Saturday, 22 June 2013

BIOGRAFI AL YAMANI

BIOGRAFI AL YAMANI


Pengenalan ringkas:

Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s) adalah Mahdi pertama iaitu wasi dan utusan Imam Al mahdi Muhammad bin Al Hassan (a.s) yang disebutkan di dalam wasiat Rasulullah SAWA di malam sebelum kewafatan baginda.

Namanya (a.s) adalah Sayyid Ahmad bin Sayyid Ismail bin Sayyid Saleh bin Sayyid Al Hussain bin Sayyid Salman bin Imam Muhammad bin Imam Al Hassan bin Imam Ali bin Imam Muhammad bin Imam Ali bin Imam Musa bin Imam Ja’afar bin Imam Muhammad bin Imam Ali bin Imam Al Hussain bin Imam Ali bin Abi Talib Alaihimussalam.

Sila rujuk jalur keturunan Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s) dan kesaksian Sayyid Muhsin Saleh Hussain Salman. Beliau adalah ketua suku keluarga Mahdi, yang juga merupakan bapa saudara kepada Ahmad Al Hassan (a.s) dalam bentuk rakaman suara dan video bagi menerangkan nasab keturunan mereka kembali kepada Imam Al Mahdi 
(a.s). Sila ikuti link ini:

http://almahdyoon.org/alnassab/2.jpg
          

Imam Ahmad Al Hassan (a.s) sebelum ini menetap di Basrah yang terletak di selatan Iraq. Menyempurnakan pengajian akademiknya dan berjaya memperolehi ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Beliau (a.s) kemudian berpindah ke kota suci Najaf dan menetap di situ bagi meneruskan pengajian dalam ilmu-ilmu keagamaan. Namun setelah menghadiri beberapa siri halaqah pengajian dan menyemak sukatan pelajaran di Hawzah (pusat pengajian ilmu agama) Al Najaf. Beliau (a.s) dapati kecacatan yang besar dalam manhaj pembelajaran yang digunapakai. Ini kerana mereka mempelajari bahasa Arab, mantiq, falsafah, usul fiqh, ilmu kalam (aqidah) dan feqah (hukum-hakam syariat) tetapi mereka tidak mempelajari Al Quran dan Al Sunnah yang mulia (hadis-hadis Rasulullah SAWA dan para Imam alaihim salam). Begitu juga mereka tidak mempelajari Akhlak Ilahi yang wajib diamalkan oleh setiap mukmin.

Oleh itu, beliau (a.s) membuat keputusan untuk mengasingkan diri di rumahnya dan mempelajari sendiri ilmu-ilmu keagamaan tanpa pertolongan mereka. Beliau (a.s) tetap berada di kalangan mereka dan saling berkomunikasi sesama mereka tetapi tidak belajar di Hawzah. Bahkan situasi beliau (a.s) di kalangan ulama-ulama di Hawzah Al Najaf  adalah seumpama Maryam yang suci (a.s) di kalangan ulama Yahudi di Haikal Sulaiman (tempat ibadah suci yang dibina oleh Nabi Sulamain a.s). 

Tujuan utama beliau (a.s) memasuki Hawzah Ilmiah di Najaf adalah berdasarkan visi yang dilihatnya, yang mana Imam Al Mahdi (a.s) mengarahkannya supaya memasuki Hawzah Ilmiah di Najaf dan mengkhabarkan kepadanya apa yang bakal diperolehinya, dan terbukti ianya berlaku sepertimana yang telah dikhabarkan kepadanya.




Permulaan Dakwah


Sebelum memasuki tahun 1999, Sayyid Ahmad Al Hassan (a.s) telah bertemu dengan bapanya Imam Al Mahdi (a.s) di alam nyata. Imam Al Mahdi (a.s) telah memperturunkan ilmunya dan mengarahkan beliau (a.s) mengikut arahannya. Pada penghujung tahun 1999 dengan arahan Imam Al Mahdi (a.s), beliau (a.s) telah mengkritik hebat kebatilan yang berlaku di Hawzah dan menuntut mereka melakukan pembaharuan dari segi keilmuan, amalan dan kewangan. Protes dan kritikan bagi menuntut pembaharuan ini berterusan sehingga ke tahun 2002, apabila Imam Mahdi (a.s) mengarahkan Sayyid Ahmad Al Hassan untuk memberitahu orang ramai bahawa dia (a.s) adalah utusan Imam Mahdi (a.s) dan seterusnya mengajak mereka beriman kepadanya.  Pada tahun yang sama di bulan Julai bersamaan Jamadil Awwal 1423 hijrah di kota suci Najaf, bapanya Imam Mahdi (a.s) mengarahkannya (a.s) supaya mengajak keseluruhan manusia bahawa namanya disebutkan di dalam wasiat Rasulullah (SAWA) di malam sebelum kewafatannya.

Percubaan untuk melakukan reformasi di Hawzah Ilmu telah dilakukan di permulaan dakwah sebelum menjadi secara terbuka, ianya tertumpu kepada tiga perkara:

1.Reformasi Ilmu:



Dengan menggunakan dua method utama:

Pertama: Dengan menulis buku yang bertajuk “Jalan Menuju Allah” (Al Toriq Ila Allah). Buku ini telah member impak yang amat baik sekali sehingga menyebabkan Sheikh Muhammad Al-Ya’qubi berasa teruja dengannya dan ingin mengulang cetaknya semula,sepertimana yang diceritakan oleh sebahagian sheikh dan sayyid di kalangan pengikutnya kepada Imam Ahmad Al Hassan (a.s).

Kedua: Ucapan dan perbincangan dengan penuntut-penuntut Hawzah dan ulama-ulama berkenaan kecacatan ilmiah yang wujud di hawzah. Ini menyebabkan sebahagian mereka telah beriman dengannya dan sebahagian yang lain pula telah terkesan dengan kata-katanya kerana apa yang dikatakannya adalah kebenaran.



2. Reformasi Praktikal:

Ianya berkaitan dengan perintah bagi berbuat kebaikan dan pencegahan kemungkaran, sebagai contoh ketikamana penindas Saddam (l.a) mencemarkan kesucian Al Quran dengan perlakuannya menulis Al Quran menggunakan darahnya yang najis, sedangkan muslimin telah sepakat bahawa darah adalah najis dan diharamkan daripada dinajiskan Al Quran.  Imam Ahmad Al Hassan (a.s) telah menuntut para ulama ketika itu untuk mengambil pendirian paling minima iaitu mengeluarkan kenyataan (fatwa), tetapi mereka beralasankan “Taqiyyah”, seolah-olah diri mereka lebih mulia di sisi mereka berbanding Al Quran. Jika mereka beriman dengan kalimah “tiada kekuatan melainkan Allah” sudah tentu mereka menetapkan pendirian mereka dan berkeyakinan penuh bahawa Allah akan melindungi mereka. Hanya beliau (a.s) satu-satunya peribadi yang meletakkan pendirian dan mengingkari perbuatan keji penindas Saddam (l.a). Malahan beliau (a.s) berkali-kali menyatakan di dalam khutbahnya di majlis-majlis bahawa Saddam (l.a) telah menuliskan kematiannya dengan tangannya ketikamana menulis Al Quran dengan darahnya yang najis. Sebaliknya mereka bertindak menjauhkan diri daripada beliau (a.s) dan menolaknya dengan secara terhormat kerana mereka lebih takutkan siksaan Saddam (l.a) yang bakal melibatkan mereka, sekiranya mengetahui mereka bersama-sama dengan beliau (a.s). Dalam hal ini (pembaharuan Amali) tidak didapati sebarang jawapan balas dari mereka.



3. Reformasi Kewangan:

Ianya berkaitan dengan pembahagian wang pemberian sedekah ke atas faqir miskin. Ini adalah peringkat terakhir sebelum dakwah secara terang-terangan dan terdapat banyak sekali penuntut-penuntut Hawzah Ilmiah yang turut membantunya disebabkan kemiskinan mereka dan majoriti besarnya mengalami sendiri diskriminasi pemberian kewangan yang dipraktikkan di Hawzah Ilmiah. Banyak kemajuan yang diperolehi dalam hal ini setelah Imam Ahmad (a.s) dan sebahagian penuntut hawzah berkali-berkali bersemuka dan berunding dengan maraji’ agama di Najaf. Di antara mereka adalah Sayyid Sistani, Sayyid Muhammad Sa’ed Al Hakim dan Sheikh Muhammad Ishak Al Fayyad. Kebanyakan mereka bersetuju secara lisan dan ini dibenarkan oleh Sheikh Al Ya’kubi tanpa sebarang bantahan malahan mengakui apa yang berlaku adalah salah dan amat memerlukan kepada pembaharuan kewangan bilamana salah seorang yang mempercayai Imam Ahmad (a.s) mengingatkannya bagaimana Amirul Mukminin Ali (a.s) menguruskan polisi kewangan. Hal ini berjaya dipermudahkan dan memperolehi natijah segera, namun sebilangan mereka tidak mahu mengambil langkah seterusnya sepertimana yang dikehendaki oleh Imam Mahdi (a.s).


Hubungan Imam Ahmad Al Hassan (a.s) dengan para Maraji’ Agama di kota suci Najaf dan selainnya.

Imam Ahmad Al Hassan (a.s) adalah personaliti yang sentiasa mendapat perhatian di kalangan ulama-ulama dan penuntut-penuntutnya di Hawzah. Mereka amat menghormati nya (a.s) kerana kemuliaan akhlak dan kesantunan yang diakui oleh banyak pihak. Kebanyakan mereka berasa takjub dengan kesungguhan, keutamaan dan ketegasannya kerana Allah serta kritikan-kritikan membinanya dalam usahanya mereformasi kerosakan-kerosakan yang berlaku di Hawzah. Namun begitu keadaan menjadi sebaliknya setelah beliau (a.s) memberitahu mereka bahawa dia (a.s) diutuskan oleh bapanya  Imam Al Mahdi (a.s) sehingga menyebabkan mereka menggelarnya sebagai ahli sihir dan pembohong (semoga Allah menjauhkan darinya), malah sebahagian maraji’ agama berfatwa agar dia dibunuh.


Percubaan kerajaan Saddam (l.a) menjejakinya (a.s):

Saddam (l.a) telah menangkap beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan Imam Ahmad Al Hassan (a.s) walaupun mereka tidak beriman dengannya. Bahkan ramai daripada penuntut hawzah telah ditangkap setelah  dakwah secara terbuka dijalankan walaupun mereka tidak mempunyai sebarang kaitan langsung dengan Imam Ahmad Al Hassan (a.s). Mereka ditangkap hanya untuk pengecaman dan soal siasat dalam usaha menjejaki dan menangkapnya (a.s). Segala puji bagi Allah yang telah memalukan Sadam dan tenteranya serta membalas mereka dengan kerugian.


Pendirian Imam Ahmad Al Hassan (a.s) terhadap perang menjatuhkan Saddam (l.a)

Ketikamana Saddam (l.a) mencemari Quran yang mulia dengan menulis menggunakan darahnya yang najis sempena menyambut ulangtahun  kelahirannya yang tercela itu. Imam Ahmad Al Hassan (a.s) telah mengatakan bahawa ini adalah ulang tahun kelahiran yang terakhir buat Saddam (l.a) dan dia tidak akan menyambutnya lagi selepas dari tahun tersebut kerana telah bertindak melampau ke atas Allah SWT dalam menentang hak KekuasaanNYA, maka Allah SWT tidak akan membiarkannya begitu sahaja.

Diriwayatkan di dalam Hadis Qudsi daripada Allah SWT bahawa “Penzalim itu adalah pedang. Maka AKU menuntut bela daripadanya dan membalas dendam ke atasnya.” Oleh itu Saddam (l.a) adalah penindas dan dia mendapat balasannya dari Allah dengan pedang.


Hubungan Imam Ahmad Al Hassan (a.s) dengan kerajaan Iraq, Majlis Tertinggi dan  komunikasi massa Ahli-ahli Agama dalam memburuk-burukkan peribadi dan dakwahnya (a.s).

Pertama sekali, para pendokong Imam Mahdi (a.s) tidak terlibat dengan sebarang bentuk proses pilihanraya dan kerajaan kerana Imam Ahmad Al Hassan (a.s) tidak mengimani hak perlantikan oleh manusia. Beliau sebaliknya mengimani bahawa hanya Allah SWT yang berhak melantik para Nabi dan pewaris-pewaris (wasi) alaihim salam, walaupun dibenci oleh manusia. Kerap kali kerajaan Iraq membinasakan tempat-tempat Ibadah terutama yang melibatkan pendokong Imam Mahdi (a.s) dan menangkap sebilangan mereka. Malahan menutup pejabat rasmi pendokong Imam Mahdi (a.s) di Najaf dan menangkap puluhan pendokong  di sana sebelum peristiwa Al Zarkah. Sebahagian pendokong tersohor yang ditangkap adalah Sayyid Hassan Al Hamami, yang juga merupakan ulama besar di Najaf dan anak kepada marja’ agama yang telah meninggal dunia iaitu Sayyid Muhammad Ali Al Hamami.

Mereka juga telah melarang media massa daripada mengambil gambar dan melaporkan peristiwa tersebut tatkala mereka membinasakan tempat-tempat Ibadah khusus bagi pendokong-pendokong di Karbala dan Najaf serta menutup pejabat rasmi di Najaf.  Beberapa ketika sebelum berlakunya peristiwa fitnah di Al Zarkah beberapa media massa telah melaporkan peristiwa-peristiwa tersebut sebagai menutup jenayah mereka dengan meletakkan kesalahan ke atas pendokong-pendokong Imam Mahdi (a.s) dan menuduh mereka sebagai bertanggungjawab atas apa yang telah terjadi. Segala puji bagi Allah yang telah menyingkapkan hakikat sebenar dan mendedahkan jenayah mereka. Namun begitu penangkapan ke atas sebahagian pendokong-pendokong masih berterusan dan sehingga kini pejabat rasmi di Najaf masih lagi ditutup dan dilarang para pendokong bagi membukanya semula.

Pada bulan Zulhijjah tahun 1428, Majlis Tertinggi dan juga cabang-cabangnya telah mengeluarkan resolusi semasa konvensyen di Najaf, yang menuntut sebahagian wakil Maraji’ agama yang hadir untuk memerangi dakwah Imam Ahmad Al Hassan (a.s). Resolusi ini telah disiarkan di dalam siaran-siaran tv satelit dan selang beberapa hari selepas itu berlakulah peristiwa penyerangan dan penangkapan ke atas para pendokong serta penutupan pejabat mereka oleh pihak berkuasa.

Di pihak yang lain pula, ahli-ahli agama mula melakukan penerangan secara besar-besaran bagi memberikan gambaran yang salah terhadap dakwah Imam Ahmad Al Hassan (a.s). Sebagai contoh gambaran salah dan pembohongan tersebut adalah sepertimana disiarkan di dalam tv satelit Al Kausar yang berpusat di Iran. Apabila mereka menjemput Ali Al Kurani sebagai tetamu khas dan keseluruhan rancangan didedikasikan bagi membicarakan mengenai Imam Ahmad Al Hassan (a.s)  serta memberikan gambaran yang salah terhadap mesej dakwahnya. Antara yang diperkatakan Ali Al Kurani adalah pertuduhan bahawa “Imam Ahmad Al Hassan mengatakan dirinya telah mengahwinkan kakaknya kepada Imam Mahdi”. Padahal dia mengetahui dengan yakin bahawa Imam Ahmad Al Hassan (a.s) tidak pernah mengatakan hal yang sedemikian dan menyedari bahawa dirinya telah berbohong, namun tidak segan melakukan pembohongan dan perbuatan keji tersebut tanpa memperdulikan umurnya yang telah tua dan serban yang melilit di kepalanya.

Begitu juga tv satelit Iraq (yang dibiayai oleh kerajaan Iraq bagi menyiarkan pendirian kerajaan dan mempertahankannya) di dalam program beritanya (beberapa hari selepas berlakunya peristiwa Al Zarkah yang menafikan adanya kaitan dengan Imam Ahmad Al Hassan a.s) telah menghubungi individu tertentu melalui talipon dan individu tersebut secara terangan  telah memfatwakan kewajipan membunuh Imam Ahmad Al Hassan (a.s). Perkara ini tidak pernah dinafikan penerbit rancangan atau stesen tv kerajaan tersebut, sekaligus menunjukkan kebersetujuan mereka dan menjelaskan niat mereka ketika itu, yang diikuti dengan perlaksanaannya tidak lama selepas itu.

Walaupun diperlakukan sedemikian, para pendokong Imam Mahdi (a.s) tidak pernah mengangkat senjata melawan kerajaan yang telah mengarahkan angkatan bersenjatanya meroboh dan membinasakan tempat-tempat ibadat mereka di Najaf dan Karbala, menutup pejabat mereka di Najaf, menangkap dan masih berterusan menahan sebilangan mereka sehingga kini. Ini disusuli pula dengan peristiwa pada bulan Muharram 1429 hijrah yang menyaksikan ramai pendokong yang telah syahid dan ditahan, Insya Allah akan diceritakan apa yang belaku dalam peristiwa ini kemudian nanti.


Telah berkata Imam Ahmad Al Hassan (a.s) ketika menjawab soalan seorang penanya: “Telah dilaknat Haidar Musyattat maka lihatlah apa yang telah terjadi kepadanya, kami telah dizalimi oleh Abdul Aziz Al Hakim dan anaknya maka lihatlah apa yang telah terjadi kepada mereka, kami telah dizalimi oleh tentera marja’ agama dan juga tentera Muqtada Sadr maka lihatlah apa yang terjadi kepada mereka dan tidak lama selepas itu, bahkan Allah tidak pernah melengahkan balasanNYA kepada semua mereka walau seharipun. Haidar Musyattat berkelakuan seperti orang gila, yang kemudiannya dipenjarakan di Iran kerana berkelakuan tidak senonoh dan diikuti dengan kematiannya di Iraq setelah melakukan sumpah laknat di dalam akhbar rasminya mengatakan aku (Imam Ahmad a.s) tidak benar. Manakala Abdul Aziz Al Hakim dan anaknya telah bertindak melampaui batas ke atas pejabat pendokong Imam Mahdi (a.s) dua tahun sebelumnya dan tidak berapa lama selepas itu mereka dihinakan oleh Amerika apabila tertangkapnya ejen mereka yang bernama Ammar bin Abdul Aziz serta dimasukkan ke dalam penjara. Sekiranya mereka menentang Amerika sudah tentu ianya suatu kebanggaan bila diperlakukan sedemikian, tetapi sebaliknya tunduk kepada mereka dan berbaik-baik pula bersama mereka. Malahan Abdul Aziz Al Hakim telah menziarahi Rumah Hitam (kediaman rasmi pemerintah Iraq) selepas itu dan bersalaman dengan musuh Allah George Bush dengan penuh kemesraan. Perlakuan ini menunjukkan ketidakwarasan dan aib di dunia ini. Setahunnya sebelumnya iaitu sebelum berlakunya peristiwa Muharram di mana keseluruhan kami telah berkumpul, Abdul Aziz dan anaknya telah bertindak menutup pejabat kami selang beberapa hari kami membukanya dan menahan sebilangan besar pendokong yang memuji kami berdekatan dengan makam Amirul Mukminin Ali (a.s) secara zalim dan kasar. Setelah itu disempurnakan pula oleh tentera Marja’ agama yang didorong oleh Syaitan dan tentera Muqtadha yang berdosa yang melakukan pembunuhan dan pembinasaan tempat-tempat Ibadat kami di seluruh pelusuk Iraq, maka apakah balasan mereka beberapa hari selepas itu? Abdul Aziz Al Hakim menderita penyakit kanser dan ini adalah azab dan keaiban di dunia lagi sebelum akhirat. Manakala tentera Marja’ agama dan tentera Muqtada berbunuhan sesama mereka tidak berapa lama selepas itu sehingga tiada pihak yang menang atau mengalahkan yang lainnya. Bahkan tentera Muqtada telah melakukan pembunuhan sebilangan besar tentera Marja’ agama dan terjadi sebaliknya selepas itu bilamana tentera marja’ agama berjaya mengalahkan tentera Muqtada, bukankah semua ini adalah tanda-tanda? atau apakah yang perlu Allah lakukan agar manusia beriman? Atau perlu diutuskan kepada setiap mereka Malaikat yang memukul kepala mereka dan bila ditanyakannya kenapa kamu memukul aku, Malaikat itu akan menjawab kerana kamu tidak beriman dengan Ahmad Al Hassan. Adakah ini yang mereka inginkan? Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Tinggi lagi Maha Agung.” 





Thursday, 20 June 2013

SIAPAKAH AL YAMANI?




Soalan:

Sayyid Ahmad Al Hassan pewaris dan utusan Imam Al Mahdi (a.s): Siapakah Al Yamani? Adakah terdapat criteria-kriteria tertentu yang menerangkan tentang personaliti ini bagi membolehkan kita mengenalpasti pemilik sebenarnya? Adakah dia dari Yaman? Adakah dia Maksum memandangkan dia tidak membawa manusia kepada kebatilan dan tidak mengeluarkan mereka dari jalan kebenaran sepertimana yang diriwayatkan daripada Imam Al Baqir (a.s): “Sesungguhnya panjinya adalah panji petunjuk, diharamkan bagi muslim untuk berpaling daripadanya, barangsiapa yang melakukan sedemikian adalah dia dari kalangan ahli neraka, kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus”?



Jawapan: 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih dan segala puji bagi Allah. Pertama sekali, hendaklah diketahui bahawa Mekah adalah dari Tuhamah dan ia satu tempat di Yaman. Oleh itu Muhammad (SAWA) dan keseluruhan ahli keluarganya (a.s) adalah “Yamani”, Ali (a.s) adalah “Yamani”, Imam Al Mahdi (a.s) adalah “Yamani”, dua belas Mahdi adalah “Yamani”, dan begitu juga Mahdi pertama adalah “Yamani”. Inilah maksud “Yamani” yang difahami oleh ulama ‘Amilin (yang beramal dengan ilmunya) terawal (semoga Allah merahmati mereka). Firman Allah SWT: “Maka datanglah sesudah mereka, pengganti [yang jelek] yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.”[1] Alamah Majlisi (r.a) di dalam kitabnya Bihar Al Anwar telah menamakan kata-kata Ahlulbayt (a.s) sebagai “hikmah Yamani”[2]. Bahkan diriwayatkan dari Rasulullah (SAWA) bahawa datuknya Abdul Muttalib menamakan Baitulharam sebagai “Kaabah Yamani.”[3]

Adapun kriteria-kriteria yang mendefinisikan Al Yamani adalah berdasarkan riwayat yang diambil daripada Imam Al Baqir (a.s): “Tiada panji yang lebih mendapat petunjuk selain daripada panji Al Yamani, panjinya adalah panji petunjuk, kerana dia mengajak kepada tuan punya kamu (Imam Al Mahdi a.s), apabila keluar Al Yamani, maka diharamkan penjualan senjata ke atas orang ramai dan setiap muslim. Dan apabila keluar Al Yamani, maka pergilah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Dan diharamkan bagi muslim untuk berpaling daripadanya, dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus.”[4]

Butiran-butiran penting berkaitan riwayat ini, adalah seperti berikut:

Pertama: ”Dan tidak dibenarkan berpaling daripadanya, dan barangsiapa berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka...” Ini bermakna Al-Yamani adalah pemilik kekuasaan Ilahi.Seseorang itu tidak akan menjadi hujjah ke atas manusia sedangkan dalam masa yang sama berpaling daripadanya menyebabkan seseorang itu masuk neraka, walaupun mereka melakukan solat dan berpuasa. Melainkan mereka adalah dari kalangan khalifah-khalifah Allah di bumiNYA dan juga pemilik kekuasaan Ilahi dari kalangan nabi-nabi, rasul-rasul, para imam dan Mahdi (a.s).

Kedua: “Sesungguhnya dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus”; Dakwah kepada kebenaran dan jalan yang lurus bermakna personaliti ini tidak akan melakukan kesalahan iaitu tidak membawa manusia kepada kebatilan dan mengeluarkan mereka daripada kebenaran. Dengan kata lain, dia adalah Maksum berdasarkan peruntukkan teks Ilahi (nas). Pembatasan karakter berdasarkan kriteria ini adalah amat penting dalam menentukan individu Al-Yamani yang sebenar. Ini kerana jika seseorang beranggapan selain dari maksud ini dalam memahami riwayat ini “kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus” akan menyebabkan kata-kata Imam (a.s) menjadi sia-sia dan tidak lagi terdapat sebarang batas limitasi atau had ke atas individu Al Yamani (iaitu sesiapa sahaja boleh menjadi Al Yamani), dan semoga dijauhkan Allah para Imam (a.s) bersifat sepertimana yang mereka sangkakan.

Dapat disimpulkan dari perbahasan di atas tentang hakikat sebenar Al Yamani sebagai salah seorang khalifah dari khalifah-khalifah Allah di bumiNYA dan dia adalah maksum bersandarkan peruntukan teks (nas) Ilahi. Ianya juga dibuktikan melalui riwayat-riwayat yang mutawatir dan teks yang berotoriti (qat’’i) bahawa khalifah-khalifah selepas Rasulullah (SAWA) adalah duabelas Imam (a.s) dan duabelas Mahdi (a.s) selepas mereka (a.s). Tiada hujjah (khalifah) selain daripada mereka kerana melalui mereka lengkaplah nikmat, sempurnanya agama (Deen) dan penutup risalah langit.

Sebagaimana kita ketahui bahawa sebelas Imam (a.s) telah berlalu pergi meninggalkan kita dan sekarang hanya satu sahaja Imam yang masih kekal iaitu Imam Al Mahdi (a.s) dan duabelas Mahdi (a.s). Al Yamani mengajak kepada Imam Al Mahdi (a.s). Oleh itu, Al Yamani mestilah Mahdi Pertama kerana sebelas Mahdi selepasnya adalah dari zuriat keturunannya, firman Allah SWT: “[sebagai] satu keturunan yang sebagiannya [keturunan] dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”[5] Mereka (sebelas Mahdi) ini akan datang selepas zaman kemunculan Imam Al Mahdi (a.s), malah mereka bakal berada dalam era “Daulah Keadilan Ilahi”. Manakala Mahdi Pertama (a.s) sebagaimana dibuktikan bahawa dia wujud di zaman kemunculan Imam Al Mahdi (a.s) dan dia adalah orang yang pertama beriman dengan Imam Mahdi (a.s) di awal kemunculannya. Matlamat utama Mahdi Pertama adalah untuk mempersiapkan segala keperluan bagi kebangkitan Imam Al Mahdi (a.s) sepertimana yang diriwayatkan dalam wasiat Rasulullah (SAWA). Dari sini dapat disimpulkankan bahawa Al Yamani adalah terbatas kepada individu Mahdi Pertama daripada duabelas Mahdi (a.s).

Ia juga berdasarkan penerangan dan gambaran terperinci yang diberikan oleh ahlulbayt (a.s) tentang Mahdi Pertama berkaitan nama, sifat-sifat dan tempat tinggalnya. Namanya adalah Ahmad dan gelarannya adalah Abdullah (hamba Allah), Israel atau orang mengatakannya Israel secara terpaksa atau tanpa disedari sepertimana sabda Rasulullah (SAWA):”Namaku Ahmad dan aku adalah Abdullah, namaku Israel, maka apa yang diperintahkan kepadanya telah juga diperintahkan kepadaku dan setiap apa yang ditujukan kepadanya telah juga ditujukan kepadaku.”[6] Mahdi Pertama adalah yang pertama dari 313 sahabat Imam Al Mahdi (a.s), dan dia berasal dari Basrah, terdapat tanda di pipi kanannya dan kelemumur di dahinya. Bentuk tubuh badannya mempunyai persamaan seperti tubuh Musa bin Imran (a.s), di belakang badannya terdapat tanda mohor kenabian dan di sisinya wasiat Rasulullah (SAWA). Dia yang paling alim berkaitan Al Quran, Injil dan juga Taurat selepas daripada para Imam (a.s), dan dia akan tampil sebagai seorang pemuda di awal kemunculannya. Rasulullah (SAWA) bersabda: “...kemudian baginda menyebutkan tentang seorang pemuda dan bersabda, “jikalau kamu melihatnya maka berilah taatsetia kepadanya kerana dia adalah khalifah (pewaris) Al-Mahdi.”[7] 

Daripada Abi Abdillah a.s, daripada bapa-bapanya terdahulu, daripada Amirul Mukminin Ali a.s, telah berkata: “Rasulullah (SAWA) telah bersabda kepada Ali di malam sebelum kewafatannya; Wahai Bapa Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat, maka Rasulullah SAWA mencatatkan wasiatnya sehinggalah ia sampai ke butiran berikut, dan bersabda; Wahai Bapa Hassan sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama daripada duabelas imam tersebut. Dan hadis tersebut berterusan sehinggalah sampai kepada sabda baginda,..dan hendaklah diserahnnya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara dari keluarga Muhammad alaihis salam. Begitulah duabelas orang Imam, setelah itu akan adanya duabelas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah dia serahkannya (Imamah) kepada anaknya Mahdi yang pertama, baginya tiga nama: nama seperti namaku dan nama bapaku iaitu Abdullah dan Ahmad, dan nama ketiganya adalah Al-Mahdi. Dan dia adalah yang pertama beriman.”[8] Diriwayatkan daripada Imam Al Sadiq (a.s), dia berkata: “Sesungguhnya daripada kalangan kami (Ahlulbayt a.s) selepas Al Qa’im, duabelas Mahdi daripada anak keturunan Hussein (a.s).”[9] juga dalam riwayat yang lain daripada Imam Al Sadiq (a.s): “Sesungguhnya daripada kalangan kami (Ahlulbayt a.s) selepas Al Qa’im, sebelas Mahdi daripada anak keturunan Hussein (a.s).”[10] Al Qaim yang dimaksudkan dalam riwayat kedua adalah Mahdi Pertama dan bukannya Imam Mahdi (a.s) kerana selepas daripada Imam Mahdi (a.s) akan adanya duabelas Mahdi.

Telah berkata Imam Al Baqir (a.s) dalam menerangkan tentang Mahdi Pertama: “...mempunyai bibir kemerah-merahan, mata yang cengkung, kening yang tinggi, bahu yang luas, kelemumur di kepalanya dan tanda di pipinya, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Musa (a.s).”[11] Juga diriwayatkan dari Amirul Mukminin Ali (a.s) dalam hadis yang panjang, dia berkata: “...yang pertama dari kalangan mereka adalah dari Basra dan yang terakhir adalah dari Ibdaal.”[12] Juga diriwayatkan dari Imam Al Sadiq (a.s) dalam hadis yang panjang, yang mana dia (a.s) menyebutkan tentang sahabat-sahabat Al Qaim (a.s): “...dan dari Basra...Ahmad...”[13] Juga diriwayatkan dari Imam Al Baqir (a.s), dia berkata: “Al Qa’im akan mempunyai dua nama; nama yang disembunyikan dan nama yang dihebahkan. Adapun nama yang disembunyikan adalah Ahmad dan nama yang dihebahkan adalah Muhammad.”[14] Ahmad di sini adalah nama Mahdi Pertama dan Muhammad adalah nama Imam Mahdi (a.s) sepertimana dijelaskan dalam hadis wasiat Rasulullah (SAWA). 

Juga di dalam riwayat lain daripada Imam Al Baqir (a.s):“Sesungguhnya Allah SWT mempunyai perbendaharaan yang bukan berupa emas atau perak di Talikan, tetapi 12000 orang di Khurasan. Slogan mereka adalah Ahmad! Ahmad!, mereka dipimpin oleh seorang pemuda dari Bani Hashim yang menunggang keldai berwarna kelabu, dengan pengikat berwarna merah di kepalanya, seolah-olah aku sedang melihatnya merentasi sungai Furat. Bilamana kamu mendengar tentangnya, hendaklah kamu bersegera kepadanya, walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji.”[15] Ahmad yang dimaksudkan di sini adalah nama bagi Mahdi Pertama.

Di dalam kitab Al Malahim wa Al Fitan karangan Sayyid bin Tawoos Al Hasani menyebutkan: “Berkata Amir Al Ghadhab bukanlah ini dan bukan juga itu, bahkan mereka mendengar suara yang bukan dari kalangan Jin mahu pun manusia berseru supaya memberi taatsetia kepada si pulan yang namanya bukanlah ini dan bukan juga itu melainkan dia adalah Khalifah Al Yamani.”[16] Di dalam kitab yang sama juga disebutkan: “Mereka berkumpul dan melihat kepada orang yang mereka berikan taatsetia, dalam keadaan mereka seperti itu, mereka akan mendengar suara yang tidak diketahui dan tidak pernah disebutkan oleh manusia mahu pun jin, berilah taatsetia kamu kepada si pulan dengan namanya bukan ini dan bukan itu tetapi dia adalah khalifah Al Yamani.”[17]

Sheikh Al Kurani di dalam kitabnya Mu’jam Ahadeeth Al Imam Al Mahdi juga menyebutkan: “Mahdi itu adalah hanya dari Quraysh, dan khilafah itu hanyalah pada mereka, melainkan dia mempunyai asal usul dari Yaman”[18]. Mahdi pertama adalah dari zuriat Imam Al Mahdi (a.s), maka perlu diketahui bahawa dia mempunyai jalur keturunan yang terputus disebabkan zuriat Imam Al Mahdi (a.s) yang tidak diketahui. Inilah sifat-sifat yang disifatkan kepada Al Yamani yang memperolehi kemenangan dan juga disifatkan kepada Mahdi Pertama kerana mereka sebetulnya adalah orang yang sama sepetimana yang dijelaskan. 

Jika kamu menginginkan maklumat lanjut, maka ditambah lagi bahawa Al Yamani adalah individu yang mempersiapkan lapangan untuk era kebangkitan yang suci. Dia adalah yang pertama dari kalangan tiga ratus tiga belas sahabat dan yang akan memberikan panji kepada Imam Al Mahdi (a.s). Manakala Mahdi pertama juga hadir di zaman kemunculan yang suci sebagai orang yang pertama mengimani Imam Al Mahdi (a.s) di zaman kemunculan dan sebelum kebangkitannya. Adalah amat penting salah seorang daripada mereka menjadi hujjah (khalifah) ke atas satu lagi, memandangkan mereka semua adalah hujjah-hujjah (khalifah Allah) ke atas semua makhluk, yang termasuk di dalamnya Mahdi Pertama. Jika kedua-dua karakter ini bukan individu yang sama, maka Mahdi pertama adalah hujjah (khalifah) ke atas Al Yamani. Oleh itu, Mahdi Pertama akan berperanan sebagai orang yang memimpin bagi mempersiapsediakan revolusi, manakala Al Yamani akan berperanan sebagai watak sampingan sahaja. Hal ini tidak benar sama sekali kerana Al Yamani adalah watak utama dalam persiapan dan pemimpin utama di era kemunculan yang suci.

Justeru adalah menjadi keperluan bahawa Mahdi Pertama adalah Al Yamani dan Al Yamani adalah Mahdi Pertama. Dengan ini Al Yamani, namanya adalah Ahmad daripada Basrah, mempunyai tanda di pipi kanannya, seorang pemuda di awal kemunculannya, mempunyai kelemumur di kepalanya, yang paling alim di kalangan manusia tetang Al Quran, Taurat dan Injil selepas daripada Imam (a.s), jalur keturunan yang terputus, mempunyai gelaran “Mahdi”, imam maksum yang wajib ditaati, tidak dibenarkan muslim berpaling daripadanya dan dijamin neraka bagi mereka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus, dia mengajak kepada Imam Mahdi (a.s) dan kesemua yang telah diriwayatkan daripada para Imam (a.s) berkaitan ciri-ciri Mahdi Pertama. Hendaklah kamu merujuk kepada kitab Ghaybah Al Nu’mani, Ghaybah Al Toosi, Ikmal Al Din, Bihar Al Anwar jilid 52 dan 53, dan kitab-kitab hadis yang lainnya. 

Seterusnya, baki pengikut Al Yamani yang terdiri daripada tiga ratus tiga belas orang sahabat Imam Al Mahdi (a.s) juga digelar dengan gelaran “Yamaniyyun” kerana mereka secara terus dikaitkan dengan ketua mereka Al Yamani dan termasuk di kalangan mereka adalah Yamani dari San’a serta Yamani dari Iraq. 

Sekali-kali tidak, demi bulan, (32) dan malam ketika telah berlalu, (33) dan subuh apabila mulai terang. (34) Sesungguhnya itu adalah salah satu tanda yang amat besar, (35) sebagai peringatan bagi manusia. (36) [iaitu] bagi siapa di antaramu yang berkehendak akan maju atau mundur [3]. (37) Setiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya, (38) kecuali sahabat-sahabat Al Yamin, (39) berada di dalam surga, mereka tanya menanya, (40) tentang [keadaan] orang-orang yang berdosa, (41) "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar [neraka]?" (42) Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat, (43) dan kami tidak [pula] memberi makan orang miskin, (44) dan adalah kami membicarakan yang bathil, bersama dengan orang-orang yang membicarakannya, (45) dan adalah kami mendustakan hari pembalasan, (46) hingga datang kepada kami kematian". (47) Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafa’at dari orang-orang yang memberikan syafa’at. (48) Maka mengapa mereka [orang-orang kafir] berpaling dari peringatan [Allah]?", (49) seakan-akan mereka itu keldai liar yang lari terkejut, (50) lari daripada singa. (51) Bahkan tiap-tiap orang dari mereka berkehendak supaya diberikan kepadanya lembaran-lembaran yang terbuka. (52) Sekali-kali tidak. Sebenarnya mereka tidak takut kepada negeri akhirat. (53) Sekali-kali tidak demikian halnya. Sesungguhnya itu adalah peringatan. (54) Maka barangsiapa menghendaki, niscaya dia mengambil pelajaran daripadanya. (55) Dan mereka tidak akan mengambil pelajaran daripadanya kecuali [jika] Allah menghendakinya. Dia [Allah] adalah Tuhan Yang patut [kita] bertakwa kepada-Nya dan berhak memberi ampun. (56)[19] 

“Demi bulan”, bulan adalah pemegang wasiat (wasiy) Imam Al Mahdi (a.s) dan “malam” adalah Daulah penindas-penindas yang zalim. “Subuh” adalah permulaan fajar Imam Mahdi (a.s), iaitu awal kemunculannya bersama dengan wasinya seumpama permulaan fajar sebelum naiknya matahari kerana Imam Mahdi (a.s) adalah matahari. “Sesungguhnya itu adalah salah satu tanda yang amat besar” iaitu adalah kiamat kecil kerana peristiwa-peristiwa Agung di sisi Allah SWT itu ada tiga iaitu Kiamat kecil, Raj’ah dan Kiamat Agung. “Sebagai peringatan bagi manusia” atau pemberi ingat iaitu wasiy dan Mahdi Pertama (Al Yamani) diutuskan oleh Imam Mahdi (a.s) sebagai pembawa berita gembira dan pemberi ingat atas azab yang pedih. Oleh itu barangsiapa yang ingin maju ke hadapan akan turut berserta dan barangsiapa yang ingin berundur kebelakang akan ketinggalan daripada mengikuti Imam Mahdi (a.s). “Setiap diri bertanggung jawab atas apa yang telah diperbuatnya”, ianya jelas bahawa setiap manusia akan diadili berdasarkan amal perbuatannya. 

“kecuali sahabat-sahabat Yamin”, mereka ini terkecuali dari pengadilan, mereka adalah yang paling rapat (muqarrabin) dan pengikut Al Yamani yang seramai 313 orang dari kalangan sahabat Imam Mahdi (a.s), mereka akan memasuki syurga tanpa perhitungan. Allah berfirman: “Adapun jika dia termasuk orang yang didekatkan. Maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga keni’matan. Dan adapun jika dia termasuk sahabat-sahabat Al Yamin.”[20] “Di dalam surga mereka saling tanya menanya, tentang [keadaan] orang-orang yang berdosa, "Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar [neraka]?" Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat.” Iaitu kamu bukan dari kalangan mereka yang mengikuti dan mematuhi khalifah Allah, serta tidak mematuhi wasiy Imam Mahdi (a.s) dan Mahdi Pertama (Al Yamani yang dijanjikan). Maka Al Yamani adalah individu yang diharamkan berpaling daripadanya dan barangsiapa berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka, maka cukuplah bagiku Allah sebaik-baik pembantu. Imam Ali (a.s) telah diuji dengan Muawiyah bin Hind (laknat Allah ke atasnya) yang membawa bersamanya manusia yang tidak dapat membezakan antara unta jantan dan unta betina, malah aku juga diuji sepertimana Ali bin Abi Talib (a.s) diuji, tetapi dengan tujuh puluh Muawiyah. Kesemuanya diikuti oleh manusia yang tidak dapat membezakan antara unta jantan dan unta betina. Kepada Allah jualah aku meminta pertolongan terhadap apa yang mereka gambarkan.

Demi Allah, Rasulullah (SAWA) dan bapa-bapaku para Imam (a.s) tidak tertinggal satu pun daripada urusanku melainkan diperjelaskannya. Mereka menggambarkan aku dengan terperinci, mereka menamakan aku, menerangkan tempat tinggalku sehingga tidak ada lagi keraguan dan kesamaran dalam hal aku selepas penerangan ini. Urusanku adalah jelas seumpama matahari di waktu tengahari, sesungguhnya aku adalah Mahdi Pertama dan Al Yamani yang dijanjikan.

Ahmad Al Hassan
Pemegang wasiat dan utusan Imam Mahdi (a.s)
21 Rabi’ Al Thani 1426 hijrah

__________________________________________________

Al Quran 19: 59
Bihar Al Anwar, jilid 1, ms 1.
Bihar Al Anwar, jilid 22, ms 51 dan 75.
Al Ghaybah Al Nu’mani, ms 264.
Al Quran 3: 34
Tafsir Al Ayashi, jilid 1, ms 95. Bihar Al Anwar, jilid 7, ms 178.
Bisharat Al Islam, ms 30.
Bihar Al Anwar jilid 53 ms 147, Ghaybah Al Toosi ms 150, dan Ghayat Al Maram jilid 2 ms 241.
Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 148. Al burhan jilid 3, ms 310. Al Ghayba Al Toosi ms 385.
Bihar Al Anwar jilid 53, ms 145.
Al Ghayba Al Nu’mani ms 223.
Bisharat Al Islam ms 148.
Bisharat Al Islam ms 181.
Kamal Al Din, jilid 2, ms 653
Muntakhab Al Anwar Al Mudhi’a, ms 343.
Malahim Al Fitan, ms 27.
Ibid, ms 80.
Mu’jam Ahadeeth Al Imam Al Mahdi, jilid 1, ms 299.
Al Quran 74: 32-56
Al Quran 56: 88-90




SELANGKAH KE AKHIR ZAMAN

Tajuk Asal Menjawab kekeliruan antara Syiah dan Ansar Imam Mahdi. Akibat tuduhan dan niat jahat mereka yang memusuhi Syiah dilibatkan kepada kami yang mereka lihat serupa.

بسم الله الرحمن الرحيم



السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

الحمد لله رب العالمين . اللم صلي على محمد وآله



Pendahuluan


Ekoran dari keluarnya video di youtube yang diupload oleh ansar, video ini didownload pula pada peringkat awal oleh dua pihak yang kami lihat di laman social Facebook (FB). Tajuk video oleh ansar telah ditukar daripada Ansari Hawza Opening in Malaysia kepada Pelancaran Markas Syiah Melayu di Klang, Selangor


TAJUK VIDEO ASAL


TAJUK VIDEO SETELAH DITUKAR OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Maka jadi hebohlah pengguna laman sosial dan keluarlah dalam akhbar. Tidak terlepas keluarga kedua belah pihak pro dan kontra. Oleh kerana dalam video itu tertayang bersalam-salaman iqamah, dan cara bersolat yang asing bagi sunni Malaysia begitu jugalah keluarga kami merasa amat hairan dengan kaifiat solat seperti itu.

Tak perlu saya ucapkan tohmahan, celaan dan kata-kata negatif yang kami terima.
Maka tercetuslah jidal antara kami sekeluarga di dalam Whatsapp anak perempuan saya berlarutan sehingga membangkitkan kekusutan yang amat mendalam. Saya terfikir untuk membuat kenyataan ini untuk melepaskan kekusutan tersebut. Saya juga menyerahkan kepada ahli keluarga terutama ahli keluarga isteri saya untuk memutuskan mengikut pilihan mereka sendiri.


Latarbelakang.

Semua ini berpunca dari saya yang tidak mendapat didikan agama yang formal seperti mana sepatutnya menjadi Hamba Allah dan Ummat Nabi dan Rasulnya. Itulah agaknya sekolah agama ibtida’i dan kuliah tuan guru di kampung semasa kecil, pelajaran agama sekular sehingga SPM dan Maktab Perguruan, Tarbiyyah ABIM dan PAS, bacaan buku, ceramah-ceramah agama dan akhirnya di zaman IT dan lelaman web sekarang.

Salah satu kefahaman yang menjadi pertanyaan dan  kegemaran saya di dalam memuaskan tegukan kehausan ilmu dalam menjadi insan sebelum panggilan Allah ialah Irfan, Tasauf dan ihsan, musuh-musuh Islam, Addajjal dan Al Mahdi.

IMAM AL MAHDI

Umat Islam Sunni tidak ramai yang belajar Ilmu Akhir Zaman saya pun tak belajar. Saya ambil jalan mudah melayari internet dan akhirnya download banyak video Sheikh Imran Hosein yang seorang Sarjana dalam bidang Kewangan Islam yang juga adalah seorang Sunni. Banyak muridnya dan pengikutnya diseluruh dunia dan ada laman sesawangnya sendiri kerap berceramah di sekitar Kuala Lumpur dan sekarang semacam menetap di Malaysia. Video akhir yang saya lihat (Imran Hosein - Imam Al Mahdi & The Return Of The Caliphate}. Selain itu di awal tahun-tahun 2000 saya pernah mengikut muzakarah bebas Sunnah/Syi’ah mengenai Imam Mahdi. Sumber Sunnah tidak banyak diketengahkan. Dalam sumber Syiah Ahli Bait Imam ke 12 Imam Muhammad bin Hasan Askari adalah Imam Mahdi. Pada masa itu (masa baca muzakarah tersebut) Imam dalam Ghaib Kubra. Orang Syiah akan berselawat ketika menyebutnya dan sentiasa menunggu kezahirannya (Al Mahdi Muntazar) juga akan mengutus surat kepadanya jika ada masalah tak selesai selain bertawakkal kepada Allah. Saya pada masa itu tidak Syiah pun tetapi sentiasa positif dengan aliran lain pun mengutus surat seperti diajarkan atas masalah yang saya terima dan melontarkannya di air yang mengalir (Sg Pontian Besar). Persoalan terjawab setelah membai’ah Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (as).

Kajian saya meningkat mengenai Imam Mahdi. Akhirnya pada masa sibuk berkempen pilihanraya 2013 (saya tak sibuk pun dan tak ada jawatan, maklumlah mak saya pun gelar saya budak internet) saya terjumpa perkataan





Saya lawati laman tersebut dan download perdebatan anak dan bapa yang berbai’ah dengan Utusan Imam Mahdi (as), Imam Ahmad al Hassan(as).  Selepas membaca hujjah anak kepada bapa yang menghalang dari berbai’ah dengan Imam, saya sudah yakin 60%. Saya terus belayar tak tidur. Dan terus mengkaji. Akhirnya yakin 100% maka saya pun menghantar email dan tanya bagaimana berbai’ah. Berikut:



Saya amat bersyukur akhirnya isteri dan anak-anak saya juga berbai’ah dengan Imam Ahmad al Hassan as).
Walaupun dalam Bahasa Arab, Laman Rasmi Imam saya lawati  dan download buku-buku Imam




Banyak video ansar mengenai akhir zaman (The Arrived - Ketibaan Mahdi) ada yang bersubtitle Malay saya lihat.
Khutbah audio Imam: khutbah Haji dan Muharam Video translate  to Malay saya lihat/dengar.

Saya melihat video di youtube lawatan wakil ansar Malaysia ke Ansar Mesir seperti yang diberitahu oleh Imam Ali as (meramalkan) akan ada mimbarku (ahlibait) di Mesir. Lawat lelaman ansar ke seluruh dunia juga di Jerman.

Pada awal bulan Jun 2013 Pembukaan Hawzah Ansar Imam Mahdi Malaysia dilancarkan seperti juga ansar lain di seluruh dunia. Kami sekeluarga pergi ke majlis perasmian ini tidur di rumah ipar-biras kami di Bangi. Balik dari majlis tidur di rumah ipar-biras kami di Bangi yang seorang lagi. Kedua-dua mereka ini kami perjelaskan bahawa kami pergi ke majlis tersebut.

Keluar video di youtube yang diupload oleh ansar dan saya dishare oleh Abdullah Hashem, kami anak beranak sangat seronok melihat video ini.

Tiba-tiba video ini menjadi kejutan yang apabila didownload pula oleh dua pihak yang tak bertanggungjawab dengan menukar daripada tajuk Pembukaan Hawza Imam Mahdi kepada Pelancaran Markas Syiah Melayu di Klang, Selangor. Meletoplah time bom. Cuma yang sedih pihak keluarga mencemuh dengan berbagai cemuhan tetapi sahabat kenalan bertanya khabar bersandar bahasa.


HUJJAH SAYA BERBAI’AH KEPADA IMAM AHMAD AL HASSAN AL YAMANI (AS)


1.       Imam Mahdi bukan Sunni dan bukan Syi’i, sebab itulah berkali-kali kami katakan yang kami BUKAN SYIAH.  Dia adalah washi Utusan kepada Imam ke-12. Orang mungkin berkata dia Ahlul Bait. Ya, dia memang Ahlul Bait. Keturunan Rasulullah yang dilantik oleh Allah. Sebab itu, mengikut Hadis, orang dan Ulamak Syiah pun menentangnya. Tidak ramai pengikutnya. Imam juga membawa Fiqhnya sendiri dari rujukan Rasululllah dan datuk-datuknya 12 Imam-imam, Fiqh Imam Mahdi (as) dan (sebab itulah kaifiat solat kami kelihatan hampir sama dengan Mazhab Ahlul Bait. Sudah tentu agak jauh caranya dengan kaifiat solat Ahli Sunnah wal Jama’ah. Namun begitu rukun solat tetap sama).





2.       Di waktu kezuhuran (1999) orang ramai mendapat vision dan berbai’ah kepada Sayed Ahmad al Hassan sebagai utusan dan washi Imam Mahdi waluapun beliau tidak menghendakinya (bai’ah Pertama) Para ansar diuji hingga mereka tinggal sedikit meninggalkan Imam. Imam kembali Uzlah. Kemudian berlaku bai’ah kedua dan menjadi seperti itu perkara yang sama berulang Imam kembali Uzlah  Seterusnya berlaku bai’ah ketiga barulah ansar tersebar ke seluruh dunia -(Amerika, Korea, Australia, Eropah, Mesir dan Negara-Negara Arab yang lain).



Pada Bulan Disember 1999 Imam Mahdi as telah mengarahkan untuk mula mengkritik hauzah di Najaf dan menyeru supaya diperbaiki, dua kerosakan dari segi Sains Al-Quran dan sistem kewangan


3.       Beliau sendiri membawakan hadis Sunnah dan Syiah dan membawakan rujukan Gospel (Injil) dan Torah (Taurat) atas kemunculan Al Mahdi
4.       Setelah peristiwa bencana (Tragedi) Khamis tiga hari sebelum nabi wafat:

قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ يَوْمُ الْخَمِيسِ وَمَا يَوْمُ الْخَمِيسِ اشْتَدَّ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعُهُ فَقَالَ ائْتُونِي أَكْتُبْ لَكُمْ كِتَابًا لَنْ تَضِلُّوا بَعْدَهُ أَبَدًا فَتَنَازَعُوا وَلَا يَنْبَغِي عِنْدَ نَبِيٍّ تَنَازُعٌ فَقَالُوا مَا شَأْنُهُ أَهَجَرَ اسْتَفْهِمُوهُ فَذَهَبُوا يَرُدُّونَ عَلَيْهِ فَقَالَ دَعُونِي فَالَّذِي أَنَا فِيهِ خَيْرٌ مِمَّا تَدْعُونِي إِلَيْهِ وَأَوْصَاهُمْ بِثَلَاثٍ قَالَ أَخْرِجُوا الْمُشْرِكِينَ مِنْ جَزِيرَةِ الْعَرَبِ وَأَجِيزُوا الْوَفْدَ بِنَحْوِ مَا كُنْتُ أُجِيزُهُمْ وَسَكَتَ عَنْ الثَّالِثَةِ أَوْ قَالَ فَنَسِيتُهَا

Shahih Bukhari, jilid 4, ms 31. Ini adalah nas hadis di sisi Al Bukhari: Telah diceritakan kepada kami oleh Ibnu 'Uyaynah, daripada Sulayman Al Ahwal, daripada Said bin Jubayr, daripada Ibnu Abbas Radiyallahu anhuma, bahawa dia berkata: Hari Khamis! Aduhai hari Khamis! Sakit Rasulullah menjadi berat, lalu baginda bersabda: “Kemarilah supaya dapat aku tuliskan kalian sesuatu yang kalian tidak akan menjadi sesat sesudah aku.” Mereka berselisih pendapat. Pada hal tidak patut mereka berselisih di hadapan Rasulullah s.a.w. Mereka bertanya bagaimana keadaan baginda, adakah baginda telah meracau? Baginda bersabda: “Tinggalkan saya sendirian. Keadaan saya lebih baik dari apa yang kamu kata kepada saya.” Dan baginda mewasiatkan mereka tiga perkara: keluarkan orang musyrikin dari Jazirah Arab, berikanlah hadiah kepada delegasi sebagaimana aku berikan dan beliau tidak menyebutkan yang ketiga atau dia berkata, saya terlupa akannya.) 

Tiga hari selepas tragedi Khamis ini, bencana wasiat yang tak dapat ditulis oleh Rasulullah, Baginda pun wafat iaitu pada hari Isnin. Pada malam Isnin sebelum kewafatannya, Rasulullah sempat berwasiat kepada Saidina Ali:


   وصية رسول الله (ص) في ليلة وفاته: عن الباقر (ع) عن أبيه ذي الثفنات سيد العابدين عن أبيه الحسين الزكي الشهيد عن أبيه أمير المؤمنين (عليهم سلام الله) قال: (قال رسول الله (ص) في الليلة التي كانت فيها وفاته لعلي (ع): يا أبا الحسن أحضر صحيفة ودواة، فأملا رسول الله (ص) وصيته حتى انتهى الى هذا الموضع فقال: يا علي إنه سيكون بعدي إثنا عشر إماماً، ومن بعدهم إثنا عشر مهدياً، فأنت ياعلي أول الإثني عشر إماماً سماك الله تعالى في سمائه علياً المرتضى وأمير المؤمنين والصدّيق الأكبر والفاروق الأعظم والمأمون والمهدي، فلا تصح هذه الأسماء لأحد غيرك. يا علي أنت وصيّ على أهل بيتي حيهم وميتهم، وعلى نسائي فمن ثبّتها لقيتني غداً، ومن طلقتها فأنا برئ منها لم ترني ولم أرها في عرصة القيامة، وأنت خليفتي على أمتي من بعدي، فإذا حضرتك الوفاة فسلّمها الى ابني الحسن البر الوصول، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها الى إبني الحسين الشهيد الزكي المقتول، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها الى ابنه سيد العابدين ذي الثفنات علي، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها الى ابنه محمد الباقر، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها الى ابنه جعفر الصادق، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها الى ابنه موسى الكاظم، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها الى ابنه علي الرضا، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها الى ابنه محمد الثقة التقي، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها الى ابنه علي الناصح، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها الى ابنه الحسن الفاضل، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها الى ابنه م ح م د المستحفظ من آل محمد (ع)، فذلك إثنا عشر إماماً. ثم يكون من بعده اثنا عشر مهدياً، فإذا حضرته الوفاة فليسلمها الى ابنه أول المقربين، له ثلاثة أسامي, اسم كاسمي واسم أبي وهو عبدالله وأحمد، والإسم الثالث المهدي، وهو أول المؤمنين) (غيبة الطوسي ص150- بحار الأنوار ج53 ص147).

(Versi penuh wasiat Rasulullah SAW beserta dengan sanadnya dan juga sumber-sumber yang meriwayatkannya)

Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis salam telah berkata: bersabda Rasulullah SAWA kepada Ali AS dimalam sebelum kewafatan baginda: Wahai Abal Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat. Maka Rasulullah SAWA telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda SAWA bersabda: Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas orang Imam tersebut, Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al Hassan Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam. Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s).

Wasiat di atas tidak pernah dibawa oleh sesiapa dan tidak pernah didakwa sebagai pemiliknya kecuali Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (as). Sesiapa yang membawa hadis ini mengaku dan sebagai Imam Mahdi tetapi bukan haknya, umurnya akan pendek di dalam riwayat hadis yang lain.

5.       Ilmu Al Yamani: Imam mampu menjawab apa jua soalan
Antara cara untuk mengenali Si Pemilik Urusan (Al-Mahdi) ini adalah dengan bertanyakan kepada si pendakwa itu tentang Adhaim (perkara agung/besar), yakni Al Quran dan keilmuan berkaitan dengannya. Ini seiring dengan hadis Aimmah (Para Imam Ahli Bait Rasullah) di bawah:

http://yamani.org/archives/200 
Kitab Al-Jawab Ak-Munir (Jawaban Menggembirakan) Dari Alam Maya (Internet)

6.   SIAPAKAH AL YAMANI?



7.       BIOGRAFI AL YAMANI


8.       PERLANTIKAN KHALIFAH: HAK ALLAH ATAU MANUSIA?




"Mengumumkan Seruan suci kepada awam" Imam Muhammad Al Mahdi as mengarahkan Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani untuk menyeru semua manusia, beriman kepada Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani as.












Imam Muhammad Al Mahdi as mengarahkan Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani untuk memulakan revolusi kepada penindas.





Kenyataan 13 Rajab

Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani as membuat kenyataan bagi pihak Imam Muhammad Al Mahdi as bahawa sesiapa sahaja selepas tarikh13 Rajab, 1425 H yang tidak mengikut Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani as adalah

  1. 1.       Terkeluar dari Wilayah Imam Ali bin Abi Talib as dan akan menjadi penghuni neraka dan semua perbuatan dan ibadahnya akan tertolak.
  2. 2.       Rasulullah s.a.w.a Muhammad ibn Abdullah berlepas tangan dari sesiapa yang menjadi milik baginda namun tidak menyertai seruan suci baginda.







Tunjuk perasaan ansar Imam Ahmad AlHassan di Basrah.



2005 Pilihanraya pertama Iraq – Assyuraa alsughra

Salah satu tanda zuhur Imam Baghdad mengadakan  (As-syuraa al-sughra)





Imam memberi amaran kepada Saddam yang Menulis Al-Quran dengan darahnya (najis) kemudian pameran besar... dan berkata "Saddam tidak sempat menyambut hari jadi tahun berikutNya (antara Mujizat Imam)." Ulamak yang diajak menegur takut dan bertaqqiya.


Surat Khabar rasi Ansar Al Mahdi dilancarkan


Kerajaan Iraq dan ULAMAK Najaf Mula memerangi Imam Ahmad Al Hasan as dan Ansar Imam Al Mahdi


Pertempuran antara Ansar Al Imam Al Mahdi dan tentera kerajaan di Basrah dan Naseriah




2011 Seruan Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani tersebar keseluruh dunia


Gambar-gambar adalah diambil dari Video Iraq Historic Events - Imam Ahmad Al-Hassan as - Youtube


DENGAN INI JIKA SESIAPA DAPAT MEMBUKTIKAN KEPADA SAYA JIKA TOKOH DI ATAS IMAM AHMAD AL HASSAN AL YAMANI YANG SAYA BAI’AH ADALAH PALSU, SAYA SENGGUP MENGIKUT NASIHAT ORANG YANG MAMPU MEMBUKTIKAN KEPALSUAN SI PENDAKWA WAL ‘AIYA ZABILLAH.


Sejak berzaman Umat Manusia terutama dari Agama Samawi menunggu kedatangan ‘Penyelamat dunia’:
Kepada umat Islam Imam Al-Mahdi, utusan Isa (a.s) kepada penganut Kristian dan utusan Ilyas (a.s) kepada kaum Yahudi.

Kami adalah Pendokong Imam Al Mahdi (a.s), pengikut Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani (a.s). Kami daripada pelbagai bangsa dan negara keseluruhannya memperakukan bahawa Imam Ahmad Al Hassan (a.s) adalah pendiri (Qoim) keluarga Muhammad (a.s) iaitu Al Yamani, pewaris dan utusan Imam mahdi (a.s) kepada umat Islam, utusan Isa (a.s) kepada penganut Kristian dan utusan Ilyas (a.s) kepada kaum Yahudi.

Untuk lebih mendalam sila rujuk:

http://www.hashemstudios-board.com/ English – video ‘The Arrived”
http://almahdyoon.org/ - Laman rasmi Arab
http://www.saviorofmankind.com/ Laman rasmi English
http://www.eramahdi.net/- Ansar Nusantara

 اللهم صل على سيدنا محمد وآل سيدنا محمد الأئمةوالمهديين وسلم تسليما كثيرا


Sekian penjelasan saya.

Hanizi Bin Mohamad mewakili sekeluarga.

Khamis

10 Sya’ban 1434H
20 Jun 2013