Tujuan Jihad
الهدف من
الجهاد
Tujuan
dan maksud jihad dalam Agama Ilahi yang haq, yang telah dibawa oleh para nabi
dan Aushiak (as) adalah membimbing manusia kepada kebenaran dan untuk mengikuti
kebenaran. Oleh itu, bukanlah tujuan nabi-nabi adalah untuk membunuh manusia,
tidak kira siapa asalkan mereka manusia. Karena sesungguhnya, para Nabi
melaksanakan apa yang dikehendaki Allah SWT, dan jika Allah hendak membinasakan
mereka dan membunuh mereka maka Dialah yang menciptakan mereka, bahkan KesucianNya dan
KetinggianNya (SWT)-lah yang menciptakan mereka supaya mereka menyembah-Nya dan
akan dimasukkan ke syurga.
Maka
Jihad itu sendiri bukanlah tujuan dan bukanlah merupakan matlamat Agama Ilahi yang
Haq, tetapi ia adalah satu wasilah (perantara) untuk menyampaikan kebenaran
kepada manusia. Kita dapati bahawa syarat-syarat yang paling penting dalam
Jihad, yang tidak sah Jihad tanpanya, adalah menyeru (berdakwah) manusia kepada
kebenaran, dan menjadi penyampaikan dalam dakwah kepada mereka, dan menyampaikan
kebenaran (Al-Haq) kepada mereka dengan penyampaian yang terang dan semmpurna.
Oleh
itu, adalah tepat apabila anda mencari orang-orang yang mengatakan kepada anda,
ini adalah negara saya dan ia terbuka kepada anda untuk keluar dan memberikan dakwah
anda dan bergerak ke Utara, Selatan, Timur dan Barat dan menyeru manusia. Saya katakan,
ia adalah tepat apabila anda tidak mengangkat pedang di hadapan mereka, tetapi,
sebaliknya pergi berdakwah kepada kebenaran dan mengangkat pena sebagai ganti
pedang. Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا
وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ﴾
{Dan jika mereka condong
kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya
Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. } {Surah Al-Anfāl 8:61}
Dan
Al-Rasul Muhammad (S), berdakwah kepada Kisra dan Kaisar (Chosroes dan Caesar) kepada
kebenaran dan kepada agama Allah SWT dan tidak membawa pedang di hadapan mereka
pada awalnya, tetapi ia orang-orang Rom yang mula membawa pedang dalam
menghadapi Al-Rasul Muhammad (S).
Mewajibkan
kita berperang untuk agama dan akidah tidak mungkin dapat menyebarkannya dengan
pedang sepertimana akidah tidak boleh dibunuh dengan pedang. Oleh itu,
pendekatan semua agama-agama Ilahiyah, dan darinya termeteranya Islam dalam
dakwah kepada Allah adalah dialog dan peringatan. Bahkan sesungguhnya,
kewujudan Kitab Samawiyah, Taurat, Injil, dan Al-Quran, adalah dalil terbaik mengenainya.
Karena sesungguhnya, tertulis dengan limpahan kebijaksanaan dan dialog dan dakwah
kepada Allah, dan bukannya pedang dan tumpah darah.
Dengan
itu, akibat dari mewajibkan bagi kita untuk mengetahuinya sebagai mukmin bahawa
tujuan Jihad adalah membuka pintu-pintu tertutup untuk menyampaikan kepada
manusia mengenai kebenaran dan hidayah kepada mereka, bukanlah tujuan Jihad itu
memerangi manusia. Jadi adalah mungkin akan disampaikan kepada manusia mencapai
kebenaran dan hidayah kepada mereka kepada jalan yang lurus Allah bukannya berperang
dan menumpahkan darah, maka wajib kita mengambil jalan ini, kerana sekurang-kurangnya
dengan jalan ini dapat menyelamatkan nyawa orang yang beriman.
Kita
harus mempersiapkan diri bagi setiap mukmin dan mukminah untuk berdakwah kepada
agama yang haq dan agama Allah. Ia mesti beramal (bekerja) dengan segala
usahanya untuk belajar dan mengajar dan menyeru (berdakwah) kepada agama yang
haq dan agama Allah dan harus mempersiapkan diri untuk jihad. Oleh itu, bagi
orang beriman itu adalah dengan membawa pena tersebut dengan sebelang tangan
dan pedang di sebelah yang lain.
Dan
kebenaran itu saya katakan kepada saudara bahawa sesungguhnya ramai yang
mencari kebenaran dan ramai pula orang akan mengikuti kebenaran, Insya Allah,
walaupun di Barat dan di Amerika sendiri. Oleh itu, wajiblah kita menghulurkan
tangan kepada mereka untuk mengeluarkan mereka daripada kubang syaitan yang
berkeliaran di dalamnya. Oleh itu, Pemegang Agama Ilahi yang haq sentiasa berusaha
untuk membimbing manusia dan menyelamatkan mereka dari jendela syaitan dan
diselamatkan dari neraka dan mendorong mereka ke syurga, Dan selamanya tidak
kamu dapati mereka mahu membunuh manusia atau mereka memilih untuk berperang,
tetapi ia adalah sesuatu yang terpaksa. Jika boleh, mendorongnya untuk mencapai
kepentingan agama dan menyebarkan ajaran-ajaran Allah Yang Maha Suci mestilah
berusaha mendorongnya sebagaimana Rasulullah lakukan terhadap orang-orang
musyrik di Hudaibiyah, dan sebagaimana Musa (as) lakukan sebelumnya dengan
Firaun dan orang-orangnya di Mesir. Dan untuk ini, apa yang ditimbulkan di seluruh
dunia (secara global) di bawah nama Dialog antara Tamadun, adalah sesuatu yang kita
boleh terima, jika kita benar-benar menimbulkan dan mengamalkan kebenarannya, Tetapi
kita perlu pilih nama lain.
dan
ia adalah pencarian atas peradaban yang mana hasilnya mencapai Tamadun Ilahiyah
sebenar yang menyatukan manusia dan menyatukan perkataan mereka pada takut
kepada Allah SWT.
✡✡✡✡✡
No comments:
Post a Comment