Teguran Suci Kepada TG Dato Dr Haron Din Bhg 5


Mengenai video [Penjelasan TG Dato Dr Haron Din mengenai Amalan Syiah di Malaysia]



Assalamu ‘laikum warahmatu Llahi wa barakatuh.

Alhamdulillah, allazi arsala rasulahu bil huda wa deeni il haq liyudzhirahu ala addini kullih wakafa bi Llahi syahida. Alluhumma shalli ‘ala Muhammad wa aalhi at tahirin wa sallim taslima.

Segala puji bagi Allah, Yang mengutus dengan al hidayah dan agama yang benar untuk menzahirkan (memenangkan) atas segala agama dan cukuplah Allah sebagai saksi. dan Ya Allah muliakanlah (sanjunglah) Muhammad dan keluarganya yang suci dengan keamanan dan pengiktirafan.

Saya telah membuat komen dan teguran Bhg 1,2,3 dan 4.
Berikut adalah komen untuk minit.20.12-23.13).

Isi ucapan TG Dato Dr Haron Din (menurut pendengaran saya):

Kita tengok ulamak-ulamak besar dalam sejarah macam muhaddisun, Bukhari, Muslim, Nasa’i, Abu Dawud, Ibn Majjah, Tirmizi, Al Hakim Mustadraq orang yang amat mahir dalam pengumpulan hadis dan hafal Qur’an daripada kecil. Mana seorang daripada muhaddisun yang jadi syiah. Takkan dia boleh jumpa hadis tu. Memang tidak ada dalam sahih Bukhari.. Muslim hadis yang mereka bawa, apa pun ulamak-ulamak besar dahulu tabiein atau ulamak-ulamak tabiit tabiein....... zaman Syafie, zaman Maliki, zaman Hanafi, Al-Lausu, Al-Laisi.................. itu ulamak-ulamak yang pada sayalah, Allah kurniakan kepada mereka bukan sahaja ingatan yang kuat hafal tidak pernah confused. Quran tidak pernah hilang daripada mereka, hadis Nabi dan perawi dalam kepala dan kefahaman kepada Hadis. Tengok macam Imam Shafie ............. (keutamaan Imam Shafie.................. sehingga akhir video.) (Minit 23.13)
                                      
Disiplin Islam yang kerap tidak diambil kira.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
59. Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.


Saya ingin bawakan kepada tuan-tuan contoh 2 orang ulamak yang berhujjah tentang Sunnah-Syiah dengan perantaraan Surat yang membenarkan masing-masing merujuk Allah dan RasulNya antara Sayyid Abdul-Husayn Sharafuddin Al-Musawi dengan As-Sheikh Salim al-Busyra, Rektor al-Azhar


SURAT 3
(As-Sheikh Salim al-Busyra, Rektor al-Azhar)

1] MENGAPA SHIAH TIDAK BERPEGANG KEPADA MAZHAB MAJORITI [RAMAI]??
2] PERLUNYA PADA PERPADUAN
3] PERPADUAN DICAPAI HANYA DENGAN MENGIKUTI MAZHAB MAJORITI

Thul Qi’da 7, 1329 H..

1] Saya tanyakan kepada kamu sekarang, apakah sebabnya kamu [shiah] tidak mengikuti mazhab majoriti kaum Muslim, maksud saya golongan al-Ash’ari, di dalam menentukan prinsip-prinsip keagamaan dan mazhab yang empat di dalam cabang-cabangnya. Ummah Muslim semua bersetuju untuk patuh kepadanya di setiap masa dan ketika, manusia sebulat suara menyatakan betapa adilnya pengasas-pengasas tersebut dan juga ijtihad mereka, beramanah, wara’, zuhud, benar, bermoral yang baik, dan berkedudukan tinggi di dalam pengetahuan dan juga amalan.

2] Betapa besarnya keperluan kita hari ini kepada perpaduan dan persamaan! Ini boleh dicapai melalui kamu, dengan mengikuti golongan-golongan ini sebagaimana yang dipersetujui oleh Muslim secara umum, terutama apabila musuh agama kita telah membuat keputusan untuk menghancurkan kita dengan segala daya yang mungkin. Mereka telah memusatkan fikiran dan hati mereka terhadap matlamat tersebut, sedangkan Muslim masih lagi lena, seolah-olah Muslim masih terus dibuai mimpi, membantu musuh supaya dapat menghancurkan diri mereka sendiri, dengan membiarkan diri dipecah belahkan kedalam kumpulan-kumpulan serta mengoncangkan perpaduan kepada berpuak-puak di dalam kefanatikan, meninggalkan diri mereka terbahagi, berpecah, yang membawa setiap orang kepada kesesatan, tidak berkommunikasi sesama sendiri; makanya, kita semua menjadi mangsa serigala, sedang anjing terus memamah daging kita.

3] Adakah kamu melihat yang lain dari apa yang kami telah katakan di sini, semoga Allah membimbing langkah kamu pada menyatukan barisan kita? Katakanlah kepada saya, kerana kamu akan di dengari apabila berkata-kata dan dipatuhi apabila memerintah, dan keamanan kepada kamu.

Yang ikhlas,
As-Sheikh Salim al-Busyra                  




SURAT 4
(Sayyid Abdul-Husayn Sharafuddin Al-Musawi)

1]  PERUNDANGAN AGAMA MEMBUKTIKAN WAJIB MENGIKUTI GOLONGAN AHLUL BAYT.
2] TIDAK TERDAPAT BUKTI YANG MEWAJIBKAN MENGIKUTI GOLONGAN MAJORITI
3] GENERASI DARI TIGA ABAD PERTAMA TIDAK PERNAH MENGETAHUI GOLONGAN INI
4] KEMUNGKINAN PADA IJTIHAD
5] PERPADUAN BOLEH DICAPAI DENGAN MENGHORMATI GOLONGAN AHLUL BAYT

Thul Qi’da 8, 1329 H.

1] Kami mengikuti, di dalam prinsip keagamaan, pada golongan yang lain dari al-Ash’ari, dan ikutan kami di dalam cabang-cabang Islam, pada yang lain dari mazhab yang empat tersebut, bukanlah disebabkan oleh perkauman mahu pun kefanatikan, dan tidak juga disebabkan dari keraguan terhadap ijtihad oleh para-para Imam mazhab tersebut, atau terhadap kepintaran mereka, kejujuran, berkepercayaan atau tingginya pengetahuan dan juga amalan mereka.
Bahkan dari pembuktian agama telah mewajibkan keatas kita pada mengikuti golongan para Imam dari Ahli keluarga Nabi; tempat turunnya pengkhabaran, tempat dimana para Malaikat berkunjung, tempat sampainya wahyu dan ilham. Maka kami senantiasa merujuk kepada mereka di dalam semua perkara untuk memahami cabang-cabang agama dan juga doktorinnya, di dalam segala asas dan dasar fiqh, di dalam pengetahuan etnik, tata susila, dan juga kesopanan. Kami telah melakukan semua ini dengan menuruti penilaian maklumat dan bukti, yang menyuruh mengikuti Sunnah ketua para Nabi dan Rasul [saw].

Jika bukti-bukti itu membolehkan kami berbeza dengan Para Imam keturunan Muhammad [saw], atau jika kita boleh mencapai kedekatan dengan Allah awj (azza wa jal) dengan mengikuti golongan yang lain, maka kami telah mengikuti jejak langkah manusia umum; demi memperkukuhkan persahabatan dan memperkuatkan ikatan persaudaraan. Tetapi sebaliknya bukti yang nyata melarang mukmin dari condong pada mengikuti pilihan mereka sendiri
           
2] Bahkan pihak majoriti tidak dapat membuktikan bahawa golongan mereka lebih utama dari yang lainnya, jauh sekali dari menjadikan ianya wajib untuk diikuti. Kami telah melihat kedalam isi kandungan kitab-kitab Islam secara teliti dengan mata yang tajam menghalusi, tetapi kami tidak menemui sebarang pembuktian terhadap hujah kamu melainkan dari apa yang kamu telah sebutkan terhadap ijtihad, berkepercayaan, adil dan tingginya kedudukan mereka.

Walau bagaimanapun kamu tentu sedia maklum bahawa berijtihad, berkepercayaan, adil dan tingginya kedudukan bukanlah hak monopoli untuk mereka-mereka sahaja; dari itu, jika kedudukan perkara itu adalah yang sedemikian rupa, bolehkah mazhab mereka menjadi wajib, hanya dengan kamu yang mengatakannya?

Saya tidak fikir ada sesiapa yang berani mengatakan bahawa pengetahuan dan amalan mereka melebihi dari para-para Imam kami, iaitu keturunan yang disucikan, bahtera penyelamat ummah, pintu pengampunan, keselamatan dari kesesatan di dalam beragama, lambang bagi petunjuk, itulah dia keturunan Rasulullah dan peninggalan Baginda [saw] untuk ummahnya. Baginda [saw] berkata: ‘Janganlah mendahului mereka pasti kamu akan binasa dan janganlah kamu ketinggalan kerana pasti kamu akan binasa. Janganlah mengajari mereka, kerana mereka lebih mengetahui dari kamu.’ Tetapi inilah hasilnya dari akibat kekuasaan politik pada permulaan Islam

Saya sungguh hairan dengan tuntutan kamu yang mengatakan bahawa generasi terdahulu mengikuti mazhab tersebut, setelah mendapatinya yang paling adil dan mazhab yang terbaik, dan manusia bersetuju untuk mengikutinya pada setiap masa dan ketika. Kamu katakan begitu seolah-olah kamu tidak mengetahui bahawa mereka yang terdahulu, generasi awal yang terbaik adalah pengikut keturunan Muhammad, dan secara lisan boleh dikatakan separuh dari jumlah penduduk Islam, dan mereka adalah pengikut para Imam dari keturunan Muhammad [saw]. Mereka tidak mengadakan untuknya sebarang pengganti, dan begitulah semenjak dari hidupnya Ali dan Fatimah [as], sedangkan al-Ash’ari dan para Imam dari keempat mazhab dan bahkan bapa-bapa mereka belumpun wujud lagi, sebagaimana yang kamu telah sedia mengetahui.

3] Generasi dari tiga abad pertama tidak pernah mengikuti golongan tersebut sama sekali. Dimanakah mazhab-mazhab tersebut semasa tiga generasi itu, iaitu generasi yang terbaik pernah wujud?

1.      Al-Ash’ari dilahirkan pada 270 H dan mati dalam tahun 320 H.
2.      Ibn Hanbal dilahirkan pada 164 H dan mati pada 241 H.
3.      Al-Shafi’I dilahirkan pada 150 H dan mati pada 204 H.
4.      Malik dilahirkan pada 95 H [1] dan mati pada 179 H.
5.      Abu Hanifah dilahirkan pada 80 H dan mati pada 150 H.

Shii mengikuti golongan para Imam dari Ahlul Bayt Nabi, dan ahli rumah lebih mengetahui apa yang ada di dalam rumah mereka. Yang bukan shii [diketika itu] mengikuti para sahabat dan tabi’in yang terpelajar, dari itu apa yang membuatkan ‘WAJIB’ diatas semua Muslim, setelah tiga abad berlalu, untuk mengikuti mazhab-mazhab ini, selain daripada mengikuti salah satu dari yang diikuti oleh mereka yang terdahulu?

Apakah yang membuat manusia mengalihkan tumpuannya dari ahli-ahli yang tiada taranya pada kitab Allah dan dari para sahabatnya, keturunan Rasul Allah dan orang kepercayaannya, bahtera keselamatan ummah, pemimpin, penyelamat dan pintu keampunan?

4] Apakah yang menyebabkan pintu ijtihad ditutup dimuka kaum Muslim, setelah ianya terbuka luas semasa dipermulaan tiga abad; selain dari untuk beralih kepada keengganan, bersenang-senang, bermalas-malas, begitu juga pada penerimaan terhadap rampasan hak dan merasa puas dengan kejahilan?

Siapa yang boleh membuatkan dirinya, secara sedar atau tidak sedar, mengatakan bahawa Allah awj, tidak pernah mengirimkan Nabi atau RasulNya yang terbaik, dengan agama dan kod etika yang terbaik, dan tidak juga Dia mewahyukan kepadanya Kitab dan Peringatan yang terbaik, perundangan dan doktorin, dan tidak juga Dia melengkapkan agama ini untuknya dan menyempurnakan Rahmat keatasnya, dan tidak juga Dia mengajarkannya dengan pengetahuan yang dahulu dan sekarang, melainkan untuk satu tujuan iaitu semua perkara ini akan berkesudahan pada para Imam dari mazhab-mazhab tersebut supaya dapat dimonopoli untuk diri mereka sendiri? Kemudian mereka akan melarang orang lain semuanya dari mendapatkan dari punca yang lain, seolah-olah agama Islam, di dalam kitab dan sunnahnya, dan di dalam semua tanda-tanda dan pembuktian, adalah harta milik mereka sendiri, dan bahawa mereka melarang penggunaannya dalam apa bentuk juga pun yang bertentangan dengan pendirian mereka …. Adakah mereka itu pewaris Nabi atau adakah Allah telah menamatkan melalui mereka para pengganti dan para-para Imam; atau telah mengajarkan kepada mereka pengetahuan yang dahulu dan sekarang, dan bahawa Dia telah menganugerahkan ke atas diri mereka dengan apa yang tidak pernah dianugerahkan keatas diri makhluk lainnya?

Tidak!!! Mereka samalah seperti ramai yang lain, tunggak dan penjaga ilmu pengetahuan, pemelihara dan penyeru. Mereka yang menyeru kepada pengetahuan adalah jauh dari menutup pintu untuk yang lain atau melarang yang lain dari mencapainya. Mereka tidak pernah mengekang fikiran, tidak juga menghadkan pandangan umum supaya tertumpu kepada diri mereka sahaja, tidak juga mereka dapat menutup hati manusia atau menjadikan yang lain pekak, buta, dunggu, terikat atau dibelenggu. Ini tidak boleh dikatakan perbuatan mereka melainkan ianya adalah suatu tuduhan yang palsu, dan kenyataan dari mereka telah menjadi saksi bagi kami.

5] Marilah kita sekarang menumpukan pada perkara yang mana kamu telah menarik perhatian kami: Perpaduan Muslim. Apa yang saya lihat adalah, perkara ini tidak bergantung pada Shiah meninggalkan mazhab mereka, tidak juga sunni meninggalkan mazhab mereka. Meminta Shiah untuk melakukan itu tanpa meminta mazhab Sunni yang lain melakukan yang sama adalah sama seperti membuat pilihan yang berat sebelah, atau bahkan memilih pada yang kurang utama. Ianya umpama meminta sesuatu yang diluar kemampuan sesaorang [mustahil bagi shiah] sebagaimana yang telah diketahui dari pembukaan kata-kata kami terdahulu.

Ya, perpaduan dan persamaan boleh dicapai, jika kamu boleh membebaskan mazhab Ahlul Bayt dan melihat padanya sebagaimana kamu melihat kepada mana-mana mazhab yang lain dari kamu, supaya yang Shafi’I, Hanafi, Maliki dan Hanbali boleh menganggap pengikut Ahlul Bayt sama seperti golongan mereka sendiri. Maka barulah perpaduan Muslim akan tercapai, dan mereka dapat bersatu dalam satu lipatan. Perbezaan diantara mazhab-mazhab sunni tidaklah kurangnya dari perbezaan yang terdapat diantara Sunni dan Shiah di dalam aliran pemikiran sebagaimana ribuan buku pada dasar dan cabang agama dari kedua kumpulan telah dedahkan, dari itu, mengapa sebilangan di antara kamu mengutuk Shiah kerana berbeza dari Sunni?

Mengapa mereka tidak, pada pokok perkara yang sama, mengutuk sunni kerana berbeza dari shiah, atau kerana berbeza sesama sunni.

·        Kalau mazhab boleh ada empat, mengapa tidak lima?
·        Bagaimana boleh terjadi, tidak ada masalah pada empat mazhab, tetapi tidak pada lima?
·        Bagaimana boleh terjadi apabila empat mazhab dikatakan sebagai ‘menyatukan’ Muslim, dan apabila ditambah kepada lima, perpaduan itu hancur dan Muslim berpecah belah sesama sendiri?

Saya harap apabila kamu mempelawa kami kepada ‘satu penyatuan’, kamu hendaklah juga mempelawa pengikut empat mazhab yang lain kepada tujuan yang sama. Yang terkemudian itu [empat mazhab] akan menjadikan lebih mudah untuk kamu dan juga pada mereka. Tetapi mengapa kamu memilih kami sahaja secara khusus pada ajakan ini? Adakah kamu dapati pengikut Ahlul Bayt yang memecahkan perpaduan sedangkan pengikut yang lain menyatu-padukan hati dan keazaman, walaupun terdapat mazhab dan aliran pemikiran mereka berbeza, cita rasa dan kecenderungan mereka amat banyak berlainan? Kami fikir bahawa kamu terlebih baik dari ini, kerana kami tahu akan kecintaan kamu terhadap saudara-saudara kamu, dan keamanan bersama kamu.

Yang ikhlas,
Sayyid Abdul-Husayn Sharafuddin Al-Musawi




SURAT 7
(As-Sheikh Salim al-Busyra, Rektor al-Azhar)

1] MEMINTA BUKTI DARI KENYATAAN ALLAH DAN RASULNYA
2] PEMBUKTIAN DARI AHLUL BAYT TIDAK BOLEH DITERIMA
Thul-Qi`da 13, 1329 H.

1] Bawakan bukti dari kenyataan Allah dan Rasulnya yang menjadi saksi pada wajibnya mengikuti para Imam diantara Ahlul Bayt secara mutlak, dan tinggalkan kata-kata sesiapa sahaja dalam konteks ini melainkan kenyataan dari Allah dan Rasulnya.

2] Kenyataan para Imam kamu tidak boleh diberikan sebagai hujah terhadap para penentang mereka, kerana hujah yang sedemikian akan menghasilkan putaran hujah logikal sebaliknya, [hujah dari penentang] sebagaimana kamu sedia tahu, dan keamanan keatas kamu.

Yang ikhlas,
As-Sheikh Salim al-Busyra, Rektor al-Azhar


SURAT 6 (Sayyid Abdul-Husayn Sharafuddin Al-Musawi)
                                                                                           
1] TIADA TUMPUAN DIBERIKAN TERHADAP KENYATAAN KAMI TERDAHULU
2] KESILAPAN PADA PERLUNYA PUTARAN HUJAH LOGIKAL
3] HADITH DUA PERKARA BERAT
4] KESINAMBUNGANNYA [TAWATUR] [URUTAN PENYAMPAI HADIS TERSEBUT]
5] TIDAK BERPEGANG KEPADA ‘ITRA AKAN SESAT
6] PERSAMAAN MEREKA KEPADA BAHTERA NUH, PINTU KEAMPUNAN, DAN TERSELAMAT DARI PERSELISIHAN AGAMA
7] APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN AHLUL BAYT DALAM KONTEKS INI
8] HUJAH PADA PERSAMAAN BAHTERA NUH DAN PINTU KEAMPUNAN

Thul-Qi`da 15, 1329 H.

1] Kami tidak mengabaikan pada menyatakan pembuktian kami dari hadith Rasul [saw]. Yang sebenar, kami telah merujuk kepadanya di permulaan surat kami, yang dengan jelas menyatakan bahawa mengikuti para Imam dari Ahlul Bayt adalah wajib mutlak. Kami katakan begitu, apabila kami menyatakan bahawa dia [saw] telah membandingkan mereka [as] dengan Kitab Suci, menjadikan mereka sebagai model untuk orang yang diberikan fikiran, menyamakan mereka dengan bahtera keselamatan, penyelamat ummah, pintu keampunan – kesemuanya adalah rujukan yang disebutkan dari buku-buku sahih yang teksnya jelas dan diketahui umum. Kami juga telah mengatakan bahawa kamu akan berpuas hati hanya dengan pembayang, tidak secara khusus, tanpa memerlukan kepada penerangan yang selanjutnya.

2] Maka kenyataan dari Imam kami, sebagaimana kami telah terangkan, adalah sesuai untuk digunakan sebagai hujah terhadap penentang mereka, dan digunakan dengan cara yang tidak boleh dianggap sebagai membalas hujah dengan cara yang keji, sebagaimana kamu telah sedia tahu.

3] Ambillah sebagai contoh, kenyataan Rasul [saw] yang mana kami telah rujuk, yang dengannya baginda telah menyentuh kedalam hati mereka yang jahil dengan perasaan takjub, dan menjadi seruan kepada mereka yang lalai, sebagaimana disebutkan oleh al-Timizi dan al-Nisa’I dari Jabir, dan mereka seterusnya telah disebutkan oleh al-Muttaqi al-Hindi dipermulaan bab, mengenai orang yang berpegang kepada Kitab dan Sunnah di dalam bukunya Kanzul-Ummal, jilid 1, ms 44, sebagai berkata:

‘Wahai manusia! Saya meninggalkan bersama kamu Kitab Allah dan Ahlul Bayt ku [‘itra]. Selagi kamu berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat.’

Dia [saw] juga telah berkata:
‘Saya telah meninggalkan bersama kamu, yang selagi kamu berpegang kepadanya, kamu tidak akan sesat selepas saya: Kitab Allah, tali yang merentang dari langit sampai ke bumi, dan ‘itra saya, Ahlul Bayt saya. Keduanya tidak akan berpisah sehinggalah mereka sampai kepada saya di Tasik, dari itu, lihatlah bagaimana kamu menggantikan saya di dalam memperlakukan terhadap mereka.’ [1]
[1] Al-Timizi menyebutnya dari  Zayd ibn Arqam. Ini adalah hadith 874 dari ahadith yang disebutkan di dalam ms 44, Vol. 1, dari Kanz al-`Ummal.


Dia [saw] juga telah berkata:
‘Saya meninggalkan diantara kamu dua pengganti: Kitab Allah, tali yang merentang dari langit sampai kebumi – atau diantara langit dan bumi - dan Ahlul Bayt saya [‘itra], mereka tidak akan berpisah diantaranya sehingga mereka sampai kepada saya di Tasik.’ [2]
[2] Imam Ahmad memasukkannya diantara ahadith yang disampaikan oleh Zayd ibn Thabit dari 2 punca, satu darinya disebutkan pada permulaan ms 182, dan yang satu lagi pada penutup ms 189, Vol. 5, dan juga oleh  Ibn Abu Shaybah, Abu Ya`li, dan Ibn Sa`d, dari Abu Sa`id. Ianya hadith 945 pada ms 47, Vol. 1, dari Kanz al-`Ummal.

‘Saya meninggalkan diantara kamu ‘Dua Perkara Berat’: Kitab Allah dan Ahlul Bayt saya, mereka tidak akan berpisah diantaranya sehingga mereka sampai kepada saya di Tasik.’ [3]
[3] Ianya dimuatkan oleh al-Hakim pada ms 148, Vol. 3, dari Al-Mustadrak. Komen pengarangnya adalah: "Ini adalah satu hadith yang mana penyampainya adalah dipercayai menurut kedua Shaykh, walaupun yang kemudian [para shaykh tersebut] tidak menyampaikannya." Al-Thahbi memuatkannya di dalam jilid yang ringkas dari Al-Mustadrak, mengesahkan kesahihannya, kerana telah disahkan oleh kedua Shaykhs.

Dia [saw] telah berkata: ‘Saya fikir, saya akan dipanggil dan akan menyahut panggilan itu, dan saya akan meninggalkan diantara kamu Dua Perkara Berat, Kitab Allah dan keturunan saya, Ahlul Bayt saya. Yang Maha Suci dan Maha Agung telah mengatakan kepada saya bahawa mereka tidak akan berpisah diantaranya sehingga mereka sampai kepada saya di Tasik; maka lihatlah bagaimana kamu menggantikan saya di dalam memperlakukan terhadap mereka.’ [4]
[4] Telah dimuatkan oleh Imam Ahmad di dalam hadith yang disampaikan oleh Abu Sa`id al-Khudri dari 2 punca, satu darinya disebutkan pada ms 17, dan yang lain pada penghujung ms 26, Vol. 3, dari Al-Musnad. Ianya juga disebutkan oleh Ibn Abu Shaybah, Abu Ya`li, dan Ibn Sa`d dari Abu Sa`id. Ianya adalah hadith 945 sebagaimana dinyatakan di dalam ms 47, Vol. 1, dari Kanz al-`Ummal.

Setelah pulang dari Haji Selamt Tinggal [Wida’], dia [saw], berkhemah di Ghadir Khumm dan meminta supaya kawasan dibawah beberapa pohon yang rendang dibersihkan, kemudian baginda berkata di dalam syarahannya:

‘Ianya kelihatan seolah-olah saya akan dipanggil dan akan menyahut panggilan itu, dan saya akan meninggalkan bersama kamu Dua Perkara Berat, satu darinya lebih berat dari yang lain: Kitab Allah, dan Ahlul Bayt saya; maka lihatlah bagaimana kamu menggantkan saya pada memperlakukan terhadap mereka, kerana mereka tidak akan berpisah diantaranya sehingga mereka sampai kepada saya di Tasik.’
Kemudian dia [saw] menambah:
‘Allah awj adalah Pemimpin saya, dan saya adalah pemimpin terhadap setiap mukmin.’ Setelah mengatakan itu, dia mengambil tangan Ali dan berkata: ‘Kepada sesiapa yang saya adalah pemimpinnya, ini Ali adalah pemimpinnya. Wahai Allah! berbaiklah kepada sesiapa yang berbaik dengan Ali, dan jadilah musuh kepada sesiapa yang menentang dia, dst.’ [5]
[5] Ianya disebutkan secara berturutan oleh al-Hakim dari Zayd ibn Arqam pada ms 109, Vol. 3, dari buku Al-Mustadrak. Pengarangnya menambah: "Hadith ini sahih menurut dari kedua Shaykhs yang tidak menyampaikannya sama sekali." Dia menyebutkannya dari punca yang lain dari Zayd ibn Arqam pada ms 533, Vol. 3, dari bukunya Al-Mustadrak, dengan menambah: "Hadith ini disampaikan oleh penyampai yang berkepercayaan, malahan mereka berdua (kedua Shaykhs) tidak menerbitkannya sendiri." Al-Thahbi telah memuatkannya di dalam bukunya Talkhis, mengesahkan ianya sahih.


Abdullah ibn Hantab telah berkata: ‘Rasul Allah [saw] menyampaikan syarahannya kepada kami di al-Juhfa dimana dia bertanya kepada kami: ‘Tidakkah saya mempunyai kuasa [hak] yang lebih diatas diri kamu dari diri kamu sendiri?’ Yang hadir disana menjawab: ‘Ya sebenarnya, Wahai Rasul Allah!’ Kemudian dia berkata: ‘Maka saya akan mempersoalkan kamu mengenai yang dua ini: al-Quran dan ‘itra saya.’ [6]
[6] Al-Tabrani telah memasukkannya, seperti yang dirujuk di dalam buku Nabhani', Al-Arba`in, dan di dalam buku Sayyti,  Ihya'ul Mayyit. Kamu tahu yang sebanarnya khutba dia [saw], tidak terhad kepada sebanyak ini, kerana tiada siapa yang menyampaikan sebanyak ini boleh mengatakan bahawa dia mendengarnya sendiri. Tetapi politik telah mengikat kebanyakkan lidah ahli hadith [hadith] dan merantai pena kebanyakkan penulis. Walaupun dengan semua ini, setitik yang sedemikian dari lautan telah mencukupi; segala puji bagi Allah.

4] Buku-buku sahih yang mengatakan wajib pada mengikuti Dua Perkara Berat adalah berturutan melalui lebih dari 20 sahabah, yang mana kesemuanya sepakat dalam perkara ini. Rasul Allah [saw] telah menekankan perkara ini di beberapa kejadian: pada hari Ghadir Khumm, pada hari Arafat diwaktu Haji Wida’, selepas meninggalkan Taif, dari atas mimbarnya di Madina, dan di dalam biliknya yang suci ketika dia sakit, apabila biliknya dipenuhi oleh para sahabah. Dia berkata di dalam insiden yang terakhir: ‘Wahai ummah! Saya rasa saya akan mati tidak lama lagi, dan terhadap tugas saya, saya telah memberitahu kepada kamu dahulu, dan untuk tidak meninggalkan sebarang alasan bagi kamu, maka: Saya akan meninggalkan bersama kamu Kitab Allah awj dan ‘itra saya, Ahlul Bayt saya.’ Setelah selesai, dia mengambil tangan Ali dan mengangkatnya sambil berkata: ‘Ini Ali adalah bersama al-Quran, dan al-Quran bersama dengan Ali: mereka tidak akan berpisah diantaranya sehingga mereka sampai kepada saya di Tasik.’ [7]
[7] Merujuk kepadanya pada penutup seksen 2, Bab 9, dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa oleh Ibn Hajar, selepas 40 ahadith yang dirujuk pada seksen itu di muka surat 57.

Kumpulan majoriti yang terpelajar telah mengesahkan yang diatas. Bahkan Ibn Hajar, pada menyebutkan hadith Dua Perkara Berat, telah berkata, ‘Maka ketahuilah, bahawa hadith yang menyuruh berpegang kepada keduanya datang melalui banyak cara dan telah disebutkan oleh lebih dari 20 sahabah.’ Dia berkata lagi, ‘Disini keraguan timbul mengenai bilakah dia mengatakannya. Sebahagian ahli hadith mengatakan dia berkata di Arafat semasa Haji perpisahan dan yang lain mengatakan dia berkata di Madina ketika dia sedang sakit, dan biliknya dipenuhi oleh para sahabah. Sekumpulan yang lain mengatakan bahawa dia membuat kenyataan itu di kawasan Ghadir Khumm, dan terdapat yang lain lagi yang mengatakan bahawa dia berkata secara berdakwah setelah meninggalkan Taif seperti mana yang disebutkan diatas.’ Ibn Hajar berkata selanjutnya, ‘Tidak terdapat sebarang pertentangan disini, kerana tidak ada sebarang bantahan terhadap dia mengulanginya pada tempat-tempat tersebut dan yang lainnya, itu hanya sekadar untuk menunjukkan betapa besarnya perhatian yang baginda berikan terhadap al-Quran dan ‘itranya yang suci,’ sehinggalah kepenghujung kenyataannya. [8]
[8] Merujuk kepadanya di dalam penghuraian bab keempat: "Dan tahan mereka, kerana mereka akan ditanya [37:24)," yang disebutkan di dalam seksen satu, Bab 11, dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa, pada penghujung ms 89.

Mencukupi bagi para Imam dari ‘itra yang disucikan, kepada fakta yang menunjukkan bahawa kedudukan mereka adalah sama seperti Kitab Allah yang mana kepalsuan tidak dapat sampai kepada mereka dari hadapan mahupun dari belakang. Ini semestinya testimoni [keterangan] yang lengkap, yang boleh menarik manusia dengan tengkoknya dan mewjibkan mereka untuk mematuhi golongan ini. Muslim sebenar tidak akan menerima sebarang gantian [subtitiut] terhadap Kitab Allah; dari itu bagaimana manusia boleh menyimpang dari jalan mereka [as] yang hanya setara dengan al-kitab?

5] Inti pati dari kata-katanya [saw]: ‘Saya meninggalkan keatas kamu yang mana, selagi kamu berpegang teguh kepadanya, ianya tidak akan membiarkan kamu sesat: Kitab Allah dan ‘itra saya; sesungguhnya sesiapa yang tidak berpegang teguh kepada keduanya serentak maka akhirnya akan tersesat juga. Ini telah disokong oleh kata-katanya [saw] di dalam hadith ‘Dua Perkara Berat’, sebagaimana Tabrani menyebutkannya,
‘Janganlah mendahului mereka, kelak kamu akan binasa dan jangan ajari mereka, kerana mereka lebih mengetahui [berilmu] dari kamu.’

Ibn Hajar telah berkata: ‘Di dalam kenyataannya [saw],
Janganlah mendahului mereka, kelak kamu akan binasa, dan jangan ajari mereka kerana mereka lebih mengetahui dari kamu,’
terdapat bukti bahawa sesiapa diantara mereka yang telah ditinggikan kedudukannya dengan keistimewaan pengetahuan agamanya, maka dia mestilah diutamakan dari semua yang lain,’ sehingga kepenghujung kenyataannya. [9]
[9] Merujuk kepadanya di dalam bab yang memperkatakan wasiat Nabi pada ms 135 dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa, kemudian tanyakan kepada dia mengapa dia mengutamakan mengikuti al-Ash`ari di dalam asas agama, dan kepada empat mazhab di dalam cabang-cabangnya, dan bagaimana dia boleh menganggap manusia lain lebih utama dari Ahlul Bayt di dalam penyampaian hadith, manusia seperti `Umran ibn Hattan dan yang sama dengannya diantara yang Kharijites, mengutamakan yang lain dari mereka Ahlul Bayt di dalam penghuraian Kitab, seperti Muqatil ibn Sulayman, seorang Murji'ite yang mempercayai bahawa Allah mempunyai bentuk fizikal, dan mengutamakan orang-orang ini di dalam sains etika, akhlak, kesopanan dan fisikologi Ma’ruf dan yang sama dengannya, dan bagaimana dia mengenepikan adik Rasul Allah dan juga walinya, yang telah melaksanakan segala wasiatnya, untuk kedudukan khalifa secara umum dan juga perwakilan bagi Rasul [saw]. Kemudian tanyakan kepadanya bagaimana dia memilih keturunan Rasul Allah [saw], keturunan penakut. Apakah yang akan dilakukan oleh manusia yang berpaling dari keturunan suci Muhammad [saw]; yang berkedudukan mulia dan patuh kepada agama; dan mengikuti jejak langkah orang  yang menentang mereka terhadap hadith sahih: Dua Perkara Berat dan yang sama sepertinya? Dan bagaimana dia boleh mengatakan dia berpegang teguh kepada ‘itra dan menaikki Bahtera dan juga memasukki Pintu Keampunan?

6] Apa yang membuatnya wajib mengikuti dan merujuk kepada Ahlul Bayt adalah hadith Rasul Allah [saw]: ‘Persamaan Ahlul Bayt saya yang berada diantara kamu adalah seumpama Bahtera Nuh: Sesiapa yang menaikkinya akan terselamat, dan sesiapa yang tertinggal akan karam,’ [10]
[10] Al-Hakim menyebutnya dari Abu Tharr pada ms 151, Vol. 3, dari bukunya Sahih Al-Mustadrak.

dan kenyataannya [saw]: ‘Dan persamaan Ahlul Bayt saya yang berada di antara kamu adalah umpama ‘Pintu Keampunan Bani Israel: Sesiapa yang memasukkinya akan diampunkan.’ [11]
[11] Al-Tabrani menyebutnya di dalam buku Al-Awsat dari Abu Sa`id. Ianya adalah 18 dari yang 25 Al-Arba`in (40) ahadith dari Nabhani, Al-Arba`in Al-Arba`in (1600 ahadith), ms. 216.

Juga pertimbangkanlah kenyataannya [saw], ‘Bintang-bintang dilangit menyelamatkan penghuni bumi dari karam, dan Ahlul Bayt saya menyelamatkan ummah ini dari persengketaan [di dalam perkara agama]. Jika satu kaum dari suku Arab berbeza [mengenai perundangan Allah awj] dari mereka [Ahlul Bayt], maka kesemuanya kemudian akan berbeza dan menjadi parti syaitan.’ [12]
[12] Ini disebutkan oleh al-Hakim pada ms 149, Vol. 3, dari Al-Mustadrak dari  Ibn `Abbas. Al-Hakim menambah: "Ini adalah hadith yang sahih, walaupun (kedua Shaykhs, i.e. Bukhari and Muslim) tidak menulis di dalam buku mereka.

Kenyataan ini benar-benar telah mencukupi untuk mewajibkan ummah pada mengikuti mereka dan untuk memeliharanya dari berbeza dengan mereka. Saya tidak fikir bahawa terdapat mana-mana bahasa manusia yang lebih jelas dari hadith ini pada menyokong hujah saya.

7] Apa yang dimaksudkan oleh perkataannya [saw], ‘Ahl al-Bayt’ [i.e. ahli rumah] di sini adalah kesempurnaan, kesaksamaan mereka, sebagai para Imam, ini bukan sekadar kesempurnaan pada diri sahaja, kerana status ini tidak mempunyai erti jika hanya setakat testimoni [keterangan] untuk pembuktian Allah – terutama terhadap mereka yang berdiri menegakkan perundanganNya – sebagaimana hujah dan pengetahuan akan memerintahkan.

Sekumpulan majoriti yang terpelajar telah sama mengakuinya, seperti Ibn Hajar di dalam bukunya Al-Sawa`iq al-Muhriqa. Sebahagian dari mereka telah berkata bahawa apa yang mungkin dimaksudkan dengan `Ahl al-Bayt' adalah penyelamat, dari kumpulan mereka yang terpelajar, kerana mereka adalah seumpama bintang petunjuk; apabila tersesat, penghuni bumi akan dapat keselamatan dari apa yang mereka telah diperingatkan dari bencana. Ibn Hajar berkata: ‘Itu akan terjadi semasa al-Mehdi [as] akan muncul, dan hadith menunjukkan bahawa Isa akan sholat di belakangnya, dan anti-Isa akan dibunuh pada masa itu; selepas itu, kejadian yang luar biasa akan berlaku satu demi satu,’ sehinggalah kepenghujung kenyataannya yang disebutkan di dalam penghuraian pada ayat 7, di dalam bab 11, ms 91, dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa. Ditempat yang lain dia menunjukkan bahawa Rasul Allah [saw] telah ditanya: ‘Bagaimana manusia hidup selepas mereka?’ dan dia menjawab: ‘Mereka akan hidup seperti keldai yang tulang belakangnya patah.’ [13]
13] Rujuk kepada penutup bab ramalan Rasul [saw] akan waktu-waktu yang sukar sebelum wafatnya, pada penghujung ms 143 dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa. Kami tanyakan Ibn Hajar: "Jika inilah status yang dinikmati oleh ulama Ahlul Bayt [as], maka mengapa kamu berpaling dari mereka?’

8] Kamu tahu bahawa menyamakan mereka dengan Bahtera Nuh menunjukkan bahawa sesiapa mengikuti mereka di dalam perkara berkaitan dengan agama, mendapatkan cabang-cabang dan asas agama dari para Imam [as] yang mulia, sudah pastinya akan terselamat dari api neraka, dan sesiapa yang tertinggal dibelakang adalah umpama mereka yang mencari perlindungan semasa banjir besar dengan gunung-gunung supaya ianya dapat menyelamatkan mereka dari ketentuan Allah, tetapi dia akhirnya akan tenggelam di dalam air bah selepas itu dia menjadi orang yang pertama dicampakkan kedalam api, semoga Allah menyelamatkan kita darinya.
Sebab mengapa mereka [as] telah dibandingkan kepada Pintu Keampunan adalah bahawa Allah telah menjadikan Pintu itu simbol [lambang] kehinaan dihadapan kebesaranNya dan penyerahan diri kepada PengadilanNya, dari itu ianya menjadi sebab kepada pengampunan. Inilah hujah pada persamaannya. Ibn Hajar, di dalam penghuraian pada bab 7 al-Quran, di dalam bab 11, ms 91, dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa, telah menerimanya dengan berkata, selepas menyebutkan yang ini dan hadith sama yang lain, ‘Sebab bagi persamaan mereka kepada Bahtera adalah bahawa sesiapa yang mencintai dan menghormati mereka seumpama bermaksud mengucapkan terima kasih kepada Dia yang memberikan mereka penghormatan, mengikuti petunjuk dari golongan mereka [as] yang terpelajar, akan terselamat dari kegelapan persengketaan, dan sesiapa yang tertinggal dibelakang akan lemas di dalam lautan yang tidak berterima kasih dan akan lenyap dilaluan manusia yang zalim.’ Kemudian dia menambah yang berikut: ‘Sebagai Pintu Keselamatan [bermaksud persamaan mereka kepadanya], Allah telah menjadikan memasukki kepada pintu, yang mungkin adalah pintu Shittim atau Jerusalem, dengan rasa hina diri, meminta keampunan, suatu sebab untuk keselamatan, dan Dia [juga] telah menjadikan kecintaan kepada Ahlul Bayt suatu sebab untuk keselamatan bagi ummah ini.’ [14]
[14] Pertimbangkan kenyataan ini darinya, kemudian katakan kepada saya mengapa dia tidak mengikuti petunjuk para Imamnya di dalam cabang dan asas bagi keagamaan, atau pada prinsip dan asas perundangan atau di dalam sains hadith dan juga al-Kitab, atau apa sahaja yang berkaitan dengan etika, akhlak  dan kesopanan, dan mengapa dia tertinggal dibelakang; dari itu dia telah lemas di dalam lautan bersama mereka yang menolak pertolongan Allah, melarikan diri di dalam tempat-tempat orang yang zalim. Semoga Allah mengampunkan dia terhadap penipuannya terhadap kami dan secara zalim menyerang kepercayaan kami.

Buku-buku sahih berturut-turut menyatakan bahawa mengikuti Ahlul Bayt adalah wajib terutama pada menyebutkan kesucian ‘itra. Jika saya tidak menahan pena saya dari membosankan kamu, saya pasti akan menerangkan dengan lebih mendalam lagi, tetapi apa yang saya katakan disini pastinya telah mencukupi untuk tujuan ini. Wassalam.

Yang ikhlas,
Sayyid Abdul-Husayn Sharafuddin Al-Musawi



Sebelum semuanya terlambat marilah kita mengenal musuh Umat Islam:
1.      Iblis yang diberi tangguh oleh Allah siksaannya.
2.      Tentera Iblis
a.      Jin
b.      Manusia
c.      Dajjal
                                                               i.      Amerika (Nasara)
1.      Negara Bersekongkol contoh Arab Saudi
                                                             ii.      Israel (Yahudi)

Cubalah mengenali mereka: (contoh))



Perlakuan Wahabi terhadap Kuburan

Sila Klik Link




No comments:

Post a Comment