Jawapan Kepada Persoalan:
جواب
السؤال:
Saya
percaya bahawa dari apa yang telah dibentangkan sebelum ini, telah menerangkan
jawapan kepada soalan "Mengapa Jihad?”.
Dan
ia adalah untuk meninggikan kalimah Allah. Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ
اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا
أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفاً﴾
{Orang-orang yang
beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan
thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, karena sesungguhnya tipu
daya syaitan itu adalah lemah.} [Surah An-Nisaa' 4:76]
dan
Yang Maha Tinggi berfirman:
﴿إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ
اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْداً عَلَيْهِ حَقّاً فِي التَّوْرَاةِ
وَالْأِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ
فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ
الْعَظِيمُ﴾
{Sesungguhnya Allah
telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga
untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau
terbunuh. Itulah janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al
Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka
bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah
kemenangan yang besar.} [Surah At-Taubah 9:111]
Oleh
itu, Jihad adalah untuk meninggikan Kalimah Allah, dan bukan untuk kepentingan
peribadi atau harta rampasan perang, kepentingan tanah air atau untuk bangsa
(perkauman). Karena sesungguhnya, Agama Ilahi adalah mengatasi semua
pertimbangan ini, dan menyembah (mengabdi) Allah dan taat kepada-Nya yang
menyatukan orang yang beriman tanpa mengira gabungan hubungan kekeluargaan, kesukuan,
tanah air, atau negara yang semuanya disebabkan oleh hakikat bahawa seseorang
itu Keakuan (Al-Ana - Ego), dan kasihkan (mementingkan) diri sendiri.
Oleh
itu, Jihad, sama ada Jihad Serangan atau Jihad Pertahanan, mestilah demi
meninggikan Kalimah Allah, bukan kerana mempertahankan negara atau tanah air,
kerana orang mukmin tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam Jihad
ini, melainkan untuk meninggikan kalimah Allah, dalam usaha untuk menerima
pakai (membina) Peradaban Ilahi, Budaya Ilahi, dan Kebebasan Ilahi, yang
kesemuanya benar-benar bertentangan dengan peradaban (tamadun), budaya dan
kebebasan, yang mana adalah menjadi slogan yang dibesar-besarkan di Dunia Kebendaan
hari ini. Sedangkan, apa yang dikibartkan hari ini adalah panji-panji syaitan
yang tidak lain dari usaha ketentaraan syaitan, dari kalangan Jin dan Manusia, dengan
segala kemungkinan untuk mereka bertahan di muka bumi ini, dan untuk meyakinkan
penghuni bumi dengan kuasa dan ketamakan Dua Gunung Dajjal (Gunung api dan
Gunung makanan) [58] yang sangat sesuai kepada mereka.
Pada
hakikatnya tentera syaitan telah mengisytiharkan perang ke atas tentera Allah
dan pada Budaya Ilahi, yang didasarkan pada kewujudan Khalifah Allah di
bumi-Nya. Maka bagi mereka, menurut demokrasi mereka, melihat dan memutuskan
bahawa pemerintahan Imam Al-Mahdi (as), Isa
(as) dan Ilya (Elia) (as) adalah sama dengan pemerintahan Sadam (la3nahu Allah),
kerana sesungguhnya semua itu, di mata mereka, adalah pemerintahan diktator.
Oleh itu, tidak ada cara untuk mewujudkan Ketuanan Allah (Hakimiyah Allah) kecuali
melalui mendidik Masyarakat Ilahi dan kemudian melalui kuasa (kekuatan).
Mereka
juga - iaitu tentera syaitan - menubuhkan (menegakkan) Ketuanan Rakyat
(Ketuanan Manusia - demokrasi), dan menghancurkan Ketuanan Allah dengan
penipuan dan kuasa:
﴿َقَاتِلُوا الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
وَلا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ
وَلا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حَتَّى
يُعْطُوا الْجِزْيَةَ عَنْ يَدٍ وَهُمْ صَاغِرُونَ﴾
{Perangilah orang-orang
yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian, dan
mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan
tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), yang diberikan Al-Kitab
kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam
keadaan tunduk.} [At-Taubah 9:29}
✡✡✡✡✡
----------------------
[58]
(Mereka) (as) telah menunjukkan mengenai kisah Dajjal yang memasuki Iraq dari
Gunung Sanam, yang terletak antara Bashrah dan Kuwait dan padanya ada gunung
api dan gunung makanan.
Al-Ashbagh
bin Nubatah telah bertanya Amir Al-Mukminin (as): "Wahai Amir Al-Mukminin!
Siapakah Dajjal? "Dia menjawab, ("Bahawa Dajjal adalah Shaaid bin Al-Shayd
(Pemburu bin (anak) Yang Berburu). Yang sengsara dengan kebenarannya. Dan yang
bahagia dengan kedustaannya. Ia akan muncul dari daerah (biladah) yang mereka
katakan Isfahan (Ishfahaan), dari daerah (qariah) yang dikenali di Yahudiyah. Seorang
yang buta mata kanannya. mata yang satu lagi ada di mukanya berkilauan seperti
bintang pagi, dan ada lintah seolah-olah ia bercampur darah. Di antara matanya
ada tertulis kafir, yang boleh dibaca yang celik dan juga yang buta huruf. Dia
akan menyeberang laut dan Matahari akan mengekorinya. Di antara tangannya ada gunung
asap, dan di belakangnya ada gunung putih padanya orang melihat sebagai makanan,
ia akan muncul ketika munculnya saat kelaparan melampau. Ia akan naik keldai
putih. satu langkah keldai seperti satu batu. Bumi akan dilipat untuknya, mata
air selepas mata air, (mata air atau perigi) yang dilaluinya akan kering
sehingga hari kiamat. Dia akan menyeru dengan kuat, dan boleh didengar kepada
semua di timur dan barat dari jin, manusia dan syaitan. Dia akan berkata kepada
Auliakku, Aku yang menciptakan, dan menyempurnakan, dan yang menentukan kadar
(masing-masing) dan memberi petunjuk,. Aku Tuhanmu Yang Maha Tinggi.
Bahawa
musuh Allah berbohong. Dia yang bermata satu yang makan dari makanan, yang
berjalan di pasar-pasar, sedangkan Tuhanmu AWJ bukan yang bermata satu dan
tidak makan. Dia tidak berjalan dan juga tidak turun, Maha Tinggi Allah dari
yang demikian, Yang Maha Tinggi Kebesaran-(Nya).
Bahawa
sebagian besar pengikut-pengikutnya hari itu anak zina. dan mereka akan memakai
selendang hijau. Allah AWJ akan membunuhnya di Sham, dekat 3aqabah
(jalan mendaki yang sukar) yang dikenali sebagai "3aqabah Afiq" (jalan
pendalaman mendaki yang sukar), selepas tiga jam telah berlalu pada hari Jumaat
dengan tangan Al-Masih Isa bin Mariam (as) yang shalat di belakangnya (Al-Mahdi).
Bahawa selepas itu akan berlaku bencana besar. "
Kami
bertanya: "Apakah dia, Wahai Amir Al-Mukminin?" Beliau menjawab,
"Keluar binatang (dari) Bumi dari Bukit Shafa. Padanya ada cincin Sulaiman
(as), dan tongkat Musa (as), dan cincin yang
akan menyentuh muka setiap orang beriman, sehingga akan membekas padanya: Ini
mukmin sebenar. Dan ia akan menyentuh muka setiap orang kafir
sehingga akan membekas padanya: Ini benar-benar kafir. Sehingga orang mukmin itu
akan berkata kepada orang-orang kafir, "Celakalah kamu, wahai kafir."
Dan orang-orang kafir berkata kepada orang-orang beriman, "Beruntunglah kamu,
wahai orang beriman. Kalau saja aku seperti kamu hari ini, aku akan mencapai
kemenangan, kemenangan yang besar ") [Kamaal Al-Din, hal. 526]
No comments:
Post a Comment