Thursday 2 October 2014

Renungan 1

Renungan 1

بسم الله الرحمن الرحيم

       
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
الحمد لله رب العالمين
وصلى الله على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيرا
                      

Saudara-saudari.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Salam ke atas tuan-tuan dengan rahmat Allah dan keberkatanNya.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
Dan Selawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, A’immah dan Mahdiyyin serta limpahan salam kesejahteraan.

Saya berlindung pada Allah dari sifat Keakuan dan kejahilan saya, mengharapkan limpah rahmat nurNya. Agar mengenal hakikat qudrah dan IradahNya, hakikat PenciptaanNya, mengenal Hakikat ‘Perjanjian dan Persetian, penciptaan. Makrifah dan Hakikat Qul Hua, Makrifah dan Hakikat Allah fi al-Khalq, Makrifah dan Hakikat alam ghaib dan syahadah, Makrifah dan Hakikat Imtihaan yang telah sedang dan akan dilaksana pada tsaqalaan.

Makrifah dan Hakikat risalah Rasul dan Mursalin. Iaitu risalah Anbiak dan Auliak dalam perjalanan kehidupan jin dan ins di muka bumiNya. Para Nabi dan Rasul telah ditamatkan oleh Muhammad (sawas) sebagai An-Nabi Al-Khatimah. Kini fajar mula menyinsing, Al-Washiy Al-Khatimah akan zuhur, kita menunggunya, ia dijemput oleh utusannya Ahmad Al-Hassan (as) kepada manusia, kerana seluruh alam melorongkan kedatangannya, untuh meneguhkan Ad-Daulah Al-‘Adil Al-Ilahiy dari Masyrik ke Maghrib oleh al-Imam al-Mahdi (as).

Saudara-saudari,

Beberapa tahun sebelum bersara dari bidang perguruan, saya kurang aktif di bidang politik. Saya dikejutkan oleh pertanyaan adik perempuan saya dan bapa mertua saya dengan pertanyaan tentang tanda-tanda kiamat yang begitu heboh pada masa itu, sehingga ada sesetengah orang yang telah membuat persiapan menghadapi kemungkinan peristiwa besar yang mungkin dihadapi. Di akhir alaf 2 (akhir abad ke 20) dan menjelang alaf baru, alaf 3 (awal abab 21). Tragedi Pengeboman WTC di Amerika Syarikat, 11 September, 2001 diekori oleh Tsunami di Lautan Hindi di mana penduduk dan Daerah Aceh mengalami korban besar pada tahun 2004. Ia mungkin kejutan dari Allah kepada penduduk bumi. Seluruh korban mencecah 26,000 mangsa.

Penemuan seorang bekas pelajar Sekolah Sains dan Graduan Amerika Syarikat bidang kejuruteraan dan pakar dalam teknologi maklumat perkomputeran mencanangkan, Era Akhir akan berkesudahan dengan Era Bab Al-Jannah, di mana sebelum seluruh manusia ke Syurga dan Iblis, Syaitan dan Nas Kuncu-kuncunya ke Neraka, satu kiamat kecildan penghakiman kecil akan berlaku dan diikuti satu alam baru Bab (Pintu) Syurga akan di lalui oleh manusia. Semua manusia di ampunkan Tuhan akibat penipuan Iblis dan Yagog Magog (Yakjuj Makjuj) yang merusakkan agama, kemudian setelah era ini baru manusia masuk era Syurga dan Neraka. Beliau bukan nabi dan rasul Tuhan tetapi tokoh yang akan memimpin alam baru Bab (Pintu) Syurga itu.Menggunakan Kitab nota (note book) yang memproses Kitab-kitab Samawiyah, Torah, Ingil dan Il-Qorin (Istilah yang digunakannya). Ia membongkar pergerakan dajjal dengan begitu terperinci. Ia meninggal dunia di Indonesia 2011. Ini saya lalui pada tahun-tahun 2004 – 2005. Ia berakhir apabila beliau mula kehilangan.arah dan matlamat.

Pada tahun 2008 satu kejutan di youtube dua pemuda Arab-AmeriKa (American-Egyptian), Noreagaaa and Achernahr meneribit sebuah dokumentari yang mengagumkan yang mendapat idea dari seorang pengusaha Film Abdullah Hashem (HASHEMSFILMS). Siri di youtube ini mengandungi ± 50 klip lebih kurang 11 minit di youtube video subtitle B. Melayu, mendedahkan kepada para penonton tentang kehidupan duniawi kita yang penuh dengan penipuan dan ketidakadilan. Dari penajajahan imperialisme hinggalah ke cara makanan harian kita diproses, semuanya dikawal oleh sebuah sistem rahsia yang cuba memesongkan kita dari kehidupan yang sebenar. Pergerakan dajjal (tersembunyi) didedahkan ke tahap penyokongnya menantikan kedatangannya. Noreaga & Achernahr yang bertungkus-lumus menghasilkan siri ini memberikan persoalan dajjal tentera Iblis dan Jahiliah disokong dan ditunggu, di mana pengikut Imam Al-Mahdi, apakah ia telah muncul ..................?
.
Mulai saat itu tidak putuslah pencarian saya mengenai Al-Mahdi tidak henti-henti. (2010-2013) Seorang Ulamak Sheikh Imran Nazar Hosein dikenali berikutan penyebaran klip video syarahannya dalam YouTube. Sheikh Imran, 69, penulis buku, penceramah dan tokoh pemikir Islam yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai pakar dalam bidang politik dan kewangan Islam serta hubungan antarabangsa. Beliau cukup kuat menentang Orde Baru Dunia (New World Order) dan fahaman Zionisme. Beliau yang berkelulusan dari Institut Aleemiyah di Karachi, Pakistan dilahirkan di Republik Trinidad dan Tobago iaitu negara kepulauan di selatan Laut Caribbean dan nenek moyang beliau adalah golongan penghijrah yang berasal dari India. Anak murid dan pengikutnya ada di seluruh dunia. Beliau banyak mengulas Ilmu Akhir Zaman termasuk Imam Mahdi.

Saya teringat mafhum sebuah hadits bahawa Imam Mahadi boleh menghubingi semua pengikut (ansar)nya di seluruh dunia. Zaman Internet ini ia tidak mustahil.

Lebih kurang sebulan selepas pencen saya terjumpa satu maklumat capaian


Alhamdu Lillah, Akhirnya Allah Azza Wa Jalla, menemukan kepada saya, sesuatu yang dikaji, difahami dari berbagai kaca mata Islam yang berbagai bingkai, galas kanta dan warna, dicari dan ditunggu. Sebagai pengkaji Alhamdu Lillah saya orang positif, walau pun terkadang terjumpa yang keliru yang palsu, kalau saya negatif saya tidak dapat gunakan sedikit ilmu, neraca dan hidayah Allah yang ada pada saya, sebab menolak sebelum mendalaminya. Petunjuk yang saya dapat ini agak berbeza dari tuntutan yang lain. Kerana Kali ini seseorang yang lain yang mengaku sebagai Al Yamani, Keluarga Muhammad, wakilnya panji Imam Mahdi (as) iaitu Imam Ahmad Al-Hassan (as).

Pemerhatian I

Saya terus ke [www.yamani.org] yang sekarang bertukar alamat www.eramahdi.net . Pertamanya saya muat turun buku dialog “Mempertahankan Yamani”, dialog seorang ayah yang menyanggah anaknya membai’ah Syed Ahmad Al-Hassan (as) sebagai washiy (Pemegang Wasiat) dan utusan Imam Mahdi (as). Mereka Muslim Syi’ei Iraq. Saya tidak hairan jika si bapa seorang Muslim Sunni menyanggah anaknya yang Syi’ei apatah lagi si bapa seorang Muslim Sunni menyanggah anaknya seorang Muslim Sunni. Inilah fenomena umat Islam hari ini.

Ada beberapa tanggapan yang berbeza mengenai pemerhatian Imam Mahdi di antara Muslim Sunni dan Muslim Syi’ei tetapi banyak juga persamaannya.


Muslim Sunni dan & Wahabi
Muslim Syi’ei
1
Imam Mahdi (as) adalah keturunan Ahlul-Bait. Anak Fatimah Galuran al-Hussein atau Al-Hassan bin Ali bin Abi Talib (tidak perlu diperpanjang khilaf ini – Dia adalah ahli bait.)
Imam Mahdi (as) adalah keturunan Ahlul-Bait. Anak Fatimah Galuran Al-Hussein, tetapi bernama Muhammad bin al-Hassan bin Ali ... bin Ali bin Al-Hussein bin Ali bin Abi Talib.
2
Zuhur, zahir, bangkit, keluar dan di bai’ah di antara Penjuru Hajar Aswad dan Makam Ibrahim (as) (Baina Rukun wal Maqam) di Baitullah.. umat Islam sepakat dalam pembai’atan ini. 
3
Tanda Besar, hampir, semasa, sekitar, selpas - pembai’atan

Penentang utama As-Sufiyani
Penentang utama As-Sufiyani

Sahabai, pembantu – Al-Hashemi - 313
Sahabai, pembantu = Al-Yamani- 313

Ash-Shaihat –jeritan langit
Ash-Shaihat –jeritan langit

Al-Baida’ – Peneggelaman tentera ...
(sama rekahan bumi) .... As-Sufiyani.

Al-Qatlan Nafsan Zakiyah
Pembunuhan Jiwa Suci (sama)
         
Ada terlalau banyak kitab-kitab umat Islam dan ribuan hadits-hadits yang membicarakan Imam Mahdi (as). Tidak ada daya dan upaya kecuali izin Allah, rasanya untuk kita membuat kesimpulan-kesimpulan atau apa jua ketetapan mengenal, menunggu dan ... dan....apatah lagi membai’ah Imam Mahdi (as).di Baina Rukun wal Maqam di Baitullah. Inilah dia beriman kepada yang ghaib, hanya pengharapan yang cukup besar yang mungkin diperkenankan Allah, dan sudah tentu makan masa dan ada terlalu banyak mehnah dan pancarobanya, wallahu a’lam.

Saya teringat orang Yahudi yang membina Bandar Yathrib sebelum menjadi Madinatu un-Nabi kerana menunggu kedatangan Nabi Muhammad (sawas) sebagai Nabi penutup (Khataman nabiyin). Puak Aus dan Khazraj yang dititipkan Raja Yaman yang tinggal bersama orang-orang Yahudi yang mendengar akan kedatangan Nabi besar ini telah turut ghairah menunggu kedatangan Nabi penutup Muhammad (sawas) yang akhirnya tiga kali berbai’ah kepada nabi di Musim Haji di Mekah yang membawa penghijrahan baginda dan umat Islam (Muhajrin) ke pangkuan ansar di Yathrib. Itu baru kemahuan besar untuk bai’ah dan menerima Islam belum lagi ujian dari Tuhan dalam lain-lain perkara.

Pembunuhan satu Jiwa Suci (Al-Qatlan Nafsan Zakiyah) sesuatu yang perlukan pemerhatian yang teliti dan tidak ramai yang dapat menyaksikannya, Penenggelaman tentera As-Sufiyani di Al-Baida’ hanya dua orang yang terselamat. Siapa yang dapat menyaksikannya. Jeritan langit paling kurang dikacau atau ditiru oleh jeritan Syaitani. Yang tinggal hanya musuh Imam Mahdi (as): As-Sufiyani dan Sahabat Imam Mahdi (as).Al-Hashemi atau Al-Yamani. Rasulullah memang selalu menyebut-nyebut yang baginda adalah dari keturunan Al-Hashemi (Bani Hashim) atau Al-Yamani (dari Yaman). Al-Yamani adalah sahabat utama Al-Mahdi yang pertama dari Basrah memimpin 313 sahabatnya yang akan membaitnya dan amat mengenalinya. Al-Hashemi atau Al-Yamani-lah yang berperang dengan As-Sufiyani di Iraq dan ketika itu panji-panji dari Khurasan yang dipimpin oleh Shuib bin Soleh, bani Tamim akan membai’at Al-Yamani dan menghalau keluar As-Sufiyani.

Ada terlalu banyak hadits-hadits peperangan antara As-Sufiyani dengan Al-Hashemi atau Al-Yamani ini. Jadi As-Sufiyani adalah tanda besar, tanda hampir dan tanda semasa kedatangan Imam Mahdi (as), Al-Hashemi atau Al-Yamani pembantu yang akan menyediakan kelengkapan permulaan, persediaan (ansar) yang akan memperkukuh Mahdawiyah sehingga pembai’atan dan pergerakan sehingga tertubuhnya Daulah Al-Adil Al-Ilahi (Negara Keadilan Ilahi). Di saat itu/ini yang tinggal hanya, menyertai Al-Hashemi atau Al-Yamani atau terperangkap di bawah cengkaman As-Sufiyani atau duduk di dalam keadaan seperti dinyata di dalam mafhum Hadits: Kiamat tidak akan berlaku sehingga di utus Al-Mahdi yang memenuhi dunia dengan kemakmuran dan keadilan setelah sebelumnya di penuhi dengan Penindasan (kezaliman) dan Kerosakan. Atau dalam erti kata yang lain ditindas (Kezaliman) oleh dajjal besar atau taghut besar atau menganut Agama yang tidak dapat dipegang dengan perpecahan dan penyelewengan pada umat Islam, Keristian dan Yahudi, apatah lagi agama-agama yang lain (Kerosakan)

Pemerhatian II

As-Sufiyani: Tanda-tanda kemunculan As-Sufiyani telah berlaku (tamat), pergolakan besar negara-negara Arab (dalam hadits disebut Al-Abbasiy),seperti Iraq, Tunisia, Libya, Mesir dan Syiria. As-Sufiyani akan lahir di Syam (Syiria). Apa yang berlaku di Syiria membingungkan Umat Islam. Majoriti penduduk Syiria Muslim Sunni dan 10-15% Muslim Syi’ei. Pemerintah Syiria Syi’ei, askar kerajaan Muslim Sunni-Syi’ei, pemberontak, rakyat Syiria (Muslim Sunni), siapa yang membunuh Ulamak besar Sheikh Said Ramadan Al-Buti (Rahimahullah) inilah ejen-ejen Wahabi dibantu oleh dajjal besar yang sekarang bergerak cergas di Iraq dan Syam (Syiria) yang amat memusuhi ahli bait Rasulullah (sawas) dan baginda menggelar mereka As-Sufiyani. Akan muncul tanda-tanda besarnya ....!?

Pemerhatian III

Al-Hashemi atau Al-Yamani: Inilah tokoh yang menyebabkan sukarnya untuk memahamahi hadits Mahdawiyah (keyakinan akan datangnya seorang juru selamat pada akhir zaman yang akan menyelamatkan kehidupan manusia di muka bumi ini.).Sesiapa yang menyelidiki kedatangan Imam Mahdi akan terjumpa  Nama Muhammad dan Ahmad. Antara Imam Mahdi Mahdi Al-Hadi (Mahdi Pertama). Tetapi apabila di bai’ah di waktu mula bangkit (1999 M) orang ramai mendapat ru’yah (penglihatan dan mimpi) dan berbai’ah kepada Sayed Ahmad al Hassan sebagai washiy (pemegang wasiat) dan utusan Imam Mahdi waluapun beliau tidak menghendakinya (bai’ah Pertama) Para ansar diuji sehingga mereka hanya tinggal sedikit dan telah meninggalkan Sayed Ahmad al Hassan. Beliau kembali Uzlah. Kemudian berlaku bai’ah kedua dan menjadi seperti itu perkara yang sama berulang Sayed Ahmad al Hassan kembali beruzlah lagi  Seterusnya berlaku bai’ah ketiga barulah ansar tersebar ke seluruh dunia - (Negara-Negara Arab, Amerika, Korea, Australia, Eropah, Mesir dan Negara-Negara yang lain). Ru’yah oleh ramai umat Islam dan arahan Imam Mahdi (as) kepada Sayed Ahmad al Hassan memulakan dakwah di Najaf Iraq. Imam Mahdi (as) adalah Auliak atau Aushiak ke 12 dan penutup Aushiak 12 orang yang pertamanya adalah Imam Ali bin Abi Talib, mereka adalah pemegang washiat.

Khalifah Allah selepas Rasulullah (Khataman Nabiyin) bergelar khalifah Rasulullah. Seditkit sahaja umat Islam yang menerima wasiat Rasulullah (sawas) ini. Mereka Rasulullah (sawas) sendiri gelar Syiah Ali. Majoriti Umat Islam hingga ke hari ini memilih sendiri khalifah Rasulullah dengan melantik pada mulanya di Saqifah Bani Saadah. Setelah Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman barulah Ali memegang khalifah Rasulullah dan juga membawa wasiat Rasulullah. Dalam wasiat itu menyebut kesemua 12 Imam-imam (Aushiak). Yang terakhir Muhammad bin Hasan (Imam Mahdi (as) akan melantik Ahmad bin Abdullah bergelar Al-Yamani dan menjadi pembantu Imam Mahdi (as). Hadits lengkap akan di bawa kemudian.

Pemerhatian IV

Kerosakan: Setelah Imam Muhammad bin Hasan (as) iaitu Imam Mahdi (as). yang telah lahir pada bulan Sya’ban, 255 H yang keghaibannya telah berlangsung sebanyak dua kali (Ghaibah Sughra, keghaiban kecil, umat Islam berjumpa dengannya melalui 4 orang wakil dan Ghaibah Kubra, keghaiban besar setelah wakil ke 4 meninggal dunia). Dengan demikian, Imam Mahdi telah ghaib selama lebih dari 1200 tahun. Muslim Syi’ei yang kemuncaknya bangsa Salman Al-Firisi ini ketika tidak ada sebuah negara pun menjalankan Hakimiyah Islam berjaya menubuhkan Republik Islam Iran. Mereka mula gelisah dari hanya menggunakan rujukan Al-Qur’an, dan bertaqlid pada Hadits Rasulullah (sawas) dan 12 Imam-imam (as) Itrah dan Ahli Baitt Ar-Rasul yang memegang Tali Allah yang merentangi dari Langit kebumi,yang mereka gelar Aliran Akhbari, mula berijtihad, berfatwa dan terdapat ulamak yang dirujuk pada masalah agama semasa, mereka digelar Marajik dan juga dikenal sebagai aliran Ushuli. Hadits Rasulullah

“Celakalah ke atas umat ku dari Syura Besar dan Syura Kecil. Jadi kami bertanya tentangnya dan baginda menjawab: “Berkenaan Syura Besar, ia akan berlaku di tanah ku, selepas pemergian ku demi untuk mencuri kekhalifahan dari saudara ku dan hak anak perempuan ku (Tanah Fadak). Dan Berkenaan Syura Kecil akan berlaku pada masa Ghaibah Kubra di Zawra’ (Baghdad) demi untuk mengubah Sunnah ku dan Undang-undang (Syariat)ku.

Amirul Mukminin Ali (as). berkata: “Dan Pemerintahan akan pulang ke Zawra’ (Baghdad) dan urusan ini akan kembali ke Syura (pilihanraya). Sesiapa yang menang di dalam sesuatu (pilihanraya) akan melakukannya (memerintah). Maka selepasnya akan muncul Sufyani, berada di muka bumi selama 9 bulan, memenuhi dengan siksaan yang teruk. Sehinggalah kemunculan Mahdi Al Hadi (Al-Yamani) yang mengambil panji dari Isa ibn Mariam. 

Iraq pernah dikuasai British (awal abad ke 20 -1900an) tetapi demokrasi dan pilihanraya tidak persetujui oleh Ulamak Syiah. Malangnya 2005 M pilihanraya (Syura) dijalankan kerana Marajik (Sistani) meluluskannya dengan pujukan Amerika Syarikat.

Muslim Syi’ei terlepas dari ikatan Rasulullah (sawas) merusak dan telah mengubah “Sunnah ku dan Syariat ku”, kata Rasulullah (sawas). Mereka mula mengikut apa yang diubah oleh ulamak tak ubah seperti orang-orang Kristian:

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّـهِ
Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah 

يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا
وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا

66. Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau Kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.67. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan Kami dari jalan Yang benar. (Al Ahzab 33:66-67)

Kerosakan kerana mencampuri hak Hakimiyah Allah. Kata Rasulullah (sawas).  mengubah “Sunnah ku dan Syariat ku”, Al-Yamani telah menyeru mereka mengajak kembali kepada hanya bertaqlid kepada Maksumin (Rasulullah (sawas) dan 12 Imam-imam (as) Itrah dan Ahli Baitt Ar-Rasul yang memegang Tali Allah yang merentangi dari Langit ke bumi), sehingga ke tahap mubahalah (sumpah bersaksi kepada Allah), tetapi tempat ibadah dan ,arkaz ansar (Hauza) di musnahkan dan rumah Syed Ahmad Al-Hassan Al-Yamani di kepung dan Allah menyelamatkan auliaknya. Malah ada sesetengah ulamak Syiah menjatuhkan hukuman halal membunuhnya.

Pemerhatian V

Kerosakan: Majoriti umat islam Muslim Sunni sehingga ke hari ini dikelirukan dan diselewengkan pemahaman mengenai Khalifah Allah dan Khalifah Rasulullah. Siapa pun yang mengkaji Sirah Rasulullah (sawas) akan memahaminya.

Sebelum Rasulullah Wafat dan telah baginda melantik Khalifahnya dalam berbagai kesempatan
Sejak mula dakwah Islam kepada kerabat terdekat kepada bani Hashem:
Siapa di antara kamu yang ingin membantuku – nescaya dia akan jadi Khalifahku.............

Hijrah ke Yathrib, Ali tidur di Katil Rasulullah dan pemegang wasiat (amanah) Rasulullah
Ayat Al-Mawaddah – siapa Qurbati

قُل لَّا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَىٰ ۗ وَمَن يَقْتَرِفْ حَسَنَةً نَّزِدْ لَهُ فِيهَا حُسْنًا ۚ إِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ شَكُورٌ

Katakanlah (Ya Muhammad) "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu ganjaranpun atas seruanku kecuali kasih sayang pada kerabatku.". Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. [S Syura 42:23]

Ayat Khairul Bariyah – siapa? Safinah
Ayat Tahirah - Ahlil- Bait?– Ismah apa?
إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّـهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا

Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. [A. Al-Ahzab 33:33] 
Ayat Mubahilah-Hadis Al-Kisa’
Ayat Tabligh- Hadis Al Ghadir
Ayat Taat Allah dan Rasul (bukan sunah Rasul) Hadits Tsaqalain
Innam Waliyukum Allah .... Asbabun Nuzul
Selawat dalam tasyahud
Ayat Wasiat – Tragedi Khamis -Rasululullah ingin berwasiat
Wasiat bertulis Rasul
         
Khalifah Allah dilantik oleh Allah dan Khalifah Rasulullah dilantik oleh Rasulullah dan hakikatnya ia adalah lantikan Allah. Memilih pemimpin adalah adalah urusan Kami (Allah) bukan urusan mereka (manusia):
وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ
urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; 
وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا ۖوَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ

Dan Kami jadikan dari mereka itu pemimpin-pemimpin (Imam-imam) yang memberi petunjuk dengan urusan Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami. [s. As [Sajdah32:24] 

Kerosakan: Mereka tidak menerima wasiat Ar-Rasul. Dengan mengatakan Rasulullah tidak meninggalkan wasiat dan tidak melantik Khalifahnya (satu pembohongan yang besar) Khalifah Rasulullah mereka pilih sendiri ini ujian Allah terhadap iman mereka kita hanya membaca sejarah martabat Iman mereka di tentukan oleh Allah. Dua kali Ibn Abbas bertanyakan Khalifah Umar mengapa menentang wasiat Rasulullah, “Umar menjawab, “Quraish tidak mahu Nubuwah dan Khilafah hanya berada di tangan Bani Hashim.” Sekali lagi selepas kematian Uthman apabila tiada pilihan terpak menerima Kekhalifahan Ali bin Abi Talib umat Islam memeranginya dalam peperangan Jamal dan Siffin dengan alasan fitnah Abdullah bin Sabak

Tidak ubah seperti ketika Nabi Musa (as) mengadap Allah dan meninggalkan Bani Israel di bawah jagaan Harun (as) Samiri mengajak kaumnya menyembah patung Anak Lembu (Al-‘Ijl). Akibatnya pemerintahan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah menerajui Umat Islam tinggallah Qurba (Kerabat) Itrah dan Ahli Baitt Ar-Rasul yang memegang Tali Allah yang merentangi dari Langit ke bumi, Masalah aqidah, masalah fiqah dan masalah akhlak (Tasauf) mendatangi umat Islam. Fahaman Khawarij, Dahri, Qadariah, Jabariah, Kalam Allah makhluk atau Khaliq, berpuluh-puluh Mazhab Fiqh, puak batiniyah ratusan malah ribuan Tariqah Sufiyah sehingga hari ada aliran (Mazhab Islam) yang membenci Ahli Bait merosak dan meruntuh maqam ahli bait dengan alasan tiada syafaat dalam Islam. Mereka adalah Wahabi menggelar diri mereka Salafi yang mengurus Haramain (Masjidil Haram dan Masjid An-Nabi) Rasulullah menggelar mereka As-Sufiyani dengan slogan suci mereka yang banyak mempengaruhui umat Islam iaitu ”Semua Bid’ah Sesat dan semua yang sesat ke neraka.” (Kullu Bid’ah dhalalah, wa kullu dhalalah fin Nar). Itulah kerosakan. Itulah Kebatilan. Itulah Kesesatan oleh Ulamak yang tidak menyeru kepada Ma’ruf dan mencegah kemungkaran, Ulamak ghairul amilin (tidak beramal) yang lebih mementingkan kemahuan diri dari kepentingan Ketuanan Allah, Hakimiyah Allah merobek Persetiaan dan Perjanjian yang di ambil dari Allah.Bagaimana boleh mengenal Hakikat dan Tauhid. Bagaimana boleh mereka mengenal Hakikat Rububiyah, Bagaimana boleh mereka mengenal Hakikat Uluhiyah, Bagaimana boleh mereka Marifah pada Allah, pada Hua (dia, Hu), Bagaimana boleh mencapai Li A’rafani (Supaya Aku Dikenal), Kalau mereka menentang KekasiNya, Penciptaan PertamaNya Aqal dan Nur Muhammad HambaNya dan Rasulnya; Kalau mereka menentang Kerabatnya, Itrahnya, ahli baitnya dan Khalifah Pemegang Wasiatnya (Washiy) Imam-Imam dan Mahdi-mahdi. Merekalah yang paling mengenal Hakikat Tauhid dan memiliki Makrifat Allah. Kerana mereka Hujjaj (Tanda) Allah.
         





Ia menyangkut Penciptaan Allah, Rahasia penciptaan Allah terhadap Alam, Langit dan bumi diselewengkan. Kerajaan Allah dan WakilNya dibumi. KhalifahNya, dia yang pilih sejak azali, Dia telah merakamnya di dalam Al-Quran. Memang semua manusia KhalifahNya di bumi tetapi manusia mempunyai makam, amanah dan pengabdian dikehendakiNya. Bukan ibadah yang kita pilih caranya, wasilahnya tetapi Din yang Dia Amanahkan kepada WaliNya, RasulNya yang berwalikan Allah,

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ

Sesungguhnya Wali kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (ruku’)

Bukan wali cara lain tetapi Wali Allah. Dia SWT berfirman

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".

وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَـٰؤُلَاءِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"

قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir..

Adam akan jadikan seorang Khalifah (pengganti) Allah di Bumi. Malaikat mempersoalkan Kehendak Allah..
Adam diberi Ilmu Allah dan menempelak malaikat sebut ilmu (nama-nama) semuanya.
Malaikat sedar Allah Al-Alim Al-Hakim
Perintah Sujud kepada Pengganti Allah kepada Makhluk
Adam dipilih oleh Allah

No comments:

Post a Comment