Thursday 26 August 2021

Kuliah 2021 08 27

 Kuliah 2021 08 27 Al-Ana Muhammad Dan Ali Pembukaan Yang Nyata Dan Hijab:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ 

 الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا ۖ مَّا تَرَىٰ فِي خَلْقِ الرَّحْمَٰنِ مِن تَفَاوُتٍ ۖ فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَىٰ مِن فُطُورٍ

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,

Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis (tingkat). Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?

 

الْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَـٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّـهُ 

Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk.

 وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما

 

اَللّهُمَّ كُنْ لِوَلِيِّكَ الْحُجَّةِ بْنِ الْحَسَنِ صَلَواتُكَ عَلَيْهِ وَعَلى آبائِهِ و وُلْدِهِی احمد الحسن في هذِهِ السّاعَةِ وَفي كُلِّ ساعَةٍ وَلِيّاً ‏وَحافِظاً وَقائِداً وَناصِراً وَدَليلاً وَعَيْناً حَتّى تُسْكِنَهُ أَرْضَكَ طَوْعاً وَتُمَتِّعَهُ فيها طَويلاً

 

Ya Allah jadikanlah bagi Waliy Mu Al-Hujjah bin Al-Hassan selawat Mu ke atasnya dan ke atas bapa-bapanya dan anaknya Ahmad Al-Hassan pada saat ini dan pada setiap saat dan sebagai Waliy dan penjaga, sebagai ketua dan penolong, penunjuk dan pembantu sehingga Engkau tempatkannya di bumi Mu secara sukarela dan kenikmatan yang berpanjangan di dalamnya.

اَللّٰهُمَّ ثَبِّتْنَا عَلَى وِلاَيَةِ القَائِمِ مِن آلِ مُحَمَّدُ(ع) الإمَامُ اَحْمَدُ الحَسَن(ع) وَصِيُّ وَرَسُولُ الإمامُ المَهْدِيُّ(ع)

Ya Allah kukuhkanlah kami atas wilayah Al-Qaim Aali Muhammad (as) Imam Ahmad Al-Hassan (as) Washi dan utusan Imam Mahdi (as)

 

ربنا زدنا علما نفعا وارزقنا فهما

Ya Allah tambahkanlah kami ilmu yang bermanfaat berikanlah kami kefahamannya

اما بعد

 

 

Masih yang Pertama 15 Keterangan dari Imam Ahmad (as)

Antara Al-Ana Muhammad Dan Ali (S) Pembukaan Yang Nyata Dan Hijab......

 

Tajuk Perbicangan: Al-Ana Muhammad Dan Ali (S) Pembukaan Yang Nyata Dan Hijab:

 

6. Muhammad (S), Al-Ana dan Al-Syakhshiyah:

Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata dalam jawapan kepadanya:

[..... Inilah pembukaan yang nyata bagi Muhammad (S). Allah Taala berfurman:

﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا * لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّـهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا﴾

(Sungguhnya Kami telah bukakan kepadamu pembukaan (kemenangan) yang nyata: *

supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang

serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan

memimpin kamu kepada jalan yang lurus). [Surah Al-Fath 48:1-2]

 

1.Pembukaan

2.Pengmpunan

3.Menyempurnakan Nikmat

4.Dipimpin

Kuncinya adalah Pembukaan

Lalu (Imam  as) mengatakan:

·        Seolah-olah Allah telah mengatakan: قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَىٰ {Pada jarak dua busur panah atau lebih dekat}.

·        "Ia adalah jarak antara hujung lengkungan dan kepala busur"

·        Di antara keduanya ada tabir yang bersinar dan beralun,

 

وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَىٰ ﴿١﴾‏ 

Demi bintang ketika terbenam (binasal) .

مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَىٰ ﴿٢﴾‏ 

tidak sesat sahabatmu (Muhammad) dan tidak pula keliru.

وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ ﴿٣﴾‏ 

dan tiadalah yang diucapkan (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya.

إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ ﴿٤﴾‏ 

Ianya tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan.

عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَىٰ ﴿٥﴾‏ 

yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat.

ذُو مِرَّةٍ فَاسْتَوَىٰ ﴿٦﴾‏ 

yang mempunyai kekuatan; maka kami telah berada

(Jibril itu) menampakkan diri dengan rupa yang asli.

وَهُوَ بِالْأُفُقِ الْأَعْلَىٰ ﴿٧﴾‏ 

sedang dia berada di ufuk yang tinggi.

ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّىٰ ﴿٨﴾‏ 

Kemudian dia mendekat, lalu bertambah dekat lagi.

فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَىٰ ﴿٩﴾‏ 

maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi).

فَأَوْحَىٰ إِلَىٰ عَبْدِهِ مَا أَوْحَىٰ 

Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya (Muhammad) apa yang diwahyukan.

 

Ingat bukan dibuka dan memandang di alam penciptaan

 

Oleh itu, pada masa pembukaan, tiada apa yang kekal kecuali Allah, tiada apa yang kekal kecuali Cahaya yang tidak mempunyai kegelapan,

·        kegelapan adalah dosa diampunkan pada Muhammad (saw & Keluarga .baginda),

maknanya [dosa diampunkan] yang telah dinaikkan daripada halaman kewujudan ((S) & Keluarga .baginda), dan oleh itu, tiada apa yang kekal bagi Muhammad (saw & Keluarga .baginda)

kecuali Kebenaran dan Hakikat [Allah yang Maha Suci, Maha Berkuasa ],

atau (Nama Yang Maha Besar... Agung... Tinggi),

atau nama yang tersembunyi dilindungi dengan-Nya, Yang Maha Suci, Maha Berkuasa, atau Zaman Ghaibah (hari Keghaiban / Ketiadaan itu), atau Huruf ini.

 

Ditajjalikan kepada – yang terbuka

·        Hakikat Al-Quran hakikat dalam barisan menaik, dan merekalah Rahsia di dalam penciptaan (makhluk).

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

Dan tidakkah mereka merenungkan al-Quran? atau atas hati ada kunci penutup?} [ Surah Muhammad 47:24]

 

·        Ilmu

o   Semua yang nabi-nabi telah bawa keluar hanya dua huruf, supaya orang tidak mengetahuinya kecuali dua huruf sehingga hari ke ini.

·        Jadi jika Qai'm kami (bangkit) zahir,

·        dia hendaklah mengeluarkan dua puluh lima huruf,

·        dan dia hendaklah menyebarkannya di kalangan manusia, dan dia hendaklah menambah dua huruf kepadanya, sehingga dia menyebarkan dua puluh tujuh huruf) [1].

·        (Ilmu adalah dua puluh tujuh huruf.

·        Pada hakikatnya, ilmu yang manusia mungkin boleh tahu ialah (dua puluh lapan huruf), di mana

·        dua puluh tujuh akan disebarkan sebagaimana yang disebut dalam riwayat, bagi [huruf] yang lain,

o   itu adalah apa yang [hanya diberikan kepada] Keluarga Muhammad (as),

o   dan ia adalah rahsia yang mereka dilindungi yang bertutup dengan rahsia,

o   yang bermaksud, [bertutup dengan] dua puluh tujuh huruf, dan

o   ia adalah ilmu yang tidak boleh dikendalikan kecuali oleh seorang

§  Nabi yang diutus, atau

§  malaikat yang rapat, atau

§  seorang mukmin yang diuji yang Allah telah uji hatinya dengan iman.

·        Bagi baki huruf (dari dua puluh lapan huruf), tidak seorang utusan Nabi, mahupun malaikat dekat, dan tidak seorang mukmin yang diuji yang Allah telah uji hatinya dengan iman boleh tahan dengannya.

·        

·       Rahsia

·       Rahsia Keluarga Muhammad (as)

Abu Abdullah (as) berkata:

·        sesungguhnya bersama kami ada rahsia dari rahsia Allah, dan iImu dari iImu Allah,

·        demi Allah, tidak seorang utusan nabi, tidak malaikat yang dekat, dan tidak juga orang beriman yang diuji Allah hatinya dengan keimanan boleh bertahan,

·        demi Allah, Allah tidak berikannya kepada sesiapa selain daripada kami, dan Dia tidak pernah menjadikan [seseorang pun] menyembah Dia dengannya kecuali kami. dan

 

 

Bagi (Rahsia kepada Rahsia kepada Rahsia), ia adalah Zat Ilahi, atau Allah, atau Nama-nama yang Indah Allah (Asmaa 'Allah Al- Husna).

 

Bagi (Rahsia kepada Rahsia kepada Rahsia ditutup oleh rahsia) - dan ia tidak disebut di dalam Hadis - kerana ia terselindung dari mereka (as), dan ia bukan urusan mereka - kerana ia adalah Nama Yang Maha Besar Yang Maha Agung Yang Maha Tinggi: atau (Dia), adalah Kebenaran dan Hakikat.

 

Oleh itu mereka adalah Rahsia, dan perkara mereka (ilmu dan pengetahuan mereka) dilampirkan kepada Rahsia dalam Rahsia (Allah), dan mereka juga merupakan Rahsia berpelitup (ditutup) oleh Rahsia, dan tutup ini, atau rahsia yang akhir, bukan rahsia sebenar dalam penciptaan, sebaliknya, ia adalah satu rahsia dalam hal seluruh penciptaan. Dan menurut Muhammad dan keluarga Muhammad, dan mereka adalah dari penciptaan, ia bukan rahsia, sebaliknya, ia adalah tutup mereka, dan hijab di antara mereka dan penciptaan. Dan rahsia ini adalah: Para Nabi dan Rasul dan para Malaikat yang rapat dan orang-orang beriman yang teruji, kerana ia telah menjelaskan bahawa mereka (as) adalah satu rahsia dalam rahsia, dan rahsia dilindungi oleh rahsia, dan rahsia yang tidak memberi manfaat kecuali oleh rahsia (bermaksud [rahsia] yang tidak diketahui kecuali oleh rahsia, dan mereka adalah Nabi-nabi dan Rasul dan para Malaikat yang rapat dan orang-orang beriman yang teruji).

 

Dan Rahsia bertutup oleh Rahsia (maknanya, satu rahsia yang bertudung oleh rahsia, dan mereka adalah Nabi-nabi dan Rasul dan para Malaikat yang rapat dan orang-orang beriman yang teruji).

Tempat bagi [kedua hadis] dalam kitab Allah, Dia Allah , Yang Maha Tinggi, berfirman:

 

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

{Dan tidakkah mereka merenungkan al-Quran? atau atas hati ada kunci penutup?} [ Surah Muhammad 47:24]

 

Dan puji-pujian hanya kepada Allah.

 

- Ahmad Al Hassan

                                                          

 

Malam ini (sambungan)

 

 

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

 

 

 

 

9 Ibrahim (as) dan Rububiyah Nabi Muhammad (S), Cahaya atas Cahaya

 

Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):

 

[Dan dari sini, maka sifat Al-Shamad

(Yang Kaya Mutlak – berhimpun segala kehendak),

·        yang ditambah pada ketuhanan (Uluhiyah) tidak boleh dimiliki (dipanggil) melainkan hanya kepadaNya SWT,

·        dan itulah yang membezakan Ketuhanan (Uluhiyah) SWT dan menjelasan bahawa ia adalah Ketuhanan yang sepenuhnya Mutlak.

·        Dan untuk ini, didatangkan ayat ini dalam Surah Al Tauhid: ﴿اللَّهُ الصَّمَدُ﴾ - Allah Yang Kaya Mutlak – berhimpun segala kehendak.

 

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSG803uQAzrHApQknMyCpkuq4gfk4X8dqXaCJUw20MEq0fm7r42TsUBA0F2cwcwprKMzKklhVBHV7eEBpuu54VNuStVJasetgPiU7QBkRrg5ZCEixpjJvbWxzw74Rh9gt539wmBwZVGuFF/s320/HIJAB.png 

Dan Allah Al-Shamad, adalah bersamaan dengan mengatakan bahawa

·        Allah adalah cahaya yang tiada Kegelapan padanya.

·        Dan ia adalah sifat yang tidak seorang makhluk pun berkongsi denganNya,

·        tidak seperti pada Mendengar, Melihat dan Mencipta.

·        Maka ini adalah sifat-sifat yang dikongsi oleh makhluk,

·        dengan itu anda boleh mengatakan bahawa Muhammad (S) adalah cahaya,

o   tetapi di dalamnya ada kegelapan dan ia adalah “Al-Ana” dan Keakuan (keperibadian),

o   dan jika tidak, tidak akan tinggal Muhammad tidak pada nama dan tidak pada bentuk rupa (imej), dan tidak ada yang akan kekal melainkan Allah, Yang Maha Esa, Yang Maha Menakluk SWT.

 

Oleh itu , Muhammad (S),

·        walaupun dia berada di darjat tertinggi kesempurnaan yang mungkin ada pada penciptaan (makhluk),

·        dan Muhammad (S) adalah imej (shurah) Allah dan membawa sifat-sifat Ketuhanan dalam penciptaan,

·        untuk dikenali penciptaan pada Allah SWT.

·        Oleh yang demikian, penciptaan datang berlindung kepadanya supaya mereka dilengkapkan dan mengatasi kelemahan mereka.

·        Tetapi Muhammad (S) dari arah (aspek) lain yang memerlukan padaNya SWT, kerana dia adalah seorang hamba dari hamba-hamba Allah

﴿يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ﴾

{yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis)} [Al-Nur [24:35]] 

 

Dirinya hampir bercahaya sendiri, tidaklah dia bercahaya dari dirinya sendiri, sehinggakan Ibrahim (as) walaupun dia dari kalangan Rasul-rasul Uli Al-‘Azim, apabila melihat Kerajaan Langit-langit,

·        menyangka bahawa Muhammad (S) disifati dengan sifat Uluhiyah (sifat Ketuhanan) pada Ketuhanan Mutlak.

·        Dan menyangka bahawa Rububiyah (pengurusan) Muhammad (S) adalah Rububiyah Mutlak.

·        Maka kalau begitu siapa Allah SWT pada Ibrahim (as)?

 

Lalu dikasyafkan (diperlihatkan) kepadanya (Ibrahim)  akan Muhammad (S) tenggelam dan kembali kepada “Al-Ana” dan keperibadian (Keakuan).

·        Baharulah, Nabi Ibrahim menyedari bahawa Allah SWT tidak dilihat di Malakut (Kerajaan Langit),

·        seperti yang diketahuinya bahawa tidak boleh melihatNya dalam Kerajaan Dunia (Alam Syahadah) ini.

·        Tetapi sebenarnya melihat Muhammad (S) adalah melihat Allah,

·        dan menghadap Muhammad (S) adalah menghadap Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi dari apa yang mereka sekutukan.

·        Dan ini telah dijelaskan oleh Ahlul Bait, sesuatu dari makna seperti ini dalam lipatan ucapan-ucapan mereka (as). [1]

 


Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhwpS28eQ7nwIZiJpMeuFJYjO1in-eYtlD-UDr_kZ_hTblqJLJckBptIevR0OMB3elJIro0dNWoX-wtIyfHuNgWYv61l5BT8opbvMJTcp_QFKgJvfzt2D63zFdXFk_ek2ElJXtrd3M9VDd/s1600/Alam+Sepuluh+Maqaam+003.png


10. Muhammad (S) dan Tajalliyat:

 

 

Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):

         

[Adapun pada martabat (peringkat) selain daripada Zat Ilahiyah atau Allah,

·        iaitu pada martabat Al-Khalq wa Al-Tanzil - Penciptaan dan Penurunan,

·        Ia adalah martabat Tajalli (penzahiran) atau sepuluh maqam-maqam, ia adalah:

1-   Suradiq Al-3arasy il-A3dzam (Lembayung Singgasana Teragung),

2-   Al-3arasy il-A3dzam (Singgasana Teragung), dan

3-   Al-Kursiy (Takhta),

4-   Kemudian Al-3arasy Al-3adzim (Singgasana Agung), padanya ada tujuh martabat atau maqam, ia adalah:

§  Tujuh Langit-langit, turun dari yang Ketujuh ke Langit Pertama, atau Langit Dunia.

 

 

Dan ciptaan Allah yang terbaik adalah Muhamamd (S), halaman kewujudannya meliputi (dan bermula) dari Suradiq Al-3arasy Al-A’dzam (Lembayung Singgasana Teragung) hingga ke Langit Dunia.

 

Oleh itu, Tajalli Marhalah pertama (pernyataan - penzahiran peringkat pertama) adalah: Titik Pertama iaitu (Barzakh - Perantara) atau Suradiq Al-3arasy Al-A3dzam (Lembayung Singgasana Teragung).

 

Kemudian Tajalli Marhalah kedua, adalah bekas bagi bentuk “Nun” (ن) atau Al-3arasy Al-A3dzam (Singgasana Teragung).

 

Kemudian Tajalli Marhalah ketiga dan itu adalah bekas bagi bentuk "Baa" (ب), atau Al-Kursiy (Takhta).

 

Maka Tajalli Marhalah keempat, adalah: Titik Kedua dalam Penciptaan.

 

Dan semua Marhalah (peringkat) ini ada empat ia adalah Muhammad (S), maka dia adalah

·        "Titik Nun" dan

·        "Nun", dan juga ia adalah

·        "Baa’" dan

·        "Titik Baa'", atau

 

Atau

 

·        “Qul Huwa” (قل هو), dia ialah limpahan yang turun dari Al-Haq kepada Al-Khalq (dari Yang Sebenar kepada Penciptaan).

o   Dan dia, adalah Muhamamd (S), dalam tiga Marhalah pertama iaitu (Suradiq, 3arasy, Kursiy)

·        sebagai Barzakh (Perantara) di antara Al-Haq dan Al-Khalq (Yang Sebenar dan Penciptaan), dialah yang beralun (bergetar).

·        Maka ia adalah pada ketika tiada yang kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Allah Yang Esa Lagi Perkasa),

·        dan ketika dia kembali semula kepada Al-Ana (Aku) dan Keperibadian. Adapun pada martabat Al-3arasyi l-3adzim (7 lelangit),

·        ia adalah tempat tinggal dalam Penciptaan, dan dia adalah ‘Abdullah (hamba Allah).

 

 

Perlu diambil perhatian bahawa Titik pertama adalah Al-Quran, dan ia adalah hijab di antara Muhammad (S) dan Allah [di antara keduanya ada hijab yang bersinar dan beralun (bergetar)], dan apabila pembukaan berlaku (Ia kelihatan seperti lubang jarum

 

 

Dia SWT berfirman:

 

﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحاً مُبِيناً﴾

 

{Sesungguhnya Kami telah membukakan kepadamu pembukaan yang nyata,} [Al-Fath: 1]

 

·        Hijab ini diangkat dengan itu tersingkaplah Muhammad (S),

·        maka Al-Quran dan Muhammad (S) menjadi satu. dan

·        dia beralun (bergetar) di antara fana' (melebur)

·        maka tidak kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Esa Lagi Perkasa)

·        dengan kembali kepada Al-Ana (Aku) dan sebagai keperibadian kemanusiaan, [1]

 


 

11. Terdapat Hijab Di Antara Yang Bersinar Dan Beralun:

 

Soalan / dalam kitab Al-Adab Al-Maknawiyah Untuk Shalat oleh Al-Syed Khomeini (semoga Allah menyucikan ruhnya), hal 32. Beliau berkata:

·        (Kebesaran seorang pembicara,

o   tempat lahirnya dan

o   sahabatnya

o   adalah rasa yang paling besar dari semua jenis kebesaran yang besar yang dirasakan di dalam alam jasmani dan malakut,

·        dan semua kuasa yang turun di alam ghaib dan syahadah.

·        Penderitaan dari gangguan-gangguan keagungan kemegahan itu berlaku di dalam diri suci seseorang

·        tidak boleh ditajallikan kepada kebesaran Al-Haq Yang Maha Tinggi.

·        Tetapi tercermin dari belakang ribuan hijab-hijab dan Suradiq (Lembayung - pavilion)

·        seperti disebutkan dalam hadits: bahawa Dia TWT dihijab dengan tujuh puluh ribu dari cahaya dan kegelapan,

·        jika dibukakan akan membakar wajah selainNya ...).

 

 

Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan:

 

·        [Hijab kegelapan adalah tentera Al-Jahl (Jahil)

·        yang disebut oleh Imam Al-Shadiq (as):

·        Akhlaq tercela dan Al-Ana telah ditanam dalam fitrah manusia.

·        Semakin banyak Al-Ana pada seorang manusia, semakin besarlah (atau tebal) hijabnya,

·        dan semakin sedikit Al-Ana pada seorang manusia, semakin kuranglah hijabnya.

·        Hijab ini berasal dari kegelapan, ketiadaan dan Al-Madat (barangan) yang tidak lain mengganggu semua yang baik .

 

·        ........ Hijab ini adalah zamrud kehijauan yang beralun

·        sebagai isyarat kepada hijab kegelapan dan hijab cahaya.

·        dan terangkat hijab kegelapan dengan pembukaan sebesar lubang jarum dan

·        terangkat hijab cahaya dengan alunan yang terjadi pada hijab-hijab. Hijab kegelapan ditembus dengan,

o   mengalahkan tentera Al-Jahl dan Al-Ana,

o   dan hijab cahaya yang meliputi manusia akan sirna

o   apabila dia menghiasinya dengan tentara Al-Aqal dan akhlaq mulia,

o   dan dengan demikian seorang manusia itu dalam perjalanan melengkapkan dirinya berusaha berjaya mengangkat Al-Ana itu di halaman kewujudannya dan menghiasi dirinya dengam semua tentara Al-Aqal.

 

dan ini adalah pembukaan yang nyata

 

﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحاً مُبِيناً﴾

 

{Sesungguhnya Kami telah membukakan kepadamu pembukaan yang nyata,} [Al-Fath: 1]

 

·        Ini adalah maqam terpuji yang dicapai oleh Rasul yang mulia Muhammad (S).

·        Telah ditajallikan maqam Allah SWT ini untuk Muhammad (S) pada waktunya waktunya:

o   (Dan terdapat hijab di antara kedua yang bersinar dan beralun)

o   iaitu hijab itu terangkat pada waktunya dan kembali pada masa yang lain,,

o   dan apabila terangkat tiada lagi Muhammad (S),

o   tetapi lebur (fana) dan terbakar dan

o   tiada lagi wajah Allah pada Muhammad (S),

o   bahkan tiada yang kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Allah Yang Esa Lagi Perkasa) sa.

         

........ Jawapan kepada soalan / terangkat hijab cahaya dan kegelapan dengan usaha keras menuju kepada Allah SWT dan mencapai keredhaannya, dan terangkat hijab kegelapan terutamanya untuk melepasi tentera Al-Jahl dan akhlaq tercela dan menjauhkan diri dari Al-Ana dan meninggalkannya. dan terangkatnya hijab cahaya dengan ilmu dan maktifah dan dihiasi dengan tentera Al-Aqal dan akhlaq mulia dan Dan mendaki anak-anak tangga ke maqam-maqam perhimpunan golongan tertinggi (Al-Mala Al-A3la)] [1]

 

Dari Al-Mufadhdhal dari Abi Abdillah as beliau berkata: Allah Azza Wa Jalla berkata, Aku telah mewajibkan hamba-hambaKu dengan 10 perkara, jika mereka mengetahuinya aku akan membuat mereka tinggal di Malakut Ku (Kerajaan) dan dibenarkan masuk syurga Ku.

 

10 Makrifah Wajib

 

Ilmu Makrifah Yang diwajibkan

 

 

Pertama: mengenali Ku.

 

Kedua: mengenali Rasul Ku dalam penciptaan Ku dan menerimanya dan membenarkannya.

 

Ketiga: Mengenali AuliakKu dan bahawa mereka adalah bukti (Hujjah) kepada ciptaan Ku. Sesiapa yang mengikuti mereka telah mengikut Ku, dan sesiapa yang memusuhi mereka telah memusuhi Ku. Dan ilmu mereka antara Aku dan ciptaan Ku. Dan sesiapa yang menolak mereka akan menerima neraka Ku dan berlipat ganda kepadanya Azab Ku.

(Amirul Mukminin)

Keempat: Mengenali peribadi-peribadi khusus yang telah dilantik daripada pencahayaan Kebesaran Ku. Dan mereka adalah pendiri keadilanKu.

(Al-Qaim)

 

Kelima: Mengenali pendiri-pendiri dengan kelebihan mereka dan membenarkan mereka.

(Al-Qaim)

 

Keenam: Mengenali musuh Ku Iblis dan apa dirinya dan penyokongnya.

( ini tentera Al-Jahl)

 

Ketujuh: Menerima urusan (perintah) Ku dan mempercayai Rasul Ku.

(Ilmu - Perkara - perintah)

Kelapan: Untuk menjaga rahsia Ku dan rahsia orang-orang pilihan (auliak) Ku.

(Perkara rahsia -) Mutasyabihaat, s 180

 

Kesembilan: Untuk meninggikan orang-orang Safwa ku (orang-orang yang aku telah pilih) dan menerima daripada mereka. Dan kembali kepada mereka dengan apa yang kamu perselisihkan, sehingga penjelasan itu datang daripada mereka.

(sanjungan - shalawat)

 

Kesepuluh: Adalah dia menjadi saudaranya dalam agama dan dalam Dunia, bagi Syariah yang sama. Apabila mereka seperti itu, aku akan masukkan mereka ke Kerajaan (Malakut) Ku dan kamu akan selamat dari al Fazi’ (kejutan) Besar dan mereka bersama Ku di Iliyin (tempat tinggi).

(Al-Syi3atihi – Al-Tasyaiyu3 - (Al-Mala Al-A3la) di Iliyin )

(Dari yanah nafs Ahl Bait)

 

Bihar Al-Anwar Jilid 66 halaman 13

 

 

 

وأستغفر الله لي ولكم

وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليما

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment