Tuesday, 28 October 2014

Nasihat

Nasihat
نصيحــة

Jihad diwajibkan oleh Allah, pada jalan Allah dan untuk meninggikan Kalimah Allah, Ia dikuasai oleh Allah SWT dan kehendak-Nya. Oleh itu, kumpulan yang berperang pada jalan Allah dan untuk meninggikan Allah, Yang Maha Suci, Allah akan bersama mereka, dan perjuangan mereka adalah perjuangan Allah, dan sesiapa yang memerangi mereka adalah memerangi Allah.
      
Bagi orang yang berjuang untuk tanah air atau lisannya (kebangsaan), maka dia mencari yang lain dari Allah SWT akan membalasnya, karena Allah memberikan pahala (ganjaran) kepada siapa yang berperang demi-Nya SWT.

Mungkin sebahagian yang melupakan sebab-sebab kebendaan menyatakan bahawa Syariat Jihad ini adalah khayalan atau wujud dalam fikiran sahaja tidak berdaya maju di peringkat antarabangsa, walaupun kita melaksanakannya ia tidak akan mencapai hasil dari sedikitnya penyokong dan banyaknya musuh. Tetapi ada juga yang mengira menurut perhitungan Allah, dan tidak akan melihat melainkan keredhaan Allah SWT, tanpa membuat sebarang pertimbangan politik, ekonomi, dan persediaan ketenteraan di pentas dunia hari ini.

Demikianlah para nabi (as), di mana tentera Talut tidak setanding dari segi kebendaan (kelengkapan tentera) berbanding tentera Jalut dan tidak ada rupa (selayaknya) Musa (as​​) untuk berdepan dengan peralatan gergasi tentera Firaun, melainkan dengan Allah SWT kerana Dia Maha Besar atas segala sesuatu, tetapi menurut mereka yang benar-benar beriman kepada-Nya SWT. Dan di sana tidak ada tempat di kalangan para Nabi dan Aushiak (as) untuk memuji-muji atau berat sebelah (pilih kasih), kerana tujuan mereka bukan pertolongan kebendaan, seperti kebanyakan manusia bayangkan, sebaliknya matlamaat mereka adalah mendapat pertolongan Allah SWT.

﴿فَلَمَّا أَحَسَّ عِيسَى مِنْهُمُ الْكُفْرَ قَالَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ آمَنَّا بِاللَّهِ وَاشْهَدْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ﴾

{Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka berkatalah dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku pada Allah?" Para Hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: "Kamilah penolong-penolong (ansar) Allah, kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri.]} [Surah Aali Imran 3:52}

Maka, kita dapati mereka (as) tidak pernah menyanjung orang-orang yang zalim atau orang-orang munafik, atau memuji sebahagian orang-orang kafir untuk meraih pertolongan kebendaan, tetapi sebaliknya dari yang demikian.

Maka Abdullah bin Abbas melihat tentang istiqamah (ketegasan) kepentingan kebendaan pada Khalifah Amir Al-Mukminin Ali bin Abi Talib (as) adalah dengan menyanjung Mu'awiyah (la3nahu Allah) walaupun untuk hanya beberapa hari, kemudian beliau memanggilnya ke Madinah Al-Munawaarah, dan memecat orang itu daripada jawatannya di Al-Sham, dengan ketegasan pemerintahan Ali (as). Dan mungkin semua orang yang mengira menurut perhitungan kebendaan dilihat pada pendapat ibn Abbas bijak mencapai kepentingan besar dalam Islam. Tetapi Ali (as) tidak berlembut dengan Muawiyah, walaupun untuk seketika (sesaat), dan dia telah memecatan orang itu dengan segera, kerana Allah tidak redha dengan pengakuan penzalim atas penindasan walaupun untuk satu saat dan Ali (as) mungkin telah kehilangan Al-Sham kerana pendirian tegasnya ini, demi  sesungguhnya memenangkan Allah SWT dan keredhaanNya.

Dan begitu juga dengan Al-Hussein (as), jika dia telah menangguhkan Perjuangan Al-Ilahiyah Al-Kubra-nya tiga tahun lagi, bermaksud sehingga kematian Yazid bin Muawiyah (la3nahu Allah), bagi istiqamah (ketegasan) urusan (tindakan) Al-Hussein (as), kemenangan kebendaan akan dicapai beliau, tetapi beliau memilih Allah SWT, dan tidak berlembut dengan penzalim dan orang yang fasiq (yang melakukan kerosakan).

﴿فَلا تُطِـعِ الْمُكَذِّبِينَ * وَدُّوا لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُـونَ﴾

{Maka janganlah kamu ikuti orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah).* Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu).} [Surah Al-Qalam 68: 8-9]

Dan persamaan pada hari ini tetap sama; kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak, mencari redha dengan Amerika sehingga Amerika redha dengan kamu, kamu memuji undang-undang Amerika sehingga Amerika memuji kamu. Dan demikian juga, kamu redha dengan Allah maka Allah redha dengan kamu, dan kamu memuji undang-undang (Syari’at) Allah sehingga Allah memuji kamu. Oleh itu siapa yang mahu kamu puji, memuji pemuka-pemuka Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa tajaan Amerika, dan mungkin mereka akan memberi kamu ganjaran dengan Hadiah Nobel Keamanan, atau memuji ketua-ketua tertinggi di sisi Allah SWT.





✡✡✡✡✡



No comments:

Post a Comment