Saturday 6 July 2013

Iltizam dengan Akhir Zaman


Dalam Post kedua saya bertajuk seperti link di atas. Ini amat pelik bagi mereka yang baru. Maklum benda baru. Saya dituduh sesat. Tapi tuan saya beragama kerana ALLAH untuk mendekatkan diri kepada Allah, ini tidak pelik. Yang pelik ialah orang yang beriman dengan sangkan. Yang adalah tidak mengenal Musuh Allah, musuh kamu Musuh Islam. Yang pelik ialah tidak mengenal Saudara Sesama Mukmin sealiran, Yang pelik adalah tidak tahu langsung cerita akhir zaman, ramalan akan keluar penyelamat Al Mahdi, Al Qaim, Imam Zaman......
Cuba perhati ayat suci berikut:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Sesungguh orang-orang berimqn itu bersaudara, perbaikilah antara persaudaraan kamu dan bertaqwalah Allah, supaya kamu beroleh rahmat

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ  دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Dan bersiap sedialah untuk menghadapi mereka dengan Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda, untuk menggerunkan dengannya itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

"Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (al-Qur'an) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai."(9:33)

Kitab Suci dari Rasul yang terakhir memberikan isyarat gembira bahawa pada suatu hari kelak pemerintahan di dunia ini akan menjadi milik hamba Allah yang baik dan bertaqwa:
"Sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." (7: 128)

Bumi ini yang dipenuhi dengan kerosakan, kejahilan dan kebejatan umpama batang tubuh yang tidak bernyawa, akan dihidupkan dengan cahaya keadilan sebagaimana yang dimaksud dalam ayat Qur'an yang suci.

Ada banyak ayat al-Quraan menceritakan umat dahulu kala untuk menjadi teladan kepada kita.

Ada banyak ayat al-Quraan meramalkan kedatangan Al-Mahdi contoh ayat (9:33) di atas.Agama 

Islam belum Pernah jadi majoriti (dimenangkanNya atas segala agama) Al-Mahdi jawapannya.

Setelah lebih 1400 tahun umat islam berpecah belah berbagai sejarah ....... kini Allah beri satu peluang lagi. ZUHUR NYA IMAM MAHDI YANG DINANTI !!!

Perhatikan betul-betul:

Zaman Rasulullah membawa RISALAH TAUHID, zaman Anak Cucu Rasulullah (Imam-imam ahlulbait) membawa WILAYAH (Kekuasaan) yang tetap mengekalkan RISALAH TAUHID dan sekaramg Zaman Imam Mahdi menuju ke Zaman kecemerlangan RISALAH TAUHID!!!

“Aku bersaksi Tiada Tuhan Melainkan ALLAH, dan sesungguhnya Muhammad Rasul Allah, dan sesungguhnya Ali dan Aimmah (Imam-imam ahlulbait) Hujjah Allah dan sesungguhnya Al-Mahdi dan Mahdi-mahdi Hujjah Allah”

اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيراً

Ya Allah Engkau Sanjunglah Muhammad dan Keluarga Muhammad, Imam-imam dan Mahdi-Mahdi dan salam dan kesejahteraan sebanyak-banyaknya.





No comments:

Post a Comment