Wednesday 17 August 2022

 

Kuliah Kitab Tauhid 01 220817

Dihadiahkan dan Mengapa Kitab Ini?


بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 

         

 

Dihadiahkan

 

Kepada Hussein bin Ali (as).

Dan kepada semua orang yang melihat

dan menyaksikan penderitaan dan darah mereka untuk Pemerintahan Allah.

Kepada Zainab Binit Ali (as) ..

Dan kepada semua yang telah menyaksikan kebenaran..

Dan kepada orang-orang yang bangkit dan meninggikan suara mereka kerana menuntut Pemerintahan Allah ..

 

                   

Saya mengesahkan bahawa kesaksian kamu diwajibkan dan ditulis..

 

Dan akan bertanya kepada musuh dan yang berselisih dengan kamu..

 

﴿فَلَنَسْأَلَنَّ الَّذِينَ أُرْسِلَ إِلَيْهِمْ وَلَنَسْأَلَنَّ الْمُرْسَلِينَ * فَلَنَقُصَّنَّ عَلَيْهِم بِعِلْمٍ وَمَا كُنَّا غَآئِبِينَ * وَالْوَزْنُ يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ فَمَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ * وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُوْلَئِكَ الَّذِينَ خَسِرُواْ أَنفُسَهُم بِمَا كَانُواْ بِآيَاتِنَا يِظْلِمُونَ﴾

 

(Maka sesungguhnya Kami akan bertanya umat-umat yang telah diutus rasul-rasul kepada mereka dan sesungguhnya Kami akan bertanya rasul-rasul, * maka sesungguhnya akan Kami ceritakan kepada mereka, dengan pengetahuan, dan Kami sekali-kali tidak jauh dari mereka. * Timbangan pada hari itu ialah kebenaran, maka barangsiapa berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung. * Dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka itulah orang-orang yang merugikan diri mereka sendiri, disebabkan mereka selalu tidak adil dengan ayat-ayat Kami. [Al-A3raf 7: 6 – 9]

 

Khadimukum

 

Ahmad Al- Hassan

 

 

 

✡✡✡✡✡

 

 

 

بسم الله الرحمن الرحيم

 

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 

         

Mengapa Kitab Ini?

 

Allah Subhanahu Wa Taala, pada sifat Ketuhanan Al-Uluhiyah atau Al-Rububiyah adalah Kewujudan dan HaqiqatNya,

bahkan kedua-dua sifat-sifatNya Yang Maha Suci dan Maha Tinggi,

kerana Dialah Allah tempat makhluk (penciptaan) menyempurnakan dan menolak kekurangan (kelemahan) dari helaian kewujudan mereka.

Dan Dialah Tuhan yang melimpahkan kesempurnaan ke atas makhluk-Nya, dan yang menutup kelemahan mereka.

 

Tetapi tidaklah Ilahiyah atau Rububiyah itu adalah Haqiqat dan KewujudanNya,

sebaliknya, Dia Yang Maha Suci dan Maha Tinggi tajalli (dinyatakan) pada ciptaanNya

yang serba kurang di sisi Yang Sempurna Mutlak -  maka Dialah Ilah (Tuhan) yang mutlak -Allah SWT –

yang mereka cari dan tuju untuk menutup kelemahan (kekurangan) mereka,

dan mentajalli (menjelaskan) kepada makhlukNya yang serba kurang dengan sifat Rububiyah (Pengurusan),

maka Dia melimpahkan ke atas kekurangan lengkap mereka, supaya mereka mengenali-Nya dan menyembah-Nya,

kerana beribadah tanpa mengenalNya adalah tidak bermakna dan kosong dari haqiqat.

 

Oleh kerana tujuan makrifah yang sebenar adalah:

mengetahui ketidakupayaan untuk mengenal (haqiqat) yang sebenar,

kerana tajalli Allah (SWT) pada ciptaan-Nya dengan sifat uluhiyah,

yang mana Dia adalah Yang Sempurna mutlak menghadap kekurangan mereka,

dan yang menggesa mereka untuk menuju kepada-Nya

dan dengan itu mencapai makrifat pada martabat ini yang melayakkan mereka untuk mengetahui ketidakupayaan mereka untuk mengenal, pada martabat tahap (haqiqat) yang sebenar.

 

Ketuhanan (Al-Uluhiyah) itu Kaya dan Sempurna dihadapan yang serba kurang yang mereka cari dan tuju kepadaNya,

supaya dilimpahkan kepada mereka kesempurnaan,

maka mereka mengenal dengan Al-Uluhiyah Nya semasa mereka kembali dan menuju kepada-Nya,

dan mengenal Nya dengan Al-Rububiyah dan Dialah yang melimpahkan kepada mereka kesempurnaan.

Sesungguhnya kegagalan membezakan antara Ketuhanan (Al-Uluhiyah) dan Haqiqat membuatkan perkara itu bercampur aduk kepada ramai orang-orang yang mendakwa berilmu

dan bermakrifat, apatah lagi terdapat ramai orang yang hampir tidak boleh membezakan antara Ketuhanan Al-Uluhiyah dengan Al-Rububiyah,

sehinggakan, kita dapati hari ini, cukup jelas mereka yang mendakwa bahawa mereka adalah ulama-ulama Islam,

selama lebih daripada seribu tahun, tidak dapat menjelaskan maksud firmanNya SWT:

 

﴿هَلْ يَنظُرُونَ إِلاَّ أَن يَأْتِيَهُمُ اللّهُ فِي ظُلَلٍ مِّنَ الْغَمَامِ وَالْمَلآئِكَةُ وَقُضِيَ الأَمْرُ وَإِلَى اللّهِ تُرْجَعُ الأمُورُ﴾

 

{Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dalam naungan awan dan malaikat, dan diputuskanlah perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan.} [1] Surah Al-Baqarah 2:210

 

Jadi sama ada mereka menambah perkataan kepada ayat dan akan tersasar mengikut keinginannya,

seolah-olah Dia Yang Maha Suci tidak mampu dengan ketinggian dan kebesaranNya menambah perkataan ini [2] 

Dan di antara mereka ada yang mengatakan Allah SWT boleh datang dan pergi. [3],

Dan demikianlah keadaan mereka seperti pemotong kayu pada malam hari yang tidak tahu di manakah kapaknya telah jatuh.

Maka mereka di antara akan menyalakan dua nyalaan api:

untuk mengatakan bahawa Allah datang dan pergi,

Mereka telah merendahkanNya (SWT) kepada kedudukan makhluk yang memerlukan tempat, ruang, atau pusat pergerakan,

dan (yang satu lagi) menyangkal Dia datang dan pergi dengan memutarkan ayat dan mendakwa bahawa ia mempunyai perkataan yang tertinggal di dalamnya.

Dengan itu, mereka merosakkan kalam [Allah] selepas suatu tempat ke suatu tempat yang lain, tanpa takut kepada-Nya, Maha Suci Allah . Bagaimana berani mereka ini?!

 

Bagi orang-orang Kristian, mereka telah menjadikan yang datang di awan, yang disebut di dalam Taurat dan Injil [4] adalah Isa (as), dan mereka menganggap Isa (as) adalah Allah (SWT).

 

Dan mereka jadikan Ketuhanan yang mutlak mempunyai jasad dengan jasad alam dunia ini,

oleh itu, mereka telah mengumumkan kekuranganNya dan keperluan-Nya,

dan mereka telah menyelewengkan Ketuhanan yang mutlak terhadap ketinggian dan kebesaran Allah.

 

Dari sini datangnya keperluan untuk menulis kitab ini kerana ia menjelaskan kepercayaan yang sebenar bagi Ketuhanan yang diredhai oleh Allah SWT.

Dan saya juga memohon kepada Allah supaya buku ini boleh menjadi sebab untuk membimbing sebahagian besar makhluk ciptaan-Nya selepas mereka disesatkan oleh mereka yang jahil tentang kebenaran yang mengaku sebagai ulamak.

 

Dan saya juga memohon kepada Allah SWT menjadikan kitab ini memberi kebaikan dan keberkatan, dan menambah hidayah, dan menghindarkan dari kesesatan, kepada setiap orang yang membacanya, dan untuk mendapatkan manfaat darinya.

Dan saya telah mencuba dengan semua keupayaan yang Tuhan telah berikan pada saya untuk menulis buku ringkas ini dan untuk memudahkan semua orang dan bukan menyukarlan orang-orang untuk memahaminya.

 

 

Ahmad Al- Hassan

 

 

✡✡✡✡✡

 

 

------------------------------

[1]

[2] Untuk mengatakan bahawa ia perlu ditambah atau dibuang adalah tidak betul, dan cukuplah untuk menanyakan mengenai tambahan yang dibangkitkan dalam ayat ini, adakah betul pada mereka ia boleh ditambah seperti mana dalam ayat di atas? Adakah mereka mengatakan apabila menyatakan pada I’rab ayat (perubahan bentuk akhir kata), contohnya bahawa Allah menambah dan menghapuskan ukuran urusanya? Dan apa yang mereka lakukan untuk mengangkat kalimah Allah, bukankah ia adalah kata kerja aktif (Fa3il Fa3al) "Dia datang"?

Ia juga mencukupi dengan bertanyakan: Adakah bijak memadamkan penambahan jika berada dalam kedudukan Mutasyabih dan akan menyebabkan penyelewengan dalam aqidah Tauhid? Adakah orang Arab memadamkan sesuatu pada kedudukan yang serupa? Malah, banyak soalan yang memalukan kepada mereka yang mengatakan bahawa terdapat yang ditinggalkan dan dijadikannya sudut yang sempit, dan dia tidak boleh menjelaskan kata-kata dalam batasan tatabahasanya sendiri mengenai peraturan ini, yang terbaik keadaannya kita akan katakan mengenainya, bahawa ia melibatkan kemanusiaan, iaitu mengemukakannya supaya menyerahkan kepada Al-Quran sebagai Kalam Allah SWT bagiNya,

Dan mungkin ia juga sesuai untuk menyampaikan kata-kata imam ulamak Sunni dan Syiah mengenai perkara ini dan melihat ke dalamnya, contohnya Al-Jurjani, dan untuk melihat sama ada ia terpakai dalam ayat ini yang boleh dikatakan bahawa wujud perkataan yang dihapuskan? Al-Jurjani telah berkata: (Kenyataan mengenai penghapusan adalah jalan di pintu yang sempit dan lembut dalam sumber dan menakjubkan seperti sihir (silap mata), oleh itu, jika kamu melihatnya tinggalkan sebutan menjadikan ia lebih fasih daripada menyebutnya, mendiamkannya pada kenyataan itu lebih bermanfaat dan kamu mengetahui apa yang kamu katakan tetekala kamu tidak mengatakannya, dan yang paling lengkap dalam menjelaskannya apabila kamu tidak menjelaskannya) - Dala'il Al-I3jaz oleh Abdul Qahar Al-Jurjani.

Adapun takwil: bermaksud bahawa seseorang yang mengatakan bahawa Allah di sini bermaksud Perintah Allah, ini tidak ada perkataan dihapuskan: maka datang pula soalan: Adakah dibolehkan yang lain dari Allah akan dipanggil Allah SWT? Sehingga ia dipanggil perintah Allah? Jadi, jika ini dibolehkan dari segi bahasa, maka mengapakah tidak apa yang dimaksudkan dengan perkataan Allah di sini adalah hamba Allah (‘Abd Allah), dan bukan perintah Allah (Amr Allah), bermakna yang dimaksudkan di sini oleh adalah Muhammad (S). Oleh itu persoalannya: apakah perintah Allah atau hamba Allah? Apa perintah Allah atau hamba Allah yang dipanggil pada "Allah"? Dan akan membawa nama Allah? Dan mengapa ia membawa nama ini? Dan inilah sebahagian daripadanya yang saya akan cuba dijelaskan dalam buku ini

[3] Ibn Jibrin, salah seorang daripada penceramah terkenal daripada golongan Wahabi (Ulama Aqidah), telah berkata : (dan kami katakan  Tidak perlu membawa perintah Allah dalam ayat-ayat menafikan kedatangan Allah – Ta’ala - di dalam ayat yang lain, dan jika kita buktikan bahawa Allah datang dan pergi, kita akan berkata : Dia datang sebagaimana yang dikehendaki-Nya ) Ulasan Ibn Jibrin pada Kitab Lima'ah Al-Iktiqad oleh Ibn Al-Qudamah Al-Maqdisi

[4] Dan juga dalam Al-Quran Dia Yang Maha Tinggi, berfirman: {Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dalam naungan awan dan malaikat, dan diputuskanlah perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan.} [ Surah Al -Baqarah 2:210]

Dan dalam Injil: (61) Ia tetap diam dan tidak menjawab. Sekali lagi imam besar bertanya kepada-Nya, “Apakah Engkau Kristus yang dijanjikan itu, Anak dari Yang Diberkati?” (62) Jawab Yesus: "Akulah Dia, dan kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Yang Mahakuasa dan datang di tengah-tengah awan-awan di langit." (63) Maka Imam Besar itu mengoyakkan pakaiannya dan berkata: "Untuk apa kita perlu saksi lagi? (64) Kamu sudah mendengar hujat-Nya terhadap Allah. Bagaimana pendapat kamu?" Lalu dengan suara bulat mereka memutuskan, bahwa Dia harus dihukum mati...) Injil Mark, bab 14

Dan di dalam Taurat : ((1) TUHAN adalah Raja! Biarlah bumi bersorak-sorak, biarlah banyak pulau bersukacita!. (2) Awan dan kekelaman ada sekeliling Dia, keadilan dan hukum adalah tumpuan takhta-Nya. (3) Api menjalar di hadapan-Nya, dan menghanguskan para lawan-Nya sekeliling.

(4) Kilat-kilat-Nya menerangi dunia, bumi melihatnya dan gemetar. (5) Gunung-gunung luluh seperti lilin di hadapan TUHAN, di hadapan Tuhan seluruh bumi. (6) Langit memberitakan keadilan-Nya, dan segala bangsa melihat kemuliaan-Nya. (7) Semua orang yang beribadah kepada patung akan mendapat malu, orang yang memegahkan diri karena berhala-berhala; segala tuhan sujud menyembah kepada-Nya. (8) Sion mendengarnya dan bersukacita, puteri-puteri Yehuda bersorak-sorak, oleh karena penghukuman-Mu, ya TUHAN. (9) Sebab Engkaulah, ya TUHAN, Yang Mahatinggi di atas seluruh bumi, Engkau sangat dimuliakan di atas segala tuhan. (10) Hai orang-orang yang mengasihi TUHAN, bencilah kejahatan! Dia, yang memelihara nyawa orang-orang yang dikasihi-Nya, akan melepaskan mereka dari tangan orang-orang fasik. (11) Terang sudah terbit bagi orang benar, dan sukacita bagi orang-orang yang tulus hati. (12) Bersukacitalah karena TUHAN, hai orang-orang benar, dan nyanyikanlah syukur bagi nama-Nya yang kudus.) Mazmur: 97, dan kamu boleh mencari maklumat lebih dalam Tambahan nombor 4

No comments:

Post a Comment