464.
[133]  Al-Baqarah:18.
[134] - Faraj = Kelapangan



No comments:

Post a Comment