Monday, 23 March 2015

Ansar Al-Imam Al-Mahdi dan penindasan Kerajaan (Iraq)

Ansar Al-Imam Al-Mahdi dan penindasan Kerajaan (Iraq)
Posts oleh: waleedAhlulKa'aba

Sejarah Ansar Al-Imam Al-Mahdi dan penindasan Kerajaan terhadap gerakan (dihasut oleh ulama)

Beberapa tahun sebelum tahun 1999, Ahmad Al-Hassan menyertai Hauzah (di Najaf) Institut pengajian agama terkemuka Syiah di Iraq. Ahmad mendapati bahawa kurikulumnya bercelaru kerana al-Quran dan hadis tidak diajar sebagai mata pelajaran. Kemudian beliau tinggal di rumahnya dan mengkaji sendiri tetapi masih terus berhubung dengan beberapa pelajar.

Pada tahun 1999 risalah Ahmad Al-Hassan bermula di kalangan pelajar-pelajar Al Hauzah. Beliau kemudian memulakan cubaan pembaharuan aspek ilmiah, amaliah dan kewangan Hauzah yang telah rosak. Selepas mendapat dan ,enghasilkan sambutan yang kecil, pada tahun 2002 risalah mula tersebar kepada umum. Seruan itu berkisar mengenai Ahmad Al-Hassan adalah utusan Imam Mahdi dan tugasnya menyediakan orang untuk kemunculannya. di. Ahmad Al-Hassan melaksanakannya dengan mengajar pengikutnya tentang akidah-akidah agama, syari’at, akhlak ilahi, tafsiran Kitab Al-Quran dan hadits-hadits.

Gerakan ini bermula dengan daya ilmiah (di kalangan pelajar daripada Pusat Pengajian Agama (Hauzah)) dan telah berkembang dan menyuburkan daya ilmiah melalui kenyataan-kenyataan dan berpuluh-puluh buku yang ditulis oleh Ahmad Al-Hassan, dan juga buku-buku yang ditulis oleh ansar-ansar kanan. Kumpulan ini telah menarik pengikut dari pelbagai negara di luar Iraq termasuk negara-negara barat melalui laman-laman web dalam bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa lain dengan mengedarkan buku-buku dan ilmu (ilmu dan hikmah) Ahmad Al-Hassan. Para pengikut Ahmad Al-Hassan dipanggil Ansar Al-Imam Al-Mahdi.

Apabila kumpulan bertambah besar bilangannya, banyak serbuan dilakukan ke atas mereka pada bulan Januari 2007 termasuk memusnahkan masjid yang dipunyai oleh Ansar di Najaf dan Karbala, menutup Pejabat mereka di Najaf, dan memenjarakan ramai Ansar hanya kerana kepercayaan mereka. Kuasa-kuasa kerajaan menjalankan serbuan ini kerana saranan (hasutan) ulama Iraq supaya seruan (dakwah) Ahmad Al-Hassan diserang. Media dan wartawan dihalang daripada melaporkan peristiwa-peristiwa ini. Beberapa laporan telah muncul mengenai serbuan kerajaan yang dilakukan tanpa sebab terhadap mereka. Selepas itu apabila Pertempuran di Zarka, Najaf berlaku pada 28 Januari 2007, pegawai-pegawai kerajaan sengaja menuduh Ansar terlibat dalam pertempuran untuk mewajarkan serangan mereka sebelum ini. Walau bagaimanapun ia telah mendedahkan bahawa kumpulan yang bertempur itu adalah Jund Al-Samaa’ (Tentera Langit) sebuah kumpulan militan Syiah dan pemimpin mereka adalah Dhia Abdul Zahra Al Garawi. Kemudiannya mereka mengakui bahawa Ahmad Al-Hassan dan Ansar Al-Imam Al-Mahdi tidak mempunyai kaitan dengan adalah Jund Al-Samaa’ dan tidak terlibat dalam Pertempuran Zarqa ,Najaf.

Selain itu pada bulan Disember 2007 (Zhul Hijjah 1428H) ketika sidang Najaf berlangsung, beberapa orang wakil daripada ulama Marji3iyah menyarankan supaya seruan Ahmad Al-Hassan perlu ditentang, kata-kata ini disampaikan melalui saluran TV satelit. Beberapa hari kemudian, Pejabat kedua di Najaf telah ditutup dan ramai lagi Ansar telah ditangkap. Kemudian sebulan selepas itu pada bulan Januari 2008 (Muharram 1429H), ramai Ansar dibunuh, dipenjarakan dan masjid-masjid mereka telah dirobohkan di seluruh Iraq oleh tentera Muqtada.


Sebab di sebalik serangan kerajaan, penjara dan penyelewengan media:

Perlu diingat beberapa fakta untuk memahami reaksi rakyat Iraq yang lain terhadap kumpulan yang selalu diserbu, dibunuh, dipenjara dan dirobohkan tempat-tempat ibadat dan perhimpunan mereka.

Pertama, Ahmad mendakwa beliau adalah wakil dan utusan Imam ke-12. Jika benar, ini bermakna bahawa dia lebih berilmu dan mempunyai lebih kuasa daripada orang lain dalam pengajaran dan kepimpinan agama yang juga bermakna berakhirnya semua sistem taqlid kepada ulama, kerana semua orang akan dikehendaki mengikuti Yamani yang ma3shum. Oleh itu, ini adalah satu ancaman dilihat pada kuasa mereka ke atas berjuta-juta pengikut dan jumlah pungutan yang besar yang mereka uruskan, jadi para ulama Syiah lebih suka untuk percaya bahawa seruan (dakwah) itu adalah palsu daripada menyertai pergerakan yang baru muncul dan yang menghilangkan kedudukan dan kuasa mereka.

Kedua, semua ulama benar-benar menyedari oleh kerana Ahmad Al-Hassan memulakan dakwah beliau di Hauzah, pusat pengajian agama dan ulama Syiah. Mereka tahu bahawa ilmu Ahmad Al-Hassan amat luas dari buku-buku dan bukti-bukti dakwah beliau seperti rukya (pengelihatan - mimpi) yang dilihat oleh sebahagian orang menjadikan mereka beriman. Oleh itu kuasa pergerakan itu untuk meyakinkan manusia (yang boleh mengurangkan pengikut yang bertaqlid dengan mereka, seperti yang telah berlaku) telah mengancam mereka. Oleh kerana ini mereka telah mengeluarkan fatwa-fatwa dan kenyataan menghasut pengikut mereka dan parti-parti politik kerajaan untuk menyerang pergerakan dan para Ansar. Hasutan dan keganasan terhadap Ansar Al-Imam Al-Mahdi ini tidak dengan sembunyi-sembunyi tetapi telah banyak kali disiarkan di saluran TV satelit.

Oleh kerana kebanyakan orang dan ahli-ahli politik Iraq adalah bermazhab Syiah dan mengikuti ulama Marji3, parti-parti politik dan tentera kerajaan bertindak ke atas kehendak ulama' termasuk hasutan mereka kepada keganasan terhadap Ansar Al-Imam al-Mahdi. Kuasa-kuasa kerajaan tidak dapat mencari apa-apa sebab untuk mewajarkan serangan dan serbuan mereka, dengan itu mereka menuduh Ansar terlibat dalam peperangan menentang militan. Tentera Langit (Jund Al-Samaa’)

Ansar Al-Imam Al-Mahdi yang dipimpin oleh Ahmad Al-Hassan tidak pernah bertindak ganas dan tidak pernah bergabung dengan mana-mana kumpulan lain. Aktiviti-aktiviti mereka kebanyakannya perdebatan dengan kumpulan-kumpulan lain dan solat Jumaat. Walaupun diserang, dipenjarakan dan mempunyai pejabat-pejabat dan masjid-masjid yang dimusnahkan (pada awal tahun 2007 dan 2008) mereka tidak pernah mengangkat senjata untuk mempertahankan diri dari serangan kerajaan.

          

Posts 2 oleh: waleedAhlulKa'aba

Ansar Al-Imam Al-Mahdi dan penindasan Kerajaan
Nota: sebab saya menulis artikel ini pendek adalah untuk mengunjurkan kepada semua orang agar mengenai apa yang berlaku pada tahun-tahun awal seruan dakwah dan untuk menjelaskan maklumat yang salah mengenai Pertempuran Najaf 2007 (juga dikenali sebagai peristiwa Al Zarqa) yang masih beredar dalam media Bahasa Inggeris sumber yang tidak diketahui yang sengaja dicampur-adukkan.

Kebanyakan maklumat di atas datang dari Riwayat (sirah) Ahmad Al-Hassan (as):

Arabic asal:
Bahasa Inggeris Terjemahan:

dan Wawancara dengan wartawan bebas Ziyad Qasim Al Zubaidi:
Bahasa Melayu:
Arabic asal:


No comments:

Post a Comment