Kedua:
Jihad pertahanan
ثانياً :
الجهاد الدفاعي
Ia
adalah peperangan bagi orang mukmin bagi mereka mempertahankan tanah airnya,
yang agama penduduknya adalah pada Agama Yang Hak, apabila tanah airnya
diserang oleh orang-orang kafir dan orang-orang musyrik. Kesemua agama-agama Ilahiyah
membolehkan jihad pertahanan, bahkan, diwajibkan ke atas orang mukmin. Bahkan
ia adalah satu perkara fitrah dan naluri (bawaan), sehinggakan pada haiwan pun,
mereka mempertahankan tempat berteduh mereka, sarang mereka, dan lubang-lubang
mereka.
Dan
manusia tidak berselisih pada keharusan berperang untuk mempertahankan tanah
airnya, sehinggakan undang-undang sekular di PBB (Piagam PBB) kini menganggap menentang
penjajah oleh orang-orang asli di negaranya sebagai sah. Dan yang
mengharirankan adalah bahawa para pemimpin sesat zaman ini memaksa kita untuk
mempertahankan hak Syariat Allah ini, dan yang sesuai dengan pembawaan sejak
lahir dan naluri, dan yang diluluskan semua manusia. Tetapi mereka adalah
pengkhianat yang mengkhianati Allah SWT, dan mereka berpuas hati dengan
kehidupan dunia ini, dan mereka telah diyakinkan olehnya, dan mereka membeli
kehidupan duniawi, dan bersetuju dengan Amerika Syarikat, dan Barat yang mata
benda (kebendaan) yang dimurkai Allah. Dia, Yang Maha Tinggi, berfirman:
﴿وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا
النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى
وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا
لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلا نَصِيرٍ﴾
{Orang-orang Yahudi dan
Nasrani tidak akan senang (ridha) kepada kamu hingga kamu mengikuti agama
mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)".
Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang
kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. } {
Al-Baqara 2:120}
Dan
dalam Kitab Makarim Al-Akhlaq (Akhlak Mulia), dari kata-kat wasiat Rasulullah
(S) kepada Ibn Mas'ud
((Wahai
Ibnu Mas'ud, Islam dimulai dengan sesuatu yang asing (ghurabaa’), dan ia akan
kembali menjadi asing seperti mulanya, jadi berilah khabar gembira kepada
orang-orang asing (ghurabaa’). sesiapa di antara kamu yang sampai di zaman itu dan yang muncul membelakangkan kamu, jangan tunduk kepada
mereka di tempat mereka, dan jangan ikut pengebumian mereka, dan jangan kunjungi
mereka yang sakit, kerana mereka mengamalkan sunnah kamu dan tampak sama
seperti kamu, tetapi bertentangan dengan perbuatan kamu, sehingga mereka mati
di atas agama (millah) yang berbeza daripada kamu, mereka bukan dariku dan aku
bukan dari mereka, sehingga baginda bersabda: Wahai Ibnu Mas'ud, akan datang pada
manusia suatu zaman di mana orang yang sabar (memegang teguh) pada agamanya
seperti orang yang menggenggam bara api di tangannya, maka pada zaman itu ia
harus seperti serigala, atau jika tidak, serigala akan memakannya.
Wahai
Ibnu Mas'ud, ulamak dan fuqahak mereka adalah para pengkhianat, mereka adalah sejahat-jahat
makhluk Allah, dan begitu juga pengikut-pengikut mereka, dan sesiapa yang mendatangi
mereka, mengambil dari mereka, mengasihi mereka, duduk bersama mereka, dan yang
berunding dengan mereka, adalah sejahat-jahat makhluk, mereka akan dihumban ke
Neraka Jahannam, mereka pekak, bisu dan buta, dan mereka tidak akan kembali.
Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat [jatuh] pada muka mereka
dalam keadaan buta, bisu dan tuli, maka tempat kediaman mereka ialah Neraka
Jahannam dan setiap kali api reda (api) Kami tingkatkan pada mereka nyalaan apinya,
setiap kali kulit mereka hangus Kami akan gantikan untuk mereka kulit yang lain
supaya mereka dapat merasakan azab, Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya
mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir
(neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah, Setiap kali mereka hendak keluar
dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, niscaya mereka dikembalikan ke
dalamnya. (Kepada mereka dikatakan), "Rasailah azab yang membakar
ini". Mereka merintih di dalam api dan mereka di dalamnya tidak dapat
mendengar.
Wahai
Ibnu Mas'ud, mereka mengaku berada pada agamaku, Sunnahku, minhajku (jalanku)
dan Syariatku, sesungguhnya, mereka terlepas dariku, dan aku berlepas diri dari
mereka.
Wahai
Ibnu Mas'ud, jangan duduk bersama mereka di depan umum, dan jangan berdagang
dengan mereka di pasar, dan jangan bimbing ke jalan yang benar, dan jangan beri
mereka air. Dia SWT berfirman:
﴿مَن كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ
إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لاَ يُبْخَسُونَ﴾
{Barangsiapa
yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada
mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia
itu tidak akan dirugikan.} [Surah Hud 11:15]
Allah
SWT berfirman
﴿مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ
لَهُ فِي حَرْثِهِ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤتِهِ مِنْهَا وَمَا
لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ﴾
Barang
siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu
baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan
kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu
bahagianpun di akhirat. [Al-Syuraa 42:20]
Wahai
Ibnu Mas'ud, berapa kali umatku menerima dari mereka permusuhan dan kebencian,
dan perbahasan, mereka adalah orang yang hina bagi umat ini dalam dunia mereka.
Demi Dia yang telah mengutusku dengan kebenaran, Allah akan menyebabkan bumi
menelan mereka, dan Dia akan menukar mereka menjadi kera dan babi.
Beliau
berkata, kemudian Rasulullah (S) menangis, dan kami menangis kerana tangisan
baginda. Dan kemudian kami berkata: Ya Rasulullah apa yang membuat engkau
menangis? Baginda bersabda, (rahmat bagi yang sengsara). Allah Yang Maha Tinggi,
berfirman:
﴿وَلَوْ تَرَى إِذْ فَزِعُوا فَلَا فَوْتَ
وَأُخِذُوا مِن مَّكَانٍ قَرِيبٍ﴾
{ Dan
(alangkah hebatnya) jikalau kamu melihat ketika mereka terperanjat ketakutan;
maka mereka tidak dapat melepaskan diri dan mereka ditangkap dari tempat yang
dekat (untuk dibawa ke neraka),} [Surah Saba '34:51]).
Mereka
adalah ulamak dan fuqahak)) [54]
Begitulah
keadaan para ulamak di akhir zaman dengan lisan Rasulullah. Oleh itu tidak ada
alasan bagi orang-orang yang mengikuti mereka ketika mereka sedang menghalang
tugas wajib Jihad Pertahanan.
Dan
persoalan yang tinggal ialah: jika mempertahankan negara dan tanah air tempat bermastautin
(tempat tinggal) manusia, sesuai dengan Fitrah, Dan Fitrah itu adalah Fitrah
Allah Yang mencipta manusia
﴿فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفاً فِطْرَتَ
اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ
الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ﴾
{Maka hadapkanlah
wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang
telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah
Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui, }
[Surah Ar-Rum 30:30],
dan
ia (Fitrah) itu adalah kebenaran, oleh itu adakah jika mempertahankan orang-orang
yang syirik, yang kafir dan yang memerangi Waliy dan Khalifah Allah di bumi-Nya
apabila orang mukmin menyerang tanah mereka adalah sesuatu yang Haq?!
Jawapannya:
Cinta kepada tanah air dan tanah tumpah darah adalah dari Fitrah Jasmani
(alam), bermakna, naluri dan pada manusia yang didorong ke arah yang betul,
jika tidak ia akan menjadi bencana baginya. Oleh itu adalah perlu (wajib) seseorang
mencintai negaranya untuk kebaikan, kesejahteraan dan keadilan, bukan dengan mencintai
kejahatan, kerosakan atau penindasan. Dan yang pasti, Khalifah Allah di
bumi-Nya hendak menyebarkan Kalimah - لا إله إلاّ الله -
Tiada Tuhan Selain Allah, di seluruh muka bumi, dan penduduk Bumi berkehendak kebaikan,
kesejahteraan dan keadilan, maka dia (Khalifah Allah) ingin memenuhi bumi
dengan kesaksamaan dan keadilan. Oleh itu, [seseorang] yang mencintai negara
dan tanah air serta mempertahankannya adalah berdiri di sampimg Waliy dan Khalifah
Allah di Bumi-Nya, Dan untuk memudahkan kemasukannya ke seluruh bumi dan tanah
air dan menyebarkan kebaikan, kesejahteraan dan keadilan, dan agama yang benar.
Oleh itu, sesiapa yang berperang di sampimg Waliy dan Khalifah Allah di
bumi-Nya tidak mahukan kebaikan dan kesejahteraan sebaliknya dia mahu kekal dengan
penindasan (kezaliman), kerosakan dan ketidakadilan di Bumi dengan dikuasai oleh
puak-puak batil ke atas Bumi ini dan mengekalkan negara penzalim thaghut.
✡✡✡✡✡
------------------------------------------
[54] Mustadrak Al-Wasa'il, jilid 12, halaman
327. Ilzam Al-Nashib Fi Itsbat Al-Hujjah Al Ghaaib, jilid 2, halaman 131.
No comments:
Post a Comment