Saturday, 25 October 2014

Jihad Dengan Kebenaran

Jihad Dengan Kebenaran
الجهاد مع الحق

Jihad meninggikan Kalimah Allah SWT - seperti yang dijelaskan - adalah perintah yang disyari’atkan, bahkan, ia wajib dalam semua Agama-agama Ilahiyah yang dikenal oleh penduduk dunia. Tetapi pada hakikatnya masih ada ada orang-orang yang cuba untuk mencampur-adukkan yang haq dengan yang batil untuk memadamkannya dengan mengubah dan memutarbelitkan panggilan Jihad untuk meninggikan Kalimah Allah

Oleh itu, adalah penting supaya setiap orang yang berakal yang menghormati fikiran mereka sendiri atas batas-batas Kalimah Allah yang tinggi yang dikehendaki SWT diterima pakai di bumi ini, supaya tidak berada dalam barisan orang-orang yang seperti keledai (yang bertaklid) iaitu para pengikut ulamak yang tidak beramal (keledai), kerana mereka telah dinamakan oleh Yang Maha Tinggi:

﴿مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَاراً بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآياتِ اللَّهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ﴾

{Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.} [Surah Al-Jumu`ah 62:5]


Dan kita, orang Islam, yang mempunyai al-Qur'an dan riwayat-riwayat (hadits-hadits) dari Al-Rasul Muhammad (S), dan Keluarga Suci baginda (as) Jadi pada orang-orang Islam yang telah diamanahkan dengan al-Quran dan Hadits-hadits mereka (as), janganlah membawanya seperti keledai. Dan Dia Yang Maha Tinggi telah menjelaskan dalam Al-Quran bahawa suara ulamak yang tidak beramal (seperti keledai) lantang dan boleh didengar oleh orang yang bertaklid pada mereka (seperti keledai), apabila pada masa yang sama amat menjijikkan dan mengerikan,

﴿إِنَّ أَنْكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ﴾

{Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.} [Surah Luqman 31:19]

Jangan sekali-kali ada masyarakat yang apabila diutus kepada mereka seorang Nabi atau Washiy akan dilancarkan perang oleh para ulamak yang tidak beramal terhadap mereka dan orang yang bertaklid yang mengikut mereka tanpa mempertimbangkan dan berfikir, tetapi sebaliknya, [dengan] ejekan dan cemuhan nanti akan dihadapkan pada hari kiamat:

﴿إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُوا مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا وَرَأَوُا الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الْأَسْبَابُ﴾

{(Yaitu) ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat siksa; dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali.,} [Surah Al-Baqarah 2:166]


Walau apa pun ini bukanlah satu penyelidikan akidah untuk membuktikan Pemegang Kebenaran (Sohib Al-Haq), bagaimanapun, saya ingin menarik perhatian semua orang yang telah terpedaya dengan ulamak sesat, sama ada mereka beragama Islam, Kristian atau Yahudi, kerana hakikat bahawa Allah SWT menciptakan manusia supaya mereka menyembah-Nya, Yang Maha Suci:

﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾

{. dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku} [Surah Al-Zhariyat 51:56}

supaya mereka tidak menjadi penyembah (pengabdi) kepada ulamak yang sesat yang tidak beramal:

﴿اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَاباً مِنْ دُونِ اللَّهِ﴾

{Mereka menjadikan orang-orang alimnya (ulama) dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah.} [Surah At-Taubah 9:31]


✡✡✡✡✡

______________________________

Kalimah Allah Yang Tinggi
كلمة الله العليا

Yang pertama diciptakan Allah SWT adalah manusia, Dia telah berfirman kepada malaikat:

﴿إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً﴾

{"Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah."} [Surah Al-Baqarah 2:30]

Inilah khalifah pertama di bumi ini, ia adalah Nabi Adam (as).

Kekhalifahan ini tidak pernah terputus dari dahalu sehingga hari kiamat. Sebagaimana Malaikat-malaikat telah berikrar (menerima) khalifah ini, dan tidak mahu (tidak mampu) memungkiri dan mengkafiri Kalimah Allah, demikianlah, perkara yang pertama itu kembali diulangi berkali-kali di bumi ini, dan orang-orang di bumi akan dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian yang mengikut pengingkaran pertama (Iblis) pada Perintah Pertama, dan bahagian yang mengikut yang pertama berikrar (para malaikat) dari Perintah Pertama. Ini adalah Kalimah Allah Yang Tinggi yang diulang di setiap zaman (masa), oleh itu, manusia boleh dibahagikan kepada yang berikrar (mengakuinya) dan mereka yang mengingkarnya.

Khalifah Allah di bumiNya adalah Kalimah Allah, dengan demikian, sesiapa yang berikrar adalah orang-orang yang bertauhid, dan sesiapa yang mengingkarnya dia termasuk dari orang-orang musyrik. seperti itulah yang berlaku dan tanpa sebarang kerumitan (untuk memahaminya).

Maka pada setiap zaman wujudlah Musa, Isa, Muhammad, dan Al-Hussain (3alaihim Al-Salam (as)). Bahkan, semua para Nabi dan para Washiy adalah orang yang mewakili dan menjawat Khalifah Allah di bumi-Nya. Maka sesiapa yang menafikan (mengingkari) khalifah Allah di bumi-Nya, telah membantah Musa (as), walaupun dia mengaku sebagai seorang Yahudi, dan telah menafikan Isa (as), walaupun dia mengaku sebagai seorang Kristian, dan menafikan Muhammad (S), walaupun dia mengaku sebagai seorang Muslim, dan menafikan Al-Hussain walaupun beliau mendakwa menjadi di antara Syiah (Pengikut-pengikut) Al-Hussain bin Ali (as).

Oleh itu jihad adalah untuk meninggikan dan menzahirkan perintah Khalifah Allah di bumi-Nya. Karena sesungguhnya, ia adalah Kalimah Allah dan Khalifah Allah yang telah dipilih (dilantik) oleh Allah SWT di bumi-Nya. Dan kerana Tauhid adalah dengan mengenalinya (Khalifah Allah) oleh kerana mereka yang mengenal Allah, dengan itu, orang yang mengenal Khalifah Allah akan mengenal Allah, dan orang yang mengingkari mereka telah mengingkari Allah, dan sesiapa yang jahil mengenai mereka telah jahil tentang Allah SWT. Karena sesungguhnya, mereka adalah nama-nama terbaik Allah, dan wajah Allah dan tangan Allah SWT.


✡✡✡✡✡


-----------------------------
اَللّهُمَّ كُنْ لِوَلِيِّكَ الْحُجَّةِ بْنِ الْحَسَنِ صَلَواتُكَ عَلَيْهِ وَعَلى آبائِهِ في هذِهِ السّاعَةِ وَفي كُلِّ ساعَةٍ وَلِيّاً ‏وَحافِظاً وَقائِداً وَناصِراً وَدَليلاً وَعَيْناً حَتّى تُسْكِنَهُ أَرْضَكَ طَوْعاً وَتُمَتِّعَهُ فيها طَويلاً


Ya Allah! Jadikanlah bagi WaliMu Hujjah anak Al-Hassan, selawatMu atanya dan atas bapa-bapanya pada saat ini dan dalam setiap saat dan peliharalah, pimpinlah, dan tolonglah, tunjukkanlah dan pilihlah sehingga ditempatkan di bumi-Mu secara sukarela dan menikmatinya selamanya



No comments:

Post a Comment