Pendahuluan
بسم الله الرحمن الرحيم
Segala
puji bagi Allah. Semoga Allah menyanjung Muhammad dan keluarganya al-Ma’shumin.
Semoga Allah menyanjung Kasturi Penutup Cahaya Allah dan BaqiahNya di bumiNya
(Ruhku jadi penebus baginya.)
Firman
Allah SWT:
﴿يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ
وَالْمُنَافِقَاتُ لِلَّذِينَ آمَنُوا انْظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِنْ نُورِكُمْ
قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءَكُمْ فَالْتَمِسُوا نُوراً فَضُرِبَ بَيْنَهُمْ بِسُورٍ
لَهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَابُ *
يُنَادُونَهُمْ أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُمْ قَالُوا بَلَى وَلَكِنَّكُمْ فَتَنْتُمْ
أَنْفُسَكُمْ وَتَرَبَّصْتُمْ وَارْتَبْتُمْ وَغَرَّتْكُمُ الْأَمَانِيُّ حَتَّى
جَاءَ أَمْرُ اللَّهِ وَغَرَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ * فَالْيَوْمَ لا يُؤْخَذُ
مِنْكُمْ فِدْيَةٌ وَلا مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مَأْوَاكُمُ النَّارُ هِيَ
مَوْلاكُمْ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ﴾
Pada
hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada
orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian
dari cahayamu". Dikatakan (kepada mereka): "Kembalilah kamu ke
belakang dan carilah sendiri cahayamu". Lalu diadakan di antara mereka
dinding yang berpintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya
ada siksa.-* mereka memanggil (lagi): "Bukankah kami dahulu bersama-sama
dengan kamu?" Mereka menjawab: "Benar, tetapi kamu mencelakakan
dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu-ragu serta ditipu
oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah; dan kamu telah
ditipu terhadap Allah oleh (mereka) yang amat penipu. * Maka pada hari ini
tidak diterima tebusan dari kamu dan tidak pula dari orang-orang kafir. Tempat
kamu ialah neraka. adalah tempat berlindungmu. seburuk-buruk tempat
kembali". 15] Al-Hadid 57: 13-15.
Dalam
kisah-kisah para nabi dan rasul-rasul yang lalu, dan umat para nabi dan rasul-rasul
yang mengikuti mereka dan kadang-kadang mereka mengikuti musuh musuh para nabi dan
rasul-rasul, memenangkan para nabi dan rasul-rasul pada suatu waktu kemudian
membiarkan mereka jatuh dan banyak kali memenangkan para penzalim
(taghut-taghut. Juga, melihat keadaan kita hari ini melalui kisah-kisah para
nabi yang lalu dan umat mereka akan membantu untuk membaca masa depan yang
menjangkakan kemunculan penutup para Washi, Imam Mahdi (as).dan apa yang dia
akan hadapi, sama ada daripada para pemerintah zalim yang akan memandang rendah
orang Islam dan memerangi beliau seperti Al-Sufyani, atau para ulama jahat yang
tidak beramal seperti yang dingatkan Rasulullah (S).
Lihatlah
umat Islam Hari ini:
1.
Dulu
kita ada Nabi Besar Al-Rasul Muhammad (S)
بَلْدَةٌ
طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ
Negeri yang baik dan adalah
Tuhan (itu) Maha Pengampun".[Saba’ 34:15]
Madinatun Nabi diketuai
oleh Khalifah Allah yang membawa Risalah Allah, Al-Rasul yang menyampaikan
Risalah Tauhid, melaksana SyiarNya dan membina ukhuwah Rabaniyah antara sesama
Islam, yang sentiasa ingin taqarrub pada Allah sehingga menjadi hamba yang
dikasihiNya dan gerunlah musuh Allah dan musuh mereka, sudah tentulah mereka
mendapat pengampunan dariNya Subhanahu Wa Ta’ala.
Setelah lebih 14 abad
hijriyah apa terjadi dengan umat Islam hari ini, dilatih walak (taat) kepada Waliy
Allah, Al-Rasul yang satu-satunya berpegang pada tali Allah yang merentang dari
Kerajaan Lelangit (AL-Malakut Al-Samaawaat) ke bumiNya di alam rendah ini. Adakah
mana-mana pemimpin yang berpegang kepada tali itu pada hari in, atau mana-mana umat yang walak
(taat) kepada Waliy Allah, Khalifah Al-Rasul yang dilantik sebagai Khalifahnya
sekaligus Khalifah Allah yang tentunya mendapat hidayah dan wahyu Allah?
وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا
وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءَ
الزَّكَاةِ ۖ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ
Kami telah menjadikan
mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami
dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan
sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu mengabdi, [Al-Anbiak
21:73]
Aduhai umat ini, setelah
wafat Nabimu Rasul Allah itu, kamu berpecah-belah, kamu buang tali Allah dan
gunakan tali kamu sendiri, kamu pilih sendiri pemimpin kamu ketika tubuh suci
rasulmu bolum disemadi, kemudian kamu kata inilah Khalifah Rasulullah, adakah
dia memegang tali Allah. Pernahkah ada umat-umat sebelum ini memilih sendiri
pemimpinya kemudian dikatakan Khalifah Allah. Kamu pilih dengan dalil ayat
Allah:
وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ
شُورَىٰ بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
Dan (bagi) orang-orang
yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan
mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka
menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. [Syura 42:38]
Adakah urusan pemimpin
umat urusan kamu, kamu kata Al-Rasul tidak berwasiat tentangnya setelah lengkap
dan sempurna Agama ini diterima daripada Allah. Lupakah kamu ada banyak ayat
Allah mengenainya dan terlalu banyak pesan dan wasiat Rasulullah mengenainya:
وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا
صَبَرُوا ۖ وَكَانُوا
بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ
Dan Kami jadikan di
antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah
(urusan) Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat
Kami. [Al-Sajdah 32:24]
إِنَّ
الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ ۚ إِنَّمَا
أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّـهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ
Sesungguhnya orang-orang
yang memecah belah agama-Nya dan mereka menjadi bergolongan, tidak ada
sedikitpun tanggung jawabmu kepada mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah
terserah kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang
telah mereka perbuat. [Al-An3aam 6:159]
Apa akibatnya, kebencian
mereka memuncak kepada kerabat Al-Rasul, Ahli Bait Al-Rasul yang memegang Tali
Allah yang merentang dari Kerajaan Lelangit (AL-Malakut Al-Samaawaat) ke bumiNya
(Mahfum dari hadits baginda) dan (setelah tiada calon mereka) memerangi
Khalifah yang dilantik (dulunya) sebagai Khalifahnya sekaligus Khalifah Allah
sebanyak 2 kali. Sehingga terindaslah pemegang-pemegang Tali Allah. Terlalu
sedikit pengikut mereka berbanding umat majoriti umat. Sehinggalah Allah
Ghaibkan pemegang wasiat ke 12 mereka.
Kini umat Islam
berjumlah 1,571,198,000 (1.6 ribu juta (billion))
orang iaitu 22.9 % dari jumlah seluruh penduduk dunia, dan 48 buah negara lebih
dari 50% majoriti penduduknya beragama Islam. Dari jumlah itu lebih kurang 15%
(240 juta) sahaja yang bersetuju dengan wasiat Rasulullah dan Pemegang wasiatnya. Itu pun kerana terlalu lama menunggun Imam Ghaib Zuhur mereka mula
terikut-ikut majoriti Umat Islam yang lain, membuang hak (Al-Wilayah) pemegang
wasiat nabi dengan bertqalid mengikut marajik mereka.
2.
Kerusakan
Agama tidak perlu dibincangkan lagi, akidah yang di ajar Al-Rasul Muhammad (S)
sudah terlalu banyak alirannya (mazhab) sejak dari dulu dengan Muktazilah,
Dahri dan ... dan .. sehingga yang menjisimkan Allah ada pada hari ini. Usah dicerita
induk-induk mazhab fiqh (Jaafari, Zaidi, Maliki, Hanbali, Syafi’ei dan Hanafi)
terlalui ramai yang masing-masing ada fatwanya sendiri belum lagi Mufti negara
dan negeri dan universiti, kesemuanya jadi marajik dan rujukan umat Islam,
belum pergerakan-pergerakan, harakah-harakah dan kumpulan-kumpulan yang
berbagai nama dan berbagai pengislahan, belum lagi dikira jalan-jalan
kebatinan, irfan, tashauf sebagai wasilah marifah kepada Allah. Hanya hidayah
Allah yang akan membetulkan. Hanya Khalifah yang bepegang pada Tali Allah yang merentang dari Kerajaan
Lelangit (AL-Malakut Al-Samaawaat) ke bumiNya dapat membetulkan dan ia ada di
dalam wasiat Rasulullah. Al-Mahdi. Imam ke 12 dan Mahdi Pertama dari
12 Mahdi-Mahdi.
3.
Inipun
amat susah manusia menerimanya. Itulah sunnatullah. Tetapi latar belakang umat
dan tanda-tanda sudah terlalu banyak mengisyaratkannya. Dunia akan dipenuhi
dengan kerusakan dan kezaliman (penindasan) telah meratah umat manusia. Negara
besar meguasai negara-negara kecil, ejen-ejen kejahatan (dajjal) telah bersiap
sedia menyambut ketuanya (Si-mata satu), Fuqahak membiarkan Amr bi al-Makruf wa
yanhaun ‘an Al-Munkar. Terpulang kepada pencari kebenaran menelitinya,
membina diri dan berpaut kepada Tali Allah itu.
4.
Kini
ada seorang hamba Allah (3abd Allah –Abdullah) mendakwa memegang Tali Allah itu
dan menunjukkan Wasiat Al-Rasul Muhammad setelah
lebih 1000 tahun tiada siapa membacanya, mengatakan dia menyeru apa yang diseru
oleh Nuh (as), Ibrahim (as), Musa (as), Isa (as) dan Muhammad (S) – (Shalawatu Allah
3alaihim Ajmain) Ujilah dia seperti katannya:
Saya tidak
mengatakan ikutilah saya secara membuta tuli, tetapi saya katakan bukalah mata
anda dan bezakan dalil-dalil dan kenali pemilik yang haq (benar) supaya anda
boleh menyelamatkan diri dari api neraka, seruan kebenaran tidak dapat berjalan
seiring dengan panggilan batil seperti berlaku pada Rasulullah (S) apabila
seruan Musailamah Al-Kazhzhab (pendusta) (La3nahu Allah) bersaing dengan
baginda. – Kata Al-Syed Ahmad Al-Hasan Washi dan Utusan Imam Mahdi.
FirmanNya
Yang Maha Tinggi:
وَقَالَ
الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَـٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan". [Al-Furqaan 25:30],
Walhamdu
Lillahi Wahdah
Penyusun
Aba
Al-Husaini
No comments:
Post a Comment