Sunday, 27 January 2019

Kuliah 03 2019 02 00 Melaka



Kuliah 03 2019 02 00 Melaka





Al-Tauhid adalah Mengesakan Allah SWT sebagai matlamat yang agung, dan dari Imam Ahmed Hassan (as):

Dan Tauhid Hakiki tidak dicapai dengan lafaz kata-kata dan makna sahaja, sebaliknya ia dicapai dengan beramal dan ikhlas kepada Allah SWT sehingga hamba itu menjadi wajah Allah Yang Maha Suci, di Bumi-Nya, atau Allah di dalam Penciptaan.


إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا

Sesungguhnya Kami telah membukakan kepadamu pembukaan yang nyata,
[Al-Fath 48:1]

Alam-alam lengkung menaik ada tiga cahaya, pada martabat Muhammad (S) ada tiga,

1.    Sebelum terbukanya hijab (tabir) - sebelum lenyap (fana’)
2.    Selepas terbukanya hijab - lenyap (fana’),
3.    Kembali semula setelah lenyap (fana’). dan selepas kedatangan semula hijab. Al-Ana wa Al-Syakhshiyah

Ia hilang lenyap (fana’) di antara fana’ pada Zhat Ketuhanan dan
yang kekal hanya Allah Al-Wahid Al-Qahhar,
dan kembali semula kepada keperibadian keakuan (Al-Ana wa Al-Syakhshiyah).


Alam-alam lengkung menurun (3 kegelapan) – Imtihan - ujian

1.    Alam Al-Zhar,
2.    Alam Al-Dunia,
3.    Alam Al-Raj’ah


يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ خَلْقًا مِّن بَعْدِ خَلْقٍ فِي ظُلُمَاتٍ ثَلَاثٍ
                                                             

Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan.  [Al-Zumar 39:6]



·       Ini adalah enam martabat dalam lengkung menaik dan menurun mewakili semua kewujudan, dan
·       sebagai tajalli cahaya di dalam kegelapan, dan kemunculan (zahir) pada kewujudan cahaya dalam kegelapan,
·       dan ia adalah (huruf) Wau menurun dan Wau menaik,
·       yang merujuk kepada enam hari dan enam martabat. (Lihat gambaran pada sumber di bawah).

(واو) Wau menurun.
(واو) Wau menaik.

·       Bulatan di bahagian atas Wau menunjukkan ketidakpastian (kehairanan) dalam lengkung menaik dan
·       ia adalah kehairanan dalam cahaya; kerana tidak mengetahui dan mengenal (makrifat) cahaya sepenuhnya, yang tiada kegelapan di dalamnya,
·       iaitu, makrifat Allah SWT sepenuhnya dan lengkap,
·       maka jadilah martabat lengkung menaik ianya adalah:
                         I.          sebelum Pembukaan, dan
                        II.          selepas Pembukaan dan fana’nya,
                      III.          dan yang ketiga ialah untuk kembali semula kepada keperibadian keakuan (Al-Ana wa Al-Syakhshiyah) selepas fana’ (lenyap). .

sambung ke Kuliah 02 - 2019 01 18



No comments:

Post a Comment