1. Memahami
- Mengenal Pencipta (Al-Khaliq) dan penciptaan (Al-Khalq)
mengikut martabat dan kedudukan
Masalah perkongsian istilah – ungkapan – sifat:
dalam menerangkan maqam yang berbeza.
Mengenal Pencipta (Al-Khaliq)
Dari Ibn Abbas
katanya: datang seorang Yahudi kepada Rasulullah (shalla Allah 3alaihi Wa Aalih)
mereka berkata dia adalah Na3tsal (نَعْثَلٌ).
Dia berkata: Wahai
Muhammad, aku ingin bertanya kepada kamu tentang perkara-perkara yang
mencemaskan dada ku sejak dahulu, Maka jika engkau dapat menjawabnya aku akan
masuk Islam di tangan mu.
Baginda bersabda:
"Tanyalah Wahai Abu 3umarah."
Dia berkata: Wahai
Muhammad, sifatkan kepadaku Tuhanmu?
Baginda (shalla Allah
3alaihi Wa Aalih) bersabda: "Pencipta (Al-Khaliq) tidak dapat disifatkan
melainkan apa yang telah disifatkanNya sendiri, dan bagaimana mereka dapat
menyifatkan Pencipta (Al-Khaliq) dengan pancaindera yang tidak dapat
memahaminya, dan membayangkan (waham) untuk mencapai matlamatnya, dan melepasi
bahaya yang dapat dibatasi, dan dari kuasa pengelihatan padanya, sebahagian
besar daripada apa yang disifatkan oleh orang yang menyifatkanNya, menjauhkan
yang dekat, dan mendekatkan yang jauh, bagaimana cara-caranya (keadaanNya),
maka tidak boleh dikatakan kepadaNya bagaimana, dan di mana tempatNya, maka
tidak boleh dikatakan kepadaNya, di mana, adalah tidak terhenti persoalan
bagaimana cara-caranya dan di mana, kerana Dia Al-Ahad Al-Shamad (Yang Esa,
tempat berhimpun segala Kehendak) seperti mana yang disifatkanNya sendiri, dan
orang-orang yang menyifatkanNya tidak akan berjaya untuk menggelarkanNya, tidak
beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada suatu pun yang sepadan denganNya.
"
Beliau berkata: Benar
kamu Wahai Muhammad, beritahu aku tentang perkataan kamu bahawa Dia Esa (satu)
tiada yang serupa denganNya, bukankah Allah Satu dan manusia juga satu, maka
adakah KeesaanNya sama dengan satunya manusia?
Baginda (shalla Allah
3alaihi Wa Aalih) bersabda: "Allah adalah satu dan satu maknanya, dan
manusia satu dengan dua makna, jisim dan akal (3aradh), badan dan ruh, kerana
ianya perumpamaan pada makna bukan pada yang lain."
Beliau berkata: Benar
kamu Wahai Muhammad, [1]
_________________
[1] Bihar Al-Anwar
(Himpunan Mutiara Perkhabaran Imam suci (as): 3/303, tanda-tanda, Sheikh
Muhammad Baqir Al-Majlisi, yang dilahirkan pada tahun 1037 H di Isfahan:, dan
meninggal dunia pada tahun: 1110 H, Diterbitkan, edisi Beirut / Lubnan, tahun:
1414 Hijrah.
Itu adalah perbezaan Pencipta (Al-Khaliq)
dan penciptaan (Al-Khalq) menurut martabat dan kedudukan
Bermulanya Pencipta mencipta dan penciptaan
﴿وَمَا
خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾
{Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.} [Al-Zhariyat 51:56]
Kata Imam Ahmad Al Hasan (as): Iaitu
mengenalKu
كنت كنزاً لا أعرف، فأحببت
أن أعرف فخلقت خلقاً فعرفتهم بي فعرفوني
Aku adalah perbendaharaan yang tidak dikenal,
kemudian Aku ingin dikenal, maka Kuciptakan makhluk untuk mereka mengenaliku,
maka merekapun mengenal-Ku
Penciptaan Pertama
Penciptaan Pertama (Tajalli – bayangan –
cerminan – kenyataan)
Nur Pertama
Roh Pertama
Aqal Pertama
﴿وَإِنَّكَ
لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ﴾
Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi
pekerti yang agung. [Al-Qalam 68:4] [88]
فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ﴾
{Maka Terpujilah Allah, Sebaik-baik dari
Pencipta-pencipta.} [Surah Al-Mu'minuun 23:14]
Muhammad (sawas) adalah Imej Allah dalam
Penciptaan, dan dituntut dari Penciptaan melihat di dalamnya supaya mereka
(Makrifah) mengenal Allah. Jadi tujuan penciptaan adalah al-Makrifah
(Mengenalinya).
Ada perbezaan perbezaan nur Pencipta dan nur
penciptaan
Nur Pencipta tanpa
kegelapan di dalamnya dan
Nur penciptaan
dengan kegelapan di dalamnya
Alam Al-Lahut (Ketuhanan),
Al-Lahut
Al-Mutlaq dan Al-Lahut Fi Al-Khalq
Madinah Kamalaat – Zhat Allah
Tajalli Allah
Didalam Surah An-Nuur pada ayat
﴿اللَّهُ نُورُ
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ
الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ
مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونِةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ
يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُّورٌ عَلَى نُورٍ
يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ
وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ * فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَن تُرْفَعَ
وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ﴾
Allah yang cahaya langit dan bumi. Bandingan
nur Allah adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu;
lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula laksana bintang yang
bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak
manfaatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah Timur dan
pula tidak di sebelah Barat akan tetapi tumbuh di antara keduanya,
hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar
walaupun ia tidak disentuh api; cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa
yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan
berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui
akan tiap-tiap sesuatu. – Sura An-Nuur 24:35.
Apa makna firman Allah di dalam ayat di atas?
Jawapan:
(اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ) Allah cahaya langit dan bumi, bahwa langit dan bumi – adalah
Kitab Allah SWT iaitu Muhammad (sawas) - Ini adalah manifestasi Allah, dan
penampilannya dalam penciptaan, atau merupakan manifestasi dari cahaya
kebenaran dan ZatNya (al-haqiqah wa al-Kunhu) dalam penciptaan, atau
manifestasi dari Sifat kesempurnaan Ketuhanan[1] dalam penciptaan, dan
Semua ini satu pernyataan.
(مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاة) cahayanya Seperti Misykaat (relung) iaitu Muhammad (sawas) dan pada dada khususnya.
(فِيهَا مِصْبَاحٌ) di dalamnya ada lampu iaitu Ilmu di dada Muhammad (sawas) dariNya setelah dilimpahkan Allah ke atasnya.
(الْمِصْبَاحُ) Lampu adalah Ali wasinya-khalifahnya (as) yang akan menyampaikan-meneruskannya dengan namanya (sawas).
(فِي زُجَاجَة)
Dalam geluk kaca (qandil) adalah: Fatimah (as) .
(الزُّجَاجَةُ) geluk kaca adalah: al-Hassan dan al-Hussein (as),.
Pemilik kelima-lima ahli al-Kisaa’ dan berturutan dan berada dalam hubungan di antara satu sama lain, iaitu geluk kaca dan geluk kaca itu, lampu dan lampunya.
(كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّي) Seperti bintang yang bersinar cemerlang iaitu al-Qaim(as), itu adalah Bintang al-Durriy [2]
(يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ وَلا غَرْبِيَّة) lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah Timur dan pula tidak di sebelah Barat: pohon di tengah-tengah taman (syurga) iaitu pohon pengetahuan Muhammad dan keturunan Muhammad, yang dilarang Allah ke atas Adam (as) dari memakannya.
(يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ) akan tetapi tumbuh di antara keduanya, Minyak itu hampir bersinar meskipun tidak disentuh api: karena ia adalah kata-kata dari Tuhan Yang Maha Suci, iaitu al-Quran, bahawa minyak adalah pemberian ilahi iaitu al-Quran.
(نُورٌ عَلَى نُور) cahaya berlapis cahaya: Imam diikuti Imam silih berganti, mereka adalah Ali Bin Al-Hussein (as), dan Muhammad bin Ali (as) dan Ja'far bin Muhammad (as), dan Musa bin Ja'far (as), dan Ali bin Musa (as), dan Muhammad bin Ali (as) dan Ali bin Muhammad (as), dan Hassan bin Ali (as), dan Muhammad ibn al-Hasan al-Mahdi (as).
(يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ) Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur
hidayahNya itu: cahaya Allah adalah al-Qaim (as), sesiapa yang bersedia untuk
dibimbing oleh Allah akan dihidayahkanNya dan dibimbingNya menuju kemenangan
(Qaim)-Nya (as) .
Perkongsian istilah – ungkapan - sifat
Kita mesti bezakan
martabat Al-Lahut Al-Mutlaq (Ketuhanan mutlak) dan Al-Lahut dalam Penciptaan
Allah adalah Nur (cahaya) Tanpa kegelapan mencipta
PenciptaanNya – Tiada suatu pun yang sekufu, sebanding denganNya
Rasulullah (S) bersabda kepada Ali (as)
»ما
خلق الله خلقا أفضل مني ولا أكرم عليه مني
("Allah
tidak menciptakan ciptaan yang lebih baik daripada ku dan yang tidak lebih
mulia padanya daripada ku. "
Pada penciptaan Al-3aqal dan Al-Jahil,
disusun maqam-maqam makhluk di antara keduanya (Al-3aqal dan Al-Jahil), semua
makhluk menurut hal masing-masing. Kemudian Allah mencipta Adam (as) dan semua
keturunannya di Alam Al-Zhar, dan setiap seorang daripada mereka mempunyai
maqam-maqam mengikut halnya, iaitu bergantung kepada betapa cepat ia membuat jawapannya,
menurut gerak isyarat (perhatian) dirinya dan kelalaiannya terhadap Tuhannya.
Dari Nur dan Roh Muhammad (S) diciptakan
alam-alam dan makhluk-makhluk lain
Alam Jabarut
I. Siradiq
3arasy A3dzam
II. 3arasy
A2dzam
III. Al-Kursiy
Alam Aqal (Al-Kulliyah)
I. Langit
ke 7
Alam Malakut
I. 3arasy
3adzim - Langit 7 ke Langit dunia dan akhirat
Langit dunia dan akhirat
I. Langit
Pertama (bersifat malakut)
i. Alam Zhar
- Al-Mitsaq (Persetiaan – Ujian 1)
ii. Syurga
Adam – dunia -
iii. Alam
Raj3ah
II. Alam
Malak (Alam Jasmani - Ujian 2) Bumi
III. Alam
akhirat
yang patut difahamkan; adalah setiap Alam
mempunyai peraturannya tersendiri,
Alam Malak pula adalah Alam Jisim-jisim
kebendaan padat,
Alam Malakut itu ialah alam mitsal-mitsal
halus,sementara
Alam Aqal adalah alam cahaya dan hakikat,
tanpa jisim-jisim dan mitsal-mitsal,
Alam Jabarut ia hanyalah hakikat-hakikat
dan cahaya-cahaya bertindih antara satu sama lain yang seimbang (tidak berat
sebelah) antara satu sama lain.
Adakah tujuh lapis bumi-bumi di bawah bumi
ini tempat di mana kita hidup?
Jawapannya: Langit-langit di atas Bumi atau
Bumi-bumi Lain di bawah Bumi, bukanlah di atas atau di bawah pada tempat
(ruang), tetapi ia bermakna bahawa Bumi-bumi lain itu adalah pada martabat yang
paling rendah dalam penciptaan daripada Bumi, iaitu kegelapannya lebih dari
kegelapan Bumi.
Sebagai contoh, Jibril (as) dalam Alam
Malakut tubuhnya sesuai dengan kehalusan Malakut, tetapi jika dia mahu muncul
ke alam dunia kebendaan seperti ia datang menyerupai Dahyah Al-Kalbi salah
seorang sahabat Rasulullah (S) atau menyerupai seekor burung ... dan
sebagainya, apabila kembali ke Malakut kembali kepada jisim Malakut; kerana
benda=benda tidak wujud dalam Alam Malakut, kerana setiap Alam mempunyai
peraturannya yang tersendiri.
Telah diriwayatkan bahawa Allah menciptakan
langit dan bumi dari Nur Mohammad (S), Ali (as) Fatimah, Al-Hassan dan
Al-Hussein (as),
Dari Al-Rasul Muhammad (S), baginda
bersabda:
(... Apabila Allah hendak mencipta
ciptaanNya diambil
dari Nur ku lalu mencipta darinya
Arasy Jadi Arasy itu daripada Nur ku, dan Nur ku dari Nur Allah,
dan Nur ku lebih utama daripada Arasy,
kemudian diambil dari Nur saudara ku
Ali dicipta daripadanya malaikat Jadi malaikat itu daripada Nur Ali, dan
Nur Ali dari Nur Allah, dan lebih utama dari para malaikat,
kemudian diambil dari Nur anak
perempuan ku, lalu dicipta langit-langit dan bumi darinya, Jadi langit-langit
dan bumi daripada Nur anak ku Fatimah, dan Nur anak ku Fatimah daripada Nur
Allah, dan anak ku Fatimah lebih utama dari langit-langit dan bumi,
· 3
Tunggak Hidayah - kata Jibrail as
· atau
Nama Teragung Lagi Teragung Lagi Maha Teragung (Nya) , dan
· tiang
(Kota Kesempurnaan Ketuhanan), Allah SWT, dan pintu itu : Al-Rahman dan
Al-Rahim.
· Dan
kemunculan nama-nama ini di kalangan makhluk ciptaan adalah dengan Muhammad,
Ali dan Fatimah. Muhammad adalah Tajalli Allah pada penciptaan, dan Ali adalah
Tajalli Al-Rahman, dan Fatimah adalah Tajalli Al- Rahim pada penciptaan.
kemudian diambil dari Nur anak ku
Al-Hassan, lalu dicipta darinya matahari dan bulan, jadi matahari dan bulan
daripada Nur anak ku Al-Hassan, Nur Hassan daripada Nur Allah, dan
Al-Hassan adalah lebih utama daripada matahari dan bulan,
dan kemudian diambil dari Nur anak ku
Al-Hussein lalu dicipta darinya Syurga dan Hur Al-‘Ain (bidadari-bidadari
bermata jeli), jadi syurga dan Hur Al-‘Ain daripada Nur anak ku Al-Hussein, dan
Nur anak ku Al-Hussein dari Nur Allah, dan anak ku Al-Hussein adalah lebih
utama daripada Syurga dan Hur Al-‘Ain...) Bihar Al-Anwar:. Jilid 51 halaman 10.
Allah menciptakan langit dan bumi, dari Nur
Fatimah (as), oleh itu dalam mempertimbangkan persoalan ini tidak mungkin bagi
Fatimah (as) untuk masuk ke dalam langit-langit dan bumi, kerana langit-langit
dan bumi adalah sebahagian (juzuk) daripada Nur Fatimah (as) !!!
Malah, mereka hidup di atas bumi dan mati
dan dikuburkan di dalamnya, maka soalan ibi tidak betul pada asasnya, untuk
mengandaikan (memahami) bahawa peraturan alam kebendaan adalah sama dengan
peraturan alam-alam yang lebih tinggi.
Bahkan dalam peraturan alam kebendaan
mungkin bagi sesuatu juzuk (sebahagian) mengandungi keseluruhan daripada
bahagian tertentu, misalnya cermin, kanta mata atau kamera adalah
bahagian yang sangat kecil yang tidak boleh diabaikan dari alam ini, tetapi cermin,
mata atau kamera boleh terkandung (merakam) alam keseluruhannya dari segi imej,
Maka janganlah bertanyakan sesuatu yang menghasilkan waham (kekeliruan) yang
tidak bertanggungjawab..
Muhammad (S)
adalah Khalifah Allah yang hakiki untuk mencapai Tujuan Penciptaan
ini, dan dengannya Allah dikenali.
﴿وَإِذْ أَخَذَ
رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ
أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَىٰ شَهِدْنَا أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا
غَافِلِينَ﴾
{Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu
mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah
mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku
ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami
menjadi saksi". Agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan:
"Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap perkara
ini."} [Al-A3raaf 7:172]
﴿وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ﴾
Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. [Al-Qalam
68:4] [88]
(sangkaan para malaikat ... apabila mereka melihat bahawa cahaya kita ... lalu menyangka kita tuhan... maka kita berkata)
لا إله الا الله
(tiada Tuhan melainkan Allah) dan bahawa
kita adalah hamba dan bukan tuhan-tuhan untuk disembah bersama-Nya atau
tanpa-Nya.
Oleh itu, apabila mereka melihat bahawa hal
kita menjadi lebih besar, kita berkata
الله أكبر
-
Allahu Akbar (Allah Maha Besar), supaya malaikat mengetahui bahawa Allah
terlalu Agung yang tidak lain daripada Dia boleh mempunyai hal kebesaran ini.
Oleh itu, apabila mereka melihat apa yang
diberikan Allah kepada kita daripada Kebesaran dan Kekuatan, kita berkata:
لا حول ولا قوة إلا
بالله –
La hawla wala quwwata illa Billah (tiada
daya dan kekuatan melainkan dengan Allah) supaya malaikat mengetahui bahawa
kita tidak mempunyai apa-apa daya atau kekuatan melainkan dengan Allah.
Oleh itu, apabila mereka melihat nikmat
yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita dan mewajibkan kepada kita dengan
mengenakan ketaatan kepada kita, kita berkata:
- Alhamdu lillah (Segala puji bagi Allah),
supaya malaikat mengetahui apa hak Allah kepada kita dari mengingatiNya dengan
memuji-Nya atas nikmat-Nya, maka malaikat berkata: Alhamdu lillah (Segala puji
bagi Allah), oleh itu dengan kita mereka telah dibimbing kepada makrifah Tauhid
Allah dan bertasbih (mensucikan)-Nya, bertahlil (berpaling memperTuhankan)-Nya,
bertahmid (memuji)-Nya dan bertamajid (memuliakan)-Nya.
﴿ إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرٌ وَلِكُلِّ قَوْمٍ
هَادٍ﴾
{Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi
peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.} [69]
1. Tidak aku jadikan
.........?
2. Bagaimana kamu
mengenal Allah dengan Allah?
3. Sesiapa Mengenal
diri Akan Mengenal Allah.
4. Sesiapa Mengenal Kamu (Muhammad) Akan Mengenal Allah
Di muka bumi ini, lebih besar syukur
seorang hamba itu, lebih besarlah sokongan daripada Allah SWT kepada hamba ini
mengikut kesyukuran ini. Jadi rahmat atas hamba-hamba hampir dengan Allah akan
menjadi lebih besar, dan amalan dan kesyukuran mereka akan menjadi rahmat yang
baru, yang dengan sendirinya memerlukan kesyukuran. Dan puji syukur ini adalah
dengan bantuan dari Allah swt, dan dengan kuasa-Nya dan kekuatan-Nya, kerana ia
adalah satu rahmat yang baru yang lebih besar daripada sebelumnya yang
memerlukan ucapan puji syukur yang lebih besar, dan sebagainya sehingga Yang
Maha Pemurah mengasihani mereka dengan kemurahan-Nya,
Jika kita menganggap bahawa jiwa (diri)
insan adalah cermin yang menyimpan keupayaan untuk memantulkan Shurah Al-Lahut
(imej ketuhanan). Maka imej ketuhanan dalam cerminan ini akan menjadi lebih
sempurna dan lebih jelas sejauh mana mengarah ke cermin ini kepada Al-Lahut.
Maka yang mengarahkan dengan sepenuhnya cerminan akan memantulkan Shurah (imej)
sepenuhnya Al-Lahut, dan yang kurang mengarah ke cermin keseluruhan cermin,
akan terbataslah Shurah Al-Lahut yang dipantulkan dalam cermin kewujudannya
mengikut kekurangannya.
[Doa Ma'rifah Zaman Ghaibah]
اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ نَفْسَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ
لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ نَفْسَكَ لَمْ اَعْرِفْ رَسُوْلَكَ ،
اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِى رَسُوْلَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَمْ تُعَرِّفْنِىْ
رَسُوْلَكَ لَمْ اَعْرِفْ حُجَّتَكَ، اَللّٰهُمَّ عَرِّفْنِىْ
حُجَّتَكَ، فَاِنَّكَ اِنْ لَّمْ تُعَرِّ فْنِىْ حُجَّتَكَ ضَلَلْتُ عَنْ
دِيْنِىْ
Ya Allah kurniakanlah aku makrifah padaMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah
padaMu aku tidak kenal UtusanMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah
(perkenalkan) kepada UtusanMu, kerana jika aku tidak dapat makrifah pada
UtusanMu aku tidak kenal HujjahMu, Ya Allah kurniakanlah aku makrifah kepada
HujjahMu kerana jika aku tidak dapat makrifah pada HujjahMu, aku akan sesat
dari (mengenal) agamaku
No comments:
Post a Comment