Pembangunan
Tamadun Kebendaan Dan Penyempurnaan Rohani
التقدم
الحضاري المادي والتكامل الروحي
Manusia
dicipta untuk mengenal Allah SWT:
﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُـدُونِ﴾
{Tidak Aku menciptakan
jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku} [Surah Adh-Dhariyat 51:56]
iaitu mengenal-Ku.
Kerana
kita menyembah (mengabdi) untuk mengenal dan tidak ada kebaikan dalam ibadah
yang tidak membawa hamba lebih dekat kepada pemiliknya, kepada Allah, yang
kemudian bertambahnya makrifat kepada Allah SWT. Dalam erti kata lain, manusia
dicipta untuk menyempurnakan roh (rohani) dan juga untuk meningkatkan ke martabat
kesempurnan yang paling tinggi yang boleh dicapai oleh manusia ini.
Oleh
itu, apa yang penting dan patut dicermati adalah roh; bukan jasad yang tertakluk
dengan dunia kebendaan jasmani ini. Oleh karena itu, manusia menjadi Khalifah
Allah SWT pada peringkat ini. Iaitu, apabila dia menyempurnakan roh (rohani),
sehingga dia menjadi Shurah Allah SWT dalam penciptaan-Nya, maka dia adalah
Khalifah Allah yang sebenarnya.
Sementara
itu, ada orang-orang yang cuba untuk menjadikan manusia sebagai Khalifah Allah hanya
pada jasad (jisim-jisim) dan tanah; pada hal Allah tidak melihat pada jasad sejak
Dia menciptanya, seperti yang telah diriwayatkan dari Rasulullah (S).
Sesungguhnya orang-orang yang jahil cuba untuk jadikan tujuan yang diharapkan manusia
itu. Tetapi sebenarnya, tujuan dari ciptaan-Nya adalah untuk mencapai
pembangunan (kemajuan) kebendaan jasmani. Manakala, Al-Quran menerangkan kepada
kita hubungan antara pembangunan (kemajuan) kebendaan jasmani dengan penyempurnaan
roh (ruhani),, seperti berikut:
﴿كَلَّا إِنَّ الْأِنْسَـانَ لَيَطْغَى* أَنْ رَآهُ اسْتَـغْنَى﴾
{Ketahuilah!
Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,; * karena dia melihat dirinya
serba cukup.} [Surah Al-`Alaq 96:6-7].
Maknanya,
kekayaan dan pembangunan kebendaan memanggil (membawa) kepada penindasan
(kezaliman) manusia dan kelemahan rohaninya. Jelas kelihatan pada hari ini dalam
kehidupan manusia di bumi ini. Kerana bumi ini tidak pernah kenal
kerosakan, kemusnahan, ketidakadilan dan kezaliman seperti yang terjadi hari
ini.
Mungkin
sesetengah orang yang mundur dilupakan oleh dunia kebendaan ini di mana mereka
melihat bahawa kesempurnaan ada dalam pembangunan (kemajuan) kebendaan. Dengan
itu jika mereka melihat kembali, mereka akan menemukan dunia kebendaan jasmani ini
sedang berjalan ke penghujungnya. Bahkan, ia memang tetap di penghujungnya.
Seperti setiap hari ada orang yang mati, dan yang lain pula baru hidup. Apatah
lagi, suatu hari nanti semua orang akan mati, tidak ada seorang pun yang hidup
di tempat mereka
﴿كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ﴾
{Semua yang ada di bumi
itu akan binasa.} {Al-Quran Surah Ar-Rahman 55:26}.
Pembangunan
(kemajuan) kebendaan yang besar pada hari ini menunjukkan hampir ke
penghujungnya:
﴿إِنَّمَا مَثَلُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ
أَنْزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ مِمَّا
يَأْكُلُ النَّاسُ وَالْأَنْعَامُ حَتَّى إِذَا أَخَذَتِ الْأَرْضُ زُخْرُفَهَا
وَازَّيَّنَتْ وَظَنَّ أَهْلُهَا أَنَّهُمْ قَادِرُونَ عَلَيْهَا أَتَاهَا
أَمْرُنَا لَيْلاً أَوْ نَهَاراً فَجَعَلْنَاهَا حَصِيداً كَأَنْ لَمْ تَغْنَ
بِالْأَمْسِ كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الْآياتِ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ﴾
{Sesungguhnya
perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami
turunkan dan langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu
tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak.
Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula)
perhiasannya, dan pemilik-permliknya mengira bahawa mereka pasti menguasinya,
tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami
jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit,
seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan
tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang berfikir. } {Al-Quran Surah
Yunus 10:24}
Manakala
roh-roh adalah kekal abadi, dan tempat kembalinya kekal di syurga atau neraka;
dalam nikmat atau azab.
Maka
perlu dilihat kembali bahawa manusia datang ke dunia kebendaan jasmani ini
untuk menjalani ujian; tidak tetap atau kekal di dalamnya selama-lamanya.
Sebaliknya, tempat kembalinya (nasib) seluruh dunia kebendaan jasmani ini akan
berakhir dan binasa.
Ya,
sememangnya Allah menggesa orang-orang mukmin untuk mencapai pembangunan
(kemajuan) kebendaan supaya pencapaian kekayaan mereka mengatasi kekuatan dan
kehormatan orang-orang kafir, untuk mengusir mereka di medan perang:
﴿وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ
قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ
وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا
تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لا
تُظْلَمُونَ﴾
{Dan siapkanlah untuk
menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang
ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh
Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya;
sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah
niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya
(dirugikan).} {Surah Al-'Anfāl 8:60}
Namun
pembangunan (kemajuan) kebendaan ini mesti berpunca dan diiringi dengan iman
yang haqiqi dan disertai dengan melakukan penyempurnaan rohani yang berterusan
untuk orang-oang mukmin; agar mereka tidak jauh mereka dari mengingati Allah
dan tunduk kepada perintah Allah SWT. bahkan hal demikian akan disertai dengan
kejayaan (Taufiq) ilahi yang agung:
﴿وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا
وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ﴾
{Jikalau sekiranya
penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan bukakan kepada
mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami)
itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. } {Surah Al-A`rāf 7:96}
Maka
Allah SWT apabila merasakan mereka yang mengharapkan iman dan ketakwaan mereka dengan
kekurangan buah-buahan dan keberkatan dengan merahmati mereka; kerana Dialah yang
mendorong mereka kepada iman dan takwa, oleh kelemahan dan kemiskinan sebagai
seruan untuk menghadap Allah.
Dalam
hadits Qudsi: "Wahai Ibn 3imraan, apabila kamu melihat kekayaan yang
datang, Katakan dosa akan mencetuskan hukumannya. Dan apabila kamu melihat
kemiskinan yang akan datang, ucapkanlah selamat datang dengan syiar orang-orang
sholeh."[1].
Adapun
apabila penduduk di bumi beriman dan bertakwa, maka apabila Allah melakukan
dengan mengazab mereka. bermakna, manfaat bagi-Nya Yang Maha Suci, pada kekurangan
buah-buahan dan keberkatan tanah mereka dan pekerjaan mereka; bahkan Dia menjanjikan
kepada mereka:
﴿لَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا
عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ﴾
{Jikalau sekiranya
penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan bukakan kepada
mereka berkah dari langit dan bumi,} {Surah Al-A`rāf 7:96}
Oleh
itu, diwajibkan manusia berusaha dan bergerak itu ke arah menyempurnakan rohani
dan iman yang sebenar.
Bagi
pembangunan kebendaan jasmani, manusia juga berusaha untuk itu dari melihat untuk
menyempurnakan rohani, yang bermaksud berusaha untuk pembangunan kebendaan sebagai
tanda ketaatan kepada Allah dan untuk menyempurnakan kehendak Allah di muka
bumi ini; dengan menyebarkan tauhid, rahmat (kasih sayang) dan keadilan.
Bagi
pembangunan kebendaan orang-orang kafir; maka janganlah orang yang beriman menyangka
ia sebagai satu kejayaan ilahi atau kebaikan untuk mereka. Sebaliknya, ia
adalah keburukan bagi mereka kerana ia adalah satu alasan untuk mereka tetap
dalam menindas dan angkuh atas kehendak Allah SWT:
﴿وَلا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّمَا
نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لِأَنْفُسِهِمْ إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُوا
إِثْماً وَلَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ﴾
{Dan janganlah
sekali-kali orang-orang kafir menyangka, bahawa pemberian tangguh Kami kepada
mereka adalah lebih baik bagi mereka. Sesungguhnya Kami memberi tangguh kepada
mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa mereka; dan bagi mereka azab yang
menghinakan.} {Surah Aali 3imraan 3:178}
Dijadikan
dunia dan perhiasannya sebab mereka mabuk dan menjauhkan mereka dari Allah:
﴿لَعَمْرُكَ إِنَّهُمْ لَفِي سَكْرَتِهِمْ يَعْمَهُونَ﴾
{Demi umurmu
sesungguhnya mereka terombang-ambing di dalam kemabukan (kesesatan)".} {Surah
Al-Hijr 15:72}
Maka
kerugian manakah yang lebih besar daripada seorang manusia menjadi musuh Allah?
Dan
keuntungan manakah yang lebih rendah daripada dunia dan perhiasannya?
﴿وَلَوْلا أَنْ يَكُونَ النَّاسُ أُمَّةً
وَاحِدَةً لَجَعَلْنَا لِمَنْ يَكْفُرُ بِالرَّحْمَنِ لِبُيُوتِهِمْ سُقُفاً مِنْ
فِضَّةٍ وَمَعَارِجَ عَلَيْهَا يَظْهَرُونَ﴾
{Dan kalaulah tidak
kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami
jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah,
bumbung rumah-rumah mereka dari perak, dan tangga-tangga yang mereka naik turun
di atasnya (dari perak juga} {Surah Az-Zukhruf 43:33}
✡✡✡✡✡
--------------------------------
[1]
Indzar Al-Kafi: Jilid 2, muka surat 263.
No comments:
Post a Comment