Kuliah 6 – 14 11 2015
Sesungguhnya Dalam Kisah-Kisah Mereka, Ada
Pengajaran
Allah SWT berfirman:
﴿وَلَقَدْ ضَرَبْنَا لِلنَّاسِ فِي هَذَا
الْقُرْآنِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ وَلَئِنْ جِئْتَهُمْ بِآيَةٍ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ
كَفَرُوا إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا مُبْطِلُونَ * كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى
قُلُوبِ الَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ * فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَلا
يَسْتَخِفَّنَّكَ الَّذِينَ لا يُوقِنُونَ﴾
Dan Sesungguhnya
telah Kami buat dalam Al Quran ini segala macam perumpamaan untuk manusia. Dan
Sesungguhnya jika kamu membawa kepada mereka suatu ayat, pastilah orang-orang
yang kafir itu akan berkata: "Kamu tidak lain hanyalah orang-orang yang
membuat kepalsuan belaka". [Surat Ar-Rum (30):58-60.]
Bani Israel 40 kali disebut di dalam Al Quran
Musa 139 kali disebut di dalam Al Quran
1. Bandingan kerasulan Musa dan Harun adalah
seperti terutusnya Muhammad dan Ali (‘alaihim as-salam
2. selepas kematian Musa dan Harun (as), tidak banyak berbeza daripada apa yang umat ini lakukan selepas
kematian Muhammad (sawas), kemudian selepas kematian Ali (as)
3. Sepertimana diutus Isa untuk Bani Israel adalah
begitulah terutusnya Muhammad bin Al-Hasan Al-‘Askari Al-Mahdi (as) bagi umat
ini,
Setiap orang Islam perlu mengkaji Sejarah Bani
Israel dan kehidupan (sirah) mereka bersama Musa dan Harun (‘alaihim as-salam),
dan kemudian dengan Isa (as); kerana kerasulan Musa dan Harun adalah
seperti terutusnya Muhammad dan Ali (‘alaihim as-salam),dan apa yang
berlaku kepada Nabi Musa dan Harun tidak banyak berbeza dengan apa yang berlaku
kepada Muhammad dan Ali (as); Dan apa yang Bani Israel lakukan pada waktu
ketidakhadiran Musa (as), atau selepas kematian Musa dan Harun (as),
tidak banyak berbeza daripada apa yang umat ini lakukan selepas kematian
Muhammad (sawas), kemudian selepas kematian Ali (as), dan kemudian
selepas ketiadaan (keghaiban Aushiak Muhammad (sawas), sepertimana diutus Isa
untuk Bani Israel adalah begitulah terutusnya Muhammad bin Al-Hasan Al-‘Askari
Al-Mahdi (as) bagi umat ini, dan apa yang Al-Mahdi (as) akan deritai (hadapi)
dari umat ini, dari sebahagian ulama jahat (tidak beramal) umat ini tidak
berbeza daripada apa yang dialami Isa (as) dari kaum Yahudi dan ulama tidak
beramal mereka.
﴿فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُون﴾
{Maka
ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.} . [Surah
Al-A'raf (7): 176 ]
Kulian dan soal jawab Fiqh
·
Sholat 51 rakaat
No comments:
Post a Comment